You are on page 1of 4

Soalan : 2.

1 Berdasarkan pandangan beberapa orang tokoh, huraikan takrifan kesantunan mereka berdasarkan pengalaman budaya sendiri dengan menyertakan bahan bahan yang boleh menyokong hujah hujah bernas anda.

2.1.1 Pandangan beberapa orang tokoh mengenai kesantunan bahasa Awang Sariyan (2007:1) **Kesantunan berbahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Asmah Hj. Omar (2000) **Mengaitkannya dengan penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar. Keadaan yang demikian akan menimbulkan suasana hubungan yang harmoni antara penutur dan pendengar. Hafizah Salleh (2005) **Dalam bukunya memberi maksud kesantunan berbahasa sebagai kehalusan bahasa yang digunakan untuk menunjukkan kesopanan seseorang apabila berkomunikasi dengan orang lain, iaitu sama ada secara lisan ataupun dalam bentuk tulisan. Hanya kosa kata yang halus dan sopan digunakan untuk menyampaikan sesuatu mesej yang tertentu. Siti Hajar Abdul Aziz (2009) **Dalam bukunya menyatakan bahawa kesantunan bahasa ialah cara penggunaan kata dan ujaran secara sopan dan beradab.;

2.1.2 Pengalaman budaya Dusun - Persanakan dan keturunan Seperti juga semua etnik peribumi Borneo, persanakan dalam etnik Kadazan Dusun berasaskan sistem persanakan dwisisi atau kognatik, dan keturunan disusurgalurkan menerusi ibu dan bapa. Oleh itu, sanak saudara sebelah ibu dan bapa sama pentingnya. Seperti etnik peribumi Borneo yang lain, etnik Kadazan Dusun ialah etnik tanpa segmentasi dan tanpa kelompok keturunan seperti suku, kaum atau suku
1

kaum. Sudah tentu, terdapat tiga konsep penting berhubung persanakan dalam etnik Kadazan Dusun : misasawo (pasangan berkahwin), paganakan atau keluarga asas dan kobpinaian atau sanak saudara. Istilah persanakan Kadazan Dusun pada dasarnya merupakan jenis Eskimo, iaitu membezakan saudara dalam keluarga asas daripada semua sanak sedarah yang lain . Oleh itu, kata panggilan dan kata rujukan untuk ibu bapa Ego adalah berbeza daripada yang digunakan untuk adik beradik kepada ibu bapa Ego. Adik beradik Ego juga mempunyai kata panggilan dan kata rujukan yang berbeza daripada sepupu Ego. Jadual 3 dan Jadual 4 menyenaraikan kata rujukan dan kata panggilan persanakan umum yang digunakan di Daerah Tambunan, dan Rajah 1 dan Rajah 2 menggambarkan istilah hubungan persanakan ini. Istilah ini merupakan dialek Dusun Tengah yang tipikal, tetapi agak berbeza daripada Kadazan Pesisir Pantai (lihat Miller & Miller, 1988).

Hubungan dengan Ego Ibu bapa anak perempuan anak lelaki Istilah umum untuk adikberadik Adik beradik lebih tua Kakak Abang Adik beradik lebih muda Adik perempuan Adik lelaki Moyang perempuan Moyang lelaki Nenek Datuk Cucu ego perempuan Cucu ego lelaki Cicit ego perempuan Cicit ego lelaki Adik beradik lelaki ibu Adik-beradik lelaki bapa Adik beradik perempuan ibu Adik-beradik perempuan bapa Sepupu Dua pupu

Kata Rujukan Ama Apa Tanak/ tanak tondu Tanak/ tanak kusai Tobpinai Taka Taka tondu Taka kusai Tadi Tadi tondu Tadi kusai Todu odu Taki aki Odu Aki Monongodu Monongaki Monongodu koinduo Monongaki koinduo Taman Taman Tinan Tinan Pinsan Pinsan koinduo
2

Kata Panggilan Ama Apa Nama anak Nama anak Tobpinai Aka / nama Aka / nama Aka / nama Adi / nama Adi / nama Adi / nama Odu Aki Odu Aki Odu/ nama Aki / nama Odu / nama Aki / nama Aman Aman Inan Inan Nama Nama

Tiga pupu Anak saudara perempuan ego anak saudara lelaki ego Cucu saudara perempuan ego Cucu saudara lelaki ego Adik-beradik lelaki datuk / nenek Adik- beradik perempuan datuk / nenek

Pipinsan / pinsan kointohu Nama Mononginan Nama Manangaman Monongodu Manangaki Taki Todu Nama Nama Nama Aki / nama Odu / nama

Jadual 3 Istilah Persanakan Sedarah Kadazan Dusun di Tambunan. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3 dan Rajah 1 dan Rajah 2, Ego boleh menggunakan nama ketika memanggil sanak sedarah daripada generasi yang sama atau generasi yang lebih muda, tetapi amalan ini tidak dibenarkan untuk memanggil ibu bapa, datuk nenek atau saudara daripada generasi mereka. Malah, Ego tidak boleh menyebut nama ibu bapanya walaupun sebagai rujukan. Am a ialah kata panggilan dan kata rujukan unutk ibu, manakala apa untuk bapa, dan ini berbeza daripada Kadazan Pesisir Pantai menggunakan ama atau zama untuk bapa dan ina atau zina untuk ibu (Miller & Miller, 1988 : 18). Walau bagaimanapun, dalam beberapa keadaan keadaan seperti dalam puisi atau semasa berkabung, ama boleh juga digunakan untuk bapa. Dalam situasi datuk nenek dan moyang, kata rujukan khusus digunakan untuk setiap hubungan,namun kata panggilan untuk setiap generasi tetap sama odu untuk nenek atau moyang perempuan dan aki untuk datuk dan moyang lelaki. Set istilah yang sama ini digunakan masing masing untuk adik beradik kepada datuk, nenek dan moyang. Apabila bersama cucunya, Ego wanita akan menggunakan kata rujukan monongodu (seseorang yang me akan memanggil saya odu), manakala Ego lelaki menggunakan manangaki (seseorang yang memanggil saya aki), sama seperti Kadazan Pesisir Pantai ( Miller & Miller, 1988 : 19). Untuk cicit, kata rujukan yang sama digunakan dengan istilah koinduo, bermaksud generasi kedua. Walau bagaimanapun, apabila memanggil cucu dan cicit, Ego perempuan selalunya akan menggunakan odu dan Ego lelaki akan menggunakan aki. Penggunaan kata panggilan ini bertujuan untuk menjelaskan hubungan penutur dengan anak kecil, dan membantu mengajar anak itu agar mengelak daripada menggunakan nama datuk dan nenek mereka. Panggilan ini juga digunakan terhadap cucu saudara. Dalam situasi sanak semenda (Jadual 4 dan lihat juga Rajah 1 dan Rajah 2), Ego dilarang keras menggunakan nama ibu bapa mertua, datuk nenek mertua dan
3

sanak saudara mereka daripada generasi yang sama. Kata panggilan yang betul untuk semua sanak saudara ini ialah iwan. Walau bagaimanapun, ibu bapa mertua boleh dipanggil ama atau apa (ibu dan ayah) oleh menantu jika hubungan mereka sangat rapat. Ipar perempuan boleh memanggil satu sama lain ahong atau along, mengikut dialek, manakala ipar lelaki memanggil satu sama lain ipag. Seorang Ego perempuan dan adik lelaki / abang lelaki / abang iparnya menggun akan istilah yang sama, gasi. Nama juga boleh digunakan sesama hubungan adik-beradik semenda, tetapi kata panggilan persanakan lebih sesuai digunakan jika terdapat perbezaan umur yang ketara antara kedua-dua individu tersebut. Apabila dengan anak saudara kepada pasangan, istilah yang sama mononginan ( seorang yang memanggil saya inan) dan manangaman (seorang yang memanggil saya aman) digunakan sebagai rerujuk untuk sanak saudara. Begitu juga dengan menantu perempuan dan menantu lelaki yang dirujuk sebagai monongiwan ( seorang yang memanggil saya iwan). Ibu bapa mertua bersama, iaitu ibu bapa mertua kepada anak Ego dirujuk dan dipanggil amod. Istilah saling memanggil ini menzahirkan kepentingan perkahwinan dalam etnik Kadazan Dusun untuk mengikat pertalian dan hubungan persanakan. Pasangan kepada adik beradik ipar Ego dirujuk sebagai miontok atau bois, namun dalam amalan umum, nama digunakan sebagai rerujuk dan kata panggilan. Ini disebabkan hubungan semenda agak jauh berbanding dengan yang lain. Nyatakan tujuan perbezaan nama panggilan bagi tiap ahli keluarga. Nyatakan dan kaitkan faktor umur, pangkat (status ahli keluarga contohnya nenek, datuk, ibu bapa) dengan nama panggilan. Sila rujuk nama panggilan dan pangkat dalam keluarga orang Melayu.

You might also like