You are on page 1of 1

Konsep, Prinsip dan Andaian Perakaunan (rujuk ms 19 Nexus SPM Prinsip Perakaunan) 1. Andaian a.

. Usaha Berterusan hayat perniagaan berterusan b. Wang Sebagai Ukuran setiap urus niaga mesti direkodkan dalam nilai wang c. Tempoh Perakaunan perniagaan perlu membahagikan hayat perniagaan kepada tempoh perakaunan yang sama dalam penyediaan penyata kewangan. 2. Konsep, Prinsip, Konvensyen dan Doktrin a. Entiti Berasingan perniagaan adalah berasingan daripada pemilik. Cth: Modal, Ambilan b. Ketekalan kaedah perekodan yang sama digunakan dalam penyediaan penyata kewangan.Cth: kaedah garis lurus dalam susut nilai, kaedah sistem inventori berterusan MDKD, MKKD c. Materialiti butir yang dianggap material sahaja yang didedahkan secara berasingan dalam penyata kewangan. Cth: nilai sen dibundarkan dalam ringgit yang terdekat ($1) d. Konservatisme tindakan berhati-hati dalam penyediaan penyata kewangan dengan mengambil kira jangkaan kerugian sebagai perbelanjaan dan jangkaan keuntungan tidak akan diambil sehingga hasil tersebut realis (rujuk FRS118) e. Asas perakaunan akruan jumlah hasil dan perbelanjaan yang dilaporkan dalam penyata kewangan mestilah selaras dengan tempoh perakaunan sungguhpun hasil atau belanja tersebut masih belum dilangsaikan/ dibayar. Cth: pelarasan terakru dan terdahulu. f. Asas perakaunan tunai jumlah hasil dan belanja dilaporkan dalam penyata kewangan berasaskan kepada aliran masuk tunai dan aliran keluar tunai perniagaan tersebut. g. Kos Sejarah aset dan belanja mestilah direkodkan mengikut harga asal atau harga kos belian h. Pelaporan berasaskan nilai saksama nilai dalam penyata kewangan perlu diselaraskan mengikut nilai pasaran jika nilai kos sejarah tidak menunjukkan nilai saksama (fair value) dengan syarat nilai saksama tersebut dapat dibuktikan secara objektif. (rujuk prinsip keobjektifan) i. Catatan Sistem Bergu setiap urus niaga direkodkan dalam dua akaun yang berasingan dengan amaun yang sama. Luca Pacioli 1494 Kaedah Venice 3. Inventori barang niaga yang dimiliki dengan tujuan untuk dijual atau digunakan sebagai bahan mentah dalam proses pengilangan untuk menjadi sesuatu produk. a. Jenis Klasifikasi Inventori i. Dalam urus niaga runcit barang niaga atau stok ii. Perkilangan bahan mentah, inventori kerja dalam proses/ barang separa siap, barang siap b. Jualan Kos Jualan = Untung Kasar c. Sistem Penilaian Inventori (ms 43 sasbadi Buku Rujukan) i. Sistem Inventori Berkala kos barang dijual dan kos inventori barang niaga ditentukan pada akhir tempoh perakaunan secara pengiraan fizikal. Ciri-ciri tiada rekod inventori terperinci, semasa pengiraan fizikal operasi dihentikan, saiz perniagaan yang kecil ii. Sistem inventori Berterusan kos barang dijual ditentukan pada masa jualan berlaku dan rekod pergerakan inventori disediakan secara berterusan dengan buku rekod inventori atau kad lejar inventori. Ciri-ciri buku rekod inventori merekodkan kuantiti, kos seunit, jumlah kos belian, kos jualan inventori dan baki akhir inventori. Perekodan terperinci ini dikemaskini dengan kaedah automasi komputer ( perisian inventori), saiz perniagaan yang lebih besar seperti pasar raya besar.

You might also like