Professional Documents
Culture Documents
Pelan Integriti Nasional
Pelan Integriti Nasional
Bagi memantapkan keutuhan pengurusan dan pentadbiran, Kerajaan telah membentuk Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK), dengan meletakkan isu keutuhan atau integriti pengurusan Kerajaan sebagai fokus utamanya. Pada masa ini Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri.
Langkah di peringkat Kerajaan Pusat ini telah disusuli dengan pembentukan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) di peringkat persekutuan, negeri dan daerah. Dengan demikian keutuhan pengurusan bukan sahaja menangani isu integriti peringkat teratas, tetapi juga jentera pentadbiran pelbagai peringkat sehingga ke peringkat akar umbi.
Terdapat lapan terma rujukan yang menjadi panduan JKP, iaitu Perundangan, Sistem dan Prosedur Kerja, Nilai-nilai Murni dan Etika, Kod Etika, Pengiktirafan, Kawalan Dalaman, Tindakan Pengesanan dan Punitif, serta Tindakan Pemulihan. JKP merupakan suatu mekanisme keutuhan sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan Malaysia secara dalaman, menyeluruh, sistematik dan berterusan.
Apa yang nyata daripada huraian di atas ialah usaha peningkatan etika dan integriti masih merupakan usaha yang tidak bersepadu, tidak menyeluruh, dan bergerak secara bersendirian tanpa sinergi semua sektor untuk melaksanakannya. Oleh yang demikian, suatu mekanisme menyeluruh yang merangkumi semua sektor perlu dibentuk dan agenda integritinya dilaksanakan secara berkoordinasi.
Untuk tujuan itu, suatu perancangan menyeluruh yang dikenali sebagai Pelan Integriti Nasional (PIN) dibentuk dengan memberi fokus kepada matlamat pemantapan etika dan integriti serta membudayakan integriti di kalangan semua anggota masyarakat. Semua pihak iaitu Kerajaan, swasta, parti politik, institusi agama, kesatuan sekerja, NGO, wanita, media, belia, pelajar dan golongan lain dalam masyarakat dari setiap pelusuk negara, secara keseluruhannya perlu meningkatkan kefahaman dan komitmen mereka terhadap integriti.
INDIVIDU
Kelemahan individu merupakan salah satu faktor yang amat penting. Individu yang lemah didikan agama dan penghayatan nilai-nilai murni, lemah disiplin diri dan etika kerja, serta tamak dan mementingkan diri akan menyebabkan merosotnya integriti.
KEPIMPINAN
Kepimpinan sangat penting dalam mencorakkan budaya organisasi dan masyarakat serta tahap integriti. Kepimpinan pelbagai peringkat perlu mempunyai azam dan iltizam yang teguh untuk memberikan pedoman dan petunjuk serta melakukan perubahan untuk kebaikan.
Kurang ketelusan dalam urusan yang melibatkan kepentingan awam, misalnya dalam urusan tender; Kelemahan sistem, prosedur dan garis panduan bagi menjalankan tugas. Penguatkuasaan yang tidak berkesan. Kurang pemantauan dan penilaian tentang keberkesanan sesuatu strategi atau program; Keupayaan sumber yang terhad sama ada sumber manusia ataupun material sehingga menjejaskan keupayaan penguatkuasaan; Kerangka undang-undang yang tidak kemaskini, lapuk dan kurang jelas.
Struktur dan institusi ialah komponen penting dalam menjamin kelancaran pentadbiran Kerajaan, swasta dan masyarakat umum. Struktur sesebuah organisasi perlu kemas, terfokus serta mempunyai matlamat yang jelas dan munasabah.
BUDAYA
Persekitaran amat penting dalam mempengaruhi individu dari segi pembentukan nilai dan tingkah lakunya. Salah satu komponen persekitaran ialah budaya. Budaya dipengaruhi oleh sejarah dan perkembangan semasa. Justeru, ia berubah dan boleh diubah.
KONSEP
PIN ialah sebuah pelan induk yang bertujuan memberikan hala tuju serta bimbingan kepada semua komponen atau sektor masyarakat dan negara.
OBJEKTIF UMUM
Objektif umum PIN ialah untuk merealisasikan hasrat Wawasan 2020, iaitu menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri dengan membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.
OBJEKTIF KHUSUS
Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika; Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang; Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti; Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.
Pembangunan keluarga dan insan berintegriti melalui pembinaan keluarga bahagia; Peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan jasmani dan rohani; dan Pemantapan nilai-nilai murni sebagai asas pembentukan identiti.
Pengukuhan nilai-nilai murni kejiranan dan komuniti; Pemantapan pertubuhan dan institusi asas dalam komuniti; dan Pengukuhan semangat patriotisme dan perpaduan antara kaum serta kesedaran mengenai pemuliharaan alam sekitar.
Peningkatan integriti masyarakat sivil badan bukan kerajaan (NGO); Peningkatan sumbangan NGO kepada usaha pemantapan integriti; dan Pengukuhan kerjasama antara NGO, kerajaan dan swasta untuk pemantapan integriti.
Pembinaan insan yang berintegriti dalam persekitaran sosiobudaya yang berintegriti; Peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan, jasmani dan rohani; dan Pemantapan nilai-nilai murni, perpaduan dan pembentukan identiti warga negara.
STRATEGI 5: PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI AGAMA Peningkatan kerjasama, persefahaman dan saling menghormati antara penganut pelbagai agama; Penghayatan dan pengalaman nilai-nilai murni ajaran agama; dan Peningkatan penghayatan dan pengamalan ajaran agama Islam sebagai agama kemajuan.
STRATEGI 8: PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI PENTADBIRAN Pemantapan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan tadbir urus terbaik; dan Peningkatan integriti jentera pentadbiran awam.