You are on page 1of 6

Pengerusi - Bertanggungjawab dalam menguruskan pentadbiran, kewangan dan aktiviti. - Memastikan arahan daripada penasihat program dapat dijalankan.

- Memberi arahan yang tepat dan jelas kepada AJK dalam melaksanakan tugas atau aktiviti. - Menjadi orang tengah dalam mengemukakan cadangan atau usul ahli kepada pihak yang berkenaan.

Timbalan Pengerusi - Membantu pengarah dalam melicinkan perlaksanaan aktiviti. - Memangku tugas pengarah semasa ketiadaannya.

Setiausaha - Bertanggungjawab kepada pengarah dalam bidang pengurusan dan pentadbiran. - Mengumpul semua maklumat seperti merekodkan semua fail-fail untuk rujukan. - Bertanggungjawab untuk hadir setiap mesyuarat dalam perlaksanaan program. - Menguruskan urusan surat menyurat. - Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat dan surat pekeliling kepada yang berkenaan. - Menyediakan catatan minit mesyuarat agung, laporan tahunan dan lain-lain keperluan yang ditetapkan. - Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berkelompok di kalangan AJK. - Menyediakan kertas kerja yang diperlukan oleh program. - Menyusun dan menyediakan tempat dan kemudahan mesyuarat.

Bendahari - Bertanggungjawab kepada pengarah dalam bidang pengurusan pentadbiran. - Menyedia dan menyimpan buku akaun untuk program. - Menerima dan menyimpan cek-cek dan wang tunai milik program. - Menyimpan semua resit-resit, baucer-baucer, buku rekod wang keluar masuk dan lain-lain yang berkaitan dengan pengurusan kewangan. - Menjaga dan menguruskan harta benda bagi program dengan baik. - Menyediakan laporan wang masuk dan keluar setiap kali mesyuarat. - Untuk menyelesaikan masalah kewangan bagi perlaksanaan program. - Menandatangani cek-cek bersama pengarah atau setiausaha atau kedua-duanya sekali.

Exco Teknikal/Peralatan - Menyediakan segala keperluan berkaitan teknikal bagi melicinkan perlaksanaan program. - Bertanggungjawab terhadap peralatan yang digunakan semasa sesuatu aktiviti atau projek dilaksanakan.

Exco Hadiah / Cenderahati - Merancang jenis hadiah atau cenderahati yang akan diberi dalam sesuatu projek atau aktiviti serta bersesuaian dengan sesuatu majlis. - Menguruskan penempahan hadiah kepada para peserta, cenderahati kepada petugas luar atau jemputan dan pengadil. - Menetapkan atau merancang budget hadiah mengikut pengklasifikasian sesuatu projek atau aktiviti.

- Memastikan semua hadiah telah tersedia sebelum dibawa ke dewan, balai raya atau auditorium. Hadiah atau cenderahati hendaklah disiapkan selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum tarikh sesuatu projek. - Menyenaraikan senarai peralatan bagi acara penyampaian hadiah. - Menyusun hadiah dan cenderahati bagi memudahkan acara penyampaian hadiah. - Menguruskan dan mendapatkan senarai pemenang dari Exco Peserta. - Menyusun nama penyampai hadiah berserta pengiring yang berkaitan dengan aturcara penyampaian hadiah mengikut acara. - Menyediakan keperluan yang berkaitan dengan penyampaian hadiah seperti cara penyampaian dilakukan, muzik dan lain-lain.

Exco Protokol - Memastikan para peserta telah bersedia lebih awal di dewan. - Menyenarai atau menentukan tetamu jemputan atau VIP yang akan hadir. - Menyambut para jemputan, hadirin dan peserta serta mengarahkan mereka ke tempat duduk yang sepatutnya. - Menyeliakan susun atur kerusi bagi jemputan atau VIP di dalam dewan. - Menjaga kawalan penonton di dalam dewan. - Menyediakan roset untuk jemputan yang bersesuaian.

Exco Jamuan / Makanan - Menyediakan budget dan jenis makanan atau hidangan ringan yang perlu disediakan sepanjang program berlangsung. - Mendapatkan caterer jika perlu yang boleh menawarkan harga yang berpatutan untuk keperluan makanan dan minuman. - Membuat penempahan dan memaklumkan jenis makanan serta jumlahnya. - Bertugas menyediakan hidangan jamuan makanan kepada pihak-pihak yang berkaitan dan memastikan tiada petugas dan AJK yang ketinggalan. - Melayan tetamu yang makan dan membahagikan makanan dengan sebaik mungkin. - Memastikan kebersihan tempat makan. - Mengemaskan dan membersihkan tempat makan, makanan yang berlebihan dan sebagainya. - Menyediakan bekas makanan dan minuman serta plastik sampah.Exco Dispilin / Keselamatan - Membentuk satu jawatan kuasa kecil. - Memastikan keselamatan di dalam dewan terjamin. - Memastikan setiap aktiviti yang dijalankan selamat dan berjalan lancar. - Sentiasa bersedia jika terdapat kemalangan atau sesuatu yang tidak diingini di dalam dewan. - Membawa beberapa unit kelengkapan perubatan seperti first aid.

Exco Fotografi - Bekerjasama dengan pihak jabatan penyiaran menerusi saluran media cetak mahupun elektronik. - Menggunakan kamera atau video-cam bagi merakamkan sesuatu aktiviti atau projek. - Menjadi jurukamera sepanjang sesuatu program berlangsung. - Memaklumkan kepada wartawan (press) tentang sesuatu program yang dilangsungkan. Exco Tiket / Pas Masuk. - Menetapkan harga tiket bagi sesuatu aktiviti yang memerlukan tiket atau pas masuk. - Menyediakan tiket dengan jumlah yang sewajarnya. - Membuat tag (identity card) bagi setiap Exco. - Menyediakan nombor giliran untuk peserta. - Membuat kawalan bersama-sama Exco Disiplin atau Keselamatan di pintu masuk bagi memastikan sesuatu projek atau aktiviti berjalan lancar.

Exco Pengangkutan - Memastikan keperluan pengangkutan sepanjang sesuatu program mencukupi bagi keperluan persiapan, urusetia, peserta dan sebagainya. - Membuat tempahan kenderaan kolej sama ada bas atau van untuk kegunaan sebelum, semasa dan selepas sesuatu aktiviti - Membuat penjadualan perjalanan untuk kegunaan serta rujukan Pegawai Pengangkutan (HEP) bagi kegunaan pemandu, urusetia dan peserta.

- Sentiasa mengingatkan pemandu tentang jadual dengan mengambil kira rasional logik perjalanan dan kebajikan pemandu seperti kemampuan, masa rehat dan kebajikan mereka. - Memastikan tiada urusetia, peserta dan pelajar dari asrama tertinggal atas alasan kerana tiada pengangkutan untuk ke kolej ke lokasi yang ditetapkan.

Exco Logistik - Membuat persediaan dan menyiapkan tempat dan segala keperluan seminggu sebelum sesuatu acara diadakan. - Memastikan peralatan dan persiapan yang telah dibuat dapat digunakan. Sekiranya berlaku sebarang keadaan di luar jangkaan, jawatan kuasa ini perlu mengambil tindakan serta-merta untuk mengatasi masalah tersebut. - Bertanggungjawab terhadap peralatan yang telah digunakan. - Memastikan segala peralatan dibawa ke dewan dan dibawa pulang dalam keadaan dan kuantiti yang sama. - Mengagihkan peralatan mengikut sesuatu acara yang terjadual.

You might also like