You are on page 1of 2

Kursus Orientasi KSSM Matematik Tingkatan 2 2017

Rancangan PdP_Inkuiri dan Pentaksiran Formatif

Standard Kandungan 5.1 Sifat Bulatan

5.1.1 Mengenal bahagian bulatan dan menerangkan sifat bulatan

Standard Pembelajaran
5.1.2 Membina suatu bulatan dan bahagian bulatan berdasarkan
syarat yang diberi

5.2.1 Menentusahkan dan menerangkan bahawa (i) diameter ialah


Gabungan Pembelajaran
paksi simetri bulatan

Jangka Lukis, Pembaris, Model bulatan (objek maujud-jam dinding,


bingkai gambar bulat, duit syiling, pizza, tayar basikal dll)
Bahan Bantu Belajar

Bahan HEBAT Modul 29 Bulatan (slaid 1-19)

Cadangan Masa 1 jam

Pengenalan
Murid mengenalpasti objek-objek bulatan yang terdapat di persekitaran mereka dan
objek-objek yang disebutkan ditulis pada papan putih (Shout Out)
Murid bersoal jawab mengenai persoalan berkenaan bulatan daripada slaid 4 dan 6.

Sebelum Pelajaran
Tugasan Pentaksiran:
Murid diberikan kertas bulatan dan diminta untuk melipat kertas tersebut kepada dua bahagian
sama besar kemudian menjadi 4 bahagian sama besar.
Murid kemudian diminta untuk melipat sedikit hujung bulatan.

Semasa Pelajaran
Cadangan Pelajaran:

1
Kursus Orientasi KSSM Matematik Tingkatan 2 2017

Semasa Pelajaran
Murid mengenalpasti pusat bulatan, diameter dan jejari bulatan daripada garisan
bulatan. 2 bahagian bulatan sama besar tersebut ialah semibulatan dan 4 bahagian
bulatan sama besar tersebut ialah sektor bulatan. Murid turut dapat mengenalpasti
bahawa diameter ialah paksi simetri bulatan semasa kertas bulatan tersebut dilipat 2
bahagian sama besar. (slaid 7 dan 8)
Murid kemudian mengenalpasti garisan lipatan pada awal aktiviti tersebut ialah
perentas. Murid kemudian mengenalpasti tembereng bulatan. Seterusnya
mengenalpasti tembereng major dan tembereng minor. (slaid 9 dan 10)
Murid mengenalpasti lengkung bulatan dikenali sebagai lilitan. Murid diminta untuk
menanda empat titik pada lilitan bulatan dan mengenalpasti lengkok major dan lengkok
minor. (slaid 18 dan 19)
Murid diminta untuk melukis bulatan menggunakan jangka lukis dan pembaris. Cth:
jejari=3 cm, diameter= 5 cm.
Murid diminta untuk melukis perentas pada satu bulatan. Cth: panjang perentas ialah 4
cm. Murid diingatkan bahawa perentas tidak boleh melalui pusat bulatan. (slaid 17)
Murid kemudian diminta untuk melukis sektor bulatan diberi sudut sektor dan jejari
bulatan menggunakan jangka lukis, jangka sudut dan pembaris.

Selepas Pelajaran
Perbincangan: Tugasan Pentaksiran yang diberikan sebelum pelajaran

Murid diminta untuk melabel bahagian bulatan pada kertas bulatan.

Soalan Pentaksiran bagi SP yang terlibat dalam PdP:


Ujian Pra Modul HEBAT 29 Soalan 1 dan 2

Disediakan oleh:

AIDA ELANI BINTI NORDIN SMK TAMAN TUN DR ISMAIL


INTAN SYAFIKA BINTI ANUAR SEKOLAH SENI MALAYSIA KUALA LUMPUR
FATIHAH BINTI IBRAHIM SMK SERI MULIA

You might also like