You are on page 1of 1

latihan berkonsepkan parcourse

latihan berkonsepkan parcourse telah diperkenalkan pada tahun 1973 di amerika syarikat oleh peter stocker. parcourse merupakan gabungan beberapa aktiviti kecergasan di sepanjang laluan larian berstesen. latihan ini bertujuan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan kekuatan otot jantung. disamping itu, latihan ini juga dapat meningkatkan daya tahan otot dan menjadikan badan bertambah sihat.

contoh konsep parcourse

parcourse meliputi beberapa jenis aktiviti di sepanjang laluan larian. biasanya laluan larian adalah sepanjang 400m hingga 1600 m. kita boleh berjalan perlahan, berjalan pantas, berjoging atau lari pecut di antara satu stesen dengan satu stesen yang lain. setiap stesen mempunyai aktiviti yang berlainan untuk kumpulan otot yang berlainan. tiada aktiviti khusus untuk menentukan urutan aktiviti. kata boleh pelbagaikan aktiviti untuk tumpuan otot-otot tertentu. pembinaan taman rekreasi moden oleh kerajaan tempatan telah menitikberatkan konsep latihan ini. trek jogging tidak hanya semata-mata trek joging sahaja. konsep parcourse telah mewujudkan lanskap yang menarik untuk aktiviti latihan di taman rekreasi awam. perlu diingatkan bahawa kita perlu melakukan tatacara yang betul sebelum, semasa dan selepas latihan. jangan lupa ambil kadar nadi, aktiviti memanaskan badan dan aktiviti menyejukkan badan. ini semua akan membantu kita mendapatkan hasil latihan yang optimum.

You might also like