You are on page 1of 8

Laporan Aktiviti Ladap Guru Sebagai Insan Mulia

Seperti yang telah dirancang, pada hari Sabtu 21 April 2013,kumpulan kami dari PPG Pendidikan Islam kumpulan 1 (Kohort 1) seramai 26 orang telah menjalankan Program Bina Insan Guru Siri 2 bersama 40 orang murid SK Bakap Indah,Sg.Jawi. Mentor kami iaitu Dr. Siti Aisyah bt Asyaari dan Encik Rosdaud bin Ayub selaku jurulatih dari unit Gerko IPKTB turut bersama dalam program ini.

Alhamdulillah,tepat pukul 8.15 pagi,program ladap dijalankan di bilik mesyuarat SKBI.Sebelum memulakan sesi ceramah,bacaan doa telah disempurnakan oleh ustaz Mohamad Sah bin Daing seterusnya ucapan aluan ketua kelas PPG PAI K1 iaitu saudara Uzair bin Abdul Aziz.Agenda seterusnya ialah ucapan ringkas Puan Noor Farizah bt Abdul Rahman selaku Guru Besar SKBI.

Penceramah undangan untuk sesi ini ialah Encik Mohd Shah bin Ramli,Guru Besar SK Teluk Medan yang juga guru besar cemerlang negeri Perak.Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada beliau kerana sudi memberi suntikan motivasi,kata-kata perangsang,idea-idea yang amat berguna untuk kami.

Beliau banyak memberikan kesedaran tentang peripentingnya keakraban antara guru dengan pelajar,peningkatan kemajuan diri dalam dunia ICT dan sebagainya.Saya seakan tercabar apabila beliau memaklumkan opsyen beliau adalah pendidikan agama ditambah lagi dengan kepakaran beliau dalam bidang ICT serta pencapaian sekolah yang beliau terajui.

Laporan Aktiviti Gotong Royong

Pada hari Sabtu, 21 April 2013, kumpulan PPG PAI K1 telah menganjurkan aktiviti gotong royong di Sekolah Kebangsaan Bakap Indah. Aktiviti ini merupakan salah satu daripada aktiviti berbentuk kemasyarakatan yang kami rancangkan bagi melengkapkan kursus Bina Insan Guru (BIG) untuk peringkat yang kedua.Pada semester ini kami perlu menjalankan dua slot. Slot yang pertama ialah ceramah manakala slot yang kedua adalah slot aktiviti kemasyarakatan. Tujuan aktiviti gotong royong ini bukan sekadar untuk memenuhi tuntutan terhadap kursus BIG tetapi secara tidak langsung dapat memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan dan seterusnya dapat mengeratkan silaturahim antara kami dan juga warga SK Bakap Indah.

Pada pukul 8.00 pagi semua guru-guru PPG PAI K1 telah berkumpul di SK Bakap Indah. Program ini juga telah dihadiri oleh Pn Noor Hafizah Bt Abdul Rahman iaitu Guru Besar SK Bakap Indah, guru-guru penolong kanan, guru-guru serta muridmurid SK Bakap Indah. Kami juga amat berbesar hati kerana program ini juga turut dihadiri oleh pensyarah pembimbing iaitu Encik Rosdaud bin Ayub dan juga mentor kami iaitu Dr.Siti Aisyah bt Asyaari. Gotong royong ini berfokus kepada keceriaan dan kebersihan kawasan sekitar koridor bilik darjah, dinding kelas di tingkat bawah dan surau sekolah. Kami telah merancang beberapa aktiviti seperti membersihkan kawasan longkang, mengecat semula mural yang telah pudar, menceriakan mural yang telah sedia ada serta melukis satu mural baru pada dinding pagar sekolah.

Aktiviti gotong royong telah bermula pada pukul 10.30 pagi. Sebelum memulakan aktiviti kami telah diberi taklimat ringkas oleh Pn. Salmiah Bt Mohd Zain, iaitu ahli kumpulan kami yang mengajar di SK Bakap Indah. Semua guru dan murid telah di bahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan kawasan-kawasan tertentu beserta tugas masing-masing. Murid-murid telah ditugaskan untuk membersihkan kawasan

seperti koridor dan juga longkang-longkang di tepi bilik darjah. Kumpulan guru-guru perempuan ditugaskan untuk menceriakan mural yang telah sedia ada serta mengecat semula mural yang telah pudar. Kumpulan guru lelaki pula telah ditugaskan untuk melukis mural di dinding pagar sekolah yang bertajuk Utamakan Keselamatan.

Setiap kumpulan dibekalkan dengan peralatan-peralatan yang diperlukan seperti penyapu, penyodok sampah, berus, cat, surat khabar lama dan pallet. Setiap kumpulan menunjukkan komitmen yang padu untuk menyelesaikan tugas masing-masing. Murid murid SK Bakap Indah juga telah memberikan layanan yang amat baik walaupun mereka tidak pernah berjumpa dengan kami sebelum ini. Mereka telah memberi kerjasama yang baik apabila diminta bantuan daripada kami guru-guru PPG bagi melakukan sesuatu tugasan. Demikian juga pihak pentadbir terutamanya Pn Noor

Hafizah yang sentiasa memantau dan memberi sokongan sepanjang kami melakukan aktiviti gotong-royong.

Pada mulanya kami berasa tidak ada keyakinan untuk membuat mural. Seperti kata pepatah Seperti Tikus Membaiki Labu, mampukah kami melakukan sesuatu yang berseni seperti membuat mural dan mengecat. Walau bagaimanapun selepas dua jam bertungkus lumus menyiapkan tugas masing-masing, akhirnya kami berjaya

menceriakan kawasan sekolah itu khususnya di dindind-dinding bagunan sekolah dengan mural yang telah dihasilkan oleh kami . Keadaan mural yang sebelumnya pudar dan kurang bermaya nampak lebih menarik dan ceria.

Aktiviti gotong-royong selesai pada pukul 1.00 petang. Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana telah memberi kerjasama yang baik.Kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua warga SK Bakap Indah kerana telah sudi menerima kedatangan kami untuk melaksanakan program BIG peringkat kedua.

GAMBAR GAMBAR SEMASA AKTIVITI GOTONG-ROYONG

Cikgu Jefri membahagikan murid dan guru dalam kumpulan

Guru-guru perempuan ditugaskan membaikpulih mural sedia ada.

Guru-guru lelaki membuat mural di pagar sekolah.

Peralatan yang digunakan untuk mengecat.

Murid-murid membersihkan koridor dan longkang.

Murid-murid memberikan kerjasama yang baik.

Saling tolong-menolong antara satu dengan yang lain.

Guru sedang melukis mural

Pn. Azimah memberi sokongan

Tekun menjalankan aktiviti

Mewarna semula mural yang telah pudar.

Saling tolong-menolong untuk menghasilkan yang terbaik.

En. Khairani sedang mengacau cat.

Guru-guru melukis mural di dinding pagar sekolah.

Guru-guru mempunyai bakat dalam Seni.

Saling membantu untuk menyiapkan Mural.

Antara hasil kerja mural yang telah siap.

You might also like