You are on page 1of 15

BONGAI - Lagu Tradisional Negeri Sembilan PENGENALAN Bongai adalah suatu kesenian yang tidak asing bagi masyarakat

di Negeri Sembilan. Bongai boleh dikatogerikan sebagai lagu-lagu tradisi untuk masyarakat Negeri Sembilan khasnya, dan Malaysia amnya. Ia boleh disama taratkan dengan 'Dondang Sayang' bagi Negeri Melaka, 'Ghazal' bagi Negeri Johor, 'Dikir Barat' bagi Negeri Kelantan, 'Boria' bagi Pulau Pinang dan berbagai kesenian dalam bentuk 'lagu' di negeri-negeri lain. Bongai amat popular dalam masyarakat Negeri Sembilan suatu ketika dahulu, khususnya di dalam majlis keramaian yang melibatkan perkahwinan. Namun, dalam dekad 1980 an dan 1990 an, Bongai kurang mendapat perhatian daripada jenerasi muda, kerana saingan dengan lagu dan muzik moden yang semakin berleluasa ketika ini. Walau bagaimanapun, bagi masyarakat lama yang pernah mengalami dan merasai kehidupan dalam zaman kegemilangan Bongai, sekitar tahun-tahun sebelum 1970an, persembahan Bongai seolah-olah menjadi suatu nostalgia bagi mereka. Lantaran itu, mereka masih memerlukan Bongai untuk persembahan pada hari perkahwinan anak-anak mereka. ASAL PERKATAAN BONGAI Berbagai pandangan telah dibuat mengenai Bongai. Ada pendapat yang mengatakan bahawa perkataan Bongai adalah perkataan yang tersendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana perkataan pun. Encik Udin Bin Russin atau lebih dikenali sebagai Pak Din Bongai, iaitu salah seorang penyanyi Bongai yang aktif di Negeri Sembilan, mengatakan bahawa nama Bongai berasal daripada perkataan 'Bong dan Lai' yang bererti 'sayang'. Ismail Abdul Hadi didalam bukunya, mengulas : Seorang tokoh budaya tempatan Abdul Latif Oyek, memberi pengertian bahawa perkataan 'bongai' adalah dicipta dari dua perkataan, iaitu perkataan 'bong' dan perkataan 'aye'. Perkataan 'bong' memberi maksud 'seseorang yang dihormati', sementara perkataan 'aye' bererti saya ". (Lihat, Ismail Abdul Radi, 'Bongai , Nyanyian Tradisional Negeri Sembilan', Grup Penulis Guru Negeri Sembilan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Seremban, 1996, halaman 4). Walau apapun asal usul perkataan 'Bongai' tersebut, namun yang paling utama ialah, persembahan Bongai mempunyai keunikannya yang tersendiri dan telah diterima sebagai 1

identiti lagu bagi Negeri Sembilan (mulai 1997) serta telah mula diterima oleh kebanyakan masyarakat di negeri ini.

SEJARAH ASAL USUL Bongai dipercayai satu-satunya lagu rakyat yang asli kepunyaan masyarakat Negeri Sembilan. Begitulah pendapat yang penuh meyakinkan yang diberi oleh Encik Udin Bin Russin, atau Pak Din Bongai salah seorang penggiat Bongai yang masih terdapat di Negeri Sembilan. Pendapat ini telah disokong oleh ramai ahli kumpulan Bongai Seri Petasih di Kampong Kepis, Kuala Pilah. Namun bagi kebanyakan pengkaji, Bongai dikatakan berasal daripada Sumatra Barat, Indonesia, yang dibawa masuk oleh orang-orang Minangkabau, semasa mereka berhijrah ke Negeri Sembilan suatu ketika dahulu. Keadaan ini disebabkan oleh wujudnya persamaan antara lagu kesenian rakyat Minangkabau yang diberi nama 'Berbilang Panjang' dengan 'Lagulagu Bongai'. Persamaan ini meliputi inti dan cara ia dipersembahkan. APA ITU BONGAI Dalam pemahaman mudah, 'Berbongai' bererti berbalas pantun yang disampaikan dalam bentuk lagu oleh para pemantunnya. Bongai adalah sejenis lagu rakyat tradisional Negeri Sembilan yang dinyanyikan secara solo atau berduet atau beramai-ramai. Namun, konsep persembahan adalah, hanya seorang sahaja boleh menyanyi atau berpantun dalam satu-satu masa. Orang lain tidak boleh menyanyi atau mengacau ketika lawan atau pasangannya sedang menyanyi. Persembahan secara solo boleh dinyanyikan oleh samada lelaki atau wanita. Begitu juga, jika dipersembahkan secara berduet, ia boleh menggunakan pasangan lelaki dan wanita atau lelaki kedua-duanya atau wanita kedua-duanya. Jika persembahan dibuat beramai-ramai, ia mengekalkan konsep asal, iaitu hanya seorang sahaja boleh menyanyi dalam satu-satu masa, yang kemudiannya disahut atau disambut oleh orang lain dalam kumpulan yang sama. Rajah 2 dan Rajah 3 di bawah menunjukkan bagaimana Pembongai berbalas pantun.

Pembongai Pertama adalah orang yang memulakan nyanyian dan ia harus bijak memulakan nyanyiannya dengan pantun yang indah. Pembongai Pertama ini bertanggungjawab memilih, 1. lrama yang ingin dinyanyikan seperti lrama Petasih. Budu Landai. Cantik Manih dll. Dan 2. Tema persembahan seperti cinta, adat dll.
2

Pembongai Kedua pula akan menjawab pantun yang di jual oleh Pembongai Pertama tadi. Semasa menjawab pantun, ia mestilah menggunakan irama dan tema yang sama. lrama dan tema yang digunakan oleh Pembongai Pertama tidak harus atau tidak boleh ditukar oleh Pembongai Kedua. lrama dan Tema mesti dikekalkan biar pun berbongai hingga ke pagi. Irama dan Tema hanya boleh ditukar apabila sesuatu lagu baru dimulakan. Untuk pantun ketiga ia boleh dijawab oleh sama ada Pembongai Pertama semula atau Pembongai Ketiga. lrama dan Tema masih dikekalkan dan tidak boleh ditukar. Begitulah seterusnya.
Rajah 2 : Carta memberi gambaran bahawa Irama dan Tema Bongai mesti sama di dalam sesuatu lagu yang dipersembahkan walaupun mereka berbongai hingga ke dini hari.

Rajah 3 : Pantun-pantun yang dijual semasa berbongai boleh dijawab oleh sesiapa sahaja daripada kalangan Pembongai NAMA LAIN Di tempat-tempat tertentu, di Negeri Sembilan, perkataan Bongai kurang popular dikalangan penggiatnya kerana mereka mempunyai nama yang tersendiri bagi lagu t.radisional tersebut. Di kawasan Kepis umpamanya, lagu-lagu bongai lebih popular dengan panggilan 'Lantak Kudo' yang sama maksudnya dengan 'Rentak Kuda'. Selain itu, nama 'Petasih' juga sering digunakan bagi menggantikan nama Bongai. Namun, ketika ini, iaitu dekad 1990an, masyarakat Negeri Sembilan mula memanggil lagu-lagu tradisional ini dengan nama 'Bongai' iaitu istilah yang diguna dan diterima pakai oleh pihak kerajaan Negeri Sembilan. MASA DINYANYIKAN Bongai tidak dapat dipisahkan daripada majlis perkahwinan di Negeri Sembilan. Namun ia bukanlah suatu kemestian yang wajib dilaksanakan apabila kenduri kahwin hendak dilangsungkan. Sehingga tahun-tahun 1950 an, 'berbongai' didalam kenduri dan adat perkahwinan adalah suatu yang amat perlu, dan seolah-olah tidak lengkap jika tidak berbongai. Didalam sesuatu majlis perkahwinan, berbongai biasanya dilangsungkan mulai jam sepuluh atau sebelas malam hinggalah kesubuh, iaitu sebelum tarhim atau azan di surau. Ketika ini, 3

Bongai berperanan sebagai penghibur, dan seterusnya mengelakkan kebosanan kepada orang ramai yang sedang sibuk membuat persiapan kenduri kahwin tersebut. BENTUK atau TEMA Usik mengusik, berkasih sayang, asam garam rumah tangga dan kehidupan sekampung adalah merupakan tema yang popular di dalam sesebuah persembahan bongai. lni bermakna bahawa, para pembongai akan mencipta dan menyanyi berasaskan kepada tema yang dimulakan oleh penyanyi yang pertama atau penjual pantun yang mula-mula. Keadaan ini berlaku kerana, setiap pantun yang dijual dan yang dibeli oleh pembongai harus mempunyai kaitan dan kesinambungan bagi sesuatu irama yang dipilih. Tema-tema yang berat seperti peperangan, kepahlawanan, kepimpinan dan sebagainya amat jarang menarik minat pembongai. TEMPAT PERSEMBAHAN Bagi kebanyakan kesenian lain, persembahannya sudah pasti memerlukan tempat yang sesuai agar ia kelihatan lebih menarik. Namun bagi Bongai, tidak ada tempat khusus untuk persembahannya. Bongai boleh dipersembahkan di atas rumah, atau tempat-tempat yang terbuka dan boleh didengari serta ditonton. Serambi atau bahagian hadapan rumah adalah tempat yang sering digunakan untuk persembahan Bongai. Sesuatu tempat persembahan Bongai tidak perlu dihias sebegitu rupa. Memadai dengan hamparan sehelai tikar mengkuang. Para pembongai biasanya akan hanya duduk bersila, sambil menyanyi atau bermain alat muzik yang diperlukan. ALAT MUZIK Terdapat berbagai alat muzik didalam sesuatu persembahan Bongai mengikut kesesuaian persembahan dan penyanyinya. Namun alat muzik yang biasa digunakan didalam sesuatu persembahan adalah Violin, Rebana, Gong, Gendang, Salung dan Tumbuk Kallang. Alat -alat muzik lain boleh juga digunakan sebagai tambahan kepada alat muzik sedia ada, seperti Caklempong, Bangsi, Accordian dan lain-lain lagi.

IRAMA atau LAGU Di dalam sesuatu persembahan Bongai, terdapat berbagai irama yang didendangkan oleh penyanyinya. Antara irama yang sering dinyanyikan ialah seperti irama Anak Bocek, irama Petasih, irama Budu Landai, irama Cantik Manih, irama Comporai dan sebagainya.

SENIKATA atau PANTUN Senikata bagi lagu-Iagu Bongai mempunyai keindahan dan keunikannya yang tersendiri yang amat jelas membezakannya dengan lagu-Iagu lain. Bongai, biasanya dinyanyikan dengan menggunakan pantun-pantun tradisi yang dicipta oleh penyanyi Bongai sendiri dengan tujuan yang tertentu, seperti sindiran, usikan, gurauan, kasih sayang, dan lain-lain lagi. Namun, tujuan dan maksud pantun amat jarang sekali berniat hasad dengki atau memburukburukkan sahabat sesama mereka. Malah, pada pantun yang akhir sekali biasanya Pembongai akan memohon kemaafan sekiranya tersalah dan terkasar bahasa semasa berbongai tadi. Sesuatu yang amat menarik ialah, pantun-pantun dalam Bongai biasanya dicipta secara spontan, iaitu semasa Pembongai sedang menyanyi. Oleh itu tidak hairanlah jika dikatakan bahawa seseorang Pembongai adalah juga seorang yang berbudi bahasa dan 'sasterawan'. Malah jauh daripada itu ialah, beliau seharusnya juga mempunyai ciri-ciri berikut :
? ? ? ?

Penyabar, kerana pihak lawan mungkin menggunakan perkataan yang kurang disenangi semasa berpantun Bersuara merdu dan lunak untuk mengindahkan lagi lagu-Iagu Bongai yang dinyanyikan. Mempunyai nafas yang panjang, untuk disesuaikan dengan irama Bongai Mempunyai kebolehan untuk mendapatkan perkataan-perkataan yang tepat dan indah, tetapi mempunyai maksud yang bukan sahaja selapis, bahkan dua lapis, tiga lapis dan seterusnya Berani dan bersemangat, terutamanya semasa menyanyikan lagu-Iagu Bongai, kerana penonton atau pendengar akan mencemuh atau mengejek jika pantun kurang tepat atau tidak wajar. Sikap penakut akan menyebabkan persembahan Bongai tidak berseri pada malam tersebut

Tidak dapat dinafikan bahawa pantun-pantun yang dicipta oleh Pembongai boleh dikatogerikan sebagai puisi Melayu lama dalam bentuk syair, gurindam, seloka, pantun dan lain-lain lagi. la dicipta sebegitu indah dan halus dengan menggunakan perkataan-perkataan tertentu dalam bentuk pantun dua kerat, empat kerat atau enam kerat. Pantun-pantun ini boleh disesuaikan mengikut rentak dan irama lagu yang ingin dinyanyikan serta tema yang sedang diperkatakan. Antara pantun yang sering diperdengarkan atau dinyanyikan di dalam acara-acara berbongai adalah seperti berikut : Ikan sepat mudik ke hulu Anak haruan putih dadanya Siapalah cepat dapatlah dahulu Siapalah kemudian putihlah matanya Umbut-umbut dalam paya Kalau hilir bawa lumut Nak berebut saya tak terdaya Kalau cicir saya boleh pungut. Kelaut mencari gunja Dapat gunja setengah kati Kalau den hidup nak jadikan jua Kalau mati luar janji Kain perai bajunya perai Pakaikan anak kelasi tongkang Nyawa dibadan lagikan bercerai lnikan pula kasih menumpang Rakit-rakit pergi ke tepi Budak-budak tumpang menyeberang Hati sakit kerana budi Budi abang tak dikenang orang Cili api memang pedas Buat rendang sedap rasanya Abang berbudi tak hendak dibalas Kalau kau kenangkan apa salahnya 6

Ikan sepat memang mudek ke hulu Umbut-umbut dalam paya Sapa cepat ambillah dahulu Nak berebut saya tak terdaya Buah keranji di tengah laman Kalau berbuah bertaut muda Sudah berjanji berjabat tangan Kalau berubah mati muda Sari-sari ke Tanjung Jati Pasang racik kena murai Carilah dik oi ubat tak mati Supaya kasih jangan bercerai Tidaklah dapat sihendak padi Dedak jua ditumbuk luluh Tidak dapat sikehendak hati Kehendak Allah jua yang sungguh Tanam ubi disimpang empat Tanam mari rapat-rapat Abang berbudi elok mencari tempat Selalu berbudi balasnya tak dapat Tanam ubi bulan purnama Cahayanya sampai hingga pagi Budi abang saya dah terima Menjadi kenangan sampai ke mati Api-api terbang lima Hinggap seekor dicelah daun Budi tuan sangat berguna Menjadi kenangan bertahun-tahun. Kurang minyak diperminyakkan Minyak ditaruk tengah laman Kalaulah burung tengah jinak Boleh makan ditapak tangan Sirih kuning junjungan inai Gajah bersila diuratnya Putih kuning gemuk gemunai Geli hati dibuatnya Kedarat mencari bingkat Dapat bingkat pecah belah Terbang melayang burung nak dipikat Hinggap ke dahan abang pasang getah. Kalau ada buah-buahan Nak menebang kayu berduri Kalau ada mudah-mudahan Burung Terbang menyerah diri. 7

Apa tanda hari nak petang Anak merebah terciap-ciap Apa tanda abang nak pulang Parah didada terkirap-kirap. Bukan minyak sebarang minyak Minyak bercampur dua pati santan Macam mana burung nak jinak Burung tidak diberi makan. Hitam tampuk hitam tangkai Patah ditanduk dek kerbau jantan Sebulan mabuk setahun lolai Baru tahu berkasih sayang. Tinggi bukit kampung Melayu Kain pelikat dari seberang Tuan umpama burung dikayu Nak dipikat ia dah terbang. Pagi-pagi motong getah Potong mari tiga penjuru Kalau tak dapat burung ku getah Hanyut pula petuan guru Tinggi bukit gunung senanti Air dalam berkala-kala Adik tu ulit boleh dinanti Kalau tak mahu apakan daya Kedarat mencari rotan Tiada rotan elokkan akar Pandang diluar tak berkesan Hati didalam kelusuh bakar. Burung puchung terbang tinggi Dia membawa sebatang damak Sudah terlangsung kita kemari Mengikut perintah orang yang banyak. Pergi mengail kelubuk batu Dapat seekor ikan haruan Kalau dapat budak itu Bayarkan niat ke Tanjung Tuan Sari-sari pergi ke rimba Nampak pelanduk menggaru papan Petang-petang hatiku hiba Nasiku senduk tidak termakan. Ke daik membeli lada Batu pahat kuala deli Buat baik berpada-pada Buat jahat jangan sekali. 8

Hancur luluh padi dek balam Sayang selasih akan berderai Hancur luluh hati di dalam Kasih sayang akan bercerai Nak berderai-berderai limpato Berdekat padi ditengah laman Nak bercerai, bercerai dimato Bercerai dihati, itulah jangan Bukan senang selasih berderai Mentadak dimuka pintu Bukan senang kasih nak bercerai Macam budak bercerai susu. Sungai baru sungai layang Rama-rama di Kampung Tinggal Dapat yang baun kepalang sayang Tapi yang lama akan tinggal Sungai baru sungai layang Rama-rama atas permatang Dapat yang baru memang sayang Tapi yang lama sama-sama timbang. Patah dari seberang Ambik tempedu umpuh mengkuang Sudah jadi pada nan orang Habis madu hampas dibuang. Apa guna pasir setimbun Lebih baik setinggi duduk Apa guna kasih setahun Lebih baik selama hidup. Elok kita mengail dulu Lepas mengail menggali cacing Elok kita bermain dahulu Lepas bermain kita berunding. Kalau mengail dekat rumah Habis umpan campakkan daun Kalau bermain dekat rumah Habis bulan berganti tahun Kalau mengail dekat rumah Umpannya kulit duku Kalau bermain dekat rumah Nyawa bergantung dihujung kuku. Anak keling sembahyang sami Bakar lilin seorang sebatang Saya ibarat rumput di bumi Pagi dan petang dipijak orang. 9

Bunga tanjung tepi perigi Ambil buah tiga tangkainya Ditatang dijunjung sehingga tinggi Jatuh kebawah tiada gunanya. Tebang tebu beruas-ruas Buah selama dari hulu Pandang sekejap hati tak puas Pandang lama terasa lama. Cangkul sawah berlopak-Iopak Tanam padi paras sempadan Tiga hari saya tak nampak Rasa luruh daging di badan. Tuai padi berema-rema Retak mari atas permatang Kalau kita sama-sama gemar Ganti-ganti kita datang. Kalau tak jala serawan Sama-sama kita tebarkan Kalau ia kita dua sekawan Sama-sama kita tinggalkan. Angan-angan tepi perigi Air segeluk saya tepiskan Terigau-igau termimpi-mimpi Bantal peluk saya tangiskan. Hujan berenyai-renyai Mari berteduh bawah belimbing Mari kita beramai-ramai Nak rnenyanyi lagu senaling. Ikan selangat pandai berenang Burung Pikau dipinggir kali Tidak diingat tidak dikenang Lupa tidak dalam hati. Periuk muka dibeli Kalau tidak belangga jua Elok muko diganti Kalau tidak yang lama juo. Pandai-pandai nobang meranti Kalau tak sompat sayo tolakkan Pandai-pandai tuan mengganti Kalau tak lebih saya sorakkan. Maling-maling di Bukit Tinggi Ditiup angin sama liuknya Sudah diukur sama tinggi Kalau dibanding sama eloknya. 10

Awan beralih perlahan-lahan Ditiup angin berpecah lima Hati beralih manakan tahan Hidup sentiasa dalam merana.

TUJUAN DAN PERANAN Bongai dipersembahkan dengan tujuan-tujuan tertentu, khasnya 'hiburan' pada waktu malam iaitu setelah penat berkerja disiang hari. Secara umumnya, terdapat dua tujuan utama, persembahan bongai iaitu : i) Suatu masa dahulu, Bongai dipersembahkan sebagai 'pelepas penat', setelah berkerja sepanjang hari. Dalam hal ini, penduduk kampung akan menyertai aktiviti Bongai samada
? ?

Sebagai peserta yang turut berpantun atau Sebagai penonton

ii) Bongai juga dipersembahkan bagi tujuan menghiburkan dan melekakan orang kampung yang sedang sibuk membuat persiapan di dalam sesuatu majlis, seperti majlis perkahwinan, majlis keramaian, majlis menyambut kedatangan pembesar dan lain-lain lagi. Dengan cara ini, Bongai boleh berperanan sebagai 'hiburan yang mengasyikan dan melekakan' kepada orang yang sedang bergotong royong, sehingga mereka tidak sedar hari telah subuh. KESAN-KESAN Sesuatu persembahan Bongai biasanya boleh memberi kesan secara langsung atau tidak langsung kepada masyarakat pengamal dan khalayak pendengarnya atau penontonnya. Kesan secara langsung yang dapat disenaraikan ialah :
? ?

Sesuatu persiapan persediaan makan minum untuk majlis perkahwinan boleh diadakan menjelang subuh iaitu satu malam sahaja. Para pembongai akan merasa seronok dan terhibur, serta dapat melepaskan perasaan atau sesuatu yang 'terbuku' dihati mereka kepada orang ramai. Selepas berbongai, mereka akan merasa puas

11

Kesan secara tidak lansung ialah : ? Berbongai boleh mengeratkan lagi rasa persaudaraan dan semangat bermasyarakat dikalangan penduduk sesebuah kampung. Keadaan ini berlaku kemana Bongai itu sendiri mempunyai unsur-unsur dan tujuan memupuk persaudaraan dan kemasyarakatan di kalangan penggiatnya. Malah, diakhir Sesebuah persembahan Bongai, mereka akan saling bermaafan sama ada melalui kata-kata di dalam pantun atau secara bersalaman antara mereka. Bongai juga boleh mencantumkan atau menyambungkan semula persahabatan yang telah renggang atau terputus. Malah yang amat menarik ialah terdapatnya pasangan suami isteri yang 'rujuk' semula perkahwinan yang telah runtuh, hanya kerana pujuk rayu yang penuh perasaan melalui Bongai. Dalam hal ini, biasanya pantun-pantun yang digunakan adalah dalam bentuk pujukan mendayu-dayu yang boleh menimbulkan keinsafan apabila dinyanyikan dalam irama Bongai yang tertentu. Bongai dipercayai sebagai 'penemu jodoh' antara pasangan lelaki dan perempuan. Semasa berbongai mereka akan usik mengusik dan saling bertanya hal masing-masing melalui pantun-pantun yang dicipta. Akhirnya, usik mengusik ini tidak tamat semasa berbongai sahaja, sebaliknya ia telah membuahkan bibit-bibit cinta dan sayang, yang akhimya membawa kepada perkahwinan. Dalam sesetengah masyarakat dikampungkampung, orang yang pandai dan berkebolehan berbongai dianggap sebagai 'hero' untuk menawan hati wanita yang diidaminya.

Rajah 10 : Gambar atas menunjukkan Kumpulan Bongai Seri Petasih, Kampung Kepis Hilir sedang membuat latihan Bongai pada kadar seminggu sekali.

12

Gambar menunjukkan salah seorang ahli Kumpulan Bongai Seri Petasih sedang meniup Bangsi untuk mengiringi irama Budu Landai

KUMPULAN-KUMPULAN BONGAI Suatu masa dahulu, tidak dapat dinafikan bahawa, terdapat banyak kumpulan-kumpulan Bongai di seluruh Negeri Sembilan. Namun akibat perubahan dan perkembangan zaman, kumpulan Bongai semakin berkurangan dan hilang kerana merosotnya bilangan penggiat dan pengemarnya. Sehingga, ini (1998), hanya terdapat tiga kumpulan bongai yang aktif di Negeri Sembilan. Kumpulan pertama ialah Kumpulan Bongai Seri Poron, Kuala Pilah, yang diketuai oleh Encik Udin Bin Russin atau lebih dikenali sebagai Pak Din Bongai. Kumpulan ini telah bergerak aktif dalam menghidupkan lagu-lagu Bongai di Negeri Sembilan sejak awal tahun 1990 an. Kumpulan ini disertai oleh beberapa orang dari kampung Purun Kuala Pilah, termasuk Pak Din sendiri yang bertindak sebagai penyanyi Bongai dan pemukul rebana atau gendang, Pak Basir atau nama penuhnya Md. Sil Bin Khamis, sebagai pengesek Violin dan beberapa orang anak cucu kepada Pak Din. Ahli lain dalam kumpulan ini ialah, Leha Binti Kassim, Noor Zam Bin Mohd Zaman dan Esah Binti Suboh. Kumpulan kedua ialah Kumpulan Bongai Kampung Tengkek, Batu Kikir, Kuala Pilah, yang diketuai oleh Encik Mohd Shah bin Hj Abdul Rahman. Kumpulan ketiga pula ialah Kumpulan Bongai Seri Petasih, Kampung Kepis Hilir, Kuala Pilah, yang di ketuai oleh Encik Dsoh Bin Abdul Ghani. Kumpulan ini sebenarnya memang telah sedia ada di Kampung Kepis Hilir, namun kebanyakan mereka hanya bergerak secara bersendirian dan menyanyi apabila berpeluang. Meraka tidak mempunyai sebuah persatuan yang khas, yang boleh mengketengahkan mereka. Tahun 1997 dan 1998, mereka mula menubuhkan persatuan atau Kumpulan Bongai Seri Petasih, yang diketuai oleh Encik Usoh Bin Abdul Ghani, Encik Kadiran Bin Muhamad (Setiausaha), Encik Abdullah Mihat (Bendahari), sementara ahli-ahli kumpulan ialah Encik Salleh Bin Rashid Encik Mohd Nor Bin Abdullah, Encik Wan Ahmad Kamal Bin Wan Hanid, Encik Rahmad Bin Abdul Ghani, Encik Abas Bin Udin, Encik Buyong Bin Wok, Encik Ali Bin Yassin, Encik Samah Bin Yassin, Encik Muhamad Bin Akhir dan Encik Muhamad Bin Manaf. Kumpulan-kumpulan Bongai ini adalah merupakan kumpulan yang sememangnya menyanyikan lagu-lagu Bongai sahaja, tanpa mencampur adukan dengan lagu-lagu lain. Selain yang disenaraikan di atas, terdapat juga kumpulan-kumpulan lain, yang juga 13

menyanyikan lagu-lagu Bongai, tetapi tidak menjadikannya sebagai aktiviti utama mereka. Sebaliknya, lagu Bongai hanya dijadikan sebagai lagu-lagu selingan dalam persembahan mereka. Antara kumpulan tersebut ialah :
? ? ? ? ? ? ? ? ? ?

Kumpulan Caklimpung Pesbudi, Lenggeng. Kumpulan Caklimpung Putrasari, Rembau. Kumpulan Tumbuk Kallang Seri Duanda, Jelebu. Kumpulan Tumbuk Kallang Seri Tajjali, Jelebu. Kumpulan Persada, Seremban Kumpulan Anak Desa, Kuala Pilah. Kumpulan Gebano Seri Perpatih, Kuala Pilah Kumpulan Sinar Kallang, Gemencheh. Kumpulan Tumbuk Kallang Warisan, Palong Enam, Jempol. . Kumpulan Anak Desa, Kuala Pilah. dan kumpulan-kumpulan kesenian di kampung-kampung.

PENGGIAT BONGAI Udin Bin Russin lahir di Kampung Bukit Tembusu, Kuala Pilah pada 5hb. Mac 1929. Beliau menetap di alamat 18 C, Kampung Purun, 71500 Tanjung lpoh, Negeri Sembilan. Isteri beliau bernama Esah Binti Siboh dan dikurniakan 5 orang anak. Pak Din adalah merupakan pesara tentera yang mendapat pendidikan setakat darjah 3, Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah. Penglibatannya dalam Bongai sejak tahun 1962 hingga kini. Kini Pak Din berkerja sendiri dan mengetuai Kumpulan Bongai Seri Purun, Kuala Pilah.

Rajah 11 : Gambar menunjukkan Udin B Hussin atau Pak Din Bongai, aktivis budaya sebagai penyanyi dan pemuzik dalam Bongai Mohd Shah Bin Hj Abdul Rahman dilahirkan di Kampung Tengkek, Batu Kikir, Negeri Sembilan pada 15 Mei 1939. Beliau yang telah berkahwin dengan Norpipah Binti Mohd Nor, telah dikurniakan tiga orang anak. Beliau telah terlibat dalam Bongai sejak berumur 14 tahun, hingga kini. Beliau kini mengetuai Kumpulan Bongai Kampung Tengkek, Batu Kikir, Negeri Sembilan.

14

PERSEMBAHAN BONGAI MASA KINI Selari dengan perkembangan dan peredaran masa, seperti juga seni-seni tradisional yang lain, Bongai sedang diancam kepupusan dan mungkin hanya tercatit sebagai khazanah sejarah jika tiada usaha untuk mengketengahkan semula. Bongai sedang bersaing dengan muzik dan lagu-lagu barat dan lagu-lagu tempatan moden seperti lagu-lagu pop, rock, regge, dangdut, rep dan lain-lain lagi. Tambahan pula, lagu-lagu seperti ini sering medapat tempat di mediamedia elektronik, berbanding dengan Bongai. Merosotnya bilangan penggiat dan pendengar Bongai telah memberi kesan kepada suasana persembahan Bongai masa kini. Jika dahulu, Bongai dipersembahkan didalam majlis-majlis keramaian dan majlis-majlis perkahwinan dimana muzik dan lagu moden adalah merupakan 'selingan' kepada persembahan Bongai. kini suasana itu amat sukar ditemui semula. Bongai hanyalah dijadikan 'persembahan selingan' didalam sesuatu persembahan yang besar seperti konsert lagu-lagu moden, dan biasanya hanya diberi masa tidak lebih 20 minit. RUJUKAN Ismail Abdul Hadi, BONGAI NYANYIAN TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN, Grup Penulis Guru Negeri Sembilan, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Seremban, 1996. Encik Udin bin Hussin, Kampung Purun, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan. Ahli Kumpulan Bongai Seri Petasih, Kampung Kepis Hilir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Diterbitkan oleh : Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan. 1998

15

You might also like