You are on page 1of 1

Format Dokumentasian

a) Tajuk Projek atau Nama Produk -Tajuk projek hendaklah ringkas, jelas dn tepat. b) Latar Belakang -Nyatakan masalah-masalah sedia ada yang boleh mencetuskan idea untuk menghasilkan rekaan. Catatkan juga penemuan lain yang membantu dalam menyelesaikan masalah-masalah tersebut melalui aktiviti pemerhatian, kajian, pengumpulan dan data. c) Objektif dan Fungsi Produk -Nyatakan objektif dan fungsi produk. d) Dekripsi Produk -Senaraikan bahan dan komponen yang digunakan dari segi jenis, kuantiti dan kos. -Rekodkan aktiviti yang dijalankan semasa pembinaan projek secara sistematik dengan menyediakan jadual kerja. -Tunjukkan lakaran kerja projek dan lukisan kerja yang mengandungi keterangan dan maklumat yang tepat. -Terangkan pembinaan dan pengujian prototaip dan hasil pengujian tersebut hendaklah ditunjukkan dalam bentuk laporan. e) Rujukan/Bibliografi -Senaraikan sumber rujukan yang digunakan dalam proses penghasilan. f) Lampiran -Maklumat ditunjukkan sama ada dalam bentuk lakaran, data dan katalog yang berkaitan dengan projek.

You might also like