You are on page 1of 1

Apakah hukum bagai seseorang lelaki memakai inai di tangan tetapi menyerupai tatu? jawapan: Waalaikumussalam Alhamdulillah.

Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah. Menurut Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi ha., Imam Syafie rh mengatakan bahawa memakai inai bagi lelaki adalah haram, melainkan bagi tujuan perubatan, kerana ia meryerupai wanita yang dilarang oleh syara. Sebagai mana hadith shahih Allah swt melaknati lelaki yang menyerupai wanita. Ensaiklopedia Fiqh Kuwait mengatakan bahawa ulama bersetuju inai boleh digunakan oleh kaum lelaki di janggut dan rambut (di kepala). Inai di jari tidak dibenarkan atas alasan menyerupai kaum wanita. Memakai inai dijari merupakan perhiasan kaum wanita, kenapa pula kaum lelaki ingin menggunakannya?. Kaum lelaki digalakkan mengunakan inai di janggut atau di rambut kepalanya. Hukum lelaki menggunakan inai samalah hukum lelaki yang meniru2 perbuatan kaum perempuan.

You might also like