You are on page 1of 4

Hukum Suntikan Botulinum Toxin Type A

(BTA)

2006/73/

Muzakarah

Perubatan

7536 reads

ShareThis

Keputusan

English Version

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
Kali Ke-73 yang bersidang pada 4 - 6 April 2006 telah membincangkan Hukum Suntikan
Botulinum Toxin Type A (BTA). Muzakarah telah memutuskan bahawa:
1. Setelah meneliti laporan kajian dari dalam dan luar negara serta hujah-hujah yang jelas
dalam pengeluaran fatwa oleh beberapa negara Islam lain, Botulinum Toxin Type A atau
nama komersialnya botox didapati mengandungi bahan-bahan yang meragukan, najis dan
diharamkan, antara bahan-bahannya ialah khinzir.
2. Suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox ini juga didapati boleh
memberi mudharat kepada pengguna bagi jangka pendek, jangka panjang dan boleh
dimanipulasikan untuk tujuan penipuan.
3. Berdasarkan kepada penemuan-penemuan seperti yang dinyatakan tersebut, Muzakarah
memutuskan bahawa suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox
adalah haram digunakan.
4. Walaubagaimanapun untuk tujuan perubatan, suntikan Botulinum Toxin Type A ini
adalah dibenarkan dengan syarat penggunaannya dalam keadaaan darurat dan mengikut
keperluan serta dilakukan oleh pakar yang bertauliah.

Keterangan/Hujah:
1. Botox adalah singkatan Botulinum Toxin Type A (Botox cosmetic). Ia adalah sejenis
protin kompleks yang dihasilkan oleh sejenis bakteria, clostridium botulinum yang
mengandungi racun yang hampir sama dengan racun yang dikenalpasti menjadi punca
keracunan makanan. Toksin bakteria Botulinum ini boleh melumpuhkan fungsi otot perut
dan ia boleh membawa maut jika diambil dalam jumlah yang besar kira-kira 5000 unit.
Dalam konteks penggunaanya di bidang rawatan kosmetik, Botox yang digunakan untuk
terapi dikatakan selamat dan tidak membahayakan tubuh kerana dosnya hanya 1% dari
dos yang boleh menyebabkan gejala keracunan.
2. Berdasarkan maklumat kajian perubatan yang dikemukakan oleh American Medical
Association, Chicago U.S.A dan American Veterinary Medical Association Schaumburg
U.S.A. berkaitan kandungan Botulinum Toxin Type A dan laporan yang terkandung di
dalam kertas fatwa Department Of Islamic Endowment And Religious Affairs
Ecumenical Decrees (Fatwa) And Research Committee Synod Of Islamic Jurisprudence
Dubai, United Arab Emirates (UAE), BTA dihasilkan daripada sumber-sumber yang
meragukan dan kemudharatan yang dialami akibat penggunaannya amat besar dan ramai
umat Islam menggunakannya.
3. Kebanyakan mereka yang menggunakan suntikan BTA ini lebih cenderung kepada
kepentingan yang dilarang oleh Syariat Islam.Suntikan BTA ini adalah bersifat sementara
dan ia merupakan suatu penipuan (gharar) kepada pasangan (suami atau isteri) apabila
keadaan fizikal seseorang itu kembali kepada asal. Ini mengakibatkan salah seorang
daripada mereka boleh menuntut fasakh .Dalam berhias beberapa perkara perlu
dikenalpasti agar tidak terkeluar dari landasan syarak. Pertama, bahan yang digunakan
untuk berhias hendaklah bebas daripada sebarang unsur yang meragukan atau seperti
daripada haiwan atau mengandungi perkara yang najis; Kedua, bahan yang digunakan itu
hendaklah tidak memudharatkan; Ketiga, tidak bersikap berlebih-lebihan sehingga
merubah ciptaan Allah swt. Keempat, berhias hendaklah dengan niat yang bersih kerana
berhias menjadi perkara terlarang sekiranya niatnya adalah untuk bertabbaruj lebih-lebih
lagi jika ia dilakukan untuk tujuan riak, menunjuk-nunjuk dan dipuji oleh manusia.
4. Menurut Syeikh Yusuf al-Qardhawy dalam buku al-Halal wa al-Haram menyatakan
perbuatan mentatu ( ) , mencukur kening sehingga menjadi nipis sekali ( ) ,
menjarangkan gigi ( )dengan meletakkan sesuatu di celah gigi atau mengasah gigi (
)dianggap berlebih-lebihan dalam berhias dan bertentangan dengan jiwa Islam
yang sebenar. Beliau secara tegas menyatakan perbuatan sesetengah umat Islam yang
melakukan pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan merupakan pengaruh budaya
meterialistik Barat sehingga sanggup mengeluarkan wang yang banyak dan menanggung
segala kesakitan demi menjalani pembedahan kosmetik untuk mencantikkan anggota

seperti hidung, mata dan payu dara.


5. Ia adalah perbuatan yang termasuk dalam kategori perbuatan yang dilaknat Allah dan
RasulNya. Ini kerana ia bukan sahaja terkandung penyiksaan bahkan merubah bentuk
ciptaan Allah tanpa sebarang kepentingan yang diharuskan syarak.
6. Dr. Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya al-Mufassal fi Ahlam al-Marah wa Bait alMuslim fi al-Syariah al-Islamiyyah, membincangkan isu usaha wanita untuk
mencantikkan diri mereka dalam konteks yang lebih luas. Sebarang aktiviti ke arah
kecantikan atas usaha sendiri seperti mengamalkan senaman, berbedak, bercelak,
bertindik telinga, mengawal pemakanan sama ada dengan tujuan untuk menambah atau
menurunkan berat badan adalah harus kerana termasuk dalam amal al-tajmil.
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-suntikan-botulinum-toxintype-bta

Hukum Suntikan Kosmetik Botox

Sosial/Syariah

Tarikh Keputusan:
18 Sep, 2006
Keputusan:
Mesyuarat mengambil perhatian mengenai maklumat terkini kajian perubatan yang dikemukakan
oleh American Medical Association, Chicago U.S.A dan American Veterinary Medical
Association Schaumburg U.S.A berkaitan kandungan Botulinum Toxin Type A
Berdasarkan maklumat tersebut dan fatwa-fatwa daripada Negara Timur Tengah yang telah
dikemukakan. Mesyuarat berpandangan bahawa isu suntikan Botulinum Toxin Type A ini telah
jelas mengandungi perkara-perkara yang diharamkan oleh Islam
Oleh itu, Mesyuarat bersetuju menerima keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali ke 74 pada 25-27 Julai 2006 bahawa suntikan
Botulinum Toxin Type A adalah haram dan sighah fatwa adalah seperti berikut :
i. setelah meneliti laporan kajian dari dalam dan luar negara serta hujah-hujah yang jelas dalam
pengeluaran fatwa oleh beberapa negara Islam lain, Botulinum Toxin Type A atau nama
komersialnya Botox didapati mengandungi bahan-bahan yang meragukan, najis dan diharamkan,
antara bahan-bahannya ialah khinzir

ii. suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya Botox ini juga didapati boleh
memberi mudarat kepada pengguna bagi jangka pendek, jangka panjang dan boleh
dimanipulasikan untuk tujuan penipuan
iii. Berdasarkan kepada penemuan-penemuan seperti yang dinyatakan tersebut, Mesyaurat
memutuskan bahawa suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya Botox adalah
haram digunakan
iv. Walaubagaimanapun untuk tujuan perubatan, suntikan Botulinum Toxin Type A ini adalah
dibenarkan dengan syarat penggunaannya dalam keadaan darurat dan mengikut keperluan serta
dilakukan oleh pakar yang bertauliah

Status Penwartaan:
Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan:
LFNS KE-10
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-suntikan-kosmetik-botox-0

You might also like