You are on page 1of 1

Laporan Penggunaan Wang dan Pelaksanaan Aktiviti Kelab Pengguna Sekolah (KPS) Sekolah Menengah Addiniah Tahun 2012

Pada tanggal 01 Ogos 2012, telah dijalankan satu mesyuarat kecil bagi menubuhkan Kelab Pengguna Sekolah Menengah Addiniah, Jelutong. Mesyuarat memutuskan untuk melantik jawatankuasa sementara bagi menguruskan kelab seperti berikut : Penaung Penasihat Guru Pembimbing Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Pen. Setiausaha Bendahari Pen. Bendahari : : : : : : : : : : : Ustaz. Wan Muaz bin Wan Ahmad (Pengetua) Ustaz. Hamzah bin Awang (P.K. Kokurikulum) 1) Encik Mohamad Firdhaus bin Mohamed Hamdan (Guru) 2) Puan Fadillah binti Saidin (Guru) 3) Puan Atikah binti Awang (Guru) Mohamad Asyraf bin Abu Bakar (Murid) Nurfarahanis binti Muzamil (Murid) Muhamad Fakhri bin Abdu Muttlib (Murid) Nur Syazwani binti Saleh (Murid) Mohd Shamsuzzaman Ikmal bin Shahrul Rizal (Murid) Nurul Nasuha binti Mohd Asri (Murid)

Sememangnya pihak sekolah telah menerima cek berjumlah RM 500.00 daripada persatuan pengguna melalui Unit Kokurikulum, P.P.D. L.M.S. untuk digunakan dalam mengurus aktiviti kelab. Justeru, K.P.S. Addiniah bersama Koperasi Sekolah serta Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Pameran Keusahawanan pada 25 dan 26 September 2012, bertempat di dataran sekolah. Program ini disasarkan kepada semua murid dan guru dan mendapat respons yang baik. Sebanyak RM 500.00 telah dibelanjakan bagi menyediakan sudut-sudut maklumat, tapak gerai serta sagu hati penceramah. Intihanya, program ini telah memberikan peluang kepada setiap peserta untuk memperoleh maklumat tentang hak sebagai pengguna seterusnya memperbaiki kemahiran diri serta menanam semangat bekerjasama dan patriotisme. Pihak kelab berharap pihak sekolah dapat menyediakan fasilitet bersesuaian untuk kemudahan murid dan mendapat penyertaan ahli lebih ramai pada masa kan datang. Disediakan oleh, 9 November 2012

................................................................................... (MOHAMAD FIRDHAUS BIN MOHAMED HAMDAN) Kelab Pengguna Sekolah, Sekolah Menengah Addiniah.

You might also like