You are on page 1of 11

1.

1 Pendahuluan
Akta kontrak 1950 digunakan untuk merujuk semua peruntukan mengenai undangundang kontrak di Malaysia. Malaysia masih mewarisi tradisi common law, oleh itu, dapati banyak kes Inggeris akan dirujuk dalam undang-undang kontrak.

Menurut skesyen 2(h) Akta Kontrak 1950 mentafsirkan kontrak sebagai sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang. Tafsiran ini menyatakan perlu ada suatu perjanjian yang mengikat di antara pihak-pihak yang terlibat dalam sebuah kontrak dan perjanjian itu mestilah yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang.

Elemen-elemen asas kontrak adalah perjanjian, balasan, niat, keupayaan, ketentuan, kerelaan bebas dan tujuan yang sah.

Balasan adalah harga, nilai atau perbuatan yang diberikan oleh satu pihak untuk membalas janji atau perbuatan pihak yang lain. Satu perjanjian tanpa balasan adalah batal tetapi balasan tidak perlu cukup tetapi perlu memadai seperti yang dipersetujui dalam perjanjian.

Menurut seksyen 2(d), Menurut kehendak pembuat janji, apabila penerima janji atau siapa sahaja yang telah membuat atau telah menahan diri dari membuat sesuatu, atau membuat atau menahan diri dari membuat sesuatu maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu.

1.2 Soalan
Marisa telah menghadiri majlis perkahwinan Nisa dan dalam perjalanan pulang. Marisa baru tersedar dia telah tertinggal beg tangannya yang mengandungi RM 7000.00 bersama dokumen pengenalan dirinya. Secara kebetulan, Hazig yang hadir pada majlis yang sama jumpa beg tangan tersebut lalu memulangkan kepada Marisa. Marisa kemudian berjanji akan memberi wang sagu hati sebanyak RM 500.00 kepada Hazig. Malangnya, Marisa tidak menunaikan janji tersebut. Bolehkah Hazig menuntut dari Marisa atas janjinya? Sokongkan jawapan anda dengan peruntukan undang-undang dan kes-kes berkaitan.

1.3 Jenis-jenis Balasan


Balasan boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu balasan eksekutori, balasan tersempurna dan balasan lampau.

Balasan eksekutori adalah balasan yang belum dilaksanakan tetapi akan dilaksanakan. Ini bermaksud bahawa balasan untuk satu lagi janji dilaksanakan. Ia juga dikenali sebagai janji untuk membalas janji. Contoh: Ali bersetuju menjual basikalnya kepada Abu dan Abu bersetuju untuk membayar RM 200 ketika dia menerima basikal tersebut.

Balasan tersempurna adakalanya disebut sebagai balasan yang akan dilaksanakan. Balasan tersempurna adalah suatu janji untuk membalas suatu perbuatan. Contohnya, Aminah menawarkan RM300 kepada sesiapa yang dapat memulangkan beg tangannya. Osman menjumpai beg tangan kepunyaan Aminah dan memulangkan beg tangan tersebut kepada Aminah. Perbuatan memulangkan beg tangan adalah balasan tersempurna.

Balasan lampau adalah janji yang dibuat untuk membalas suatu perbuatan yang telah pun dibuat atau telah dilaksanakan. Contohnya, Ali telah menjumpai sebuah buku di kantin sekolah. Ali dating memulangkan buku tersebut kepada Cikgu Lee kerana namanya tertulis pada buku tersebut. Cikgu Lee kemudian berjanji untuk member sebatang pen kepada Ali. Perbuatan Ali memnulangkan buku adalah balasan lampau.

1.4 Isu
Dalam situasi ini, isu yang diterangkan adalah bolehkah Hazig menuntut dari Marisa atas janjinya?

1.5 Penerangan Topik


Jika salah satu pihak telah melakukan sesuatu perbuatan secara sukarela sebelum janji itu, bagi janji itu boleh dikatakan balasan lampau. Balasan adalah satu perbuatan atau harga yang diberikan oleh satu pihak yang lain. Balasan lampau adalah janji yang dibuat atau telah dilaksanakan. Suatu balasan yang lampau atau lepas adalah sah untuk membentuk kontrak yang mengikat di sisi undang-undang di bawah Akta Kontrak. Manakala di bawah undangundang Inggeris, balasan lampau atau balasan lepas tidak diterima sebagai suatu balasan yang sah. Namun begitu, terdapat pengecualian terhadap prinsip ini di mana, jika tindakan yang dilakukan oleh penerima janji itu pada asalnya adalah atas kehendak pembuat janji, maka ia akan menjadi balasan yang sah dan bernilai.

1.6 Peruntukan Undang-undang


Menurut seksyen 2(d) Akta Kontrak 1950, menurut kehendak pembuat janji atau siapa sahaja yang telah membuat atau telah menahan diri dari membuat sesuatu, atau membuat atau menahan diri dari membuat sesuatu, maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu. Perkataan telah ini bermaksud bahawa perbuatan tersebut telah dilakukan atau telah dilaksanakan.

1.7 Kes-kes Berkaitan


Kes Kepong Prospecting Ltd & Ors lwn Schmidt (1968) 1 MLJ 170 menjelaskan balasan lampau. Dalam kes ini, Schmidt telah memberi perkhidmatannya untuk mendapatkan permit mencari gali bijih besi dari Kerajaan Negeri Johor kepada Tan. Selepas permit tersebut diperoleh pada bulan November 1953, Tan membuat perjanjian dengan Schmidth bahawa beliau akan membayar satu peratus daripada harga setiap jualan bijih yang diusahakan. Syarikat perayu ditubuhkan untuk mengendalikan urusan kerja perlombongan di mana Tan dan Schmidth menjadi pengarah. Selepas penubuhan syarikat iaitu pada bulan Julai 1954, satu perjanjian dibuat supaya syarikat perayu membayar satu peratus daripada harga setiap jualan bijih kepada Schmidth seperti yang dijanjikan oleh Tan sebelum penubuhan syarikat. Mesyuarat pengarah kemudiannya telah mengesahkan perjanjian tersebut. Pada September 1955, satu perjanjian tambahan dibuat di mana terdapat peruntukan yang menyatakan bahawa syarikat akan membayar kepada Schmidth satu peratus daripada harga setiap jualan bijih sebagai balasan kepada perkhidmatan Schmidth kepada syarikat perayu sebelum penubuhannya, selepas penubuhannya dan khidmat di masa hadapan. Schmidth membuat tuntutan di mahkamah terhadap perjanjian ini apabila pertelingkahan timbul di antaranya dan syarikat perayu.

Mahkamah memutuskan bahawa sebarang perkhidmatan yang diberikan oleh Schdmith sebelum penubuhan syarikat perayu tidak boleh menjadi balasan kerana syarikat tidak wujud pada ketika itu. Tetapi perkhidmatan yang diberi selepas penubuhan syarikat, iaitu sebelum adanya perjanjian boleh menjadi balasan yang sah di bawah undang-undang dan Schmidth berhak kepada jumlah yang dituntutnya.

Di dalam kes Lampleigh lwn Braithwaite (1615) di mana, Braithwaite dituduh membunuh seorang lelaki dan meminta bantuan Lampleigh untuk mendapatkannya pengampuan daripada Raja. Lampleigh dengan bersusah payah melaksanakan permintaan tersebut, Braithwaite dibebaskan dan berjanji untuk membayar Lampleigh 100 atas usahanya itu, yang mana tidak dipenuhinya. Lampleigh mendakwa terdapat kontrak atas perjanjian tersebut.

Beliau berjaya, mahkamah memutuskan terdapat kontrak yang sah memutuskan terdapat kontrak yang sah walaupun balasan tersebut adalah balasan lepas, di mana bantuan atau perkhidmatan itu dilakukan atas kehendak pembuat janji. Walaupun harga bayaran tidak disebut pada masa perjanjian, ianya adalah jelas kepada kedua-dua pihak terdapat pembayaran yang akan dilakukan. Bukan itu sahaja, kes tentang Re Caseys Patent (1892) 1 Ch 104 juga menunjukkan contoh situasi topik. A dan B memiliki paten dan C adalah pengurus yang telah bekerja selama dua tahun. Kemudiannya, A dan B berjanji C membahagikan satu pertiga saham kerana membantu dalam ciptaan dan membangunkan ia. Paten telah dipindahmilikkan kepada C tetapi A dan B kemudian telah mendakwa C. Boleh dipercayai bahawa C terikat kepada perjanjian itu. Walaupun kes C adalah balasan lampau, tetapi ia telah dilakukan dalam keadaan atas permintaan A dan B dan ia difahami oleh kedua-dua pihak bahawa C akan dibayar dan berjanji membayar hanya jumlah yang ditetapkan.

Menurut kes Pao Pada v Lau Yiu Long [1980] AC 614, plaintif telah mengancam agar tidak meneruskan kontrak bagi penjualan saham, melainkan jika pihak yang lain bersetuju untuk mengadakan rundingan semula urusan hal -hal tertentu. Defendan yang ingin mengelakkan tindakan undang-undang berasa cemas dan bersetuju untuk melengkapkan perjanjian utama dan mengetahui bahawa mereka boleh menuntut pelaksanaan spesifik kontrak itu. Apabila plaintif cuba untuk menguatkuasakan hal-hal itu, defendan mendakwa bahawa mereka telah menghadapi desakan, dan oleh itu hal itu boleh menjadi tidak sah. Majlis Privy memutuskan bahawa plaintif berhak untuk berjaya. Defendan telah menimbang perkara itu dengan teliti, dan memilih untuk mengelakkan tindakan undang-undang dan berpendapat bahawa tidak ada risiko dalam urusan ini. Pendek kata, ia hanya terdapat tekanan komersial, tetapi tidak ada paksaan.

Menurut kes Roscorla V Thomas Defendan menjual kuda kepada plaintif. Selepas penjualan itu selesai, defendan memberitahu plaintif bahawa haiwan itu adalah sihat dan tidak ganas. Plaintif dapati kuda itu adalah ganas dan menuntut terhadap janji yang dibuat oleh defendan.

Mahkamah memutuskan bahawa janji defendan terhadap plaintif adalah dikuatkuasakan kerana ia dibuat selepas jualan. Sebaliknya, jika janji tentang keadaan kuda itu telah dibuat sebelum penjualan, plaintif telah diberikan peluang untuk membuat pertimbangan sama ada mahu beli kuda itu atau tidak. Dalam kes ini, kerana janji defendan dibuat selepas jualan, ini merupakan balasan lampau, dan ia tidak diberikan apa-apa sebagai balasan kepada janji.

Selain itu, contoh kes balasan lampau ialah kes Re McArdle (1951), selepas kematian ibu, kelima anak-anaknya mewarisi banglo. Salah satu daripada anak-anak perempuan telah membuat penambahbaikan banglo. Kemudiannya, empat anak-anak yang lain menandatangani satu dokumen bahawa mereka berjanji untuk membayar 488 untuk kos penambahbaikan bangle itu. Pembayaran kos ini adalah sebagai balasan bagi menjalankan penambahbaikan ke atas hartanah. Walau bagaimanapun, anak yang lain enggan membayar.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa janji itu tidak boleh dilaksanakan kerana semua kerja-kerja yang telah dilakukan sebelum ini janji yang dibuat, oleh itu pertimbangan yang lalu.

Dalam kes Eastwood V Kenyon (1840), John Sutcliffe meninggal dunia dan meninggalkan Eastwood sebagai penjaga kepada anak perempuan beliau, Sarah. Eastwood meminjam wang untuk membayar yuran pendidikan Sarah. Sarah pula berjanji untuk membayar balik apabila dia cukup umur dan membayar faedah kepadanya. Kemudiannya, Sarah berkahwin dengan Kenyon. Kenyon juga berjanji untuk membayar balik kepada Eastwood. Tetapi, Kenyon gagal untuk berbuat demikian dan Eastwood mendakwa mereka. Mahkamah mendapati bahawa fakta yang menunjukkan sukarela yang diberikan oleh Eastwood dan janji ekspres dibuat oleh Kenyon untuk membayar balik wang.

Perjanjian antara Eastwood dan Sarah adalah tidak sah. Dan Eastwood tidak boleh menuntut yuran pendidikan daripada Sarah dan Kenyon. 7

Dalam kes Mills V. Wyman, Levi Wyman kembali dari pelayaran di laut dan jatuh sakit. Mills (P) manjaga dan memberi Levi perlindungan dan pertolongan sehingga dia meninggal dunia. Selepas kematian Lewi, Wyman, bapanya (D) menulis kepada Mills dan memberitahunya dia akan membayar semua perbelanjaan untuk menjaga anaknya. Wyman kemudian enggan membayar dan Mills mendakwanya. Dalam perbicaraan, mahkamah memihak kepada D kerana tidak ada balasan. P merayu kemudian.

Dalam kes ini, bagaimanapun, perkhidmatan yang diberikan kepada anak D's tidak diberikan atas permintaannya. Anaknya telah meninggalkan rumah dan tidak berada di bawah penjagaan D's apabila dia meninggal dunia. Mahkamah memutuskan bahawa kedudukan umum bahawa tanggungjawab moral adalah satu balasan yang mencukupi untuk janji ekspres terhad dalam permohonan kepada kes-kes.

1.8 Aplikasi
Berdasarkan seksyen dan kes-kes di atas, Marisa haruslah membayar RM500 seperti yang dijanjikan oleh diri-sendirinya kepada Hazig. Hal ini diperlukan walaupun hal ini adalah balasan lampau.

Terdapat banyak kes-kes yang menyokong situasi ini bahawa Marisa dikehendaki untuk membayar ganjaran tersebut. Antaranya ialah kes Kepong Prospecting Ltd & Ors lwn Schmidth dan kes Lampleigh lwn Braithwaite (1615).

Lebih-lebih lagi, Marisa sendiri yang bersetuju untuk membayar ganjaran itu selepas Hazig memulangkan beg tangannya yang mengandungi RM 7000.00.

1.9 Kesimpulannya
Kesimpulannya, Marisa haruslah membayar RM 500 sebagai ganjaran kepada Hazig atas pemulangan beg tangan. Menurut kepada seksyen 2(d) Akta Kontrak 1950, menurut kehendak pembuat janji atau siapa sahaja yang telah membuat atau telah menahan diri dari membuat sesuatu, atau membuat atau menahan diri dari membuat sesuatu, maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu.

Suatu balasan yang lampau atau lepas adalah sah untuk membentuk kontrak yang mengikat di sisi undang-undang di bawah Akta Kontrak.

10

2.0

Rujukan

1) Law teacher: the law essay professionals. Cases on Consideration-Contract Law. Diambil 15 April 2013 from http://www.lawteacher.net/contractlaw/cases/consideration-cases.php 2) Violet. (2011,September). Elemen balasan dalam Pembentukan kontrak. Jenis-jenis Balasan. Diambil 15 April 2013 dari http://violet-relaxing.blogspot.com/p/elemenbalasan-dalam-pembentukkan.html 3) Contract law. Re McArdle. Diambil 16 April 2013 dari http://www.elawresources.co.uk/Re-McArdle.php 4) Izzah Zahin. (2010). Consideration. Rules of consideration. Diambil 16 April 2013 dari http://www.scribd.com/doc/34789578/Contract-Law-Consideration 5) Wikia. Eastwood v Kenyon. Diambil 16 April 2013 dari http://casebrief.wikia.com/wiki/Eastwood_v_Kenyon 6) Case Brief. Mills v. Wyman. Diambil 17 April 2013 dari http://www.lawnix.com/cases/mills-wyman.html

11

You might also like