Professional Documents
Culture Documents
PENDAHULUAN
-
Mengawal rumpai adalah salah satu aktiviti agronomi yang penting dalam penanaman sawit. Ia dilakukan bagi mengelakkan persaingan supaya tanaman sawit hidup subur dan produktif. Rumpai bersaing untuk mendapatkan sumber nutrien, air, cahaya dan ruang. Persaingan mengganggu tumbesaran pokok, melewatkan proses kematangan serta mengurangkan pengeluaran buah tandan segar. Kos kawalan rumpai merupakan kos kedua tertinggi selepas pembajaan 17 27% daripada keseluruhan kos operasi.
Kehadiran rumpai menyukarkan aktiviti perladangan seperti penuaian BTS, pemungutan buah relai, pengangkutan BTS, pembajaan dan penyeliaan ladang.
Rumpai menjadi perumah sementara bagi serangga perosak, penyakit dan persembunyian binatang kecil. Penggunaan racun rumpai secara berleluasa pada peringkat muda boleh menjadikan pertumbuhan tanaman sawit tidak normal.
JENIS RUMPAI
- Bagi memperoleh strategi kawalan rumpai yang berkesan pengelasan rumpai adalah perlu. - Pengelasan rumpai dibuat berdasarkan gabungan bentuk morfologi daun dan ciri pertumbuhan. - 4 kumpulan utama seperti berikut:
i.
-
Jenis Rumput
Daun berbentuk tirus, memanjang serta urat daunnya selari. Biasanya membiak melalui biji benih yang banyak dan disebar melalui angin, haiwan dan aktiviti manusia.
Ada juga membiak menerusi bahagian tampang seperti stolon, rizom, pecahan rumpun dan umbisi Antara spesies rumpai yang memberi persaingan hebat kepada tanaman sawit ialah Imperata cylindrica (lalang), Ischaemum muticum (rumput dawai) dan Pennisetum polystachion (rumput gajah).
Tumbuh merimbun, besar dan mempunyai banyak ranting kecil. Sesetengah mempunyai batang yang keras, ada juga berbatang lembut. Pembiakan utama melalui biji benih, tunas pada setiap ruas menghasilkan pokok baru apabila bersentuh dan tertimbus dengan tanah yang lembap. Contoh: Asystasia intrusa (akar ruas) Chromolaena odorata (pokok kapal terbang), Melastoma malabathricum (senduduk) dan Clidemia hirta (senduduk bulu).
ii) Mekanikal
- Kaedah mekanikal mudah dilakukan melibatkan penggunaan peralatan seperti cangkul, sabit, tajak, parang, mesin pemotong rumput dan alat pembajakan tanah. iii) Biologikal - Melibatkan penggunaan spesis organisma hidup seperti serangga, kulat, bakteria, parasit dan integrasi dengan haiwan ternakan. - Ternakan lembu secara integrasi.
iv. Kimia
Kaedah kawalan rumpai yang digunakan secara meluas. Menggunakan racun rumpai yang disembur dengan alat penyembur tertentu
Kaedah ini berkesan untuk kawalan rumpai dan tempoh agak panjang .
Penggunaan racun rumpai memerlukan pengawasan yang betul supaya berkesan.
Tanaman sawit mula membesar, kanopinya mula bersentuh antara satu masa lain. Jumlah cahaya matahari yang melepasi permukaan tanah akan berkurangan. Keadaan ini menyebabkan tanaman kekacang penutup bumi mula pupus secara semula jadi. Habitat pertumbuhan bertukar dengan rumpai yang tahan naungan di kawasan tanaman sawit. Jika tiada program kawasan yang baik rumpai akan membesar dan bersaing dengan tanaman sawit dan menyukarkan aktiviti harian ladang. Pengawalan rumpai terlalu intensif menyebabkan permukaan tanah terdedah kepada proses hakisan.
Kawasan bulatan bersaiz 4m garis pusat di keliling pangkal pokok dan lorong tuaian selebar 1.8m perlu bebas daripada rumpai bagi memudahkan kerja membaja, pengambilan nutrien oleh pokok, penuaian buah tandan masak dan memungut buah relai.
Campuran Racun Rumpai untuk kawalan rumpai untuk kawalan rumpai di sekeliling pangkal pokok sawit matang dan lorong tuaian buah sawit.
B.
Sebelum menyediakan bancuhan racun: i) Baca arahan pada label ii) Pastikan alat penyembur racun berkeadaan baik Sewaktu menyediakan bancuhan racun: i) Pakai sarung tangan getah ii) Gunakan kayu yang bersih untuk mengacau bancuhan racun iii) Jangan membancuh racun dalam bekas atas peralatan yang digunakan seharian di rumah.
C.
D. Selepas Meracun:
i) Bersihkan alat semburan dan peralatan dan simpan ditempat selamat. ii) Bersihkan segera bahagian badan dan pakaian yang terkena racun dengan sabun dan air. iii) Sekiranya berasa pening dan muntah, segera berjumpa doktor untuk rawatan sewajarnya