You are on page 1of 2

Keterhutangan kewangan yang serius ditakrifkan apabila jumlah hutang yang tidak bercagar dan melebihi 10 kali emolumen

bulanannya. Ini bermaksud baki gaji akhir adalah kurang daripada 40%. Oleh yang demikian penjawat awam hanya dibenarkan berhutang 60% daripada emolumen dan mempunyai baki gaji sekurang-kurangnya 40%. Akibat keterhutangan serius ini boleh mengundang pelbagai masalah dan perbuatan tidak wajar seperti rasuah dan sebagainya. Secara ringkasnya kes keterhutangan kewangan yang serius aalah berdasarkan kepada maklumat dari penyata gaji yang diperolehi daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am (BPSMPA). Senarai pendek ini dibuat dengan mengambil kira semua kes potongan gaji yang melebihi 60 %.

Sehingga 31 Jun 2012, seramai 24 orang pegawai dan kakitangan telah dikenal pasti mempunyai potongan gaji melebihi 60% iaitu sedikit penurunan dari bulan sebelumnya seperti yang digambarkan dalam Rajah 1. Penurunan kes bagi bulan April didapati adalah ekoran daripada pelarasan gaji penjawat awam yang dibuat bagi tahun ini manakala penurunan kes bagi bulan Jun pula adalah ekoran daripada kenaikan tahunan yang diterima. Daripada 24 orang yang dikenal pasti mempunyai potongan gaji melebihi 60%, seramai 14 orang mempunyai pinjaman bercagaran dan simpanan. Analisis dibuat melalui butiran payslip pegawai dan kakitangan. Daripada analisis tersebut, terdapat beberapa pegawai dan kakitangan yang terlepas daripada masalah keterhutangan serius setelah mengambil kira pinjaman bercagaran dan simpanan yang dibuat melalui potongan gaji. Rajah 2 dibawah menunjukkan statistik perbandingan kes keterhutangan serius bagi bulan Januari sehingga Jun 2012 yang mengambil kira pinjaman bercagaran dan simpanan. Bagi bulan Jun 2012, staf gunasama dikenal pasti terlibat dengan masalah ini lebih tinggi jika dibandingkan dengan pegawai. Begitu juga Kumpulan sokongan II mengalami masalah ini paling tinggi jika dibandingkan dengan kumpulan lain.

Secara keseluruhannya tahap potongan gaji adalah dalam lingkungan 80% dan ke bawah. Bagi bulan Jun 2012, terdapat 1 kes sahaja yang melibatkan potongan melebihi 90% dan ke atas iaitu melibatkan kes pegawai yang menerima separuh gaji ekoran kes ditahan kerja. Analisis ini digambarkan seperti dalam Rajah 3. Sebagai langkah pemulihan, mereka yang telah dikenal pasti ini dirujuk ke Unit kaunseling untuk tindakan lanjut termasuk mengenal pasti masalah sebenar, mendapatkan khidmat nasihat Agensi Pengurusan Kewangan dan Kredit (AKPK) seterusnya membantu mereka dalam mengurus kewangan dengan lebih baik lagi.

You might also like