You are on page 1of 39

BAB 4 :

SYARIAH DAN KEPENTINGANNYA


DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI
Oleh : Roshaimizam Suhaimi
CITU UiTMPP

7/30/15

Syariah Dan Kepentingannya Dalam Sains


Dan Teknologi
Kedudukan Syariah Dalam Sains Dan

Teknologi
Prinsip Qawaid Fiqhiyah
Aplikasi Qawaid Fiqhiyah Dalam Sains Dan
Teknologi

7/30/15

Syariah dari sudut bahasa berasal dari

perkataan syarak yang bermaksud menetap


atau menerangkan jalan syariah dari segi
bahasa ialah jalan yang terang.
Syariah dari sudut istilah menurut Fuqaha
ialah hukum yang telah ditetapkan oleh
Allah swt melalui perantaraan RasulNya ,
meliputi :
Akidah
Ibadah
Akhlak
Muamalah
Munakahat
Jinayat
7/30/15

Kenapa Dinamakan Syariat


Kerana ianya betul seperti jalan yang lurus
Disamakan dengan sumber mata air kerana

ia adalah air adalah sumber penghidupan


manusia
Manusia tidak boleh hidup tanpa air
sebagaimana manusia juga tidak boleh hidup
tanpa peraturan dan hukum.

7/30/15

Objektif Syariah
Sebagai satu cara untuk mendidik manusia
Untuk menjaga kepentingan lima perkara

yang menjadi tunjang kepada kehidupan


manusia :
Agama
Nyawa
Akal
Keturunan
Harta
Menegakkan Keadilan menentukan kayu
ukur kebenaran dan kebatilan
7/30/15

Syariah dan Fiqh


Syariah ialah hukum atau peraturan yang

diperundangkan oleh Allah SWT melalui Al


Quran dan As Sunnah.
Hukum syariah terbahagi kepada dua :
Hukum Qati
Hukum Ijtihadi
Fiqh menurut Imam al-Ghazali:
Mengetahui dan memahami hukum-hukum
syarak yang berhubung dengan perbuatan
manusia yang mukallaf samada berupa
ibadah, undang-undang atau kehakiman
dan sebagainya.
Hukum ini ; wajib, sunat, haram, makruh,
harus
7/30/15

Peranan dan Kedudukan Syariah Dalam


Sains dan Teknologi
Membawa manusia kepada kesejahteraan di

dunia dan akhirat


Menegakkan masyarakat yang harmoni dan
seimbang
Menjamin kepatuhan saintis muslim
Sebagai garispanduan kepada ahli sains dalam
melaksanakan ujikaji
Sebagai pembimbing ahli sains dalam mencipta
sesuatu yang bermanfaat kepada manusia
Sebagai alat untuk membangunkan sains
Sebagai pendorong kemajuan sains
Membuka minda dan aqal manusia untuk
menguasai sains.
Membezakan antara teknologi yang diharuskan
dengan teknologi yang dilarang
7/30/15

Qawaid Fiqhiyyah
Maksud:
Gabungan dua perkataan, qawaid dan fiqh,

qawaid membawa maksud qaidah (kaedah)


asas, tapak atau prinsip.
Kumpulan
kaedah
atau
formula
bagi
menentukan sesuatu perkara atau isu.
Hukum-hukum bagi sesuatu perkara itu
ditentukan berdasarkan kepada beberapa
kaedah atau formula.

7/30/15

.samb.
Ialah prinsip-prinsip (kaedah-kaedah)

feqah Islam
Kaedah kulliyah iaitu kaedah umum
yang dipraktikkan ke atas masalah
detail
Perkara pokok yang dilaksanakan ke
atas masalah cabang atau cawangan
Mauduk
(fokus)
utama
ialah
perbuatan mukallaf dan
Objeknya ialah hukum syarak
7/30/15

.samb.
Cara

untuk
menetapkan
hukum
bagi
perbuatan yang dilakukan oleh mukallaf
bagi perkara-perkara yang tidak disebut
hukumnya secara jelas di dalam Al Quran
dan As Sunnah.
Qawaid Fiqhiyyah menggunakan prinsip
atau kaedah asas menetapkan hukum
tersebut.

7/30/15

10

Kaedah Fiqh Asas:


Kaedah yang berkaitan dengan matlamat

dan jalan
Al umur Bi Maqasidiha
Kaedah dharar
Ad Dharar Yuzal
Al-Dharurah tubihul mahzurat
Kaedah Asal Sesuatu Perkara adalah Harus

7/30/15

11

Kandungan Qawaid Fiqhiyah


Setiap masalah feqah tertakluk pada prinsip

tertentu
Mengetahui prinsip tersebut dan dalildalilnya
Mengetahui sebab masalah itu tertakluk
kepada prinsip tersebut
Mengetahui masalah-masalah lain yang
sama tertakluk kepada prinsip tersebut

7/30/15

12

Kaedah Fiqh Yang Pertama :


al-Umur bi Maqasidiha
Maksud prinsip : tiap-tiap perkara mengikut

tujuannya.
Segala perbuatan yang dilakukan oleh
seseorang manusia dinilai berdasarkan niat
atau tujuan.
Sumber dalilnya:Maksud sabda Rasulullah
SAW; Sesungguhnya segala amalan itu dgn
niat
Niat adalah cetusan yang tersembunyi di
dalam hati seseorang ketika dia hendak
melakukan sesuatu atau tidak
Niat yang baik hendaklah disertai cara
perlaksanaan yang juga baik.
7/30/15

13

Kaedah Fiqh Yang Kedua:


Al Aslu fil Asya Al Ibahah
Maksud prinsip : Asal Bagi Sesuatu Perkara

Adalah Harus dibolehkan hingga ada


dalil yang menunjukkan keharamannya.
Sebagai agama yang bersifat praktikal,
Allah SWT membuka ruang yang luas kepada
hambanya untuk memanfaatkan segala isi
kandungan bumi untuk kehidupan mereka.
Keharusan tersebut perlu dihindarkan
sekiranya terdapat dalil-dalil syara' yang
melarangnya atau mengharamkannya.
Setiap yang dilarang oleh Allah SWT,
mempunyai kebaikan untuk hambahambanya, sekalipun pada pandangan zahir
manusia tidak mengetahui hikmahnya.
Terdapat beberapa perkara yang didiamkan
7/30/15
14

Dalil Hadis Terhadap Perkara Tersebut


Hadis yang diriwayatkan oleh Al Bazar dan
At Thobrani dari hadis Abu Darda yang
bermaksud
Perkara yang dihalalkan oleh Allah adalah
halal dan perkara yang diharamkan oleh
Allah adalah haram dan perkara yang
didiamkan daripadanya adalah dimaafkan
maka terimalah kamu kemaafanNya kerana
Allah tidak mungkin lupa terhadap sesuatu

7/30/15

15

Masalah Yang Timbul Dari Kaedah


Ini
Melakukan IVF halal ?
Melakukan pembedahan plastik kosmetik?
Teknologi genetik dan DNA ?
Hukum memakan zirafah/tupai/landak?

7/30/15

16

Kaedah Fiqh Yang Ketiga :


Prinsip Kesukaran Mendatangkan
Kesenangan
Masyaqqah kesukaran yang dimaksudkan

dalam kaedah ini ialah bergantung kepada


sebab-sebab syarak antaranya ialah :
Musafir
Sakit
Paksaan
Kelupaan
Jahil
Umumul Balwa

7/30/15

17

Kaedah Fiqh Yang Keempat :


Al -Dharar Yuzal
Kemudharatan dihilangkan atau dihindarkan
Satu prinsip yang unggul dapat

diaplikasikan dalam kehidupan manusia


dengan jaminan syarak
Dalil bagi prinsip ini ialah hadis Rasulullah
SAW yang diriwayatkan oleh imam Malik
dalam kitabnya Al Muwatta dari Amru bin
Yahya dari bapanya :
Tidak mudharat dan tidak
memudharatkan
7/30/15

18

Maksud Prinsip Al Dharar Yuzal


Menghilangkan kemudharatan mungkin

akan menimbulkan kemudharatan yang lain


Timbul pertentangan antara menghilangkan
kemudharatan dengan kemudharatan lain
yang akan muncul

7/30/15

19

Seperti

kaedah
al-dharurah
tubihul
mahzurat. Ia bermaksud keadaan yang
mencemaskan, menyusahkan dan kesukaran
yang
boleh
mengancam
nyawa
menyebabkan perkara yang diharamkan
menjadi harus.
Dalil kaedah ini ialah maksud firman Allah
swt dalam surah Al Maidah, 3:..maka
sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan
(memakan benda yang haram)sedang ia
tidak cenderung melakukan dosa (maka
bolehlah ia memakannya)
7/30/15

20

PemasalahanDari Kaedah Ini


Harus makan bangkai masa darurat
Harus minum arak kerana terlalu dahaga di

masa ketiadaan air


Harus berubat dengan najis pada mana
tidak ada ubat yang suci
Harus
buang
dari
kapal
untuk
menyelamatkan kesemua yang lain dari
tenggelam
Harus merampas harta orang berhutang

7/30/15

21

Dharurah dikira mengikut keadaannya


Kaedah ini sebagai ikatan kepada
kaedah dharurat mengharuskan yang
ditegah
Makan yang haram sekadar untuk
melepaskan diri dari kelaparan
Harus melihat aurat yang sedikit
sahaja / yang diperlukan seperti
dalam rawatan perubatan.

7/30/15

22

Contoh Aplikasi Prinsip;


Penjual senjata dilarang menjual senjata

diwaktu berlaku perang saudara kerana


penjualannya itu akan memarakkan lagi
peperangan yang berlaku.
Peniaga ditegah untuk menaikkan harga
barang keperluan ketika berlaku kekurangan
barang keperluan
Petani dilarang menanam tumbuhan yang
menghasilkan candu atau dadah
Kerajaan berhak menghalang mufti yang
jahil
dari
mengeluarkan
fatwa
atau
mengajar orang ramai melakukan helah
dalam syarak.
7/30/15

23

Kerajaan berhak menghalang doktor yang

tidak diiktiraf dari membuka klinik kepada


orang ramai
Semua perkara yang melibatkan
kemudharatan am terhadap masyarakat
samada dalam agama, nyawa, aqal,
keturunan dan harta benda hendaklah
ditegah kepada individu
Kerajaan berhak mengambil tanah dan
membayar pampasan untuk tujuan
pembangunan
Kuarantin untuk elak penyakit merebak

7/30/15

24

Melarang dari membangunkan kilang di

kawasan perumahan kerana takut akan


berlaku pencemaran ke kawasan perumahan
tersebut.
Membunuh mergastua milik individu untuk
mengelakkan selesema burung (H5N1)
merebak.
Membunuh babi bagi mengelak wabak JE.
Larangan monopoli individu terhadap
keperluan umum
Larangan menyembunyikan barang untuk
menaikkan harga
Saidina Umar Al Khatttab menghalau orang
7/30/15
25

Kepentingan Qawaid Fiqhiyah


Mengembangkan hukum syarak mengikut

perkembangan/ keperluan manusia.


Menentukan hukum kepada perkara yang
belum ada hukumnya
Menyelesaikan masalah feqah yang berlaku
dalam masyarakat manusia
Mengatasi
kesulitan
manusia
untuk
menetapkan hukum bagi perkara tertentu.

7/30/15

26

Antara Teknologi Yang Diharuskan dan


Teknologi Yang Dilarang
Merawat

memulihkan
kecacatan
Menyelamatkan
nyawa
Meningkatkan mutu
atau kualiti
Mempertahankan
maruah agama
Memberi keselesaan
7/30/15

Tujuan jenayah
Merosakkan
Memfitnah
Aktiviti tidak sihat

27

Teknologi Yang Diharuskan


i

7/30/15

Merawat memulihkan kecacatan,


menyelamatkan nyawa
Pengklonan terapeutik (rawatan) bertujuan
mengatasi kekurangan sel, tisu, organ
Teknologi genetik seperti tabung uji
Teknologi nuklear dengan tujuan mengesan
penyakit
Pembedahan plastik untuk mengembalikan
kesempurnaan, hilang keaiban, kembalikan
fungsi anggota badan
Pemindahan organ dan derma darah

28

Teknologi Yang Diharuskan


ii- Meningkatkan mutu atau kualiti
Penggunaan tenaga nuklear bertujuan
penyimpanan dan pengawetan makanan ,
menghapuskan bakteria
iii- Mempertahankan maruah agama dan
negara
Penghasilan senjata dan pertahanan negara
Peralatan dan kelengkapan ketenteraan
yang moden
iv- Memberi keselesaan
Kemudahan perhubungan
Memberi perlindungan keselamatan
7/30/15

29

Teknologi Yang Dilarang


i- Tujuan jenayah
Pembedahan dengan tujuan menukar /
meyamar identiti
Memudahkan melakukan jenayah
ii- Merosakkan
Pengklonan reproduktif
Teknologi genetik yang mengakibatkan
kecelaruan nasab, ibu tumpang
Teknologi nuklear atau senjata dengan tujuan
berperang
iii- Aktiviti tidak sihat
ICT untuk sebar fitnah, pornografi, hasutan
dan lain-lain.
7/30/15

30

Isu-isu Sains & Teknologi


Pemindahan Organ
Isu Pengklonan Manusia dan Haiwan
Kejuruteraan genetik makanan

7/30/15

31

Apakah Hukum Pemindahan


Allah
Organ Di Dalam Islam?
berfirman

Tujuan: Merawat
pesakit
Hukum: Fuqaha telah
memutuskan bahawa
hukum pemindahan
organ
adalah
harus.
Sebab:
Matlamat
Syara (maqasid
Syariah) yang
memandang berat
terhadap maslahat
manusia,
pemeliharaan nyawa
manusia.
7/30/15

Roshaimizam Copyright

S.W.T.

ermaksud:Sesiapa
yang
membunuh
seorang
manusia
dengan tiada alasan
yang
membolehkan
membunuh orang itu,
atau
(kerana)
melakukan kerosakan
di muka bumi; maka
seolah-olah dia telah
membunuh manusia
semuanya;
dan
sesiapa
yang
menjaga keselamatan
hidup
seorang
manusia,
maka
seolah-olah dia telah
7/30/15
32
menjaga
keselamatan

32

Apakah Hukum
Pendermaan Organ
Di Dalam Islam
Pendermaan
Pendermaa
dari
n dari
seseorang
seseorang
setelah ia
sewaktu
meninggal
hayatnyaorgan dibolehkan di dalam
*Pendermaan
dunia
Islam sebagai sedekah. Begitu juga
penderma organ akan melapangkan
kepayahan yang dideritai oleh para
pesakit selama ini.
*Ulama
mengharuskan
pendermaan
organ
dari
seseorang
yang
telah
meninggal dunia kepada yang masih
hidup, jika si mati telah mengizinkan
Roshaimizam Copyright
7/30/15
7/30/15
sewaktu
hayatnya,
atau
warisnya33

33

Isu Pengklonan
Firman

Allah bermaksud: Dan Dialah Tuhan yang


menciptakan
manusia daripada air, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan
baka
dan pertalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya
Tuhanmu
berkuasa
(menciptakan
apa
juga
yang
dikehendaki
-Nya). (Surah Fussilat: 54).
Keburukan pengklonan ;
o melahirkan satu generasi manusia yang cuba merendahrendahkan kejadian manusia yang dimuliakan Tuhan.
o kesesatan akidah kerana mereka beranggapan bahawa
manusia juga boleh mencipta manusia sama seperti
kekuasaan Tuhan mencipta kejadian alam ini.
o mampu meruntuhkan institusi keluarga
7/30/15

34

Fatwa Pengklonan
Majlis Fatwa Kebangsaan, pada 2002, telah
membuat keputusan bahawa pengklonan
manusia untuk apa-apa tujuan sekalipun
adalah diharamkan kerana ianya
bertentangan dengan fitrah kejadian
manusia yang ditentukan oleh Allah SWT.

7/30/15

35

Isu Kejuruteraan Genetik


Penyelidikan

dan
penemuan
yang
dapat
mengurangkan atau menghilangkan kesengsaraan
manusia (penyakit, wabak dsb) adalah dibenarkan
dalam Islam.
Islam membenarkan selagi ia tidak digunakan
kepada
perkara-perkara
yang
haram
dan
memudharatkan manusia.
Kitab Majma' al-Fiqh al-Islamiyah ; dibenarkan di
dalam Islam menggunakan teknologi mengklon dan
kejuruteraan genetik di dalam kes-kes kuman dan
makhluk mikroskopik, tanam-tanaman dan binatang
di dalam had dan panduan syariah, matlamatnya
untuk kepentingan awam dan menghilangkan
kemudharatan.
7/30/15

36

samb..
Akademi Fiqh Islami (31 Oktober, 1998) -

tidak menjadi kesalahan memanfaatkan


kebaikan
kejuruteraan
genetik,
alatalatnya
didalam
bidang
pertanian,
pembiakan binatang di dalam keadaan
yang selamat serta menjaga keselamatan
alam sekitar dari apa-apa kemudharatan.
Jika tanaman dan binatang tersebut
dibenarkan didalam skop syariah, maka
ianya halal dimanfaat dan dijadikan
sebagai makanan.
7/30/15

37

Kesimpulan
Kaedah Feqah Islam berlandaskan kepada

sumber utama Al Quran dan Hadis,


Dikembangkannya ke dalam seluruh aktiviti
manusia mukallaf termasuk dalam bidang
sains dan teknologi.
Setiap perbuatan mukallaf ada hukumnya.
Perbuatan ahli sains tidak terlepas dari
hukum Allah swt.

7/30/15

38

Sekian
Wassalam

7/30/15

39

You might also like