You are on page 1of 2

Laporan Pertandingan Eureka Sains Peringkat Zon Gombak 2008 Bagi SK Sungai Tua Baharu.

Tarikh Tempat Masa : 23 APRIL 2008 ( Rabu ) : SK Taman Selayang (2). : 8.00 pagi 3.30 petang.

Pendahuluan.. Pertandingan ini merupakan suatu pertandingan yang menguji kreativiti, budaya reka cipta dan inovasi di kalangan murid. Di samping itu ianya juga dapat meningkatkan ketrampilan dan keyakinan murid. Penglibatan SK Sungai Tua Baharu dalam pertandingan ini adalah yang julung-julung kalinya. Pertandingan ini menguji kerja sepasukan murid dalam menghasilkan : a) b) c) Buku Idea. Penyediaan projek reka cipta. Cara projek dipersembahkan dan kebolehan para peserta dalam menjawab segala soalan yang dikemukakan oleh para hakim.

Butiran lanjut mengenai projek yang dihasilkan. Tema : Renewable Energy and Energy Efficiency. ( Tenaga Diperbahahrui dan Kecekapan Tenaga) Tajuk : Energy Efficient Beach House. ( Rumah Tepi Pantai yang Menggunakan Tenaga Secara Cekap ) Ahli Pasukan. Nama Murid : 1. Muhammad Zariff Bin Abdul Razak 2. Ahmad Fikri Ansori Bin Abdul Hakim 3. Wan Nornajihin Bt. Hj Kassim 4. Nurul Afiqah Husna Bt. Roslan. Pengurus / Jurulatih : En Kamsani Bin Muhammad. Keputusan Pertandingan. SK Sungai Tua Bahru telah berjaya mendapat tempat ke-3 daripada 18 buah sekolah di Zon Gombak.

Penutup. Pasukan Eureka Sains SK Sungai Tua Baharu ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Namun demikian, penglibatan pihak yang berikut ini amat mempengaruhi semangat dan kekuatan pasukan iaitu: 1. Pn Aini Ibrahim - Penyediaan Peruntukan Bahan. 2. En Hamdan Ahmad Penasihat dari aspek Bahasa Inggeris. 3. Pn Halimah Ramli dan En Azman Amran Penyediaan Bahan dan alatan. Semoga kejayaan pasukan perintis Pertandingan Eureka Sains ini akan menjadi pemangkin kearah pencapaian yang lebih cemerlang lagi di masa akan datang. Disediakan oleh : .. KAMSANI BIN MUHAMMAD Pengurus Pasukan / Jurulatih, SK Sungai Tua Baharu 2008, Bagi Pertandingan Eureka Sains Zon Gombak. sk : Guru Besar GPK Ko-Kurikulum

You might also like