You are on page 1of 8

Pengajian Perniagaan 2 Bab 3 Koperasi

*Maklumat Tambahan!
1. Seseorang yang menjadi ahli sesebuah koperasi akan memperoleh:
 Pembahagian keuntungan (dividen atas pelaburan sahamnya)
 Menikmati keluaran koperasi dengan harga berpatutan.
 Menyertai kursus berkaitan dengan koperasi dan pengurusan perniagaan.

2. Peranan Koperasi Terhadap Masyarakat:


 Merupakan agen karajaan dlm usaha utk membangun serta menyalurkan
sumbangan kemajuan masyarakat bandar dan luar bandar.
 Pengetahuan, pengurusan, pentadbiran, perniagaan & pelaburan dlm usaha
membentuk masyarakat yang berdikari.
 Masyarakat bergiat dlm pelbagai sektor ekonomi dlm usaha menyambut usaha
kerajaan.

3. Akta Pertubuhan Koperasi 1948:


 Keahlian adalah terbuka & sukarela.
 Pengurusan adalah berdasarkan demokrasi.
 Bayaran yang munasabah atas saham.
 Pembahagian keuntungan.
 Memajukan pendidikan koperasi.
 Kerjasama antara koperasi.

4. Kebaikan Koperasi:
 Menjaga kepentingan ahli dan bukan hanya mencari keuntungan.
 Membantu ahli-ahlinya meningkatkan kebajikan.
 Menambahkan pendapatan ahli.
 Memperbanyakan aktiviti yang boleh diceburi oleh ahli-ahli dan orang ramai.
 Mewujudkan semangat kerjasama dan tolong-menolong antara ahli-ahli dalam
menyelesaikan masalah mereka.

5. Kelemahan Koperasi:
 Aktiviti koperasi dikuasai oleh segolongan individu tertentu kerana ahli-ahli koperasi
kurang aktif.
 Kedudukan kewangan koperasi agak lemah kerana koperasi ditubuhkan oleh mereka
yang berpendapatan rendah spt pekerja dan petani yang mempunyai sumbangan
kewangan yg terhad kerana pendapatan mereka rendah.
 Modal yg kecil menyebabkan koperasi X mampu bersaing setara dgn sykt.
 Operasi koperasi dikawal rapi oleh Jabatan Pembangunan Koperasi.
 Akaun koperasi bagi 3 thn pertama perlu diaudit oleh juruaudit dalaman. Selepas itu,
akaun koperasi perlu diaudit oleh juruaudit luar yang bertauliah.
 Pemillik dan pengurusan yang terpisah.
 Mesyuarat agung yang dihadiri oleh ramai ahli mungkin boleh menggugat
(menconcang) sistem pengurusan.

6. Maksud prinsip kebebasan atau autonomi dalam koperasi:


 Koperasi ialah organisasi autonomi dan berdikari- dikawal ahli Lembaga Pengarah.
 Sebarang keputusan dibuat secara demokratik.
 Setiap ahli mempunyai hak yang sama.

7. Empat kebaikan menggalakkan kerjasama aktif sesama koperasi berdaftar:


 Dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada ahli.
Pengajian Perniagaan 2 Bab 3 Koperasi

 Menanam semangat saling membantu sesama ahli koperasi yang berlainan.


 Dapat memperjuangkan isu kepentingan koperasi dengan lebih berkesan.
 Dapat meningkatkan imej dan penghormatan yang diberikan kepada koperasi.

8. Tiga dokumen yang perlu dikemukakan kepada JPK bagi tujuan pendaftaran
koperasi:
 Borong permohonan pendaftaran.
 Tiga naskhah undang-undang kecil koperasi.
 Minit mesyuarat agung permulaan.

9. Enam ciri koperasi:


 Tertakluk pada Akta Koperasi 1948 (Pindaan 1995).
 Menjual barang dan perkhidmatan kepada ahli pada harga berpatutan.
 Hak yang sama rata tanpa mengambil kira jumlah pegangan saham.
 Pengurusan dikawal oleh lembaga pengarah yang dipilih.
 Keuntungan tidak dikenakan cukai.
 Ahli yang ingin berhenti perlu mengemukakan permohonan.

10. Tiga peranan JPK:


 Mendaftarkan penubuhan koperasi.
 Menyediakan bantuan kewangan dan khidmat nasihat untuk koperasi.
 Menggalakkan dan meningkatkan penglibatan dan pembangunan koperasi.

11. Tiga peranan MKM:


 Mengadakan kursus dalam pengajian koperasi.
 Mencetak dan menerbitkan buku-buku mengenai koperasi.
 Menjalankan penyelidikan dan memberi khidmat nasihat dan latihan berkualiti.

12. Tiga peranan ANGKASA:


 menyatukan semua koperasi di Malaysia.
 Mengawasi dan menjaga kepentingan ahli-ahli koperasi.
 Menggalakkan penyelidikan dan kajian mengenai masalah yang berkaitan dengan
koperasi.

13. Tiga sumbangan koperasi kepada masyarakat dan negara:


 Meningkatkan perpaduan negara
✔ Melalui prinsip kerjasama di kalangan ahli, koperasi menggalakkan
perhubungan rapat dan semangat kerjasama antara ahli dengan masyarakat
yang seterusnya dapat menyumbang kepada perpaduan negara.
 Meningkatkan keadilan sosial dan ekonomi
✔ Matlamat utama koperasi ialah meningkatkan kepentingan ekonomi dan
kebajikan ahlinya melalui kerjasama antara ahli dengan gabungan semua
koperasi di peringkat daerah, negeri, dan kebangsaan.
✔ Langkah ini dapat meningkatkan kedudukan ekonomi dan sosial ahli-ahli
koperasi dan seterusnya merapatkan jurang perbezaan ekonomi dan sosial
yang wujud dalam masyarakat.
Pengajian Perniagaan 2 Bab 3 Koperasi

 Meningkatkan keadilan taraf hidup masyarakat


✔ Aktiviti yang dijalankan oleh koperasi bertujuan untuk meningkatkan
kepentingan ekonomi dan kebajikan ahlinya. Apabila kedudukan ekonomi dan
tingkat kebajikan ahli meningkat, taraf hidup mereka juga turut meningkat.

14. Bentuk bantuan kewangan yang disediakan oleh koperasi untuk menjaga kebajikan
ahlinya:
 Biasiswa
 Khairat kematian(死亡施赠)
 Pinjaman dengan kadar faedah yang rendah.
 Ganti rugi insurans

15. Proses yang terlibat apabila seorang ahli ingin menarik diri daripada menjadi ahli
koperasi:
 Ahli mengemukakan permohonan mengenai niat untuk menarik diri kepada pihak
pengurusan koperasi.
 Pihak pengurusan koperasi bermesyuarat dan meluluskan permohonan.
 Membayar pulangan dan dividen atau dividen tertunggak kepada ahli.

16. Had yang dikenakan terhadap ahli koperasi dari aspek politik:
 Koperasi bukan sebuah pertubuhan politik.
 Ahli-ahli koperasi tidak boleh menggunakan koperasi sebagai tempat untuk
berpolitik.

17. Kepentingan mesyuarat agung penubuhan bagi sebuah koperasi baru:


 Mendapatkan persetujuan daripada bakal ahli untuk menubuhkan koperasi.
 Meluluskan undang-undang kecil yang digubal oleh Jawatankuasa Penaja.
 Memilih anggota lembaga pengarah koperasi.
 Penerangan mengenai hak dan tanggungjawab ahli dan koperasi oleh wakil Jabatan
Pembangunan Koperasi.

18. Sebab-sebab jawatankuasa penaja ditubuhkan pada permulaan proses penubuhan


koperasi adalah untuk:
 Menetapkan jenis koperasi yang ingin ditubuhkan.
 Menyediakan aturan kegiatan utama.
 Menggubal undang-undang kecil.
 Mendaftarkan ahli-ahli.
 Mengendalikan mesyuarat agung pertama.

19. Lima aktiviti lain yang dijalankan oleh koperasi untuk kepentingan ahlinya ialah:
 Menyediakan pengangkutan
✔ Menyediakan perkhidmatan awam seperti bas dan teksi untuk mengangkut
penumpang.
Pengajian Perniagaan 2 Bab 3 Koperasi

✔ Juga perkhidmatan pengangkutan komersil seperti lori dan trailer panjang


untuk mengankut barangan. Contohnya, hasil pertanian seperti susu getah,
kelapa sawit dan sebagainya ke kilang untuk diproses (di kawasan
pembangunan tanah seperti FELDA dan FELCRA).
 Membina rumah
✔ Memajukan projek-projek perumahan dan menjualkannya kepada ahli dengan
harga yang berpatutan.
✔ Dapat memenuhi hasrat ahli untuk memiliki rumah sendiri.
✔ Projek-projek perumahan yang dibina berjenis kos rendah dan sederhana dan
biasanya tertumpu di bandar-bandar kecil.
 Mengusahakan industri kampung
✔ Menggiatkan industri kampung yang berasaskan bahan mentah tempatan
seperti mengkuang.
✔ Mengusahakan pengumpulan dan pemasaran hasil kampung untuk ahli
dengan penawaran harga yang berpatutan.
✔ Memenuhi objektif untuk menambahkan pendapatan ahli.
 Pembangunan tanah
✔ Membangunkan tanah terbiar dengan projek pertanian.
✔ Mengusahakan tanaman pertanian jenis makanan seperti sayur-sayuran dan
buah-buahan dan tanaman kontan seperti getah, koko, kelapa sawit dan
sebagainya.
 Insurans
✔ Memberi perlindungan daripada risiko seperti pembakaran, kecurian,
rompakan, kematian dan sebagainya.
✔ Membayar indemniti apabila risiko-risiko ini berlaku.
✔ Memberi keyakinan kpada peniaga/individu.
✔ Mengembalikan pihak-pihak ini kepada keadaan asal.

20. Tiga jenis organisasi yang tidak diiktiraf sebagai organisasi bukan bermotifkan
untung berdasarkan peruntukan Akta Pertubuhan 1996:
 Syarikat, persatuan atau perkongsian yang ditubuhkan untuk tujuan tunggal
menjalankan perniagaan yang sah dari segi undang-undang bagi mendapatkan
keuntungan.
 Kesatuan sekerja yang didaftarkan atau perlu didaftarkan di bawah peruntukan
mana-mana undang-undang yang berkaitan dengan kesatuan sekerja di Malaysia.
 Koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1948(Pindaan)1995.

21. Enam ciri organisasi bukan bermotifkan untung:


 Organisasi perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan untuk ahlinya tanpa
bermotifkan keuntungan.
 Sumber kewangan adalah daripada kutipan yuran ahli, sumbangan derma dan
peruntukan daripada kerajaan atau pertubuhan tertentu di peringkat antarabangsa.
 Mempunyai matlamat dan strategi yang terhad.
Pengajian Perniagaan 2 Bab 3 Koperasi

 Lembaga dan jawatankuasa pengurusan terdiri daripada ahli masyarakat.


 Terdiri daripada pertubuhan politik atau pertubuhan sosial.
 Perolehannya dikecualikan daripada cukai.

22. Kategori organisasi bukan bermotifkan untung :


 Organisasi keahlian.
✔ Pertubuhan yang memberi perkhidmatan kepada ahli-ahli berdaftar sahaja.
✔ Contoh: pertubuhan ahli profesional yang memegang profesion tertentu dan
pertubuhan keagamaan.
 Organisasi perkhidmatan kemanusiaan dan kebudayaan.
✔ Bergantung pada sokongan kewangan daripada kerajaan, individu, syarikat
korporat dan yayasan.
✔ Contoh: Persatuan Bulan Sabit Merah dan pertubuhan kebajikan lain.
 Organisasi pendidikan.
✔ Organisasi yang memberi perkhidmatan pendidikan daripada peringkat
prasekolah sehingga peringkat pengajian tinggi dan tidak bermatlamatkan
keuntungan.
✔ Contoh: institusi pengajian swasta yang menawarkan yuran pengajian yang
sangat rendah dan TASKI.
 Organisasi penjagaan kesihatan.
✔ Organisasi penjagaan kesihatan yang Pendaftar Perniagaan tetapi yuran atau
bayaran yang dikenakan hanya mencukupi untuk menampung kos operasi.
✔ Contoh: hospital swasta di Britain yang tidak bermotifkan untung.
 Organisasi berbentuk yayasan.
✔ Organisasi yang menjalankan kerja sukarela, aktiviti pendidikan, rekreasi,
aktiviti kebudayaan dan keagamaan yang ditaja oleh badan-badan bukan
kerajaan atau individu.
✔ Contoh: Yayasan Pelajaran MARA dan Yayasan Lee Rubber.
 Organisasi wanita.
 Organisasi kesukanan.

23. Tiga prinsip organisasi bukan bermotifkan untung:


 Tidak bermatlamatkan keuntungan.
 Mengutamakan faedah dan kepentingan masyarakat umum.
 Tidak mempunyai pemilik.

24. Tiga kategori OBBU:


 Kebudayaan
✔ Aktiviti tertumpu kepada golongan yang berminat dengan kebudayaan.
✔ Aktiviti utama ialah mempromosi aktiviti kebudayaan.
✔ Contoh: pertunjukan, seminar, bengkel berkaitan kebudayaan.
✔ Contoh: Persatuan Baba Nyonya, Kelab Teater Tradisional Melayu.
 Kebajikan
✔ Terdiri daripada sukarelawan yang cergas dalam kerja amal.
Pengajian Perniagaan 2 Bab 3 Koperasi

✔ Menjalankan aktiviti mengutip derma untuk mengisi tabung masing-masing.


✔ Aktiviti seperti jualan amal, majlis makan malam amal, kutipan derma dari
rumah ke rumah, jogathon.
✔ Aktiviti amal termasuklah membantu mangsa bencana dan menderma
kepada rumah kebajikan.
✔ Contoh: Kelab Lions, Kelab Rotary.
 Pekerjaan
✔ Berasaskan profesion tertentu.
✔ Ahli terdiri daripada mereka yang mempunyai kerjaya yang sama.
✔ Menjaga kepentingan ahli-ahlinya.
✔ Bersifat regulatif.
✔ Contoh: Kelab eguam Katolik Malaysia.

25. Tujuan mesyuarat penubuhan dalam proses penubuhan sebuah persatuan:


 Menyatakan persetujuan ahli untuk menubuhkan persatuan.
 Meluluskan nama dan alamat persatuan.
 Melantik ahli Jawatankuasa Kerja.
 Merangka dan meluluskan undang-undang kecil.

26. Tiga keadaan yang membolehkan pertubuhan-pertubuhan yang sudah berdaftar


dengan Pendaftar Pertubuhan dibubarkan mengikut Perkara 36 Akta Pertubuhan
1966:
 Berlaku peristiwa yang membolehkan pertubuhan dibubarkan sebagaimana yang
diperuntukkan di bawah Akta Pertubuhan 1966.
 Persetujuan 34 daripada ahli pertubuhan untuk membubarkan pertubuhan.
 Pembatalan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan.

27. Enam bidang tanggungjawab pemegang amanah dalam sebuah organisasi bukan
bermotifkan untung:
 Menentukan misi organisasi.
 Merangka program-program organisasi.
 Membentuk polisi kewangan.
 Menyediakan sumber-sumber yang mencukupi untuk menjalankan aktiviti.
 Memilih, menilai atau memberhentikan Ketua Eksekutif.
 Mewujudkan dan mengekalkan perhubungan komunikasi yang baik dengan
masyarakat awam.

28. Bagaimana budaya sebuah organisasi bukan bermotifkan untung dapat dijadikan
satu alat kawalan dalaman yang berkesan:
 Budaya dibentuk oleh pemegang amanah.
 Norma dan nilai yang diamalkan oleh ahli.
 Memastikan ahli mematuhi norma dan nilai tersebut.
 Memastikan budaya mengarah kepada matlamat dan misi organisasi.
 Dapat mewujudkan komitmen terhadap organisasi.

29. OBBU dalam aspek:


Pengajian Perniagaan 2 Bab 3 Koperasi

 Pemilik
✔ Tidak mempunyai pemilik- tertumpu pada kepentingan masyarakat umum.
✔ Keuntungan dimasukkan semula ke dalam tabung bagi meningkatkan
pemberian faedah kepada ahli atau memberi bantuan kewangan kepada ahli.
 Sumber kewangan
✔ Kutipan yuran keahlian.
✔ Sumbangan derma daripada orang ramai.
✔ Kutipan jualan amal daripada sesuatu projek atau aktiviti organisasi.
✔ Bantuan kerajaan.
 Yuran pendaftaran
✔ Bayaran wajib berjumlah RM122.
✔ Yuran tambahan berjumlah RM10 dan RM2.
 Sijil pendaftaran
✔ Mesti dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan sebagai bukti pendaftaran dan
kelulusan.
✔ Tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti tanpa sijil.

30. Maksud kumpulan pendesak dan peranannya dalam konteks organisasi bukan
berotifkan untung:
 Maksud
✔ Merupakan sebuah badan bukan kerajaan dan organisasi bukan bermotifkan
untung.
✔ Kumpulan ini menggunakan berbagai-bagai cara untk mendapatkan sokongan
atau mendesak pihak yang bertanggngjawab agar memenuhi tuntutan
mereka terhadap sesuatu isu yang ditetengahkan.
 Peranan
✔ Orang tengah antara rakyat dengan kerajaan.
✔ Membekalkan maklumat kepada kerajaan.
✔ Menyuarakan hak dan tuntutan kumpulan minoriti.
✔ Bertindak sebagai wakil dalam sesi perbincangan.

31. Proses penubuhan sebuah persatuan:


 Mengumpulkan individu yang berminat dan menubuhkan Jawatankuasa Penaja.
 Menyediakan dokumen yang berkaitan.
 Mengadakan mesyuarat agung penubuhan.
 Menyerahkan dokumen pendaftaran.

32. Maksud prinsip faedah bersama dalam konteks OBBU:


 Memelihara kepentingan dan kebajikan ahlindan masyarakat umum.
 Tidak bermatlamatkan keuntungan.

33. Empat aktiviti umum OBBU:


 Memperjuangkan isu yang membentuk matlamat organisasi.
Pengajian Perniagaan 2 Bab 3 Koperasi

 Memperjuangkan isu alam sekitar.


 Memperjuangkan keadilandan hak asasi manusia.
 Menjalankan aktiviti kebajikan dan kerja amal.

34. Keadaan sebuah organisasi pendidikan swasta boleh dikategorikan sebagai OBBU:
 Hasil yuran pengajian adalah hampir sama dengan hasil kos yang ditanggung.
 Keuntungan sedikit yang diperoleh dimasukkan dalam tabung kewangan yang akan
digunakan untuk meningkatkan kebajikan pelajar-pelajar.

35. Ciri dan kelayakan individu yang dianggap sebagai ‘minor’ dalam sebuah OBBU:
 Berumur antara 16 hingga 21 tahun.
 Jika kurang daripada 16 tahun, tidak boleh menjadi ahli jawatankuasa, pemegang
amanah, setiausaha, pengurus atau bendahari organisasi tersebut.

36. Tiga contoh OBBU di Malaysia dan tujuan penubuhan:


 PBSM Malaysia.
✔ Menanam minat belia terhadap aktiviti pertolongan cemas dan membantu
badan penyelamat lain semasa keadaan kecemasan jika perlu.
 Yayasan Pelajaran MARA.
✔ Memberi bantuan pinjaman kepada pelajar yang tidak berkemampuan dari
segi kewangan.
 WWF Malaysia.
✔ Memelihara dan mengekalkan keseimbangan sistem ekologi dunia dengan
melindungi alam sekitar dan menghapuskan pencemaran.

37. Tanggungjawab pemegang amanah:


 Menentukan misi dan polisi organisasi.
 Merancang program-program organisasi tahunan.
 Mewujudkan polisi kewangan dan belanjawan.
 Menyediakan sumber-sumber yang mencukupi untuk menjalankan aktiviti-aktiviti
organisasi.
 Memilih, menilai dan memberhentikan Ketua Eksekutif jika perlu.
 Mewujudkan dan mengekalkan perhubungan yang baik dengan masyarakat awam.

38. Tiga perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pemegang amanah:
 Tidak boleh terlibat dalam operasi harian organisasi.
 Tidak boleh melantik kakitangan selain Ketua Eksekutif.
 Tidak boleh membuat keputusan yang berkaitan dengan program tanpa berunding
dengan kakitangan lain dalam organisasi.

You might also like