You are on page 1of 19

PERMAINAN TRADISIONAL (BALING GETAH)

PENGENALAN
Permainan Baling Getah merupakan salah satu permainan tradisional yang popular di kalangan kanak-kanak suatu masa dahulu. Di sesetengah tempat, khususnya di kawasan-kawasan kampung, permainan baling getah ini masih lagi dimainkan oleh kanakkanak. Namun, permainan ini semakin kurang popular kerana kanakkanak sekarang ini lebih gemarkan permainan maya.

Penganjuran Permainan Tradisional ini adalah peluang bagi kita untuk menghidupkan semula permainan tradisional ini supaya tidak hilang ditelan zaman.

PERALATAN DAN TEMPAT


PERALATAN Gelang getah. Gelung rotan. Pita pelekat (penanda tempat peserta untuk membaling getah). TEMPAT Tempat yang selamat, rata dan tiada gangguan seperti angin.

Tempat sesuai untuk permainan ini adalah di padang atau dewan.

PEMAIN/PESERTA

Pemain atau peserta untuk permainan ini adalah terbuka iaitu boleh dimainkan oleh LELAKI dan WANITA.

CARA PERMAINAN
Pemain/peserta akan disediakan 10 gelang getah. Getah yang disediakan ini digunakan untuk membaling ke kawasan sasaran yang disediakan (gelung rotan). Pemain akan berdiri di tempat yang disediakan iaitu berada pada jarak 4-5 meter dari tempat sasaran yang mempunyai sejumlah gelang getah. Pemain perlu membaling gelang getah yang disediakan dan getah yang dibaling tersebut perlulah bertindih dengan gelang getah yang terdapat di kawasan gelung rotan.

Sekiranya gelang getah yang dibaling tidak mengenai sasaran(tidak bertindih), peserta yang seterusnya akan membuat balingan. sekiranya peserta berjaya mengenai gelang getah yang telah disediakan di kawasan gelung rotan, peserta tersebut akan mengambil kesemua gelang getah yang terdapat di kawasan gelung rotan tersebut. Sekiranya gelang getah yang dibaling menindih gelang getah yang lain, peserta hanya akan mengambil sejumlah gelang getah yang berjaya ditindih sahaja. Permainan ini mempunyai 5 pusingan. Sekiranya tiada peserta yang berjaya, permainan akan di ulang semula.

Peserta yang berjaya mengumpul gelang getah yang paling banyak akan dikira sebagai pemenang.

KAWASAN PERMAINAN BALING GETAH


Pita pelekat

Gelung rotan

Gelang getah

PERMAINAN TRADISIONAL (DAM HAJI)

PENGENALAN
Dam merupakan sejenis permainan papan yang dimainkan oleh dua orang . Biasanya papan yang digunakan bersaiz 10*10 petak atau papan yang bersaiz 8*8 petak. Permainan dam tidak seperti kebanyakan permainan papan lain, iaitu bergantung kepada nasib. Keputusan permainan ini bergantung penuh terhadap kemahiran pemain. Objektif permainan dam ialah untuk memakan semua buah lawan atau menghentikan lawan daripada meneruskan permainan.

PAPAN DAM

Papan dam 10*10 petak

Papan dam 8*8 petak

GILIRAN PERGERAKAN PEMAIN


Setiap pemain memiliki jumlah buah dam yang sama tetapi berlainan warna. Seorang hitam dan seorang lagi putih (atau merah). Mengikut persetujuan pemain, mana-mana pihak boleh bermula dahulu. Setelah pemain pertama menggerakkan satu buah, giliran pemain kedua pula akan menggerakan buah. Begitulah seterusnya sehingga permainan tamat.

CARA PERGERAKAN BUAH


Setiap buah dam cuma boleh bergerak satu petak secara berpenjuru, sama ada ke kiri atau ke kanan, sekiranya petak tersebut masih kosong. Haji (buah dam yang telah sampai ke hujung papan sebelah lawan) bergerak dengan cara yang sama, tetapi boleh bergerak ke belakang.

CARA MENDAPATKAN DAN KEISTIMEWAAN PANGKAT HAJI


Kedua-dua pemain bermula dengan buah biasa.

Sekiranya mana-mana buah pemain berjaya sampai ke hujung papan lawan, ia dikatakan "naik haji".
Buah haji ini biasanya dibezakan dari buah biasa dengan meletakkan satu lagi buah di atasnya (disusun dua tingkat). Keistimewaan buah haji ialah ia boleh bergerak ke hadapan atau ke belakang untuk memakan buah pihak lawan.

CONTOH BUAH BIASA DAN BUAH HAJI

CARA MAKAN
Buah biasa

Sekiranya di pepenjuru kanan/kiri hadapan suatu buah sendiri ada buah lawan, dan di belakangnya kosong, maka buah lawan tersebut boleh dimakan (ditangkap dan dikeluarkan dari permainan) dengan melompat buah lawan tersebut. Ertinya, buah sendiri diletakkan di petak kosong di belakang buah lawan, kemudian buah lawan dikeluarkan dari permainan.
Sekiranya selepas makan kali pertama, situasi yang sama berulang lagi, maka pemain berhak memakan lagi. Ertinya, seseorang pemain boleh memakan beberapa buah lawan dalam satu giliran. Perlu diingatkan bahawa buah dam biasa cuma boleh bergerak, dan oleh itu makan, ke hadapan.

CARA MAKAN
Buah haji Cara makan buah haji sama dengan buah biasa. Bezanya, bauh haji boleh bergerak kebelakang untuk memakan buah pihak lawan.

PERATURAN MAKAN BUAH


Sekiranya ada peluang memakan buah lawan, pemain diwajibkan melakukannya. Kegagalan untuk memakan buah lawan akan menyebabkan pihak lawan berhak mengambil buah pemain yang gagal memakan dan mengeluarkannya dari permainan.

Sekiranya terdapat pilihan untuk memakan buah lawan, pemain boleh memilih untuk memakan manamana buah yang dikehendakinya.
Sekiranya ada dua buah atau lebih untuk dimakan, pemain boleh memilih untuk makan seberapa banyak buah yang diingininya.

TAMAT PERMAINAN
Seorang pemain kehilangan semua buah damnya. Dia dikira kalah. Seorang pemain tidak dapat menggerakkan buahnya kerana disekat. Dia dikira kalah.

Seorang pemain menyerah kalah.


Kedua-dua pemain bersetuju untuk seri, biasanya kerana kedua-dua pemain mepunyai buah haji yang tidak dapat dimakan atau disekat

SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like