You are on page 1of 9

BENTUK MUKA BUMI

KEDUDUKAN DAN SAIZ 1. Malaysia terletak di antara garisan lintang 1oU hingga 7oU dan garisan bujur 100oT hingga 120oT. 2. Terletak di Asia Tenggara dan berjiran dengan negeri Thai, Myanmar, Laos, Kemboja, Singapura, Indonesia, Filipina dan Brunei Darussalam. 3. Keluasan Malaysia ialah kira-kira 330,445 km persegi. Terdiri daripada Sabah, Sarawak, dan Semenanjung Malaysia. 4. Semenanjung Malaysia terpisah daripada Indonesia (Pulau Sumatera) oleh Selat Melaka dan Singapura oleh Selat Tebrau. 5. Terdiri daripada tigabelas buah negeri dan dua Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Labuan. 6. Sarawak negeri yang terbesar dan Perlis negeri yang terkecil. 7. Negeri-negeri di Malaysia : Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 Negeri Perlis Kedah Pulau Pinang Perak Selangor Negeri Sembilan Melaka Johor Pahang Terengganu Kelantan Sabah Sarawak Ibu negeri Kangar Alor Setar George Town Ipoh Shah Alam Seremban Melaka Johor Bahru Kuantan Kuala Terengganu Kota Bharu Kota Kinabalu Kuching

KEISTIMEWAAN MALAYSIA 1. Terletak di tengah-tengah jalan laut dan udara antara negara-negara timur dan barat. 2. Terletak di luar kawasan lingkaran Gunung Berapi Pasifik yang membolehkan Malaysia bebas dari letusan gunung berapi dan angin taufan. 3. Mempunyai pelbagai jenis bentuk muka bumi yang membolehkan pelbagai kegiatan ekonomi dijalankan. 4. Iklim Malaysia yang panas dan lembab sepanjang tahun membolehkan kegiatan pertanian, perikanan, perusahaan, dan perlombongan dapat dijalankan sepanjang tahun.

5. Malaysia kaya dengan pelbagai hasil pertanian, perikanan dan perlombongan. PEMBAHAGIAN KAWASAN FIZIKAL 1. Kawasan Dataran Tinggi Banjaran Negeri Banjaran Kledang Perak Banjaran Bintang Perak Banjaran Besar Selangor Banjaran Crocker Sabah Banjaran Titiwangsa Negeri Sembilan Banjaran Benom Pahang Banjaran Tahan Pahang Banjaran Pantai Timur Terengganu Banjaran Maitland Sabah Banjaran Trus Modi Sabah Banjaran Witti Sabah Banjaran Brassey Sabah Banjaran Tama Abu Sarawak Banjaran Kapuas Hulu Sarawak Banjaran Penambo Sarawak Banjaran Hose Sarawak Banjaran Kelingkang Sarawak Banjaran Iran Sarawak 2. Kepentingan kawasan dataran tinggi / tanah tinggi Kepentingan Contoh kawasan Kawasan pertanian tanaman hawa sederhana Cameron Highlands, Pahang (teh & sayur) Kawasan pelancongan Pulau Pangkor, Perak Kawasan peranginan Bukit Fraser, Pahang Genting Highlands, Pahang Cameron Highlands, Pahang Kawasan tadahan hujan Banjaran Besar, Selangor Kawasan empangan Empangan Temenggor, Perak Kawasan air terjun Air Terjun Kota Tinggi, Johor Kawasan rekreasi Gunung Kinabalu, Sabah Sumber batu garanit & batu kapur Batu Caves, Selangor Hutan khatulistiwa merupakan kawasan Bahagaian tengah Semenanjung pembiakan & hidupan liar. & pedalaman Sabah &Sarawak

KAWASAN TANAH TINGGI 1. Terdiri daripada banjaran gunung lipat tua yang terdiri daripada : a. Batu kapur b. Batu granit 2. Banjaran utama di Semenanjung Malaysia ialah : a. Banjaran Titiwangsa b. Banjaran Bintang c. Banjaran Kledang d. Banjaran Tahan e. Banjaran Benom f. Banjaran Pantai Timur 3. Banjaran Titiwangsa Banjaran terpanjang di Semenanjung Malaysia. Dikenali sebagai "Banjaran Besar". Merupakan tulang belakang bagi Semenanjung Malaysia. Legeh utama sungai-sungai di Semenanjung Malaysia. Terdapat setesen penjanaan kuasa hidroelektrik.

4. 5. 6. 7.

Terdapat tiga pusat peranginan yang terkenal iaitu Bukit Fraser, Tanah Tinggi Cameron, dan Tanah Tinggi Genting. Gunung Korbu (2190m) merupakan kemuncak tertinggi di Banjaran Titiwangsa. Gunung Tahan di Banjaran Tahan merupakan gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia. Gunung Bintang (1880m) ialah kemuncak tertinggi di Banjaran Bintang. Bukit Larut merupakan pusat peranginan di Banjaran Bintang.

8. Banjaran Bintang merupakan legeh bagi Sungai Perak dan cawangannya Sungai Kinta. 9. Banjaran-banjaran utama di Sabah : a. Banjaran Crocker b. Banjaran Brassey c. Banjaran Terus Madi d. Banjaran Maitland 10. Banjaran Crocker ialah banjaran yang terpanjang dan tertinggi di Sabah. 11. Gunung Kinabalu (4101m) ialah kemuncak tertinggi di Banjaran Crocker dan gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara. 12. Banjaran-banjaran utama di Sarawak ialah : a. Banjaran Tama Abu

b. Banjaran Kapuas Hulu c. Banjaran Iran 13. Banjaran ini menjadi sempadan semulajadi di antara Malaysia dan Kalimantan. 14. Gunung Murud (2438m) merupakan kemuncak tertinggi di Sarawak terletak di Banjaran Tama Abu. KAWASAN TANAH PAMAH 1. Kawasan tanah pamah adalah tanah rendah yang rata, ada kalanya beralun, tidak melebihi 100m dari aras laut. 2. Jaluran tanah pamah terletak di antara pinggir laut dengan banjaran gunung dan bukit di sepanjang laut di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. 3. Tanah pamah hasil dari mendapan lanar dinamakan tanah pamah lanar. 4. Dataran pantai barat Semenanjung Malaysia : a. Lebih luas b. Dataran Kedah-Perlis dan Dataran Hilir Sungai Perak merupakan dataran yang amat penting. 5. Dataran pantai timur Semenanjung Malaysia : a. Sempit, terputus-putus dan berpasir. b. Sering dilanda banjir monsun timur laut. c. Tanihnya yang berpasir kurang sesuai untuk pertanian. 6. Tanah pamah yang menakung air dinamakan paya a. Tanah yang ditakungi air masin dinamakan paya bakau. b. Paya bakau banyak didapati di teluk-teluk dan di muara sungai. c. Paya ini menjadi paya gambut jika berterusan ditenggelami air masin. 7. Tanah gambut berwarna hitam dan tidak subur kerana mengandungi asid. 8. Dataran pantai barat Sabah sempit dan terputus. Tanah pamahnya yang luas ialah: a. Sekitar sungai kinabatangan b. Semenanjung Semporna c. Hilir Lembah Sagama d. Sekitar Sungai Labuk dan Sungai Segama 9. Di kawasan ke darat dari paya bakau yang tidak di pengaruhi oleh air

terdapat paya air tawar. Paya air tawar sebahagian besar disalirkan dan digunakan sebagai kawasan pertanian padi sawah dan kelapa. 10. Paya gambut hanya sesuai digunakan untuk pertanian selepas dikeringkan. Tanah paya gambut lembut dan tidak subur. Ia hanya digunakan untuk tanaman berakarkan serabut. 11. Di kawasan ke darat dari tanah pamah lanar terdapat tanah pamah beralun. a. Ianya terdapat di selatan Sungai Pahang, negeri Johor Darul Takzim, Negeri Sembilan Darul Khusus, Melaka dan pantai barat Sarawak. b. Sesuai dijadikan kawasan pertanian getah, kelapa sawit, lada hitam, dan pertanian pindah di Sarawak serta kelapa sawit dan koko di Sabah. 12. Kawasan tanah pamah sesuai untuk : a. perlombongan (Lembah Kinta) b. pembalakan (selatan Pahang, barat Sarawak, dan timur Sabah) 13. Dataran pantai Sabah adalah lebar antara 30-65km a. terdiri daripada tanah aluvium b. Delta Rajang (utama) dan Delta Baram (Utama) 14. Kawasan tanah pamah a. Delta Rajang b. Delta Baram c. Delta Kelantan d. Delta Sungai Pahang e. Delta Endau-Rompin f. Dataran Kedah-Perlis g. Dataran Kuching h. Dataran Seberang Prai i. Dataran Pantai Timur j. Dataran Johor 15. Kepentingan tanah pamah a. Kawasan pertanian terutamanya i. penanaman padi (tanih lanar) ii. getah dan kelapa sawit (cerun bukit dan tanih laterit) b. Kawasan perlombongan terutama bijih timah (Lembah Kinta). c. Kawasan perindustrian dan perumahan.

d. Kawsan tumpuan penduduk dan bandar. e. Sesuai untuk memudahkan pembinaan jalinan jalan raya dan landasan keretapi. KAWASAN PINGGIR LAUT 1. Malaysia dikelilingi oleh laut iaitu : a. Laut China selatan b. Laut Sulu c. Laut Sulawesi d. Selat Melaka 2. Semua negeri di Malaysia mempunyai kawasan pinggir laut kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 3. Pinggir laut Malaysia mempunyai berbagai jenis bentuk muka bumi.

Bil. Ciri-ciri Pinggir Laut 1. Pulau

Contoh

Kepentingannya

Sebuah dataran yang dikelilingi oleh laut

Pulau Pinang Pulau Tioman Pulau Ketam Pulau Pangkor

Pelabuhan antarabangsa Pusat pelancongan Pusat perikanan Pelabuhan dalam negeri

2. Tanjung

Dataran yang menganjur ke arah laut

Tanjung Bunga Tanjung Datu Tanjung Baram Tanjung Duwai

Tempat rekreasi Tempat bermandimanda dan berkelah

3. Teluk

Kawasan perairan yang cetek di antara tanjung dan daratan

Teluk Kimanis Teluk Bahang Teluk Rumania Teluk Cempedak

Pelabuhan dan pusat perikanan Tempat perkelahan

4. Paya/Tasik

Kawasan berair Kuala-kuala: di pinggir laut Sungai Perak Ditumbuhi pokok Sungai Rajang bakau Sungai Segama

Sumber kayu bakau Hidupan laut (ikan, udang, dan siput)

Sungai Selangor

5. Pantai

Kawasan pinggir pantai yang ditumbuhi pasir cantik dan bersih

Port Dickson Pantai Cinta Berahi Pantai Batu Feringgi Pantai Santubong Pantai Tanjung Aru

Tempat bermandimanda Tempat perkelahan Tempat pelancongan

SISTEM SALIRAN 1. Sungai-sungai berpunca dari kawasan banjaran gunung dan mengalir masuk ke laut. 2. Kebanyakan sungai utama di Semenanjung Malaysia berpunca dari Banjaran Titiwangsa dan mengalir masuk ke Selat Melaka dan Laut China Selatan. 3. Sungai utama di Sarawak pula berpunca dari Banjaran Kapuas Hulu, Banjaran Iran, dan Banjaran Tama Abu dan mengalir masuk ke Laut China Selatan. 4. Di Sabah, sungai-sungai berpunca dari kawasan pedalaman yang bergunung-ganang dan mengalir masuk ke Laut China Selatan, Laut Sulu, dan Laut Sulawesi. 5. Sungai Pahang (478km) merupakan sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia. 6. Sungai Kinabatangan (560km) merupakan sungai yang terpanjang di Sabah. 7. Sungai Rajang (563km) adalah sungai terpanjang di Sarawak dan di Malaysia. 8. Secara amnya, sungai-sungai di Malaysia pendek, lurus, cetek, deras dan berliku-liku di bahagian hilirnya. 9. Tasik terbesar di Malaysia Tasik Bera dan Tasik Chini di Pahang

merupakan tasik-tasik semulajadi yang penting. 10. Tasik Kenyir (Terengganu), Tasik Cenderoh, dan Tasik Temenggor (Perak) pula adalah antara tasik-tasik buatan manusia yang utama. Kepentingan Sungai dan Tasik 1. Di kawasan pendalaman yang berhutan, sungai-sungai merupakan cara pengangkutan yang utama : a. Sungai Rajang di Sarawak digunakan untuk menghubungkan kawasan pendalaman dengan kawasan hilir sungai. b. Sungai Kinabatangan di Sabah digunakan untuk menghanyutkan kayu balak dari kawasan pedalaman. 2. Aliran sungai yang deras membolehkan pembinaan empanganempangan merentasi sungai untuk menjana kuasa hidro elektrik seperti : a. Empangan Cenderoh (Sungai Perak) b. Empangan Temenggor (Sungai Perak) c. Empangan Kenyir (Sungai Terengganu) 3. Di kawasan pertanian, air sungai disalirkan untuk tujuan pengairan seperti Rancangan Pengairan (Kedah) dan Rancangan Pengairan Kemubu (Kelantan). 4. Sungai-sungai membentuk daratan-daratan mendap yang subur dan sesuai untuk kegiatan pertanian. 5. Sungai-sungai membekalkan air tawar untuk kegunaan di rumah dan di kilang. 6. Sungai-sungai dan tasik juga menjadi sumber ikan air tawar yang penting. 7. Sungai menjadi sempadan antara negeri dan negara seperti : a. Sungai Bernam memisahkan negeri Perak dan negeri Selangor. b. Sungai Golok sempadan antara Kelantan (Malaysia) dan negara Thai. 8. Sungai-sungai yang mempunyai air terjun tasik-tasik menjadi tempat beriadah dan rekreasi. PENGARUH KEGIATAN MANUSIA KE ATAS ALAM FIZIKAL

1. Kawasan hutan yang luas telah ditebang untuk tujuan pertanian, pembalakan, perindustrian, dan petempatan. 2. Penebangan hutan secara berleluasa tanpa kawalan akan menyebabkan perkara-perkara yang berikut, iaitu : a. b. c. d. e. Rezab kawasan hutan akan semakin kecil Flora dan fauna yang terdapat dalam hutan akan terancam. Tanah yang terdedah kepada tindakan hakisan. Tanah yang terhakis akan kehilangan kesuburan. Sungai menjadi cetek akibat mendapan sungai yang terlalu banyak. f. Berlakunya banjir kilat akibat limpahan air sungai semasa hujan lebat. g. Kekurangan tumbuh-tumbuhan dan akar pokok untuk menyerap dan menghalang aliran akan menyebabkan banjir. h. Kenaikan iklim mikro setempat.

You might also like