You are on page 1of 1

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA Al-HAJ

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah dilahirkan pada 8 Februari 1903 dan meninggal pada 6 Disember 1990. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

Menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970.

Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung.

Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya.

Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan.

You might also like