You are on page 1of 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS

Mata Pelajaran : Sains Tahun : 4 Mawar Tarikh : 1 Ogos 2011 Masa : 60 minit Bidang : Menyiasat Alam Kehidupan Tajuk : Pengelasan Haiwan Mengikut Tabiat Makanan Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran pelajar dapat : i) ii) iii) Mengelaskan haiwan mengikut jenis kategori makanannya iaitu hervivor, karnivor dan omnivor. Membanding beza ciri-ciri antara haiwan herbivor, karnivor dan omnivor. Menamakan 3 jenis haiwan bagi setiap kategori dengan betul.

Penggabungjalinan Kemahiran : Melukis, menggunting, berkomunikasi Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengetahui bahawa setiap benda hidup memerlukan makanan untuk hidup. Strategi : Konstruktivisme, pemerhatian TPK : Verbal Lingustik, Kinestetik, Muzikal Bahan Bantu Mengajar : Slaid Power Point, radio, gambar haiwan Penerapan Nilai : Sikap ingin tahu, berani mencuba, mensyukuri nikmat tuhan Langkah Set Induksi ( 5 minit ) Isi Kandungan Soal Jawab Apakah jenis haiwan peliharaan yang kamu pelihara di rumah ? 1. Aktiviti P & P Murid diminta menyebut jenis haiwan peliharaan mereka di rumah Murid menyebut jenis haiwan peliharaan mereka di rumah. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran pada hari itu. Murid ditayangkan slaid persembahan MS Power Point yang mengandungi bunyi-bunyi haiwan. Catatan Teknik : Soal jawab Nilai : Berani

2. 3.

Langkah 1 Tayangan Slaid MS (15 minit ) Power Point Contoh bunyi-bunyi : -

1.

Teknik : Teka Bunyi Nilai : Mendengar dengan peka

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Lembu Kucing Ayam Gajah Harimau Anjing

2. Murid diminta meneka bunyi haiwan dengan menyebut nama haiwan berdasarkan bunyi yang didengar. 3. Murid diminta memberi contoh jenis makanan yang dimakan oleh haiwan tersebut.

BBM : MS Power Point

Lembu rumput Kucing ikan & sayur Ayam cacing & jagung(dedak) Gajah - tebu Harimau daging Anjing daging Langkah 2 Pengkelasan ( 15 minit ) i) Herbivor makan tumbuhan ii) Karnivor makan haiwan lain iii) Omnivor makan tumbuhan dan haiwan lain Langkah 3 Lembaran Kerja : ( 15 minit ) Pengkelasan 1. Nama dan gambar haiwan 2. Jenis kategori 3. contoh makanan 4. ciri-ciri haiwan Nyanyian lagu : Bangau Oh Bangau

1. Guru menerangkan perbezaan jenis haiwan herbivor, karnivor dan omnivor. 2. Murid diminta menampal kad gambar pada papan putih mengikut kelas/kategori haiwan dengan betul

Teknik : Latih tubi Nilai : Berani mencuba, tidak mudah putus asa, usaha BBM : Kad gambar

1. Murid diberi lembaran kerja. 2. Murid dikehendaki melengkapkan jadual mengikut klasifikasi kategori haiwan. Murid dikehendaki melukis haiwan pada lembaran kerja yang diberi oleh guru

SDP : Melukis Teknik : Latih tubi Nilai : Mendengar arahan, berfikir BBM : Lembaran kerja

Penutup ( 10 minit )

1. Murid diminta berdiri dan menyanyikan lagu Bangau Oh Bangau dengan iringan muzik. 2. Murid diminta membuat gaya pergerakan mengikut pergerakan yang dilakukan oleh guru. 3. Murid menyanyikan lagu Bangau Oh Bangau sambil melakukan pergerakan. 4. Murid diminta menyatakan nilai yang terdapat dalam pembelajaran pada hari itu. 5. Guru membuat rumusan tentang pelajaran pada hari itu.

SDP : Nyanyian & Pergerakan Kreatif Teknik : Nyanyian Nilai : Berani, kerjasama BBM : Video

You might also like