You are on page 1of 36

Pembentukan Malaysia

16 september 1963

Faktor-faktor Pembentukan Malaysia


1. Merdeka melalui percantuman 2. Persefahaman untuk pembangunan 3. Bersama membanteras komunis 4. Bersatu dalam hubungan antarabangsa

-5. Keseimbangan kaum dan Perpaduan -6. Kerjasama Ekonomi

1. Merdeka Melalui Percantuman


Antara 5 negeri yang akan menganggotai Malaysia hanya Tanah Melayu sahaja yang telah merdeka. Percantuman membolehkan negeri-negeri lain yang masih dibawah pengaruh Inggeris memperolehi kemerdekaan

2. Persefahaman untuk pembangunan


-percantuman bertujuan membentuk kepentingan persefahaman serantau Melahirkan bangsa yang bersatu dibawah satu pentadbiran yang kuat memudahkan usaha memajukan negeri-negeri yang menganggotai.

3. Bersama membanteras komunis


Ancaman komunis masih wujud di Singapura dan Sarawak Tugas membanteras hanya lebih mudah dengan penggabungan dibawah satu pentadbiran Dapat juga memperkuatkan lagi pertahanan negeri-negeri tersebut

4. Bersatu dalam Hubungan Antarabangsa


Penggabungan dibawah satu pemerintahan dan sistem politik yang sama membantu menguatkan lagi kedudukan mereka di arena antarabangsa. Ia menandakan kerjasama erat antara negara anggota

5. Keseimbangan Kaum dan Perpaduan


Gabungan menjanji keseimbangan kaum melalui pengekalan imbangan antara bumiputera dan bukan bumiputera. Keseimbangan juga tercapai melalui penyatuan pelbagai warisan budaya menjadi satu entiti di bawah satu pemerintahan pusat.

6. Kerjasama Ekonomi
Kerjasama serantau ekonomi boleh diurus secara berpusat mengikut pakatan negeri-negeri anggota Malaysia. Sumber-sumber negeri akan dimajukan demi keuntungan bersama- negeri dan kerajaan pusat Kerjasama juga dapat membantu negeri-negeri yang mundur

Reaksi TM, Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei


1. selepas pengumuman dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman tentang pembentukan Malaysia---pelbagai reaksi telah diberikan oleh negeri-negeri yang bakal menganggotai Malaysia.

Reaksi Tanah Melayu


Umumnya menyokong pembentukan Malaysia. Hanya segelintir sahaja yang menentang iaitu pemimpin UMNO yang bimbang-penubuhan Malaysia akan menyebabkan majoriti kaum Melayu menurun. Contoh kemasukan Singapura.

-Namun- kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam gagasan Malaysia telah melegakan masyarakat Melayu kerana majoriti kaum tidak terjejas.

PAS- pembentukan malaysia merugikanmenganggap kemasukan Singapura akan menyebabkan majoriti kaum Melayu terjejas.
-bagaimanapun majoriti penduduk Tanah Melayu yang terdiri dari pelbagai kaum sebenarnya-Menyokong penubuhan Malaysia itu.

Reaksi Singapura
Semua pihak bersetuju pembantukan malaysia sebagai sebuah negara dan kerajaan baru. Lee Kuan Yew amat berminat. Namun, perubahan politik singapura 1961 telah menukar pendirian rakyat singapura.

Proses Pembentukan Malaysia


1. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) 2. Suruhanjaya Cobbold 3. Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) Referendum Singapura Isu Brunei dan Singapura

Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)

Julai 1961- Wakil-wakil dari Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, sabah, Sarawak dan Brunei bermesyuarat dan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) Di anggotai semua negeri terlibat dalam pembentukan Malaysia

Fungsi JPPM
- Menerangkan dengan lebih jelas konsep Malaysia kepada orang ramai-khususnya Sabah Sarawak & Brunei.
-Melantik seorang wakil bagi setiap negeri yang terlibat dalam pembentukan Malaysia.

Suruhanjaya Cobbold
1. Suruhanjaya Penyiasat Borneo Utara atau dikenali sebagai Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan dalam rundingan antara Kerajaan Tanah Melayu dan Kerajaan Inggeris- pada 16 januari 1962

Matlamat Suruhanjaya Cobbold


1. menyiasat fikiran rakyat Borneo Utara dan Sarawak berkenaan hal ini. 2. Membuat syor-syor setelah menimbangkan fikiran itu.

Langkah-langkah S/jaya Cobbold


S/jaya Cobbold telah menjalankan siasatan dari Feb- April- 1962. Mempelawa surat, memorandum dari semua pemimpin. Mengadakan perjumpaan dengan rakyat Sabah dan sarawak untuk mengetahui sokongan. HASIL- lebih 80% penduduk meyokong.

Hasil siasatan Suruhanjaya Cobbold


1/3 rakyat sabah dan Sarawak menyokong tanpa syarat 1/3 menyokong dengan syarat dan jaminan 1/3 menentang

Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)


1. diketuai oleh Lord Landsdowne (pengerusi), Tun Razak serta wakil kerajaan Inggeris, Sabah, Sarawak dan Singapura. Membentuk satu perlembagaan yang melibatkan permintaan Sabah dan Sarawak berdasarkan memorandum yang diterima dari parti-parti politik di Sabah dan Sarawak.

-Jawatankuasa ini membuat laporan menggunakan Perlembagaan persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Laporan Suruhanjaya Cobbold serta cadangan yang dibuat oleh Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia sebagai asas. -Teras Utama Perlembagaan ialah: a. Agama Islam dijadikan agama persekutuan bagi seluruh Persekutuan Malaysia, kecuali Sabah dan Sarawak. b. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi Persekutuan Malaysia tetapi kelonggaran diberikan kepada Sabah dan sarawak menggunakan B. Inggeris

c) Kuasa kawalan imigresen di Sabah dan Sarawak akan diserahkan kepada kerajaan negeri masing-masing walaupun peruntukan tersebut di bawah kawalan pusat.

d) Sistem pendidikan masih dikekalkan sehingga Majlis Negeri membuat pindaan.


e) Sabah diberikan 24 perwakilan Parlimen, Sarawak 16 buah dan Singapura 15 buah kerusi.

Referendem Singapura
Diadakan pada 1 Novenber 1961 bagi mengetahui kehendak rakyat Singapura tentang kemasukan Singapura ke dalam Malaysia dengan memberi 3 pilihan kepada rakyat Singapura iaitu:

i. Bersetuju mengikut syarat-syarat dalam kertas putih Nov 1961.


ii. bersetuju tanpa syarat iii.Bersetuju dengan mengikut syarat-syarat yang dipersetujui oleh rakyat sabah dan sarawak HASIL REFERENDUM- 71% RAKYAT Singapura bersetuju menyertai Malaysia berlandaskan syarat dalam kertas putih.

Syarat dalam kertas putih

i-singapura kekal hak ke atas pendidikan dan tenaga buruh ii-Status Singapura sebagai pelabuhan bebas cukai di kekalkan. iii-hadkan kerusi parlimen sebanyak 15 shj Iv- Persekutuan bertanggungjawab terhadap PERTAHANAN, HUB LUAR dan KESELAMATAN.

Setelah 2 tahun menyertai Malaysia- hub tanah Melayu dan singapura tegang berikutan perselisihan faham tentang EKONOMI, PARTI POLITIK & PERKAUMAN. EKONOMI- semua negeri bersetuju memajukan sektor perindustrian dan berkongsi keuntungan-namun Singapura kecewa kerana tidak banyak kemajuan ekonomi dicapai.

PARTI & PERKAUMAN-Parti PAP (Parti Tindakan Rakyat) pimpinan Lee Kuan Yew cuba bertanding dengan Parti Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman. -ini dianggap sebagai pencerobohan keatas hak istimewa Melayu dan tidak menghargai pengorbanan orang Melayu. Singapura telah memperjuangkan hak dengan slogan Malaysia untuk orang Malaysia.

Singapura keluar dari malaysia


Akhirnya pada 9 Ogos 1965 Singapura telah keluar dari Malaysia.

You might also like