You are on page 1of 21

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/362345175

PENDEKATAN DAKWAH MENERUSI PAKAIAN DAN FESYEN ISLAMIK

Article · July 2022

CITATIONS READS

0 2,097

1 author:

Izzah Husna Mohd Zamri


Universiti Kebangsaan Malaysia
1 PUBLICATION   0 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

PENDEKATAN DAKWAH MENERUSI PAKAIAN DAN FESYEN ISLAMIK View project

All content following this page was uploaded by Izzah Husna Mohd Zamri on 29 July 2022.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


SEMINAR DAKWAH & WAHDAH AL-UMMAH 2022,
Interaksi Dakwah di Malaysia Merentas Zaman,
14-15 Julai 2022, Fakulti Pengajian Islam, UKM

PENDEKATAN DAKWAH MENERUSI PAKAIAN DAN FESYEN ISLAMIK

APPROACH TO DAKWAH THROUGH ISLAMIC CLOTHES AND FASHION

Izzah Husna Mohd Zamri


Calon Prasiswazah, Pusat Kajian Arab dan Tamadun Islam
Fakulti Pengajian Islam, UKM
a179695@siswa.ukm.edu.my

Khazri Osman
Pensyarah, Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan
Fakulti Pengajian Islam, UKM
khazri@ukm.edu.my

ABSTRAK
Pada zaman kini, fesyen pakaian wanita secara umumnya dan fesyen islamik secara
khusunya sangat hebat melanda masyarakat Islam di Malaysia. Tambahan lagi,
kemuculan pereka fesyen yang menampilkan pelbagai gaya, warna, perhiasan, aksesori,
dan rekaan yang tentunya memikat hati masyarakat terutamanya dikalangan wanita.
Dalam fenomena ini, ramai wanita Muslimah yang mengetepikan syariat Islam semata-
mata untuk mengejar fesyen ‘up-to-date’ kerana terpengaruh dengan trend yang tidak
sihat di laman sosial. Isu ini bukanlah sesuatu perkara yang baharu malah ia sudah lama
menjadi perdebatan dan perbincangan umum dalam kalangan masyarakat Islam. Oleh
itu, artikel ini cuba menerokai definsi sebenar fesyen islamik yang pernah dibincangkan
dalam kajian lepas dan syarat-syarat penerimaan sesuatu fesyen dalam Islam. Di
samping itu,kajian ini turut mengenalpasti adakah fesyen islamik merupakan salah satu
cara berdakwah kepada masyarakat. Kajian ini menggunakan kaedah kajian
kepustakaan sahaja dengan menganalisis artikel jurnal, buku-buku, akhbar online dan
lain-lain lagi. Hasil kajian telah mendapati bahawa fesyen islamik itu merupakan fesyen
yang digariskan mengikut garis panduan syarak dan mempunyai syarat-syarat yang
tertentu untuk diterima pakai sebagai fesyen islamik. Ternyata, fesyen islamik ini
termasuk dalam salah satu cara berdakwah kepada masyarakat kerana ia bertujuan untuk
menarik minat masyarakat dalam menggayakan pakaian inovatif mengikut arus semasa
meskipun longgar dan menutup aurat.

Kata kunci: fesyen, trend, dakwah, Islam, aksesori, wanita

1
SEMINAR DAKWAH & WAHDAH AL-UMMAH 2022,
Interaksi Dakwah di Malaysia Merentas Zaman,
14-15 Julai 2022, Fakulti Pengajian Islam, UKM

ABSTRACT
Nowadays, the fashion of women's clothing in general and Islamic fashion in
particular is overwhelming the Muslim community in Malaysia. In addition, the
emergence of fashion designers that feature various styles, colors, jewelry,
accessories, and designs that certainly captivate the hearts of the community,
especially among women. In this phenomenon, many Muslim women put aside Islamic
Sharia simply to pursue 'up-to-date' fashion because they are influenced by unhealthy
trends on social media. This issue is not something new, in fact it has long been a
debate and general discussion among the Muslim community. Therefore, this article
tries to explore the true definition of Islamic fashion that has been discussed in
previous studies and the conditions of acceptance of a certain fashion in Islam. In
addition, this study also identifies whether Islamic fashion is one way of preaching to
the community. This study uses the bibliography method only by analyzing journal
articles, books, online newspapers and others. The results of the study have found that
Islamic fashion is a fashion that is outlined according to the guidelines of Shariah and
has certain conditions to be adopted as Islamic fashion. Apparently, this Islamic
fashion is included in one of the ways of preaching to the community because it aims
to attract the interest of the community in styling innovative clothes according to the
current trend even though it is loose and covers the aurat.
Keywords: fashion, trend, preaching, Islam, accessories, woman

1.0 PENGENALAN

Fesyen merupakan ‘trend’ yang sangat menginjak naik pada masa kini melalui
media sosial dan pelbagai platform yang sedia ada. Kehadiran fesyen yang up-to-date
mengikuti perkembangan arus dunia menjadikan fesyen Muslim terus melakukan
transformasi dari gaya konservatif menjadi lebih kontemporari dan berjiwa muda
(Saviq, 2018). Lambakan rekaan fesyen ini telah menarik minat ramai wanita dan lelaki
Islam untuk berpakaian mengikut fesyen terkini. Namun, Islam sangat menitikberatkan
soal pemakaian umatnya yang berfungsi sebagai pelindung peribadi dan maruah
seseorang. Oleh sebab itu, Islam telah menetapkan syarat-syarat berpakaian yang
berlandaskan syarak. Sebagaimana dalam surah Al-A’raf ayat 31, Islam mengiktiraf
pakaian dan menganggap ia sebagai satu ibadah.

Pakaian merupakan aspek yang paling penting dan memainkan peranan dalam
kehidupan manusia kerana pakaian mempunyai nilai yang tinggi dalam membentuk
kehidupan dan keperibadian seseorang manusia. Fesyen sering dikaitkan dengan
pakaian yang selama ini sering berubah-ubah mengikut zaman bagi memenuhi
kehendak masyarakat semasa untuk kelihatan anggun dan cantik. Namun begitu,

2
SEMINAR DAKWAH & WAHDAH AL-UMMAH 2022,
Interaksi Dakwah di Malaysia Merentas Zaman,
14-15 Julai 2022, Fakulti Pengajian Islam, UKM

lambakan rekaan fesyen seperti ini dikatakan telah menimbulkan kekeliruan bagi
sebahagian besar golongan wanita Islam mengenai tuntutan berpakaian mengikut
syariat Islam. Tambahan pula, terkini dalam industri fesyen telah mendedahkan satu
bentuk fesyen berpakaian yang dilabelkan sebagai fesyen Muslimah, iaitu fesyen
berpakaian yang sesuai dengan wanita Islam (Suraya, 2013), ini termasuklah cara
bertudung.

Pakaian merupakan aspek yang terpenting dalam kehidupan manusia


kerana pakaian mempunyai nilai yang tinggi dalam membentuk kehidupan dan
keperibadian manusia. Fesyen sering dikaitkan dengan pakaian yang selama ini sering
diubah bagi memenuhi keinginan untuk kelihatan anggun dan cantik serta mengikut
trend semasa. Kepesatan industri fesyen Muslimah dapat dilihat tidak hanya di negara-
negara Islam seperti Malaysia, bahkan juga di Eropah seperti Amerika Syarikat.
Identiti dan imej fesyen Muslimah yang sederhana dan “modest” semakin berkembang
maju menjadi industri yang utama dan besar di negara tersebut dengan hasil pendapatan
tahunan mencecah ratusan bilion dollar USD. Buat pertama kali dalam sejarah, Muzium
Amerika Syarikat mempamerkan budaya Islam dalam konteks fesyen busana dan
budaya pemakaian yang sebelum ini kurang mendapat perhatian umum,, tetapi kini
berjaya mencuit tumpuan pengunjung (Jeffrey Brown, 2019).

Industri hijab dan busana Muslim merupakan segmen produk pengguna yang
begitu pesat membangun di peringkat global dan dilihat menjadi suatu bidang yang
semakin signifikan dan berkembang maju oleh pereka dan usahawan di Malaysia. Oleh
itu, masyarakat Islam perlu mengambil peluang yang baik ini untuk terus berdakwah
melalui pakaian yang berlandaskan syariat Islam. Namun sebagai cabarannya, Abd al-
Hamid Al-Bilali (1997) bimbang terhadap bahaya kecelaruan berfesyen ini akan
menjerumuskan seorang pereka fesyen atau penggemarnya kepada kemunafikan akibat
salah label dalam berfesyen. Dalam industri fesyen dewasa ini, umat Islam disogokkan
dengan lambakan kepelbagaian rekaan fesyen yang menampilkan ragam dan citra
sendiri dengan label-label tertentu dan berimej Islam. Ini telah mengundang reaksi yang
pelbagai daripada masyarakat pengguna, khususnya pengguna Muslimah seterusnya
menimbulkan kekeliruan yang bukan sedikit. Justeru, timbul persoalan sejauh manakah
fesyen Muslimah ini menepati kehendak syarak. Dalam penyediaan artikel ini ialah

3
SEMINAR DAKWAH & WAHDAH AL-UMMAH 2022,
Interaksi Dakwah di Malaysia Merentas Zaman,
14-15 Julai 2022, Fakulti Pengajian Islam, UKM

wanita Muslimah akan mendapat satu garis panduan yang membezakan antara fesyen
yang dibenarkan oleh Islam atau tidak berdasarkan al-Quran dan hadis.

2.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Pada abad moden ini, reka bentuk dan penggayaan pakaian mengalami format
baharu dengan gaya moden dan berlandaskan fesyen zaman kini. Penggayaan yang
pelbagai telah mencetus isu pakaian dan fesyen dalam Islam yang menjadi perbualan
masyarakat kerana didatangkan dengan rekaan yang berbagai ragam. Hal ini telah
menyebabkan pereka-pereka fesyen di seluruh tanah air berlumba-lumba dalam
menghasilkan rekaan busana yang terbaik, cantik, dan menarik bagi memenuhi
keperluan semasa.

Gelombang fesyen yang sentiasa bergerak pantas memberi impak kepada gaya
berpakaian wanita bertudung hingga pada suatu peringkat ia dilihat bertentangan
dengan hukum syariat. Ini kerana perkembngan teknologi media massa membuat
masyarakat semakin terdedah dengan kepelbagian pemikiran, budaya, ekspresi diri
termasuk cara berfesyen. Situasi masyarakat sekarang kelihatan seolah-olah telah
memalingkan diri daripada norma kehidupan asal yang lebih besarkan agama kepada
pemikiran sekular. Selain itu, dilihat mereka telah semakin dekat dengan perkembangan
hidup masyarakat “luar” yang jelas tidak mementingkan agama sebagai nilai kehidupan.
Masyarakat luar yang dimaksudkan adalah masyarakat Barat yang kini cuba untuk
mengubah pemikiran dan cara hidup masyarakat Islam khususnya di Malaysia pada
ketika ini. Masyarakat barat mula memperkenalkan sebuah terminologi yang dipanggil
“fesyen”. Sesuatu maksud besar dalam dunia Islam dan bermulalah zaman pemakaian
yang menjolok mata atau sesuatu yang seksi boleh digelar fesyen atas alasan “sense of
art” dan setentunya pilihan yang lebih moden dan bergaya semakin menghakis ciri-ciri
menutup aurat seperti mana yang digariskan dalam Islam.

Fesyen bukan sahaja penggayaan dari segi berpakaian, malah ia juga dari segi
kehidupan sosial dan akhlak manusia yang terjerumus mengikut peredaran masa yang
semakin maju. Secara jujurnya, apa yang dilihat generasi-generasi sekarang berfesyen
tidak mengikut piawaian syarak dalam pelbagai aspek. Namun begitu, tidak semua

4
SEMINAR DAKWAH & WAHDAH AL-UMMAH 2022,
Interaksi Dakwah di Malaysia Merentas Zaman,
14-15 Julai 2022, Fakulti Pengajian Islam, UKM

fesyen zaman kini yang tidak menepati syarak kerana pemilihan pakaian dan rekaan
bergantung kepada setiap individu yang memilih pakaian yang mereka ingin pakai dan
gayakan. Lebih-lebih lagi pada zaman teknologi yang semakin canggih, terdapat
pelbagai busana dan pakaian yang telah direka yang melepasi garis panduan mengikut
hukum syarak. Oleh itu, tiada alasan lagi untuk umat Islam tidak berpakaian mengikut
hukum syarak yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Selain itu, banyak cabaran yang perlu ditangani sebagai seorang pereka fesyen
dalam bidang industri fesyen islamik ini. Kebanyakan mereka mendapat permintaan
tinggi daripada pelanggan yang tidak menghiraukan tentang aurat yang sudah tentunya
tidak memgikut syarat-syarat fesyen dalam Islam. Timbul perasaan serba salah dalam
diri pereka fesyen jika memenuhi kehendak pelanggan yang menginginkan pakaian
yang ketat dan rekaan yang boleh mendedahkan aurat mereka. Hal ini menyebabkan
mereka perlu menanggung dosa kerana telah membuat pakaian yang mendedahkan
aurat pelanggan. Hal ini terjadi kerana halal bukan lagi menjadi perhatian warga Muslim
bahkan sudah menjadi tren dunia (Sapta, 2016). Kurang kefahaman terhadap konsep
busana muslimah membuat sesetengah individu menjadi 'mangsa fesyen. Inilah juga
yang dialami beberapa selebriti tempatan baru-baru ini yang berhijrah mengenakan
tudung tetapi pakaian yang dikenakan tidak selari dengan penghijrahan tersebut
sehingga mencetus kontroversi. Sekadar mengenakan tudung di atas kepala tanpa
menjaga etika pemakaian cara Islam yang betul sudah dianggap memadai. Tidak
tertinggalan juga kepada lelaki Muslim yang mengayakan fesyen rambut yang
melanggar syarak islam, memakai pakaian yang menyerupai perempuan dan memakai
pakaian sutera atau pemakaian rantai emas. Ini juga termasuk seluar pendek yang
menjadi trend bagi lelaki moden

3.0 OBJEKTIF

1. Menganalisis definisi fesyen dan konsep fesyen menurut perspektif Islam.

2. Mengkaji syarat-syarat penerimaan fesyen dalam Islam.

3. Mengenalpasti bahawa fesyen islamik merupakan salah satu cara berdakwah kepada
masyarakat.

5
SEMINAR DAKWAH & WAHDAH AL-UMMAH 2022,
Interaksi Dakwah di Malaysia Merentas Zaman,
14-15 Julai 2022, Fakulti Pengajian Islam, UKM

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan metodologi secara perpustakaan sahaja iaitu kajian


yang tidak melibatkan aktiviti di lapangan. Metodologi ini lebih menjimatkan masa dan
tidak memerlukan kos yang tinggi. Walau bagaimana pun, cara ini adalah terhad dari
segi maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian memandangkan kajian ini hanya
bergantung kepada bahan-bahan rujukan di perpustakaan. Namun begitu, metodologi
ini dirasakan paling sesuai bagi menjalankan kajian ini.

Semasa menjalankan kajian ini, penyelidik telah menggunakan sumber-sumber


daripada bahan-bahan bercetak dan juga bahan-bahan elektronik seperti buku-buku
rujukan dan juga sumber-sumber daripada internet. Banyak kajian daripada buku-buku
yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan ini telah diselidiki oleh penyelidik. Ini
bagi mendapatkan lebih banyak sumber informasi dan juga maklumat-maklumat
tambahan yang boleh dijadikan sebagai bahan input bagi menyempurnakan kajian ini.

Selain itu, kajian-kajian lepas juga perlu diteliti oleh pengkaji bagi menyokong
tajuk kajian dan menjadikannya sebagai sumber rujukan. Kajian-kajian lepas itu penting
bagi menunjukkan bahawa kajian ini tidak mengulangi kajian-kajian lepas. Ia juga
bertujuan untuk menghargai penulisan ilmiah para cendekiawan dalam bidang yang
sama dengan kajian ini. Kebanyakan kajian-kajian lepas itu diambil daripada kajian
yang dilakukan di dalam negara dan beberapa kajian juga diambil daripada luar negara
seperti Indonesia. Kemudian, bahan-bahan rujukan yang dicari dan dijumpai, pengkaji
mula membaca dan meneliti setiap maklumat yang ada dalam rujukan-rujukan itu.
Maklumat-maklumat itu berkaitan dengan tajuk kajian iaitu fesyen dalam Islam.

5.0 ANALISIS DAN PERBINCANGAN

Apabila memperkatakan tentang fesyen ia merujuk kepada gaya yang


ditampilkan oleh si pemakai. Sama ada diterima oleh semua lapisan masyarakat atau
hanya sekelompok sahaja, bergantung kepada apa yang diketengahkan dan penerimaan
masyarakat itu sendiri. Hasil analisis data, kajian yang dijalankan akan mengulas definsi
fesyen secara umum dan khsusnya definisi fesyen islamik. Selain itu, kajian ini juga

6
SEMINAR DAKWAH & WAHDAH AL-UMMAH 2022,
Interaksi Dakwah di Malaysia Merentas Zaman,
14-15 Julai 2022, Fakulti Pengajian Islam, UKM

menggariskan syarat-syarat yang perlu dipatuhi dalam penerimaan sesuatu fesyen yang
berlandaskan Islam serta menganalisis cara berdakwah melalui fesyen oleh golongan
yang berperanan penting untuk berdakwah kepada masyarakat melalui fesyen islamik.

5.1 Definisi fesyen dan konsep fesyen menurut perspektif Islam

5.1.1 Definisi fesyen

Definisi fesyen diambil dari perkataan Barat yang berasal dari perkataan
‘fashion’ yang memberi maksud satu objek dan proses. Menurut Kamus Dewan 2005,
fesyen bermaksud gaya pakaian, kosmetik, tingkah laku dan lain-lain (terutamanya
yang terbaru) yang menjadi kegemaran ramai. Manakala menurut Al-Dzahabi (2011),
fesyen adalah sesuatu yang berkembang pantas mengikut peredaran zaman. Manakala
menurut Colin Mc Dowell selaku Pengerusi Kumpulan Kostum di Britain pula
menyatakan bahawa fesyen adalah sesuatu yang berkembang mengikut peredaran
zaman. Fesyen juga mengikut keadaan sosial, politik dan kebudayaan sesuatu tempat.

Siti Zanariah Husain (2021) dalam kajiannya mendapati banyak makna fesyen dari
pelbagai pandangan antaranya fesyen ini boleh berubah dan mengalami proses
penerimaan dan penolakan. Ia berlaku disebabkan oleh sikap dan penerimaan
masyarakat itu sendiri (Mohd Suffian Hamzah, 2017). Fesyen adalah pelbagai gaya
berpakaian yang pada asasnya melindungi badan dari sebarang eleman yang
mendatangkan ketidakselesaan kepada pemakainya seperti mengelakkan kesan panas
atau sejuk (Zubaidah, 1994).

Manakala berfesyen dalam Islam ada batasannya kerana tujuan utamanya adalah
untuk menjaga maslahah atau maqasid Syariah (Mohd Helmi, 2010). Pendapat ini selari
dengan pendapat Hamka,1980 bahawa fesyen berpakaian adalah pakaian yang menepati
kesopanan Islam. Perkembangan mutakhir ini pelbagai istilah baru dalam dunia fesyen
muslimah telah muncul. Islam meletakkan garis panduan bagi fesyen wanita
merangkumi aspek bentuk pakaian, jenis pakaian dan aksesori (Rashidah Othman et al,
2016).

7
SEMINAR DAKWAH & WAHDAH AL-UMMAH 2022,
Interaksi Dakwah di Malaysia Merentas Zaman,
14-15 Julai 2022, Fakulti Pengajian Islam, UKM

5.1.2 Konsep fesyen menurut perspektif Islam

Manakala dalam kajian Siti Zanariah Husain et.al. (2021), berfesyen dalam
Islam ada batasannya kerana tujuan utamanya adalah untuk menjaga maslahah atau
maqasid Syariah (Mohd Helmi, 2010). Pendapat ini selari dengan pendapat Hamka
(1980) bahawa fesyen berpakaian adalah pakaian yang menepati kesopanan Islam.
Perkembangan mutakhir ini pelbagai istilah baru dalam dunia fesyen muslimah telah
muncul. Islam meletakkan garis panduan bagi fesyen wanita merangkumi aspek bentuk
pakaian, jenis pakaian dan aksesori (Rashidah Othman et al, 2016).

Melalui kajian Shukri Amin Maarif et.al (2018) pula, mendapati fesyen dalam
Islam menurut Abdul Rahman Bin Mohd Adil (2009) kepincangan dunia fesyen muslim
sangat terkesan dengan ikutan semasa kerana sekitar 2010 sehingga 2017 telah muncul
pelbagai jenama industri fesyen yang mencampurkan aspek Islam dengan pelbagai
elemen lain. Rentetan dari munculnya pelbagai label fesyen itu mendatangkan polemik
dikalangan masyarakat, ini kerana fesyen-fesyen yang terhasil boleh dikatakan sebagai
suatu kewajipan syariat atau sekadar mengikut trend semasa. Menurut Ahmad Mustami
(2015), pakaian pada waktu ini tidak hanya sekadar menutup aurat, bahkan sebagai
fashion style yang menjadi lumrah menjangkiti umat Islam termasuklah aspek baju,
seluar hatta tudung menghadapi inovasi yang pelbagai agar mampu menarik perhatian.
Penginovasian yang berlaku perlulah menjaga norma, etika dan moral Islam agar sesuai
dengan nilai-nilai pendidikan Islam.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa Islam juga menerima fesyen dan tidak
melarang umatnya untuk berhias dan memakai benda-benda baik. Baik disini adalah
merangkumi segala aspek dan kriteria yang digariskan mengikut panduan syarak
terutamanya menjaga penutupan aurat dengan sempurna. Adapun tujuan pakaian dalam
pandangan Islam ada dua iaitu untuk menutup aurat dan berhias (Yusuf, 1993). Seperti
mana firman Allah s.w.t dalam surah Al-‘Araf ayat 26 yang bermaksud: “Hai anak cucu
Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan untuk kamu pakaian yang dapat
menutupi aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan”. Islam mengutamakan maslahat
masyarakat dalam berpakaian dan berfesyen namun yang utama ialah ianya tidak
bercanggah dengan prinsip yang Islam telah tetapkan seperti yang temaktub di dalam
al-Quran dan Hadis.

8
SEMINAR DAKWAH & WAHDAH AL-UMMAH 2022,
Interaksi Dakwah di Malaysia Merentas Zaman,
14-15 Julai 2022, Fakulti Pengajian Islam, UKM

5.2 Syarat-syarat penerimaan fesyen dalam Islam

Menurut Jamal (1989), terdapat 5 kriteria yang wajib dipatuhi baik lelaki
mahupun perempuan dalam pemakaian fesyen halal iaitu:

1. Menutup seluruh auratnya sesuai dengan maksud aurat itu sendiri.

Mengikut Kamus Dewan (2005) aurat di definisikan sebagai ‘bahagian tubuh


yang tidak boleh dilihat atau wajib di tutup menurut hukum Islam”. Di samping itu juga
bermaksud “kemaluan atau telanjang secara umum’. Dapatlah disimpulkan bahawa
aurat ialah sesuatu yang memalukan, yang mesti dijaga, di kawal atau disembunyikan
supaya tidak terbuka sehingga boleh menyebabkan seseorang berasa malu atau
dimalukan apabila terbuka.(Dr. Hajah Mas Nooraini, 2019).

Ibn Kathir di dalam tafsirnya menyatakan bahawa Surah Al-Ahzab ayat 59,
menyatakan tentang kewajipan wanita Islam untuk memakai penutup kepala dan
melabuhkannya hingga menutup leher dan dada. Hal ini bertujuan untuk membezakan
antara wanita Islam dan wanita Jahiliyyah yang suka mendedahkan dada, telinga, leher
dan rambut mereka. Adapun bagi lelaki, fesyen pakaian direka atau dipilih mestilah
menutup aurat. Melalui kajian Ahmad Akram et. al. (2022) mendapati bahawa para
fuqaha berbeza pandangan sewaktu menentukan kadar aurat lelaki. Al-Shāfi‘ī 1985
menyatakan bahawa aurat lelaki termasuk bahagian bawah pusat sehingga sebelum
lutut. Dalam erti kata yang lain, pusat dan lutut tidak dianggap sebagai aurat menurut
pandangan ini. Manakala, sebahagian fuqaha lain pula menyatakan bahawa pusat dan
lutut dikategorikan sebagai aurat (Ibn Hazm).

2. Pakaian hendaklah longgar agar tidak menampakkan susuk tubuh dan tidaklah
terlalu nipis dan jarang sehingga menampakkan warna kulit.

Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan tipis


sehingga nampak kulitnya. Termasuklah di antaranya pakaian yang dapat mempertajam
bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah seperti buah
dada, paha dan sebagainya (Yusuf, 1993).

Namun, apa yang dilihat terlalu banyak fesyen zaman kini yang tidak menghiraukan
syariat Islam dan menggayakan fesyen yang mendedahkan bentuk tubuh mereka.
Terdapat juga segelintir wanita Muslimah yang tidak mempunyai rasa malu

9
SEMINAR DAKWAH & WAHDAH AL-UMMAH 2022,
Interaksi Dakwah di Malaysia Merentas Zaman,
14-15 Julai 2022, Fakulti Pengajian Islam, UKM

menggayakan pakaian yang ketat malah sangat berbangga dengan pakaian mereka.
Hakikatnya, penampilan yang anggun tidak semestinya wanita perlu memilih pakaian
yang mencolok mata sehingga menimbulkan ketidakselesaan pada orang sekeliling. Ini
kerana, menggayakan pakaian yang menutup aurat juga mampu menampilkan aura
pemakai dan kelihatan lebih dihormati dan disegani jika bijak memilih identiti
tersendiri.

3. Design pakaian bukanlah dalam bentuk yang boleh menarik perhatian orang
lain.

Walau bagaimanapun, design pakaian juga perlu dititikberatkan dalam fesyen


halal. Perempuan jahiliah mempunyai perangai yang suka menunjuk-nunjukkan
perhiasannya (tabaruj) dan suka menarik perhatian lelaki (Yusuf, 1993). Tabaruj
mempunyai bentuk dan corak yang bermacam-macam yang sudah di kenal oleh orang-
orang banyak sejak zaman dahulu hingga sekarang antaranya ialah memperlihatkan
perhiasan dan melepaskan tudungnya sehingga memperlihatkan lehernya. Tabarruj
jahiliah ialah segala bentuk perhiasan atau kecantikan seperti anting-anting, rantai,
cincin, gelang atau barang kemas lain serta pakaian yang berbentuk nipis, ketat dan
mendedahkan aurat dipakai semata-mata bertujuan untuk membangkitkan nafsu
syahwat kaum lelaki yang bukan mahram. (Ja'afar Salleh, 1995)

4. Pakaian yang digunakan haruslah diniatkan karena Allah, untuk beribadah


dan mendapat ridha-Nya

Kriteria yang seterusnya, pakaian itu bukan bermaksud untuk tujuan


kemasyhuran. Ada sebuah hadits yang berbunyi “Innamal a’malu bin niat”.
Sesungguhnya segala perbuatan tergantung pada niat. Hadis yang singkat tetapi
bermakna dalam termasuklah juga dalam dalam bab fesyen. Fesyen halal pakaian yang
digunakan haruslah diniatkan karena Allah, untuk beribadah dan mendapat ridha-Nya.
Tidak boleh ada sedikitpun niat untuk riya’ ataupun merendahkan orang lain. Karena
Allah tidak menyukai orang-orang yang menyombongkan diri dan menzalimi orang
lain. Kerana berpakaian yang berlebih-lebihan mendorong ke arah timbulnya perasaan
angkuh dan membanggakan diri (Yusuf, 1993)

10
SEMINAR DAKWAH & WAHDAH AL-UMMAH 2022,
Interaksi Dakwah di Malaysia Merentas Zaman,
14-15 Julai 2022, Fakulti Pengajian Islam, UKM

5. Tidak diperbolehkan untuk mengenakan pakaian bergambar yang melanggar


syariah Islam.

Melalui fesyen halal ini pakaian yang dikenakan bukan hanya sebatas menutup
aurat, tetapi juga harus syariah dalam motif pakaiannya. Umat muslim tidak
diperbolehkan untuk mengenakan pakaian bergambar yang melanggar syariah Islam.
Termasuk simbol-simbol yang tidak ada manfaatnya bagi yang melihat. Dalam
mengaplikasikan islamic fashion seorang muslim haruslah memilih motif pakaian yang
akan dikenakan. Bahkan memakai pakaian bergambar didalam solat juga boleh
mengganggu kekhusyukan di dalam solat sekiranya terlihat gambar tersebut.

Kriteria ini selari dengan pandangan Rahidah Othman et.al (2016) dan juga
Siti Zanariah Husain et.al (2021). Namun, mereka mengelaskan kepada tiga
pembahagian iaitu seperti rajah di bawah:

Tutup seluruh badan kecuali yang zahir


Reka Bentuk Pakaian tebal, tidak nipis dan selesa
Pakaian
Longgar dan tidak sempit

Tidak menyerupai lelaki


KONSEP
FESYEN Tidak menyerupai wanita kafir
MENURUT
Jenis Pakaian
ISLAM Bukan untuk bermegah

Warna yang sederhana


Memakai wangian sekadar
Aksesori
membersihkan diri daripada bau yang
Pakaian
tidak disenangi

Perhiasan batu permata dan manik


yang bersifat sederhana

11
SEMINAR DAKWAH & WAHDAH AL-UMMAH 2022,
Interaksi Dakwah di Malaysia Merentas Zaman,
14-15 Julai 2022, Fakulti Pengajian Islam, UKM

5.3 Fesyen Islamik merupakan salah satu cara berdakwah kepada masyarakat

Dakwah bukan hanya tertumpu kepada ceramah-ceramah agama yang mengajak


manusia kepada perkara-perkara ma’ruf sahaja, bahkan skop dakwah ini adalah sangat
luas dan meliputi pelbagai aspek kehidupan dunia dan akhirat. Dakwah juga merupakan
proses ‘tajmik’, ‘irsyad’ dan ‘qiyadah’ (kumpul, bimbing dan pimpin). Ini bermakna
dakwah tidak terhenti dengan proses penyampaian semata-mata tetapi menuntut kepada
proses ‘takwin’ iaitu (pembentukan). Hal ini menunjukkan bahawa dakwah itu perlu
dilaksanakan di atas muka bumi bukan hanya secara lisan bahkan termasuk praktikal.
Oleh itu, para da’ie perlu memainkan peranan penting dalam mencari keseronokan
dalam berdakwah bagi menarik minat masyarakat dengan mengikuti perkembangan
semasa. Mereka perlu mengambil tahu apa yang disukai oleh masyarakat zaman milenia
begitu juga berdakwah dalam bidang fesyen.

Berbalik kepada tujuan fesyen dalam Islam itu sendiri, ia berperanan sebagai
medan dakwah pada masa kini khusunya kepada kaum wanita untuk menutup aurat.
Tambahan pula, fesyen konservtif yang menutup aurat ini mampu menarik minat non-
muslim untuk kearah Islam mungkin kerana nilai sosial dan positif yang mencerminkan
ciri-ciri kesopanan, keanggunan selain kehebatan yang ada pada busana tersebut.. Hal
ini kerana ia menjadi naluri dan fitrah bagi seseorang wanita itu untuk kelihatan cantik.
Apa-apa perkara yang mendorong kepada kecantikan akan menjadi ikutan kepada para
wanita yang lain. Hal ini akan menghidupkan budaya fesyen bercirikan Islam jika
seseorang itu pandai menggayakan sesuatu busana dengan cantik dan mampu menepis
persepsi buruk orang bukan Islam yang mengatakan Islam itu kolot. Fesyen busana
muslimah adalah alternatif fesyen yang dipakai untuk pelbagai tujuan, masa dan tempat.
Dengan adanya pilihan seperti ini, tidaklah pakaian yang bercirikan islam itu dipandang
konservatif, ketinggalan atau zaman. Hal ini dapat membuktikan bahawa, fesyen yang
menutup aurat juga mampu bersaing hebat dengan fesyen-fesyen Barat yang lain.

Pakaian wanita zaman kini adalah pelbagai sama ada daripada sudut fesyen,
warna-warni, corak, jenis dan lain-lain lagi. Ia melanda bukan sahaja kaum wanita yang
berada di bandar tetapi juga di kampung. Ini bermakna, semua wanita di Malaysia ini
secara khususnya sedang dihadapkan dengan satu fenomena fesyen pakaian yang sangat

12
SEMINAR DAKWAH & WAHDAH AL-UMMAH 2022,
Interaksi Dakwah di Malaysia Merentas Zaman,
14-15 Julai 2022, Fakulti Pengajian Islam, UKM

hebat berbanding pada zaman lalu. Keadaan ini berlaku kerana wujudnya ‘gaya pakaian
yang popular’, yang mana ia telah dipromosikan dengan pelbagai medium seperti
televisyen, akhbar, majalah, laman sesawang dan lain-lain lagi. Di samping itu, kaedah
pembelian pakaian dan perhiasan bukan lagi terhad di alam fizikal (beli secara langsung
di kedai) tetapi ia juga boleh dibeli di alam maya secara talian. Keadaan sebegini banyak
digemari oleh masyarakat Malaysia secara umumnya kerana bilangan wanita yang
berkerjaya semakin meningkat dari tahun ke tahun di Malaysia di mana mereka
kekurangan masa yang mencukupi untuk membeli secara fizikal. Justeru, mereka lebih
gemar membeli secara maya kerana ia lebih cepat, pantas dan menjimatkan masa serta
wang (Ade Nur Istiani 2015; Siti Marziah, Nor Bay’ah & Nasrudin 2017).

Hakikatnya, fesyen pakaian pada masa kini menjadi sebuah ‘trend’ kepada
setiap golongan tidak kira muda atau tua. Perkara ini menjadi ikutan dan memberi
pengaruh yang besar di dalam sebuah masyarakat moden dimana ia memerlukan
‘followers’ atau pengikut dalam mewujudkan trend ‘Fashion Islamic’ ini. Trend ini
kebiasaannya didominasi oleh golongan ‘trend setter’ iaitu terdiri daripada golongan
artis atau influencer yang menggayakan style pakaian dan menjadi ikutan kepada
masyarakat. Golongan-golongan ini memainkan peranan penting dalam berdakwah
melalui fesyen Islamik. Ini kerana style yang digayakan oleh mereka memberi kelainan
dan berbeza dari kebiasaan dan menarik minat pengikut atau masyarakat untuk
memakai style yang sama. Sejajar dengan perkembangan dunia teknologi pada masa
kini, sesuatu trend itu berkembang dan akan menjadi popular jika fesyen mereka
diterima oleh orang ramai. Golongan trend setter ini mampu mendorong dan memberi
inspirasi kepada masyarakat untuk memakai pakaian yang sopan. Mereka mampu
membuktikan bahawa fesyen yang menutup aurat juga dapat digayakan dengan
menarik. Hal ini dapat menepis krtikan yang mengatakan bahawa fesyen islamik
mundur dan tidak mengikut arus kemodenan. Lebih-lebih lagi dengan berkembangnya
industri fesyen islamik pada masa kini, pereka tempatan mula mengambil langkah
dalam berjinak-jinak mengeluarkan koleksi khusus untuk wanita Islam. Antara
golongan yang digelar sebagai trend setter atau influencer adalah seperti pendakwah
muda, pereka fesyen tempatan, influencer atau selebriti, dan juga masyarakat Islam itu
sendiri.

13
SEMINAR DAKWAH & WAHDAH AL-UMMAH 2022,
Interaksi Dakwah di Malaysia Merentas Zaman,
14-15 Julai 2022, Fakulti Pengajian Islam, UKM

1) Pendakwah

Media sosial digunakan sebagai medium berkomunikasi dan menyampaikan


mesej dakwah secara online tanpa mengira waktu sama ada di waktu siang atau
malam dan di mana sekalipun berada tidak kira jarak jauh atau dekat. Media Sosial
bukan sahaja memudahkan urusan harian tetapi juga memudahkan dalam
penyampaian dakwah malahan dapat pula berinteraksi antara satu sama lain melalui
aplikasi media sosial yang sentiasa dalam genggaman tangan. Pelbagai ilmu dan
maklumat boleh diperolehi dengan mudah. (Mohd Mokhtarishah et.al, 2021).
Pendakwah bebas di media sosial juga turut dikenali sebagai tekno-daie. Mereka '
perlu dilihat sebagai satu gerakan berjemaah dengan ahlinya terdiri daripada mereka
yang berpengetahuan dalam bidang agama sebagai content provider dan
berpengetahuan dalam bidang teknikal sebagai technology enabler. Dengan kata lain,
'tekno daie' sebenarnya terdiri daripada mereka yang mempunyai latar belakang
berbeza tetapi bermatlamat sama iaitu ingin menegakkan syiar Islam yang mengajak
manusia ke arah kebenaran.

Disebabkan kepentingan yang dinyatakan inilah menyebabkan para tekno daie


perlu celik ICT untuk berdakwah di alam maya dan agar tidak ketinggalan zaman dan
juga memudahkan untuk berdakwah kepada masyarakat dan menegur secara
berhemah. Para tekno daie juga seharusnya memiliki blog, akaun facebook, twitter,
instagram, telegram dan sebagainya untuk lebih dekat dengan masyarakat (Earnie
Elmie, 2014). Kepentingan daie untuk mahir dalam bidang teknologi dapat memberi
contoh yang baik dan menjadi ikon masyarakat melalui pemakaian yang sopan.
Mereka mampu menampilkan aura pemakaian menarik sekali gus mendidik peminat
untuk berhijrah seperti yang dituntut agama. Ini menunjukkan pakaian yang kita pakai
secara tidak sedar boleh mempengaruhi pandangan dan tanggapan orang, ia boleh
mencerminkan imej, kelakuan serta akhlak diri.

Ramai juga pendakwah dalam kalangan masyarakat Islam sekarang turut


menampilkan dan mencipta jenama pakaian yang tersendiri dengan gaya kontemporari
tetapi labuh, longgar, dan tidak jarang sebagai contoh pendakwah bebas yang terkenal
di Malaysia iaitu Aisyah Hijanah yang menampilkan fesyen abaya dan hijab labuh di
bawah nama butiknya ‘Hijanah Haul’ dan ramai lagi. Secara ringkas, boleh dijelaskan

14
SEMINAR DAKWAH & WAHDAH AL-UMMAH 2022,
Interaksi Dakwah di Malaysia Merentas Zaman,
14-15 Julai 2022, Fakulti Pengajian Islam, UKM

bahawa pembabitan mereka dalam bidang fesyen busana muslimah adalah termasuk
dalam fardhu kifayah iaitu dalam menyediakan pakaian (hukum yang memberikan
penekanan terhadap kelengkapan dan keperluan hidup). Secara tidak langsung,
mereka dapat mengajak orang ramai untuk memakai pakaian yang menutup aurat.
Demikian juga, dapat mendorong kepada peningkatan ekonomi Islam.

2) Pereka fesyen tempatan

Selain para daie atau pendakwah, pereka fesyen juga memainkan peranan
penting dalam menghasilkan rekaan busana mengikut syarak. Kehadiran mereka tidak
lagi dilihat sebagai pencetus gaya tetapi memikul tanggungjawab penting dalam
mendidik masyarakat untuk tampil mengikut kesesuaian budaya dan agama. Menurut
Putra Aziz sebagai pereka fesyen dan pengarah kreatif The Cosry yang sudah lebih 10
tahun berkecimpung dalam dunia rekaan mengatakan bahawa pereka fesyen perlu
serius apabila menjahit baju dengan mengutamakan garis panduan pemakaian wanita
Islam yang tidak hanya memakai hijab, tetapi rekaan juga perlu menitik beratkan
beberapa faktor lain antaranya pemilihan fabrik, corak dan hasil rekaan yang sesuai,
tidak melekat dan menampakkan susuk tubuh wanita Islam, sebaliknya perlu longgar.
Namun, pereka fesyen juga menghadapi cabaran ragam pelanggan yang mahu ikut cita
rasa sendiri yang tidak menutup aurat. Ini memberi tekanan kepada pereka itu
sehingga mereka berada dalam situasi serba salah (Fatin Hafizah, 2022).

Manakala, menurut penganalisis fesyen, Faizal Hamid (2021) pula mengatakan


bahawa busana muslimah pada hari ini adalah satu trend fesyen yang menjadi
alternatif terbaik wanita Islam yang ingin menutup aurat mereka dengan gaya penuh
berketrampilan. Beliau berpendapat adalah lebih baik sekiranya pereka busana
muslimah berusaha mengelakkan diri daripada menyediakan pakaian dan fesyen yang
mendedahkan aurat. Pereka busana muslimah juga perlu memperluaskan perspektif
minda mereka dengan bukan hanya pakaian yang bercirikan islamik tetapi sejagat agar
dapat diterima semua. Bentuk rekaan busana seharusnya kontemporari tetapi labuh,
longgar dan tidak jarang. Pereka juga mungkin perlu berani ketengahkan idea yang
menongkah arus tetapi masih menutup badan dan kreatif, praktikal, komersial serta
sesuai dipakai semua bangsa. (Hafiz Ithnin, 2021).

15
SEMINAR DAKWAH & WAHDAH AL-UMMAH 2022,
Interaksi Dakwah di Malaysia Merentas Zaman,
14-15 Julai 2022, Fakulti Pengajian Islam, UKM

3) Influencer / selebriti

Influencer merupakan individu yang paling berpengaruh dalam dunia


fesyen. Demikian itu, mereka disarankan agar menjaga akhlak dan adab termasuklah
dari segi pemakaian yang sopan di khalayak masyarakat lebih-lebih lagi dalam media
sosial. Antara selebriti yang terkenal dalam bidang fesyen dan namanya juga menginjak
naik di peringkat antarabangsa iaitu Neelofa yang menampilkan nama butik miliknya
iaitu ‘Naelofar’. Pengaruh Neelofa sangat besar dan kini beliau menampilkan fesyen
muslimah yang kontemporari serta menutup aurat selepas beliau berhijrah.

Menurut Mohd Shahrizal Nasir (2021), jika ada golongan influencer yang
mengajak orang ramai melakukan kebaikan, maka usaha seperti itu perlu diberi pujian.
Contohnya jika ada influencer yang mengajak orang ramai mengenakan pakaian yang
sopan dan menutup aurat bagi orang Islam, ia merupakan satu usaha yang sangat baik.
Orang yang dikenali sebagai influencer biasanya mempunyai pengikut yang ramai.
Pengikut ini tidak semestinya turut melakukan apa sahaja yang dilakukan
oleh influencer. Namun sedikit sebanyak, apabila sesuatu perkongsian baik ditunjukkan
secara umum, maka pasti ramai orang yang akan mengikutinya. Usaha mengajak orang
lain agar melakukan kebaikan termasuk dalam aktiviti dakwah yang perlu dilakukan
oleh setiap Muslim. Orang ramai juga suka meniru trend semasa seperti gaya
pemakaian golongan influencer. Justeru, jangan sesekali mempromosikan pakaian yang
mendedahkan aurat kerana perbuatan tersebut dilarang oleh Islam. Sebagaimana sabda
Rasulullah SAW bermaksud: "Sesiapa yang menyeru kepada sebuah petunjuk
kebaikan, maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, hal tersebut
tidak mengurangi akan pahala mereka sedikit pun. Dan sesiapa yang menyeru kepada
sebuah kesesatan, maka baginya dosa seperti dosa yang mengikutinya, hal tersebut
tidak mengurangi daripada dosa mereka sedikit pun." (Hadis riwayat Muslim).

Oleh itu, ibu bapa perlu menjadi influencer nombor satu dalam kehidupan anak
bermula dari rumah. Anak ketika usia kecil sememangnya akan sentiasa menjadi
pengikut setia bagi setiap saranan kedua ibu bapanya. Namun, hal ini mungkin dilihat
sebagai satu cabaran apabila anak-anak meningkat dewasa. Mereka bertemu ramai
orang lain yang lebih berpengaruh dan mempunyai ramai follower. Inilah cabaran yang
perlu didepani oleh ibu bapa masa kini.

16
SEMINAR DAKWAH & WAHDAH AL-UMMAH 2022,
Interaksi Dakwah di Malaysia Merentas Zaman,
14-15 Julai 2022, Fakulti Pengajian Islam, UKM

4) Masyarakat

Setiap individu Muslim mempunyai peranannya yang tersendiri dalam bidang


dakwah kerana berdakwah merupakan suatu kewajipan dan amal ibadah kepada Allah
S.W.T sebagai umatnya untuk meneruskan tugas dakwah Rasulullah S.A.W agar
manusia tidak tersesat daripada landasan Islam. Tanggungjawab berdakwah bukan
hanya terletak di bahu para pendakwah atau para alim ulama’ sahaja, bahkan ianya
menjadi tanggungjawab setiap muslim yang mengaku beriman kepada Allah SWT dan
juga hari akhirat.

Setiap masyarakat mampu berdakwah dengan pelbagai cara termasuklah


menerusi pakaian yang sopan. Pakaian yang sopan juga perlulah selari dengan akhlak
yang baik dan tutur kata yang lemah lembut. Sesungguhnya, budi pekerti dan akhlak
yang baik adalah merupakan aset penting bagi setiap individu muslim yang dapat
dipertaruhkan untuk menarik orang lain menghayati ajaran Islam yang sebenarnya.
Rasulullah s.a.w sendiri telahpun membuktikan kepada kita semua, bahawa dengan
akhlak yang baik, baginda telah dapat melembutkan hati bangsa Arab untuk menganut
ajaran Islam yang disebarkan ketika itu. Kebaikan akhlak Rasulullah s.a.w ini telah
diperjelaskan oleh Allah SWT melalui firman-Nya dalam surah alAhzab ayat 21:
”Sesungguhnya, bagi kamu pada diri Rasulullah itu model ikutan yang baik, iaitu bagi
orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat,
serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah”.

17
SEMINAR DAKWAH & WAHDAH AL-UMMAH 2022,
Interaksi Dakwah di Malaysia Merentas Zaman,
14-15 Julai 2022, Fakulti Pengajian Islam, UKM

KESIMPULAN

Secara intipatinya, sebagai umat Islam kita perlulah mengamalkan ajaran agama Islam
dengan baik iaitu dengan tidak mendedahkan aurat dalam berpakaian. Pakaian kita
adalah tanggungjawab kita untuk mencorakkannya samada baik atau buruk. Pemilihan
pakaian dalam berfesyen perlulah mengikut syarat-syarat yang digariskan mengikut
syariat Islam agar kita mampu berdakwah dan menarik minat masyarakat lain untuk
memakai pakaian yang menutup aurat bagi melindungi maruah dan diri sebagai seorang
Muslim. Sesungguhnya usaha dakwah yang kita lakukan ini akan mendapat ganjaran
yang setimpal di sisi Allah S.W.T. Fesyen Islamik telah membuktikan bahawa Islam itu
tidak zalim terhadap hambanya bahkan Islam sukakan akan kebersihan dan kecantikan.
Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen namun ada syarat-syarat yang
digariskan bagi menjaga maslahah masyarakat supaya tidak membazir, tidak berlebih-
lebihan dan sebagainya. Maslahah atau kebaikan adalah bebas daripada unsur fitnah.
Seperti yang dinasihatkan oleh Ibn Taimiyyah iaitu wajib bagi wanita terutamanya,
menutup aurat dihadapan lelaki yang bukan mahram termasuk dalam berpakaian serta
berfesyen. Syariat Islam sebagai suatu perundangan yang bersifat syumul dari segi
sumber dan matlamatnya, kekal sehingga akhir dunia ini. Peranannya adalah
menyeluruh, sempurna,memenuhi semua keperluan , tuntutan hidup individu dan
masyarakat dengan cara menjadikan hidup mereka di dunia ini lebih bernilai dan
menjamin kehidupan akhirat yang bahagia.

18
SEMINAR DAKWAH & WAHDAH AL-UMMAH 2022,
Interaksi Dakwah di Malaysia Merentas Zaman,
14-15 Julai 2022, Fakulti Pengajian Islam, UKM

RUJUKAN

Ade Nur Istiani. 2015. Konstruksi makna hijab fashion bagi Moslem fashion blogger.
Jurnal Kajian Komunikasi 3(1): 48-55

Ahmad Akram Mahmad Robbii & Irwan Mohd Subri. 2022. Analisis Aurat Atlet
Muslim Di Temasya Olimpik 2020: Kajian Menurut Perspektif Fiqh Islami. Journal of
Fatwa Management and Research. Vol 27(1): 31-49.

Dr Hajah Mas Nooraini Haji Mohiddin, Dayang Suaad Dr Haji Serbini. 2019. Fesyen
Halal Style Dalam Kalangan Pelajar UNISSA. Journal of Islamic, Social, Economics
and Development (JISED). Vol 4(19): 139-154

Earnie Elmie Binti Hilmi. 2014. Peranan Tekno Daie Dalam Berdakwah Di Era
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT). Seminar Antarabangsa Dakwah & Etnik
2014: Da'wah & Ethnicity: Multidisciplinary Perspective. Pusat Penataran Ilmu Dan
Bahasa Universiti Malaysia Sabah

Fatin Hafizah Mohd Shahar. 2015, 6 Nov. Fesyen Salah Satu Cara Berdakwah. Berita
Harian Online. https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/11/94690/fesyen-salah-
satu-cara-berdakwah

Hafiz Ithnin. 2021. Busana Muslimah Kian Popular. Harian Metro Online.
https://www.hmetro.com.my/WM/2021/09/750674/busana-muslimah-kian-popular

Ibn Ḥazm, ‘Alīibn Ahmad. (t.t). Al-Muḥallābi al-Athār. Beirut: Dār al-Fikr

Mashitah Sulaiman, Mohd Nazir Ahmad, Zainora Daud, Ros Aiza Mohd Mokhtar, &
Abd Hakim Mohad. 2020. Kreativiti, Inovasi dan Kepatuhan Shariah dalam Fesyen
Busana Muslim dalam Kalangan Usahawan Wanita Melayu di Selangor. Sains Insani.
Vol 5 (2) : 51-64.

Mohd Mokhtarishah Bin Mohamed Mokhtar & Hasmadi Bin Hj. Hassan. 2021.
Penggunaan Media Sosial Sebagai Medium Dakwah Islam Dalam Kalangan Penduduk
Kampung Beserah, Kuantan, Pahang. International Journal of Humanities Technology
and Civilization (IJHTC). Vol 1(11): 90-107.

19
SEMINAR DAKWAH & WAHDAH AL-UMMAH 2022,
Interaksi Dakwah di Malaysia Merentas Zaman,
14-15 Julai 2022, Fakulti Pengajian Islam, UKM

Mohd Shahrizal Nasir. 2021. Pengaruh Influencer: Mengajak Orang Buat Kebaikan.
Harian Metro Online. https://www.hmetro.com.my/addin/2021/03/686739/pengaruh-
influencer-mengajak-orang-buat-kebaikan

Nozira Salleh. 2021. Tabarruj dan Fesyen Pakaian Muslimah pada Zaman Kini.
Akademika 91(1): 109-118.

Nurrul Asmar Binti Azhan & Harozila Ramli. 2014. Keindahan Hijab Sebagai Agama
Dan Budaya. Conference Proceeding: 1st International Conference On Creative
Media, Design & Technology. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Rashidah Othman, Siti Norlina Muhamad, Farahwahida Mohd Yusof & Muhammad
Amir Wan Harun. 2016. Fesyen Wanita Menurut Perspektif Islam dan Kesannya
Terhadap Kesejahteraan Fizikal dan Spiritual. Sains Humanika 8(3):65–71

Siti Marziah Zakaria, Nor Bayiah Ab. Kadir & Nasrudin Subhi. 2017. Selarikah makna
kepuasan hidup daripada perspektif wanita pertengahan usia bekerjaya di Hulu Langat
dengan perspektif Islam. Akademika 87 (2): 119-131

Siti Zanariah Husain, Muhammad Adib Samsudin. 2021. Konsep Fesyen Menurut
Syarak dan Kaitan dengan Tabarruj: Satu Tinjauan Literatur. Journal of Contemporary
Islamic Law. Vol. 6(2): 114-126

Yusuf, Qardawi. (1993). Halal dan Haram Dalam Islam. Terjemahan oleh Mu’ammal,
Hamidy.PT Bina Ilmu.

20

View publication stats

You might also like