You are on page 1of 2

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR MATEMATIK

TAHUN 3

Mata Pelajaran Topik Masa Standard Pembelajaran

: Matematik Tahun 3 : Ruang : 60 minit : 14.1 (i) , (ii)

Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i. Mengenal jenis prisma segiempat sama, prisma segiempat tepat dan prisma segitiga. ii. Melabelkan dan mencirikan bahagian-bahagian prisma: permukaan, tapak, bucu dan sisi. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran: Langkah 1: 1.1 Guru menunjukkan benda maujud yang berbentuk prisma segiempat sama, prisma segiempat tepat dan prisma segitiga seperti dadu, kotak pensel dan kotak coklat yang berbentuk prisma segitiga. 1.2 Guru menerangkan serta menamakan bentuk-bentuk prisma bagi benda maujud yang ditunjukkan. Langkah 2: 2.1 Guru menerangkan nama bahagian-bahagian bentuk prisma serta ciri-cirinya berdasarkan benda maujud yang ditunjukkan bagi setiap bentuk prisma. 2.2 Guru mengedarkan lembaran kerja dan murid melabelkan bahagian-bahagian prisma seperti tapak, permukaan, bucu dan sisi. 2.3 Guru dan murid membincangkan jawapan lembaran kerja. Langkah 3: 3.1 Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Guru mengedarkan soalan yang mengandungi maklumat tentang ciri-ciri bentuk prisma yang berlainan bagi setiap kumpulan. Murid diminta melukis bentuk prisma mengikut ciri-ciri yang diberikan.

1 JABATAN PELAJARAN NEGERI PULAU PINANG

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR MATEMATIK

TAHUN 3

Contoh soalan: Lukiskan bentuk prisma mengikut ciri-ciri berikut: 8 bucu 6 permukaan 12 sisi yang sama panjang

3.2 Murid mempamerkan hasil kerja mereka di hadapan kelas. 3.3 Guru membuat rumusan tentang bentuk-bentuk dan ciri-ciri prisma. Elemen Merentas Kurikulum (EMK): Kreativiti

Bahan Bantu Belajar: Benda maujud dadu, kotak pensel, dan kotak coklat Lembaran kerja Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran: Penilaian melalui pemerhatian semasa p&p, dan aktiviti Refleksi: 5 daripada 36 murid yang belum mencapai objektif pembelajaran akan dibimbing dalam kelas akan datang.

2 JABATAN PELAJARAN NEGERI PULAU PINANG

You might also like