You are on page 1of 8

Perbezaan fonetik dan fonologi

NAMA : NURUL SHAHIDA BT LUKMAN UNIT : PPISMP BM/PJ/PSV PENSYARAH : EN.MOHAMAD HANIFAH B.B.K KOYA MOIDEEN KUTTY

Perbezaan fonetik dan fonologi


Fonetik ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia berkaitan dengan sifat fizikal bunyi (fon), serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, dan persepsi neurofizikal.

Fonologi ialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa yang dikenali sebagai bunyi bahasa.

Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa manakala fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah bahasa.

Fonem sebuah istilah linguistik dan merupakan gabungan terkecil dalam sebuah bahasa yang masih boleh menunjukkan perbezaan makna. Fonem berbentuk bunyi.
Contohnya bunyi [k] dan [g] merupakan dua fonem yang berbeza, seperti dalam perkataan "cagar" dan "cakar".

Fonetik mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia keseluruhannya manakala Fonologi mengkaji sistem bunyibunyi dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa.

Dengan demikian dapat dilihat bahawa foneti dan fonologi adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Garis pemisah antara keduaduanya adalah kurang jelas walaupun ada sarjana cuba meletakkan garis pemisahnya.

Sekian terima kasih

You might also like