You are on page 1of 7

SOSIOLINGUISTIK BBM 3204 OLEH PROF. MADYA HJ.

ARBAK OTHMAN

TOPIK UNTUK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN UNIT 1 UNIT 5 (Halaman 1 hingga 60 sahaja) ISTILAH-ISTILAH YANG MESTI DIKETAHUI 1. Takrif sosiolinguistik dan sosiologi bahasa 2. Nama tokoh sosiolinguistik yang menakrif sosiolinguistik seperti Appel, Nikolas Coupland dan Adam Jaworski, Dell Hymes, Joshua. Fishman, Nababan, Harimurti Kridalaksana, Cripper & Widdowson dan lain-lain. 3. Perkara-perkara yang dikaji oleh bidang sosiolinguistik. 4. Perubahan bahasa dan perubahan masyarakat. 5. Proses perubahan bahasa. 6. Pengertian bahasa, masyarakat bahasa dan kebudayaan, termasuk nama tokoh. 7. Fungsi bahasa. 8. Mikrososiolinguistik dan makrososiolinguistik 9. Perancangan bahasa: definisi dan proses 10. Kepelbagaian bahasa (bahasa inklusif, bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, lingua franca, pijin dan kreol, bahasa eksklusif, selangan, bahasa rahsia dan lain-lain; dialek, dialek sosial, dialek daerah, dialek seketika, sebab-sebab timbulnya dialek, kawasan dialek. 11. Masyarakat bahasa, bahasa buatan, bahasa pertama, bahasa kedua, bahasa antarabangsa, bahasa dunia, bahasa agama, bahasa kebudayaan, bahasa vernakular, bahasa pasar, bahasa lisan, bahasa etnik dan lain-lain.

KERJA KURSUS KERJA KURSUS (TUGASAN) MENDUKUNG 30% PENILAIAN (30 MARKAH): TAJUK KERJA KURSUS: Pilih SATU daripada tajuk-tajuk yang berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Perubahan Bahasa Diglosia Kesantunan bahasa. Standardisasi bahasa. Hubungan bahasa dengan budaya Pijin dan Kreol Apakah yang dapat anda ketahui dengan mempelajari ilmu sosiolinguistik?

Gunakan sekurang-kurangnya TIGA rujukan. Panjang kertas kerja tidak dihadkan. Tulis sebanyak mungkin yang mampu tetapi tidak terkeluar daripada tajuk. PANDUAN PENULISAN KERTAS KERJA TEMPOH Kertas kerja hendaklah sampai ke Pusat Pendidikan Jarak Jauh UPM sebelum hari dan tarikh Peperiksaan Pertengahan mengikut jadual perancangan PJJ. PENILAIAN 1. 2. Setiap kertas kerja hendaklah ditaip langkau dua baris dengan komputer. Setiap kertas kerja hendaklah ditulis sebanyak sekurang-kurangnya 6 - 10 halaman (boleh lebih sampai 20 halaman jika bahannya banyak). Kualiti akan diukur dari segi kandungan dan jumlah halaman + rujukan yang lebih daripada 3 sumber. Penilaian akan dibuat berdasarkan mutu persembahan penulisan. Hasil kerja hendaklah asli, yakni tidak dibenarkan menyalin bulat-bulat daripada mana-mana teks sumber. Rujukan hendaklah dilakukan sebagai panduan untuk calon mengolah kerja peribadi. Kertas kerja yang mengandungi sebarang bentuk penyalinan akan dinilai tidak melebihi markah

3. 4.

maksimum 15% (15 markah). Calon mungkin mendapat lebih rendah daripada jumlah itu berdasarkan mutu kerja. 5. Kertas kerja hendaklah ditulis dengan merujuk sekurang-kurangnya tiga sumber rujukan. Bahan rujukan hendaklah disenaraikan pada halaman belakang sekali. Saya dan Dr. Ahmad Mahmood Musanif telah menuliskan sebuah buku teks sosiolinguistik dengan judul FAIL SOSIOLINGUISTIK. Pelajar kursus tidak dipaksa untuk membeli buku, kerana mereka sudah dibekalkan Modul oleh PJJ. Tetapi jika para pelajar mahu memiliki bahan sumber yang ditulis dalam bahasa Melayu sebagai teks atau buku bidang kursus, mereka boleh mendapatkannya daripada saya (Hj. Arbak Othman) semasa pertemuan bersemuka pertama. Mereka yang tidak berpeluang membelinya, bolehlah membelinya pada pertemuan bersemuka kedua akan datang. BEBERAPA DEFINISI KONSEP 1. Sosiolinguistik: kajian tentang bahasa dan hubungannya dengan masyarakat. Mengikut Janet Holmes, ahli sosiolinguistik berminat mengkaji bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat, bagaimana bahasa berbeza dalam konteks sosial yang berbeza, termasuk fungsi bahasa dan bagaimana bahasa digunakan untuk menyampaikan maksud-maksud sosial melalui komunikasi. Sosiologi bahasa: kajian tentang masyarakat dan kaitannya dengan bahasa. Meliputi juga hal-hal di luar bahasa seperti perancangan bahasa dan dasar bahasa. Kajian ini juga meliputi kajian tentang norma penggunaan bahasa, atau pola penggunaan bahasa sosial, termasuk sikap terhadap bahasa dari sudut penerimaannya dalam masyarakat penutur yang lebih besar. Linguistik: kajian tentang bahasa yang meliputi kajian tentang bunyi hingga kepada analisis bentuk pertuturan (sintaksis) dan tulisan. Bila dikaitkan dengan masyarakat pengguna, bidang ini dikaitkan juga dengan kebolehan manusia untuk berhubung, atau untuk melahirkan perasaan dan fikiran (Edward Sapir). Jika dikaitkan dengan konsep bahasa sebagai alat perhubungan, linguistik mengkaji struktur bahasa, kerana struktur bahasa yang betul sahaja melahirkan fikiran yang betul (Ferdinand de Saussure). Perubahan bahasa: sebarang penyesuaian yang berlaku dalam organisasi sosial dan pola-pola peranan sosial dalam sesuatu masyarakat.

6.

2.

3.

4.

Sebab-sebab perubahan bahasa: pertembungan masyarakat dan budaya, penjajahan, peperangan, perpindahan, perubahan populasi, kelas sosial, etnik, umur, seks, pekerjaan, penemuan baru (kaedah, benda-benda, peralatan dll.), pendidikan, penghijrahan, perdagangan, agama, status ekonomi dll. 5. Proses perubahan bahasa: (a) perubahan bunyi [pinam] (Kuno) kpd [pinang].

(b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) (k) (l) (m) 6.

perubahan fonem [vuat] (Kuno) kpd [buat] perubahan morfem [nivunuh] kpd [dibunuh] penggantian kata [warsa] (Kuno) kpd [tahun], [siasah] kpd [politik], [iktisad] kpd [ekonomi] asimilasi [organisasi] drp [organization] haplologi [bagi itu] (asal) kpd [begitu] (baru). penggemblengan [jalan bawah tanah] kpd [jabanah], [kugiran] drp [kumpulan gitar rancak] lewah pembetulan [tuladan] (kata asal) kpd [tauladan] atau [teladan]. hanyutan fonetik [dua halapan] kpd [delapan] kpd [lapan] perubahan makna [khalwat] (asal Arab) : menyendiri untuk beribadat kpd berdua-duaan berbuat maksiat penyempitan makna [tuan] (dulu) untuk perempuan dan lelaki spt Tuan Ali, Tuan Puteri kpd kini untuk lelaki sahaja. dll. perubahan makna kerana daerah [kelmarin]. dll. kata slanga [tuang] untuk [ponteng]

Bahasa: alat komunikasi untuk manusia bekerjasama, melestarikan kebudayaan dan penerusan pemikiran. (a) Nababan: bahasa ialah sistem perisyaratan (semiotik) yang terdiri daripada unsur isyarat dan hubungan antara unsur-unsur itu. Dengan kata lain, bahasa terbuka untuk penafsiran = fonologi + morfologi + sintaksis. Chomsky: bahasa adalah kebolehan inat (semulajadi) penutur asli untuk membentuk ayat yang gramatis sebagai ujaran sebenar pada waktu tertentu. De Saussure: bahasa adalah pola-pola umum dalam pertuturan sesuatu komuniti bahasa. Edward Sapir: bahasa adalah sistem manusiawi yang instingtif (arbitrari) untuk menyampaikan perasaan dan fikiran melalui alat sistem simbol yang dikeluarkan secara voluntari.

(b)

(c) (d)

7.

Fungsi bahasa: bahasa mengandungi pelbagai tujuan untuk menggambarkan suasana atau menyampaikan maklumat antara penutur dan pendengar (fungsi komunikatif), untuk supaya pendengar menyambut (fungsi apelatif), untuk menyatakan perasaan (fungsi akspresif) atau menaakul kebijaksanaan (fungsi kognitif). Masyarakat: kelompok manusia yang mempunyai kebudayaan yang teratur untuk memenuhi keperluan dan kepentingan hidup anggota-anggotanya. Sekumpulan manusia yang mempunyai kebudayaan yang sepunya dalam lingkungan kawasan tertentu, mempunyai perasaan kesatuan dan menganggap diri mereka sebagai suatu entiti yang nyata (Theodorson 1979), atau sebagai suatu struktur sosial (Hugo F. Reading), atau sekumpulan manusia yang beretnik dan berketurunan melalui reproduksi biologi, atau

8.

kelompok yang mempunyai sistem sosial yang komprehensif (yang jelas dan mempunyai peranan sosial tertentu). 9. Ciri-ciri masyarakat: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) boleh berubah mempunyai kelas sosial mempunyai dialek sosial mengalami evolusi sosial perbezaan interaksi sosial mobiliti sosial dinamik, berubah terus-menerus secara lambat atau pantas, secara evolusi, difusi, revolusi. golongan memerintah dan diperintah.

10. Kebudayaan: cara hidup sesuatu kelompok atau kumpulan sosial. Ia juga sejumlah persekitaran yang dibentuk oleh manusia dan menafsirnya sebagai cara berfikir. Mengikut Edward B.Taylor, kebudayaan adalah keseluruhan kompleks yang merangkumi pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat resam dan kebolehan serta tabiat yang dibentuk oleh manusia sebagai anggota masyarakat (1871). Takrif ini paling popular dan klasik. 11. Etnografi komunikasi: Dalam peristiwa bahasa, terdapat pertuturan yang bermula dengan sesuatu dan berakhir dengan sesuatu. Ia merupakan sifat-sifat penggunaan bahasa semasa berinteraksi. Etnografi komunikasi menentukan lakuan bahasa sebenar dengan gaya, penggunaan kata, pemilihan kata dan makna yang dibawakan, sesuai dengan topik yang dibicarakan antara peserta komunikasi (penutur/pendengar). Aspek kesesuaian paling penting dalam komunikasi, supaya bahasa yang digunakan diterima dengan baik, ada perasaan hormat-menghormati, ada nilai kesantunan yang memelihara perpaduan. Hal-hal ini menjadi petanda kepada penerusan komunikasi yang memelihara perasaan peserta komunikasi dalam proses interaksi sebagai alat penyampaian maklumat, niat, tujuan dan sebagainya berbentuk komunikasi. Etnografi merujuk kepada penelitian tentang cara manusia menggunakan bahasa dalam masyarakatnya. Etnik merujuk kepada manusia yang ada bangsa, masyarakat dan kebudayaan. Bahasa menjadi alat untuk meneruskan kehidupan yang dikongsi secara bersama dari generasi ke generasi. 12. Perancangan bahasa: Proses merancang (a) status bahasa dan (b) korpus bahasa. (a) Perancangan status bahasa bersifat kebangsaan atau kenegaraan. Meliputi penetapan bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar, bahasa kedua dsb. Perancangan korpus bahasa melibatkan pemilihan tulisan dan sistem ejaan, penyusunan kamus, peristilahan dan sebagainya.

(b)

13. Kepelbagaian (kelainan) bahasa: (a) (b) seperti: (c) (d) (e) (f) (g) (h) bahasa kebangsaan bahasa rasmi lingua franca bahasa pidgin bahasa kreol bahasa Koine bahasa Inklusif bahaa Eksklusif

Bahasa Inklusif = bahasa sedia dituturkan oleh kumpulan masyarakat tertentu,

14. Bahasa Kebangsaan = bahasa rasmi, bahasa pentadbiran dan bahasa pengantar utama negara. Digunakan di media jelata, pusat pengajian tinggi, pemerintahan, parlimen, majlis konvensyen, upacara rasmi kerajaan dan bahasa sekolah = mempunyai kemegahan negara. 15. Bahasa Rasmi = bahasa pentadbiran negara, seperti yang digunakan untuk surat-menyurat kerajaan, untuk kegunaan dalam sebaran am (media massa), kad pengenalan, minit mesyuarat. Dalam negara, boleh lebih daripada satu. Misalnya, bahasa Inggeris dan Melayu di Brunei Darussalam, tetapi satu di Malaysia (bahasa Melayu); bahasa Thai di Thailand dan bahasa Indonesia di Indonesia; 4 bahasa rasmi di Switzerland, iaitu bahasa Perancis, Jerman, Itali dan Romansch, 2 bahasa, iaitu Inggeris dan Hindi di India di peringkat kebangsaan, tetapi 14 bahasa rasmi di peringkat negeri, seperti bahasa Tamil di Tamil Nadu dan 4 bahasa rasmi di Singapura (Inggeris, Mandarin Melayu, dan Tamil). 16. Lingua franca = bahasa di kawasan pertembungan bahasa yang intensif, digunakan oleh penutur bahasa daripada pelbagai komuniti sebagai bahasa perantara sepunya semasa berkomunikasi (Hartmann & Stork, 1976). Timbul akibat perang salib antara kristian di Eropah dan Islam di Asia Barat. Di Tenggara Asia, bahasa Melayu sebagai lingua franca bersebab daripada fungsinya sebagai bahasa agama (Sanskrit dan Arab klasik) dan bahasa perdagangan yang melakukan butter-trade. Bahawa Swahili menjadi lingua franca di Afrika Timur. Bahasa Sepanyol menjadi lingua franca di Amerika Tengah dan Amerika Selatan, kecuali Brazil. 17. Bahasa Pijin = bahasa campuran antara dua atau lebih bahasa tidak boleh dikategorikan kepada salah satu bahasa asal. Bahasa pijin timbul disebabkan oleh kepentingan perdagangan dalam kalangan penutur bahasa lain yang bertembung di tempat tertentu. Mereka berinteraksi menggunakan bahasa campuran (pijin) ini, dan tidak menguasai sebarang bahasa komuniti lain

sama sekali. Di Malaysia, bahasa pasar terkategori sebagai bahasa pijin yang digunakan di pasar semasa membeli ikan dan sebagainya.

You might also like