You are on page 1of 12

FESYEN DALAM ISLAM:SATU KAJIAN

MUHAMMAD RUSYAIDI BIN MOHD ROSAM

(PID21050)

Kertas Projek Dikemukakan Bagi Memenuhi Syarat Untuk Memperolehi Diploma


Pengajian Islam Pengkhususan Syariah Dan Undang-Undang dalam Fakulti Syariah
Universiti Islam Pahang Sultan Haji Ahmad Shah

2024
PENGAKUAN

Saya dengan ini mengakui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumber dapatnya.

Tarikh: Tandatangan:

Nama Calon:

No Matrik:
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Pemakaian menjadi salah satu kayu ukur seseorang pada masa kini dalam menilai kemajuan
dan kejayaan seseorang.Pemakaian yang menutup aurat adalah satu kewajipan bagi wanita
yang telah disyariatkan Allah untuk memelihara aurat dan kehormatan wanita daripada
diperlihatkan oleh masyarakat.Rekaan fesyen kini telah menarik minat ramai golongan wanita
mahupun lelaki Islam untuk berpakaian mengikut fesyen yang terkini.Namun,Islam sangat
menitikberatkan soal pemakaian umatnya yang berfungsi sebagai pelindung peribadi dan
maruah seseorang.Oleh sebab itu,Islam telah menetapkan syarat-syarat berpakaian yang
berlandaskan syarak.Sebagaimana dalam surah Al-A’raf ayat 31,Islam mengiktiraf pakaian
dan menganggap ia sebagai satu ibadah.

Fesyen ini boleh berubah dan mengalami proses penerimaan dan penolakan.Ia berlaku
disebabkan oleh sikap dan penerimaan masyarakat itu sendiri.Konsep aurat dan amalan
berfesyen dalam kehidupan seharian merangkumi pelbagai keadaan dan situasi.Misalnya
sewaktu berada bersendirian di tempat yang tertutup atau di dalam gelap,di hadapan
mahram,bersama perempuan muslim atau yang bukan muslim dan menggunakan tona warna
yang agak keterlaluan yang berpandukan barat dengan alasan supaya wanita Muslimah tampil
anggun,menawan dan berani.

Apa yang membimbangkan,hal ini akan menimbulkan salah faham masyarakat awam
tentang kod etika pematuhan pakaian syarak yang telah dinyatakan dengan jelas oleh Al-Quran
dan Al-Sunnah serta disepakati oleh Jumhur Ulama’.Tujuan utama kod etika pemakaian
menurut syarak diketengahkan supaya berpaksikan kepada Maqasid Syariah.Fenomena
berfesyen hari ini terpesong dari matlamat asal pemakaian menurut syarak yang pada asasnya
bertujuan untuk memelihara maruah wanita.Dalam industri fesyen dewasa ini,umat Islam
disogokkan dengan lambakan kepelbagaian rekaan fesyen yang menampilkan ragam dan citra
sendiri dengan label-label tertentu dan berimej Islam.Ini telah mengundang reaksi yang
pelbagai daripada masyarakat pengguna,khususnya pengguna Muslimah seterusnya
menimbulkan kekeliruan yang bukan sedikit.Justeru,timbul persoalan sejauh manakah fesyen
umat Islam ini menepati kehendak syarak.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Pada abad moden ini,reka bentuk dan penggayaan pakaian mengalami format yang baharu
dengan gaya moden dan berlandaskan fesyen zaman kini.Penggayaan atau cara pemakaian
yang pelbagai telah mencetus isu pakaian dan fesyen dalam Islam yang menjadi perbualan
masyarakat kerana didatangkan dengan rekaan yang berbagai ragam.Hal ini telah
menyebabkan pereka-pereka fesyen di seluruh tanah air berkejar-kejar untuk menghasilkan
rekaan yang busana dan terbaik,cantik dan menarik bagi memenuhi keperluan semasa.

Berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap pendedahan wanita ke atas golongan


wanita,mendapati bahawa masih ada segelintir dari mereka yang berfesyen dan berpakaian
yang tidak menutup aurat semata-mata untuk menyerlahkan kecantikan di hadapan
ajnabi.Memang tidak dinafikan bahawa Islam sangat mementingkan kecantikan namun tidak
kepada wanita yang berpakaian atau berfesyen secara berlebihan untuk kelihatan sangat cantik
sehingga tidak menghiraukan tentang hukum-hakam yang bertepatan dengan syariat
Islam.Apabila kaum wanita Islam diracuni dengan pemikiran liberal bahawa pemakaian Islam
adalah kuno maka dengan mudah mereka mengikuti cara pemakaian yang berfesyenkan budaya
barat.

Inilah yang disebutkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Uqbah
bin Amru al-Ansari berkata:

ِ ‫إِذَا ََل تَستَ ِح فَاصنَع م‬


‫اشئت‬ َْ ْ ْ ْ
Yang bermaksud “apabila seseorang tersebut sudah hilang akan sifat malunya,maka
lakukanlah apa yang dia suka” (Riwayat Al-Bukhari)
Hadis diatas juga termasuk dalam wanita yang hilang sifat malunya kerana sanggup
berpakaian yang tidak sopan dan berlebihan demi mengikut peredaran zaman.Hal inilah yang
menyebabkan kaum wanita Islam bercenderung untuk mencari identiti yang lain dengan
mengikuti pemakaian barat sedangkan dalam syariat Islam menetapkan pemakaian yang
menggambarkan identiti seorang Muslimah.

Dalam erti kata lain,masih ramai dalam kalangan umat Islam yang mengabaikan
prinsip-prinsip menutup aurat dan mengatakan perkara tersebut sesuatu yang
meremehkan.Sebahagian umat Islam mengetahui prinsip-prinsip menutup aurat tetapi tidak
mahu mengamalkannya dan terdapat juga diantara masyarakat Islam tidak mengetahui
langsung tentang prinsip menutup aurat dalam Islam.Kebanyakkan masyarakat kita menutup
aurat semata-mata untuk menzahirkan diri sebagai orang Islam tetapi bukan kerana tuntutan
syarak yang diwajibkan keatas mereka.Hal ini boleh berpunca dari latar belakang keluarga
yang tidak menitik beratkan pemakaian cara Islam yang dituntut.

Fesyen bukan sahaja penggayaan dari segi berpakaian,malah ia juga dari segi
kehidupan sosial dan akhlak manusia yang terjerumus mengikut peredaran masa yang semakin
laju.Secara jujurnya,apa yang dilihat oleh generasi-generasi sekarang berfesyen tidak mengikut
hukum syarak yang telah ditetapkan.Namun begitu,tidak semua fesyen zaman kini yang tidak
menepati syarak kerana pemilihan pakaian dan rekaan bergantung kepada setiap individu yang
memilih pakaian yang mereka ingin pakai dan tonjolkan.Lebih-lebih lagi pada zaman teknologi
yang semakin canggih,terdapat pelbagai busana dan pakaian yang telah direka yang melepasi
garis panduan mengikut hukum syarak.Oleh itu,tiada alasan untuk umat Islam, tidak
berpakaian mengikut hukum syarak yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Seterusnya,banyak cabaran yang perlu ditangani sebagai seorang pereka fesyen dalam
bidang industri fesyen Islamik ini.Kebanyakkan mereka mendapat permintaan tinggi daripada
pelanggan yang tidak menghiraukan tentang aurat yang sudah pastinya tidak mengikut syarat-
syarat fesyen dalam Islam.Timbul perasaan serba salah dalam diri pereka fesyen jika perlu
memenuhi kehendak pelanggan yang menginginkan pakaian yang ketat dan rekaan yang boleh
mendedahkan aurat mereka.Hal ini menyebabkan pereka fesyen perlu menanggung dosa
kerana telah membuat pakaian yang mendedahkan aurat pelanggan.Sekadar mengenakan
tudung di atas kepala tanpa menjaga etika pemakaian mengikut cara Islam yang betul sudah
dianggap memadai.Tidak tertinggal juga kepada lelaki Muslim yang mengayakan fesyen
rambut yang melanggar syarak Islam,memakai pakaian yang menyerupai perempuan dan
memakai pakaian sutera atau rantai emas.Ini juga termasuk seluar pendek yang menjadi trend
bagi lelaki moden.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini mempunyai tujuan-tujuan yang tersendiri di mana semuanya penting bagi
menjayakan kajian ini.Antara tujuan kajian ini adalah:

1. Mengkaji konsep menutup aurat (pemakaian patuh syariah).


2. Mengkaji prinsip fesyen dalam Islam.
3. Menganalisis kebaikan berfesyen menurut syarak.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

Tujuan persoalan kajian ini diadakan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berkaitan
faktor-faktor yang mendorong berlakunya kesalahan berfesyen dalam Islam.Antara persoalan
penting yang terdapat dalam kajian ini:

1. Apakah definisi berfesyen menurut syarak di Malaysia?


2. Faktor yang menyumbang perubahan fesyen yang berlebihan di Malaysia?
3. Bagaimanakah solusi untuk menyelesaikan isu fesyen yang melanggar hukum syarak?
1.5 DEFINISI OPERASI KAJIAN

Kajian ini sepertimana dinaskan dalam tajuk pengkaji,malah dapat dilihat dalam tajuk yang
dipilih.Pengkaji akan memberikan maksud bagi Faktor,Fesyen,Syarak,Aurat,Wanita dan
Solusi.Definisi operasi kajian ini adalah:

i. Faktor

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,faktor telah didefinasikan sebagai unsur atau
sebab yang menyumbang kepada sesuatu hasil.Sebagai contoh “faktor berlakunya pencemaran
udara berpunca daripada asap kenderaan”.

ii. Fesyen

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,fesyen bermaksud gaya pakaian,kosmetik,tingkah


laku dan lain-lain terutamanya yang terbaru yang menjadi kegemaran ramai.Berfesyen
menunjukkan atau mengikut sesuatu fesyen (dalam cara berpakaian) seperti gadis-gadis
berpakaian ketat atau mendandan rambut.

iii. Syarak

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,syarak adalah hukum yang bersandarkan ajaran
agama Islam,hukum Islam contohnya pakaian yang bersih dan suci sebagaimana yang
dikehendaki.

iv. Aurat

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,aurat bermaksud bahagian tubuh yang tidak boleh
kelihatan atau wajib ditutup (menurut hukum Islam),kemaluan dan telanjang.
v. Wanita

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,wanita bermaksud kaum ibu,kaum puteri iaitu
kewanitaan perihal wanita,sifat-sifat wanita dan keputerian.Contohnya,Rohaya mempunyai
sifat yang cukup lemah-lembut serta memiliki rupa paras yang cantik.

vi. Solusi

Solusi ialah perkataan sama erti dengan penyelesian yang membawa maksud perbuatan
menyelesaikan dan mencari sesuatu secara damai untuk memulihkan keadaan.Sebagai contoh
ustaz atau orang yang beragamawan akan mencari solusi untuk meyelesaikan masalah
masyarakat yang tidak mengendahkan aurat menurut hukum syarak.

1.6 SOROTAN LITERATUR

Menurut laman sesawang My Metro telah melaporkan bahawa berpakaian yang menampakkan
bentuk tubuh atau seolah-olah ‘telanjang’.Itu antara tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat apabila
wanita sudah tidak mengikut syariat agama yang ditetapkan.Bahkan,mereka memperagakan
pakaian serta fesyen,memakai tudung,namun pada masa yang sama turut berpakaian yang
menampakkan bentuk tubuh sekali gus mengundang pandangan daripada lelaki.Mereka juga
lebih mengutamakan fesyen yang terkeluar daripada adab dan tatasusila yang diterapkan dalam
Islam.Ramai wanita mengenakan pakaian yang tidak menutup aurat sehingga menampakkan
perhiasan,rambut dan bahagian yang sepatutnya ditutup.

Memetik tulisan Pensyarah Kanan,Fakulti Pengajian Bahasa Utama,Universiti Sains


Islam Malaysia (USIM) Dr Khairul Asyraf Mohd Nathor menukilkan bahawa perkara ini
dinyatakan oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W mengenai perilaku manusia akhir zaman
khususnya wanita apabila membabitkan pemakaian mereka.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda maksudnya: “Pada umatku yang akan datang
ini,akan ada orang lelaki yang naik pelana kuda yang menyerupai pelana unta,lalu turun di
pintu-pintu masjid.Wanita mereka berpakaian,tetapi telanjang,rambut mereka bagaikan
bonggol unta yang tinggi.Laknatlah mereka kerana mereka ialah wanita terlakanat.Kalau
dibelakangmu (sesudahmu) nanti masih ada umat lain,nescaya wanita kamu akan melayani
wanita mereka sebagaimana dahulu kamu dilayani oleh wanita bangsa sebelum kamu.(Hadis
Riwayat Imam Ahmad,Hadis no 7083,Fath al-Bari:6/320).

Menerusi penulisan berkenaan,hadis ini jelas menunjukkan bagaimana keadaan wanita


akhir zaman berpakaian sehingga setiap jenis fesyen yang dikenakan pasti akan menarik mata-
mata (lelaki) untuk melihatnya.Perkara ini dilihat menjadi trend terkini khususnya wanita yang
bekerjaya apabila sanggup berbelanja sakan demi dilihat bergaya dan cantik di tempat kerja
masing-masing.

Menurut laman sesawang Harakahdaily yang bertarikh 16 March 2020,secara asasnya


Islam tidak menolak sebarang bentuk urusan atau sesuatu perkara yang boleh mendatangkan
kecantikan.Bahkan Islam sendiri menitik beratkan setiap perkara agar dilakukan dengan
cantik,dalam keadaan yang baik dan elok serta menjaga kebersihan.Kesemua ini dijelaskan
oleh Rasulullah dalam hadis Baginda S.A.W.Islam tidak ada menetapkan secara khusus
bagaimana bentuk pemakaian bagi seseorang Muslim atau Muslimah seperti perlunya memakai
kain buatan apa,jenis,berapa helai,warna dan sebagainya.Kreativiti dalam pemakaian adalah
terserah kepada individu tersebut mengikut kesesuaian tempat dan masanya selagi mana ia
tidak melanggar batasan syarak.Perkara tersebut termasuk dalam urusan keduniaan yang
Rasulullah S.A.W menyerahkan kreativitinya kepada manusia itu sendiri untuk berfikir.

Dalam sesebuah syarikat atau organisasi,terdapat etika dan protokol yang


melambangkan identiti seseorang yang terikat dengan syarikat tersebut.Bahkan fesyen dan
keterampilan tersebut mencerminkan imej syarikat yang maju dan terkehadapan dalam
melaksanakan misi dan visinya.Begitu juga dengan pemakaian dalam Islam,agama Islam tidak
menghalang secara mutlak untuk manusia berfesyen dan berketerampilan kerana Islam sendiri
yang menggalakkan umatnya untuk menampilkan apa yang terbaik dan kelihatan elok dalam
menzahirkan imej perbadi yang baik dan terhormat.
Maka,tujuan utama bagi etika dan garis panduan dalam pemakaian cara Islam adalah untuk:

1. Menjaga keamanan diri dan kehormatan diri daripada berlaku fitnah ke atas mereka.
2. Memberikan perlindungan kepada mereka kerana pakaian adalah salah satu cara untuk
menjaga diri daripada bencana,bahaya dan sakit.
3. Membawa imej yang terbaik dan elok dalam menampakkan jati diri seorang Muslim
dan Muslimah.

1.7 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi adalah kaedah,jalan,Teknik,gaya,ragam,rentak,corak dan sistem.Ilmu ini


digunakan semasa melakukan kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu,(Hazila
2015).Penyelidikan pula ditakrifkan sebagai perbuatan menyelidik,pemeriksaan,penyelidikan
dengan terliti dan cekap,(Dr.Tengku Iskandar,1996).Selepas itu, apabila adanya metodologi
ini,penyelidikan dalam pengumpulan maklumat akan menjadi lebih tersusun dan
sistematik.(Noorzan Mohd Noor).

Kajian yang digunakan oleh pengkaji ialah merupakan kajian kualitatif.Semasa


menjalankan kajian ini,pengkaji menggunakan kaedah pengumpulan data untuk mengumpul
pelbagai maklumat.

1.7.1 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Kaedah pengumpulan data merupakan kaedah yang tidak asing lagi dalam setiap kajian yang
dilakukan.Dengan kaedah analisis data,hasil sesuatu kajian akan diperolehi.Kaedah ini
merupakan satu kaedah untuk mengawal dan mempersembahkan data kepada bentuk yang
lebih bermakna.Cara data itu dipersembahkan menunjukkan bahawa pengkaji telah
menganalisis data yang diperoleh dengan sistematik dan efisien.
1.7.2 KAEDAH ANALISIS DATA

Data-data yang diperoleh akan dikumpulkan melalui salah satu metode data sekunder.Metode
data sekunder ialah data yang dikutip oleh pengkaji hasil daripada kajian atau penulisan
pengkaji berdasarkan perkumpulan analisis data daripada majalah,kajian lepas dan sebagainya.

1.8 PENUTUP

Di dalam keseluruhan bab ini,pengkaji menjelaskan tentang pendahuluan tajuk kertas projek
beserta penyataan masalah.Pengkaji juga menyatakan latar belakang berkaitan tajuk yang
dipilih.Daripada masalah ini muncul persoalan seperti bagaimanakah solusi untuk
menyelesaikan isu fesyen dalam Islam.

Oleh kerana itu,sebagai pelajar yang mengambil jurusan Pengajian Islam Pengkhususan
Syariah dan Undang-Undang,pengkaji terpanggil untuk melakukan kajian berkaitan fesyen
dalam Islam.Objektif kajian yang timbul antaranya ialah untuk mengkaji konsep menutup aurat
(pemakaian patuh syariah),menjelaskan prinsip fesyen dalam Islam serta menganalisis
kebaikan berfesyen menurut syarak.

Definisi operasi turut dilampirkan bagi mengelakkan salah faham yang mungkin
timbul,selain itu sorotan literatur juga ada dinyatakan dalam bab ini dengan bertujuan untuk
mengukuhkan lagi bahawa isu fesyen dalam Islam bukanlah satu isu yang remeh pada masa
kini malah perlu diberi pendedahan dalam masyarakat agar tidak melakukan kesilapan yang
sekecil zarah terutamanya dalam kalangan wanita.

Oleh itu,jadilah lelaki mahupun wanita yang disayangi oleh Allah dan juga dari
golongan yang mudah untuk masuk ke syurganya dengan mengaplikasikan etika pemakaian
Islam yang betul agar tidak melanggar fitrah manusia dan syariah Islamiyyah.

You might also like