You are on page 1of 5

1.

Kaedah Jigsaw
a. Kelas dibahagikan kepada beberapa kumpulan 
b. Dalam kumpulan tersebut ahli dibahagikan kepada nombor tertentu 1 - 2 - 3 - 4
c. Semua pelajar yang memegang No.1 akan bergerak ke Stesyen No.1 bagi berbincang
dengan ahli daripada kumpulan lain yang juga memegang No.1
d. Demikian juga dengan No.2, No.3 dan No.4
e. Selesai perbincangan mengenai topik mereka, pelajar akan kembali ke kumpulan asal dan
menjadi pakar bagi topik berkenaan
f. Mereka akan berkongsi hasil perbincangan di group tadi bersama rakan kumpulan asal.

2. Kaedah Make a Match


a. Guru menyiapkan beberapa kad yang tertulis konsep atau topik
b. Setiap pelajar dapatkan sekeping
c. Kemudian mereka akan mencari rakan kelas yang juga memegang kad dengan topik yang
sama
d. Pelajar berbincang menyelesaikan tugas secara bersama-sama
e. Pelajar diuji dengan buat persembahan atau kuiz

3. Kaedah Bertukar Pasangan


a. Setiap pelajar mendapat satu pasangan
b. Guru memberikan tugas dan pelajar mengerjakan tugasan dengan pasangan mereka
c. Setelah selesai setiap pasangan bergabung dengan pasangan yang lain
d. Masing-masing akan saling bertanyakan soalan dan mengukuhkan jawapan mereka
e. Hasil perbincangan kemudian dikongsikan semula dengan pasangan asal. 

4. Kaedah Share n Turn


a. Fikir atau tulis apa yang disoal oleh guru
b. Duduk dengan kawan atau kumpulan
c. Beritahu kawan bergilir-gilir mengikut pusingan jam
          A ke B
          B ke C
          C ke D
          D ke A atau
          Masing-masing menulis dalam kertas. Kertas ditukarkan bergilir-gilir antara kawan-
kawan sehingga kita mendapat kertas kita semula yang mengandungi 4 isi atau idea.

5. Kaedah Think Pair Share


a. Berfikir sendirian
b. Bercakap dengan rakan berdua
c. Membentang atau menerangkan dalam kumpulan apa yang difikirkan olehnya dan juga
rakannya.
d. Rakan yang lain boleh menyoal (soalan diberi oleh guru)

6. Kaedah Gallery Walk


a. Bergerak dari meja anda dan pergi ke paparan yang terdapat dalam kelas / lihat hasil kerja
kumpulan lain (guru memberi tugasan apa maklumat yang perlu mereka cari)
b. Tulis komen positif terhadap hasil kerja kumpulan lain atau ambil maklumat atau data
yang diminta oleh guru.
c. Perkemaskan tugasan kumpulan anda agar menjadi lebih baik setelah melihat hasil kerja
kumpulan lain.
7. Kaedah Rally Robin
a. Guru menyoal atau bertanya pelajar
b. Pelajar memberi pendapatnya kepada rakan sebelah kemudian rakan di hadapan
seterusnya atau secara bersilang. Boleh juga sehala sahaja.
c. Guru meminta wakil kumpulan memberikan pandangan ahli kumpulan

8. Kaedah Menyoal dan Bimbing


a. Meminta pelajar menulis soalan di kad
b. Jawapan ditulis di belakang
c. Guru mengumpul kad yang ditulis oleh pelajar
d. Kad diserahkan kepada pelajar
e. Masa diberi untuk pelajar baca soalan dan jawapan
f. Pelajar bangun dan mencari kawan yang berlainan kad untuk disoal
g. Pemegang kad memberi klu untuk menjawab soalan tersebut
h. Bertukar rakan untuk soal dan jawab

9. Kaedah Idea Rush


a.  Fikir apa yang guru soal
b. Tulis dengan cepat dan menyebut dalam kumpulan dengan kuat
c. Pelajar lain tidak dibenarkan menulis idea yang sudah ditulis oleh rakan
d. Kumpulan semua jawapan dan pilih 1 atau 2 yang terbaik

10. Kaedah Fan n Pick


a. Duduk dalam kumpulan
b. Setiap pelajar memilih nombor kepada diri sendiri 
   Cth : 1 - 2 -3 - 4
c. Tunggu guru memberi kad
d. Secara bergilir-gilir diberi peluang untuk membaca, mencabut dan menjawab soalan
        No. 1 : ambil kad paling atas dan baca kepada murid ke 2
        No. 2 : menjawab soalan
        No. 3 : menilai jawapan betul atau salah
        No. 4 : merumus jawapan tersebut

Subjek Perkara Catatan


 Sains Tajuk  :  Jirim dan Bahan
Tingkatan Objektif Pembelajaran : Memahami sifat dan kegunaan logam dan bukan logam
2 Persada Hasil pembelajaran :
Masa :         Menyenaraikan contoh logam dan bukan logam
3.05-4.15         Menyenaraikan sifat logam dan bukan logam
80 minit         menyenaraikan  kegunaan logam dan bukan logam
Kriteria kejayaan:
        Menyenaraikan 3 contoh logam dan bukan logam
        Menyenaraikan 4 sifat logam dan bukan logam
        menyenaraikan 2 kegunaan logam dan bukan logam dan contohnya.
Nilai murni : Menghargai logam besi adalah  adalah salah satu sumber bahan mentah
di Negara kita .

Strategi pembezaan 1.Pembezaan Proses berdasarkan persekitaran pembelajaran


( aktiviti Anchor)
2.Pembezaan keupayaan pelajar duduk dalam kumpulan 
mengikut markah ujian 1
Pemula Aktiviti Suspen ABM dalam kotak
(10 minit)         Pelajar di minta  membuka kotak yang telah disediakan di Bahan logam dan bukan logan
atas meja
        Pelajar mengaitkan pelajaran hari ini berdasarkan bahan
dalam sampul surat .
        Pelajar menjawab soalan susulan yang di ajukan tentang
pelajaran yang lepas dan mengaitkan pelajaran hari ini.
        Guru berkongsi objektif pembelajaran dan criteria kejayaan
dengan pelajar
Aktiviti 1 Mengenalpasti logam dan bukan logam ABM
(10 minit) Koperatif         pelajar berbincang menyenaraikan logam dan bukan logam -Helaian yang di bekalkan.(slide
dan kolaboratif yang secara  berpasangan . dan yang terdapat dalam
Struktur Think         Pasangan pelajar  menyemak jawapan . makmal)
Pair Share         Soaljawab dan maklumbalas dari guru dan pelajar.(Dialog -Pembentukan kumpulan
berkesan) berpasangan.
        Pelajar merujuk criteria kejayaan -AFL
-Rujuk  criteria kejayaan
Aktiviti 2 Menjalankan eksperimen menyiasat sifat logam dan bukan Mengeksperimen,
(30 minit) logam dan kegunaanya. Pemerhatian dan membuat
Koperatif dan         Pelajar dikumpulkan mengikut minat dan menjalankan kesimpulan
kolaboratif eksperimen mudah mengikut kumpulan mereka dan  membuat
Struktur pemerhatian dan mendapat kesimpulan maklumat sifat dan
Jigsaw dan  Round kegunaannya dari eksperimen.(Jigsaw)
robin         Pelajar menerangkan maklumat  kepada rakan secara
bergilir( Round robin).
        pelajar melengkapkan Pengurusan Grafik banding dan
beza  sifat logam dan bukan logam dan kegunaaannya. Pengurusan Grafik CoRT PMI
1 alat pemikiran         Pelajar yang sudah selesai boleh menjawab soalan anchor
CoRT digunakan.         Penaksiran kumpulan secara bertulis  2 star  1 wish
        Maklumbalas dari rakan kumpulan dan guru. Soalan Anchor
        Tampalkan hasil kerja pelajar yang telah   disemak
        Pelajar  menjawab soalan kuiz untuk menguji kefahaman dan AFL - Soalan kuiz
penggunaan logam dalam kehidupan seharian. Penilaian rakan
        Pelajar merujuk criteria kejayaan.
Aktiviti 3 Sasaran Matlamat Objektif Pengurusan grafik AGO
(20 minit)         Guru mengedarkan sampul surat yang mengandungi situasi (sasaran  matlamat objektif. )
1 alat pemikiran masa depan yang perlu dicapai  oleh pelajar pada masa akan
CoRT datang logam dan bukan logam serta kegunaan.
        Pelajar berbincang dan menentukan  cara paling berkesan 
dan alasan yang munasabah.
        Maklumbalas dan soaljawab .
Pleno Melengkapkan borang KWL. Borang KWL
(10 minit)         Pelajar melengkapkan KWL
        Pelajar menyatakan criteria kejayaan.

Tujuan Menyoal
1. menilai pengetahuan sedia ada
2. menimbulkan minat
3. membina pemahaman yang mendalam
4. membina idealisme, sikap dan penghargaan
5. memantapkan pembelajaran
6. merangsang pemikiran kritis
7. mentaksir pembelajaran dan perkembangan murid
8. menjelaskan pemikiran
9. mencari sebab atau penjelasan
10. meneroka pandangan alternatif
11. menguji implikasi dan akibat
Ciri-ciri soalan yang berkesan
1. Bermatlamat (ditanya untuk mencapai tujuan tertentu)
2. Dinyatakan dengan jelas (murid memahami apa yang dinyatakan)
3. Ringkas (dinyatakan dengan seberapa sedikit perkataan yang mungkin)
4. Memprovokasi pemikiran (merangsang pemikiran dan tindakbalas)
5. Menyoal siasat (melibatkan soalan yang membawa kepada soalan yang berikutnya dan
mencungkil secara mendalam)
6. Skop terhad (soalan yang mempunyai banyak bahagian yang mengelirukan)
7. Disesuaikan dengan tahap murid (sesuai aras dan berbeza-beza)

Memperkembangkan Kemahiran Menyoal Dalam Kalangan Pelajar


1. Guru perlu mengelakkan banyak bertanya soalan
2. Guru perlu mengalakkan murid bertanya lebih banyak soalan secara lisan dan bertulis
3. Guru perlu menggalakkan murid untuk menyoal murid lain semasa berbincang
4. Guru perlu menerima soalan yang diajukan
5. Guru perlu memberikan masa untuk membuat soalan susulan kepada murid
6. Guru perlu mengumpul, membincang, membina dan mengkategorikan soalan murid

Contoh Soalan Untuk  Menjelaskan Pemikiran


1. Bolehkah anda menjelaskan dengan lebih lanjut ... ?2. Apakah yang anda maksudkan
dengan ... ?3. Bolehkah anda memberi saya satu contoh ... ?4. Bolehkah anda
menjelaskannya dengan cara lain?5. Bolehkah anda menunjukkan saya cara ... ?

Contoh Soalan Untuk Mencari Sebab atau Penjelasan1. Mengapa anda terfikir
bahawa ... ?2. Bagaimana kita tahu bahawa ... ?3. Apakah sebab-sebab anda ... ?4. Apakah
bukti yang kita ada untuk ... ?5. Kenapa anda menyatakan sedemikian ... ?

Contoh Soalan Untuk Meneroka Pandangan Alternatif1. Bolehkah anda menyatakan


pandangan anda dengan cara lain ... ?2. Adakah terdapat pandangan orang lain ... ?3.
Bagaimana sekiranya ada orang lain mengesyorkan bahawa ... ?4. Apa yang perlu kita tahu
sekiranya ... ?

Contoh Soalan Untuk Menguji Implikasi dan Akibat1. Apakah susulan daripada
pernyataan anda ... ?2. Apakah pernyataan anda selaras dengan apa yang telah dinyatakan
sebelum ini ... ?3. Apakah akibat sekiranya ... ?4. Adakah terdapat peraturan untuk ... ?5.
Bagaimana anda dapat memastikan .... sama ada benar atau tidak?

Amalan baik untuk guru dalam menyoal


1. Soalan dirancang
2. Logik dan berurutan
3. Ditujukan kepada seluruh kelas / kumpulan
4. Seimbang antara fakta dan pemikiran
5. Memberi masa kepada murid untuk berfikir
6. Tidak berulang
7. Ditanya dalam nada perbualan
8. Direkabentuk untuk mendapatkan maklumbalas yang berterusan

You might also like