You are on page 1of 4

BAB 6 OBLIGASI MEMBERIKAN PERKHIDMATAN

Seorang profesional wajib memberikan perkhidmatan yang sama kepada semua tanpa mengira agama, warna kulit, jantina, fahaman politik dan status sosioekonomi Bagi memenuhi matlamat ini, 2 faktor perlu diambil kira iaitu:-

a)
b)

Kesamaan peluang Ketidaksamaan peluang Faktor ekonomi

1a)

Kesamaan dan ketidaksamaan peluang

Kesamaan Peluang
-

Profesional patut memberikan perkhidmatan kepada semua orang dengan adil dan saksama kerana dengan kedudukan istimewa dalam masyarakat dan kepakaran yang tidak dipunyai oleh orang lain sudah sewajarnyalah tanggungjawab itu dilaksanakannya dengan rela hati. Proses pendidikan yang diterima oleh golongan ini adalah hasil daripada bantuan kerajaan ( rakyat ) sama ada secara langsung atau tidak langsung. Profesion menerima bantuan dalam bentuk biasiswa, pinjaman dan kemudahan-kemudahlan lain. Dari segi undang-undang, profesional memiliki keistimewaan untuk memonopoli perkhidmatannya. Hanya profesional boleh menjadi pengamal profesionnya. Oleh itu, faedah dan keistimewaan yang dinikmati mereka dikongsi dan diagih kepada masyarakat melalui perkhidmatan yang diberikan. Untuk tujuan itu, profesional perkhidmatan mereka kerana:iiitidak digalakkan mengiklankan

mengelakkan klien daripada mengharapkan sesuatu yang tidak realistik Kerahsiaan klien professional daripada m,engambil

iiimengelakkan kesempatan

b)

Ketidaksamaan Peluang Bagaimanapun, isu yang timbul ialah ketidaksamaan peluang

Khidmat professional dikenakan bayaran yang secara relatifnya adalah mahal Oleh itu harga yang . Sahaja boleh mendapatkan khidmat professional.

2- Faktor Ekonomi
Walaupun pada asasnya seseorang profesional perlu memberikan persamaan peluang kepada semua, namun khidmat profesional boleh dibatasi oleh factor ekonomi. Faktor ini merujuk kepada masalah-masalah seperti monopoli, bayaran perkhidmatan, publisiti dan pengkhususan kepakaran. a) Monopoli

Satu amalan ketara dalam profesion perubatan dan guaman. Undang-undang menghalang sesuatu perkhidmatan diberikan oleh mereka yang bukan profesional dalam bidang tertentu atas alasan tiada kepakaran. Ramai yang memerlukan khidmat perubatan dan menurut prinsip ekonomi asas iaitu penawaran dan permintaan menyebabkan orang ramai sukar mendapat perkhidmatan ini. Dalam konteks Malaysia, ratio doktor-penduduk adalah amat tidak seimbang. b) Bayaran perkhidmatan

Profesional perunding mengenakan bayaran tertentu terhadap kliennya atas perkhidmatan yang diberikan. Isunya ialah amalan ini tidak memungkinkan persaingan harga di kalangan profesion. Kadangkala seseorang profesional mengenakan bayaran dengan sewenang-wenangnya dan tidak ada kawalan harga perkhidmatan yang dibuat oleh pihak berkuasa. c) Publisiti

Iklan boleh mengelirukan pengguna terutama bila profesion sekadar memaparkan nama ijazahnya, nama universiti dan kepakaran. Maklumat ini tidak menggambarkan kemahiran dan kecekapannya. Orang awam yang kurang berpengetahuan mendapati sukar memilih profesional yang benar-benar cekap dan berpengalaman. Iklan juga boleh menjadikan klien mengharapkan sesesuatu yang tidak realistik. Contohnya, sekiranya doktor mengiklankan dirinya boleh menyembuh penyakit barah, jurutera menjanjikan bangunan yang tahan gegaran gempa bumi, dan lain-lain. Apabila seseorang klien telah membayar perkhidmatan dan harga yang tinggi tetapi harapan yang dihajatkannya tidak tercapai, ini menjadi amalan yang tidak beretika.

Iklan juga cuba menunjukkan keberkesanan perkhidmatan dengan cara penyenaraian nama-nama klien yang telah menerima perkhidmatan sebelum itu. Di sini timbul masalah menyalahgunakan maklumat dan juga tidak merahsiakan identiti klien. Ini adalah isu etika yang serius. Contoh:Pusat perkhidmatan perubatan swasta yang mengeluarkan senarai panel nama-nama kliennya. Amalan rundingcara boleh menimbulkan isu etika yang serius apabila seorang perofesional mengadakan sesi runding cara untuk mengikat bakal klien. Contoh:Seorang akauntan mempelawa bakal klien untuk makan tengahari bagi menerangkan perkhidmatan yang ditawarkannya. Masalah etika dalam runding cara ialah mengambil kesempatan daripada keadaan yang berlaku. Seseorang secara terdesak dan terpaksa akan bersetuju menerima perkhidmatannya tanpa pertimbangan sewajarnya atau mencari alternatif lain. Amalan ini menafikan klien kebebasan untuk memilih. d) Pengkhususan Kepakaran Ini telah lama berlaku dalam profesion perubatan dan mula menular ke profesion guaman dan kejuruteraan. Antara masalah berbangkit ialah:iTerlalu ramai profesional bertumpu kepada sesuatu bidang kepakaran mengakibatkan sesetengah bidang lain menghadapi kekurangan pakar. Semakin kurang yang menjadi pengamal umum Kos perkhidmatan meningkat kerana klien terpaksa membayar kos perkhidmatan dan kepakaran.

iiiii-

Klien tanpa Etika


Sementara terdapat professional yang beretika dan cuba melaksanakan kerjanya secara amanah dan beretika, terdapat juga klien yang tidak beretika yang sama ada boleh menipu professional

mahu pun menyebabkan professional tersebut terperangkap dalam satu masalah etika yang serius. Contohnya ini dapat diperhatikan pada seorang berurusan dengan seorang akauntan/pengaudit. klien yang

Pernah dalam satu kes seorang klien menyerahkan penyata syarikatnya yang didalamnya terkandung butiran-butiran yang palsu. Oleh kerana hubungan professional-klien dalam kes ini telah terbina sekian lama, professional tersebut (Akauntan/pengaudit) tidak mengesyaki apa-apa dan menerima penyata itu sebagai dokumen yang benar. Setelah pengauditan lebih teliti dibuat didapati terdapat pemalsuan fakta dalam penyata tersebut. Ini adalah contoh bagaimana seorang klien boleh dilihat sebagai tidak beretika.

You might also like