You are on page 1of 2

ISU DAN CABARAN MATAPELAJARAN VOKASIONAL(MPV).

Dalam menjalankan matapelajaran vokasioaal terdapat beberapa isu dan cabaran yang dihadapi oleh kementerian bagi menyediakan guru MPV . Antaranya ialah penyediaan guru MPV berdasarkan kepada pengkhususan yang di sediakan di peringkat ijazah pertama. Kekurangan gru yang benar-benar berkemahiran dalam sesuatu pengkhususan akan menyebabkan proses pembelajaran akan terganggu . oleh yang demikian dalam menyediakan guru MPV yang benar-benar mahir,orientasi perlaksanaan kursus yang bercorak competency based dan modular hendaklah digunakan supaya guru-guru tersebut mendapat pendedahan P&P MPV yang sebenar. Proses pengajaran dan pembelajaran MPV menggunakan kaedah pembelajaran masteri dan kompetensi . pembelajaran masteri memastikan pelajar perlu menguasai sesuatu tugas sebelum mereka beralih kepada tugas yang baru.oleh yang demikian , seorang guru MPV hendaklah mempunyai kemahiran mengajar pembelajaran berasaskan keterampilan (competency base learning) selain mempunyai kemahiran kepada pengkhususan kursus mereka. Disamping itu juga,dalam penyediaan guru MPV,kemahiran bukan teknikal adalah amat penting dan perlu diambil kira MPV ini. Hal ini kerana MPV merupakan tugasan yang menghimpunkan pengetahuan teknikan,kemahiran dan sikap dalam penggunaan alatan,baha, keselamatan dan kaedah bagi menyiapkan tugasan.oleh itu, kurikulum pendidikan MPV perlu menyediakan peluang mempraktikkan kemahiran bukan teknikal . Perubahan ketara dalam pentaksiran MPV diperingkat SPM mnerupakan satu inovasi yang diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia bagi MPV pentaksirandibahagikan kepada dua jenis persijilan iaitu pensijilan modular dan persijilan terbuka SPM. Pensijilan modular merupakan persijilan yang mengikhtira pencapaian murid dalam sesuatu

keterampilan. Sistem pentaksiran yang lebih fleksibel mampu meningkatkan lagi pembelajaran murid iaitu Pentaksiran Kompetensi-Persijilan Modular(PK-PM). Manakala kaedah pentaksiran adalah berasaskan sekolah dan berasaskan pusat. Oleh yang demikian,adalah perlu menyediakan guru yang dapat menguasai kaedah pentaksiran berasaskan keterampilan.

You might also like