You are on page 1of 4

BAB II

SOROTAN LITERATUR

Pengenalan

Setakat yang dapat dikesan dan diketahui, belum lagi ada pengkaji sama ada pengkaji tempatan mahupun pengkaji luar negara yang menyelidik bahasa Dusun Lotud secara meluas. Kajian yang telah dibuat terhadapt dialek yang serumpun ialah kajian bahasa Dusun yang datangnya dari daerah-daerah lain. Walaupun terdapat berpuluh-puluh bahasa bumiputera di Sabah, namun kebanyakannya belum lagi dikaji dan diselediki secara tuntas kecuali beberapa kajian oleh pengkaji barat dan pengkaji tempatan seperti Asmah Hj. Omar. Dalam pada itu, kajian dalam bahasa Melayu memang terhad sekali jika dibandingkan dengan kajian bahasa Inggeris (S. Nathesan, 1993:12). Kebelangkan ini kajian terhadap bahasa Dusun bukannya bahasa Dusun Lotud. Bahasa Dusun Lotud mendapat tempat di hati para pengkaji tempatan. Noor Aina Dani (1993) dalam penulisan ilmiah / tesis telah menyelidiki satu tajuk, iaitu Bahasa Ibunda Dalam Proses Pembelajaran Bahasa Melayu Pelajar pelajar Dusun. Kajian ini menjelaskan bagaimana pengaruh bahasa ibunda dalam proses pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Dusun. Bahasa Dusun Ranau yang menjadi fokus utama dalam kajian ini diperjelas dalam aspek sistem fonologi, sistem morfologi, sistem sintaksis dan di samping

dikaitkan dengan pernyataan-pernyataan masalah bagi pelajar bahasa Dusun dalam mempelajari dan seterusnya menguasai bahasa Melayu.

Kajian Tentang Bahasa Dusun Lotud

Selain pengkaji-pengkaji tempatan bahasa Dusun juga mendapat perhatian daripada pengkaji-pengkaji luar. A.L Gossens (1924) juga telah membuat kajian tentang perbendaharaan kata dan tatabahasa bahasa Dusun. Kajian beliau ini termuat dalam Journal Malayan Branch, Royal Society (Vol. II) yang diberi judul, The Dusun Language. Hasil kajian ini beliau telah menjelaskan tentang fonetik bahasa Dusun. Doris E. Blood (1995) juga telah membuat kajian tentang bahasa lisan bahasa Dusun Lotud. Kajian ini telah dimuatkan dalam The Sarawak Meseum Journal yang diberi tajuk Verbal Focus in Lotud. Beliau telah menerangkan bahawa bahasa Dusun Lotud tergolong dalam rumpun keluarga bahasa Dusun di Sabah. Di samping itu, kajian beliau tertumpu kepada bagaimana bahasa Dusun Lotud ini digunakan dalam bahasa lisan \ pertuturan. Kajian ini telah dilakukan di sebuah kampung yang terdapat dalam daerah Tamparuli, iaitu Kampung Damat, Tamparuli, Sabah. Kroeger, Paul R. (1998) telah membuat satu kajian yang bertajuk The morphology of affectedness in Kimaragang Dusun. To appear in Pacific Linguistics.

Kajian beliau ini berkisar tentang morfologi bahasa Dusun Kimaragang yang terdapat di negeri Sabah. Kajian Tentang Bahasa Melayu Baku Kajian tentang bahasa Melayu di negara kita sebenarnya telah dimulakan oleh pengkaji barat. Di antara pengkaji barat tersebut ialah R.J Llyod, James T. Collins, semua pengkaji barat itu bukanlah ahli linguistik yang mempunyai latar belakang ilmu linguistik. Kebanyakan mereka adalah petugas-petugas pihak pentadbiran British di Tanah Melayu (Asiah Idris, 1986:7). Penyelidikan atau kajian tentang bahasa Melayu telah banyak dilakukan oleh pengkaji barat atau tempatan sendiri. Kebanyakan kajian yang dijalankan oleh pengkaji bahasa Melayu tersebut bermula sejak zaman belum merdeka lagi (Asmah Haji Omar, 1985:3). Dalam kajian bahasa Melayu Baku dirujuk kepada Tatabahasa Dewan edisi baharu, keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Penerbitan Tatabahasa Dewan sangat dialu-alukan oleh sebab merupakan satu usaha pengekodan bahasa yang amat penting sebagai ciri utama dalam proses pembinaan suatu bahasa baku (Hassan Ahmad, 1986). Nathesan (1992) telah menulis sebuah artikel tentang perkembangan bahasa Melayu di Sabah. Dalam artikel itu, beliau mendapati bahawa perkembangan bahasa Melayu di Sabah agak berbeza berbanding di semenanjung Malaysia. Dalam tahun 1993 artikel beliau yang berjudul, Bahasa Melayu Dialek Sabah, terbit dalam Jurnal Dewan Bahasa. Dalam artikel ini, S. Nathesan mendapati penutur-penutur bahasa

Melayu dialek Sabah seringkali menukar bunyi vokal [e] dengan bunyi vokal [a] dan bunyi konsonan [c] diganti dengan bunyi konsonan [s]. Bahasa Melayu sebagai satu ragam bahasa untuk pengantar ilmu dan untuk sarana kebudayaan bangsa merupakan suatu cita-cita luhur. Cita-cita ini dapat dicapai dengan usaha membina dan mengembangkan bahasa Melayu Baku, kerana yang dapat menjadi bahasa Melayu tinggi mestilah bahasa Melayu yang baku (Asraf. 1984:51). Bahasa Melayu dapat menjadi satu bahasa kesatuan yang berkesan dan berpotensi sebagai bahasa antarabangsa, maka usaha utama perlu kita lakukan ialah memupuknya ke arah merealisasikannya. Pada peringkat awal, perlu bersikap lebih serius dan komited dalam usaha mahu menjadikan bahasa sebagai satu bahasa kesatuan di rantau ini. Perlu dilihat penyatuan bahasa tersebut sebagai sarana identiti dan jati diri yang lebih luas, bukan sahaja sebagai penunjang pengembangan ilmu dan teknologi, bahkan juga sebagai wadah yang memungkinkan kita sama-sama membina dan

mengembangkan kebudayaan kesatuan di wilayah nusantara ini.

You might also like