You are on page 1of 2

Tugas Dan Peranan Juruukur Bahan Juruukur bahan merupakan profesional terlatih, berkualiti dan mempunyai pengalaman dalam

bermain dengan masalah bagi pihak klien. Pada dasarnya, juruukur bahan merupakan pakar kos yang bertanggungjawab menyediakan maklumat bagi memastikan projek tersebut adalah ditanggung bersama belanjawan yang munasabah dan pihak klien dapat memperoleh nilai kepada wangnya (Seeley, 1997). Manakala menurut Turner (1994), juruukur bahan akan bertindak sebagai penasihat kepada arkitek tentang kewangan projek apabila diperlukan. Dia bertanggungjawab ke atas semua nasihat kewangan yang diberi ke atasnya. Peranan juruukur bahan dalam sesuatu projek pembangunan amat diperlukan. Peranan dan tanggungjawab mereka dalam industri pembinaan adalah amat luas sama ada dalam peringkat pra kontrak atau pun pasca kontrak. Hal ini kerana juruukur bahan berperanan bermula dari projek dicadangkan sehinggalah projek tersebut berakhir. Dent (1974) dan Tuner (1994) mengelaskan peranan juruukur bahan kepada dua peringkat iaitu peringkat pra-kontrak dan pasca kontrak. Pada kebiasaannya, kerja pra-kontrak disediakan oleh juruukur bahan sebelum kontrak ditandatangani dan termasuk penyediaan senarai kuantiti bersama dengan perkhidmatan lain. Kerja pos kontrak pula merangkumi pengurusan kewangan kontrak seperti penyediaan bayaran kemajuan, bermula apabila kontrak telah ditandatangani dan penender berjaya memulakan operasi bangunan (Dent, 1974). Selain itu, peranan juruukur bahan dilakukan mengikut peringkat (stage) berturutan. Perkhidmatan juruukur bahan ini dipecahkan mengikut peringkat-peringkat pembinaan atau proses reka bentuk. Royal Institute of British Architects (RIBA), telah menyediakan cadangan bentuk prosedur untuk arkitek dalam membuat penyediaan dan perlaksanaan projek bangunan. Pelan kerja ini mewakili analisis praktikal bagi operasi reka bentuk dan telah berjaya digunakan ke atas kebanyakan kontrak. Pelan tersebut telah dirumuskan di dalam jadual 2.2 dan menunjukkan peranan-peranan yang akan dimainkan oleh pelbagai ahli kumpulan reka bentuk melalui reka bentuk dan masa pembinaan (Seeley, 1997). Menurut Nor Ainah Abdullah (2001) pula, secara amnya, khidmat asas juruukur bahan termasuklah menyediakan kajian kemungkinan bagi menentukan sama ada sesuatu projek itu boleh dilaksanakan dari segi perbelanjaan dan keuntungan kewangan, menyediakan anggaran kos awalan dan perancangan kewangan, menyediakan dokumen-dokumen tawaran dan kontrak, laporan tender, memberi nasihat mengenai prosedur tender dan atur cara kontrak, mengukur dan menilai kemajuan kerja untuk bayaran, perubahan kerja, tuntutan-tuntutan dan juga menyediakan keperluankeperluan bagi penyelesaian pertikaian secara timbang tara atau secara alternatif. Daripada penerangan tugas dan peranan juruukur bahan di atas, saya telah membuat kesimpulan tugas-tugas juruukur bahan adalah seperti berikut : Penyediaan Kajian Kemungkinan Penyediaan Anggaran Projek Penyediaan Dokumen Tender

Proses Menender Laporan Tender Menyediakan Dokumen Kontrak Membuat Pembayaran Semasa Membuat Akaun Akhir

You might also like