You are on page 1of 3

Sistem perhubungan di Malaysis berkembang pesat selepas merdeka.

Faktor-faktor yang mempengaruhinya ialah perkembangan teknologi,dasar kerajaan,dan perkembangan sosioekonomi. Pengenalan dan pengunaan telefon selular,komputer dan internet telah meletakkan Malaysia sebaris dengan negara maju dalam bidang teknologi maklumat. Alat-alat perhubungan seperti Radio,Televisyen,Telefon dan Komputer.

Jenis sistem perhubungan Radio


Siaran radio dibahagikan kepada siaran tempatan dan kebangsaan. Stesen-stesen radio dibina di seluruh negeri di negara Malaysia. Tujuan diadakan kedua-dua siaran ini ialah bagi membolehkan integrrasi nasional. Polisi governan dan negara dapat disampaikan kepada sekuruh rakyat. Siaran ini memberikan hiburan kepada pendengar.

Televisyen
1963 televisyen hitam putih telah dilancarkan. 1978 siaran berwarna dilancarkan. Pembinaan satelit bumi di Kuantan dan Melaka, siaran langsung dari luar negeri diadakan melalui TV1 dan TV2. TV3 ditubuhkan pada 1984 dan NTV7 pada 1998. Satelit Malaysia MEASAT 1 dan MEASAT II dilancarkan pada tahun 1996. Terdapat juga sebuah stesen televisyen baru iaitu ASTRO (Siaran TV Berbayar).

Telefon
Bermula selepas 1960-an. Bermula dengan kabel darat kini telah berkembang kepada kabel selular. Semenanjung Malaysia dihubungkan dengan Sabah dan Sarawak menerusi kabellaut antara Kuantan dengan Kuching. Ini membolehkan sambung jauh terus dail (STD) dijalankan seluruh negara. Projek Kabel Pulau Pinang- Medan dan Kabel Asean menghubungkan Malaysia dengan Thailand, Singapura dan Indonesia. Satelit Antarabangsa iaitu Intelsat IV-A dan Intelsat V mengendalikantelekomunikasi di asia. Kini gentian optik telah dicipta untuk menggantikan wayar kuprum yang terhadkapasitinya.

Komputer
Bermula dengan komputer peribadi (PC). Alat untuk menyimpan dan memproses maklumat. Internet diperkenalkan dengan laman web teks, visual dan audio. Terdapat juga e-mel dan mel elektronik. Kerajaan telah menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC) untuk memajukanTeknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT). Perkembangan ini telah memajukan pelbagai bidang seperti e-kerajaan, tele- perubatan. ICT juga telah menyebabkan wujudnya kad pintar atau MyKad.

Kesan-kesan Positif Wujudnya dunia tanpa sempadan.


Sempadan dan jarak bukan halangan untuk kegiatan ekonomi,pendidikan dan penyelidikan. Dunia merupakan pasaran besar yang mudah didekati. Semua maklumat dan perkhidmatan boleh diakses dengan mudah,cepat dan murah. Dikenali sebagai globalisasi.

Kegiatan ekonomi dapat diperluaskan


ICT dalam kewangan, pengangkutan, pendidikan dan pentadbiran akan lebih berkesan dan cekap. Contohnya,bank-bank telah menggunakan ICT melalui ATM.

Perkhidmatan 'On-line' memberi banyak kemudahan


Contohnya, boleh memperbaharui lesen memandu atau membayar bil-bil yang pelbagai di mana-mana pejabat pos yang dilengkapi dengan komputer.

Kesan-kesan Negatif Pengaruh budaya asing


Proses globalisasi mendedahkan penduduk negara kita kepada budaya asing yangmungkin bercanggah dengan budaya kita.

Pengangguran
Penggunaan ATM boleh menyebabkan keperluan pekerja berkurangan di bank.

Pengaruh maklumat palsu


Penyalahgunaan internet membazirkan masa dalam permainan video,'chatroom'dan sebagainya. Mungkin juga terjadi serangan virus yang membawa banyak kerugian.

Langkah-langkah untuk mengurangkan kesan-kesan negatif Pengawalan


Dilakukan oleh pihak-pihak berkuasa. Salah satu caranya ialah meningkatkan taraf ICT di kalangan penduduk.

MAMPU (Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan)


Bertanggungjawab ke atas keselamatan ICT di sektor awam. Dasar Keselamatan ICT Sektor Awam dan Standard Keselamatan ICT bolehdijadikan sebagai panduan untuk pengguna internet. Akta Siber pula untuk mengawal penyalahgunaan ICT.Contohnya AktaKomunikasi dan Multimedia 1998 dan Undang-undang Siber Malaysia.

10

You might also like