You are on page 1of 3

2.

1 Kaedah Asas Fiqh

2.1.1 Maksud Qawaid Fiqhiyah

Qawaid fiqhiyah ialah gabungan daripada dua perkataan iaitu qawad dan fiqh.Qawaid
ialah kata jamak daripada qa’idah(Kaedah) yang bermaksud asas,tapak, atau prinsip.Qawaid
atau qaidah menurut istilah para fuqaha ialah hukum yang secara umumnya terpakai ke atas
kebanyakkan masalah-masalah yang terperinci. Dalam istilah udang-undang lebih dikenali
sebagai principal. Keistimewaan kaedah fiqh ialah teksnya dibentuk dalam beberapa kalimah
yang ringkas dan padat dalam lafaz yang umum, tetapi makna-maknanya luas dan mencakupi
cabang-cabang masalah yang terperinci.

2.1.2 Qawaid fiqhiyyah yang asas

Hampir setiap kaedah fiqh itu tidak sunyi dari masalah yang dikecualikan darinya kerana
sebab-sebab tertentu. Justeru itulah ulama mengatakan,kebanyakkan kaedah fiqh adalah
bersifat aghlabiah (majoriti). Ia merupakan prinsip-prinsip umum yang terdiri dari kaedah yang
banyak. Ada ulama menetapkan sampai kepada empat puluh kaedah dan ada yang
menetapkan lebih daripada itu. Sebahagian ulama menyatakan secara keseluruhannya ia
terbentuk kepada beberapa kaedah induk sahaja. Menurut Sheikh Izzuddin Abd. Al-Salam
segala masalah fiqhiyyah hanya merujuk kepada dua iaitu menolak segala yang
merosakkan(Dar-u-al-Mafasid) dan menarikk segala yang baik(Jalb al Masalih).

Selain itu, Al-Qadi Abu Ali Al-Husain yang bermazhab al-Syafi’I menerutnya pula ia
merujuk kepada empat kaedah.Yang pertama,keyakinan itu tidak dapat dihilangkan oleh
keraguan. Kaedah pertama ini menyatakan bahawa perkara yang asala dan yakin tidak boleh
ditinggalkan hukumnya disebabkan oleh syak atau ragu ragu. Contohnya, pakar bedah mesti
memutuskan bedah tidak berdasarkan keyakinannya.Jika yakin selamat,bedah mesti dilakukan.
Yang kedua, Kesukaran mendatangkan kepada kemudahan. Kaedah ini bermaksud apabila
terdapat sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam menunaikan dan melaksanakan perintah
Allah, maka perintah itu diringankan , tidak seperti asalnya. Kaedah ini berdasarkan dalil al-
Qur’an , firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud “Allah
mengkehendaki kesenangan kepada kamu dan ia tidak mahu mengkehendaki kesukaran ke
atas kamu.”. Contohnya, masyaqqah atau kesukaran yang dimaksudkan dalam kaedah ini
bergantung kepada sebab-sebab syarak antaranya sperti disebabkan dalam musafir, kerana
sakit, terpaksa, lupa dan lain-lain.

2.2 Aplikasi Kaedah Fiqh dalam menangani isu Kontemporari Sains dan Teknologi

1- Mengubah ciptaan Allah

Sekalipun umat Islam disuruh mengkaji dan memaksimumkan penggunaan teknologi,


tetapi islam tidak membiarkan umatnya menggunakannya tanpa panduan. Di atas sifatnya
sebagai agama yang sempurna dan mementingkan dosa dan pahala, maka syariat Islam telah
menetapkan beberapa syarat untuk dipatuhi agar teknologi tidak terbabas daripada tujuan yang
sebernanya. Antara contoh aplikasi kaedah fiqh ialah Al-masyaqqah Tajlibu taisyir (Kesukaran
Membawa Kepada Kemudahan). Ini menerangkan bahawa tidak harus seseorang yang
mempunyai anggota badan yang lebih atau mempunyai anggota yang cacat membuang atau
mengubahnya kecuali dalam keadaan anggota tersebut boleh membahayakannya atau
menyakitinya. Menurut al-Nawawi, digalakkan bagi wanita yang mempunyai misai dan janggut
mencabutnya. Perbuatan ini untuk membezakan antara perempuan dengan lelaki dan
perbuatan sebegini walaupun termasuk dalam mengubah ciptaan Allah tetapi diharuskan.
Contoh aplikasi kaedah fiqh yang lain adalah al-umur bi maqasidiha (Segala perkara
bergantung pada niatnya). Menurut Mazhab Maliki berpendapat harus bagi seorang wanita itu
mengubah mana-mana anggota badan termasuklah bertatu tujuan berhias kepada suami
kecuali dia dilarang dari membotakkan.

2- Merosakkan Alam

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis ke-20 dan 21/2016 pada 18 dan 19 Feb
2016 memutuskan ialah Perbuatan mencemarkan alam sekitar dan memberi kesan
kemudaratan fizikal secara langsung kepada manusia, haiwan dan tumbuhan adalah haram.
Antara contoh ialah kecanggihan alatan perang boleh membawa kemusnahan dunia
termasuklah alam sekitar dan juga banyaknya jiwa yang terkorban kerana kerakusan manusia
sendiri dan juga kesan penggunaan bom atau senjata api boleh memusnahkan alam sekitar.

3- Memudharatkan kehidupan
Teknologi maklumat juga dapat membawa kemudharatan kepada manusia. Antara
contohnya ialah internet dilayari dalam laman-laman web yang berunsur lucah dan tidak
berakhlak. Laman-laman ini dicipta oleh orang bukan islam untuk merosakkan umat islam
secara halus tanpa sedar generasi baharu terjebak di dalam unsur lucah pada bawahan umur.
Teknologi makanan iaitu makanan ubahsuaian genetik (Genetically Modified Food) yang di
masukkan dengan pelbagai gabungan gen organisma lain. GMF juga memberi kesan terhadap
kesihatan manusia kerana mengandungi bendasing (allergen) yang tidak diketahui kesan
buruknya.

You might also like