You are on page 1of 3

BMM3108: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU_nell TAJUK 1: TEORI FONETIK DAN FONOLOGI Konsep Fonetik dan Fonologi

Fonetik: kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia. Bunyi bahasa bunyi bermakna yang digunakan untuk berkomunikasi Cabang yang mempelajari bunyi bahasa tanpa memerhatikan apakah bunyi-bunyi tersebut mempunyai fungsi sebagai pembeza makna atau tidak. 3 bidang kajian ilmu fonetik: a. Fonetik artikulatori Merujuk kepada kajian yang mendeskripsikan cara-cara sesuatu bunyi dilafazkan. Melibatkan daerah dan organ artikulasi yang berfungsi melafazkan bunyi-bunyi dalam bahasa. Daerah artikulasi: bahagian saluran suara yang tidak bergerak tetapi disentuh oleh organ artikulasi sewaktu berlakunya sesuatu lafaz. Organ artikulasi: organ ujaran dalam saluran suara yang terlibat dalam pengeluaran bunyi bahasa. Terbahagi kepada 2 iaitu artikulasi aktif dan artikulasi pasif. Artikulasi aktif ialah organ dalam saluran suara yang bergerak seperti lidah, bibir, lelangit lembut dan gigi bawah. Artikulasi pasif ialah organ dalam saluran suara yang tidak bergerak seperti gigi atas dan lelangit keras. Kajian ini melibatkan produksi bunyi tuturan oleh organ vokal manusia, iaitu cara penutur menghasilkan bunyi dengan menggunakan organ tuturan bagi menghasilkan bunyi yang digunakan dalam pertuturan, dan cara bunyi tersebut diklasifikasikan dan dideskripsikan. b. Fonetik auditori Kajian sebutan bunyi yang didengar dan berkaitan dengan soalan bagaimana bunyi diterima dan dikenali sebagai tuturan bunyi yang berbeza. Cabang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar melalui pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak. Proses yang terlibat dinamakan sebagai mendekod, yang melibatkan pendengar. Penutur menukarkan maklumat yang hendak disampaikan dalam bentuk kodkod tertentu seperti bunyi, kata, dan ayat manakala pendengar pula mentafsirkan maklumat ini dalam komunikasi yang berlangsung. c. Fonetik akustik Merujuk kepada kajian transmisi signal bunyi dari penutur kepada pendengar semasa komunikasi berlangsung. Cabang ini juga mengkaji sifat-sifat fizikal bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkan ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh organ pertuturan manusia. Gelombang ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektogram dan osiloskop.

BMM3108: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU_nell Antara sifat yang diberikan perhatian termasuklah nada, frekuensi, dan amplitud. Fonologi: kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa yang terhasil melalui mulut manusia. Fonologi: mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Terbahagi kepada 2: a. Fonetik: Bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia dan memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Selain itu, fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat fizikalnya. b. Fonemik: Cabang yang menganalisis sistem bunyi sesuatu bahasa secara sinkronik, khususnya untuk mengenal pasti fonem-fonem dalam bahasa tersebut dan menghasilkan sistem tulisan. Perbezaan antara fonetik dan fonemik ialah kajian fonetik bersifat umum, manakala kajian fonemik bersifat khusus pada sesuatu bahasa tertentu.

Perbezaan Fonetik dan Fonologi Fonetik Fonetik ialah subdisiplin linguistik, kajian tentang bunyi sebagai fenomena dalam dunia fizikal, fisiologi, anatomi, neurologi dan psikologi manusia yang menghasilkannya. Fonetik ialah kajian tentang sifat-sifat semula jadi, produksi dan persepsi bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan. Fonologi Fonologi ialah subdisiplin linguistik yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu tentang fungsi, perlakuan dan organisasi bunyi sebagai item linguistik. Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem tersebut secara umum. Segala yang berkaitan dengan sistem dalam bahasa iaitu pasangan terkecil, fonotaktik, dan sebagainya. Kajian ini berkaitan dengan hubungan antara butir-butir leksikal dengan butir-butir leksikal lain yang membentuk ayat. Kajian berkaitan dengan penelitian pola-pola intonasi. Menghasilkan sistem ejaan sesuatu bahasa.

Kajian ini dapat dibahagikan kepada 3 iaitu fonetik akustik, fonetik artikulatori, dan fonetik auditori. Mengkaji unsur setiap bunyi. Menghasilkan transkripsi fonetik untuk semua bunyi dari semua bahasa.

Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu Bahasa baku: merupakan bahasa standard, mempunyai struktur yang lengkap dan sempurna dari segi sistem ejaan, tatabahasa, dan kosa kata. Bahasa Melayu baku mempunyai keseragaman dalam 4 sistem utama iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. 2

BMM3108: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU_nell Sebutan baku pula mencakup aspek fonologi sahaja. Awang Sariyan (2004) menyatakan bahawa sebutan baku di Malaysia telah ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956) yang memutuskan bahawa sebutan baku ialah sebutan fonemik( berdasarkan ejaan) dan bukan berdasarkan kelaziman sebutan menurut dialek Riau-Johor. Pelaksanaan sebutan baku di institusi pendidikan khususnya sekolah berjalan serentak dengan KBSM (1988) Matlamat pembakuan Bahasa Melayu: a. Untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi formal atau rasmi. b. Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa. c. Untuk memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu, supaya sistem sebutannya menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa, kosa kata (perbendaharaan kata umum dan istilah), sistem ejaan, dan laras bahasa. d. Secara khusus, untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur serta mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah.

Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu Menurut Awang Sariyan (1988:6), ahli-ahli bahasa telah bersependapat tentang dasar sebutan baku Bahasa Melayu iaitu sebutan bagi kata bahasa Melayu hendaklah berdasarkan sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan. Garis panduan dasar umum tentang sebutan baku bahasa Melayu ialah: a. Sebutan huruf: setiap huruf dalam ejaan Rumi atau Jawi hendaklah dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan. b. Sebutan kata: hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata) sama ada kata dasar atau kata terbitan. c. Intonasi: intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam Bahasa Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan.

You might also like