You are on page 1of 3

Rancangan Pelajaran Harian

Masa : 25 minit

Umur : 6 tahun

Standard kandungan : MA 1.4 Mengecam dan membina pola

Standard pembelajaran : MA 1.4.1 Mengecam dan menyatakan pola di


persekitaran

MA 1.4.2 Meniru pola

SA 2.1.2 Memerhati persekitaran menggunakan


gabungan dua deria.

Objektif : Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat :

1) Membezakan pola di persekitaran.

2) Menyebut pola dengan betul.

3) Melakar pola dengan betul.

Standard Prestasi : Kanak-kanak boleh meniru pola.

Langkah-langkah aktiviti :

1) Guru menunjukkan video yang berkaitan pola di persekitaran dan kanak-


kanak melihat video dengan penuh minat. (kemahiran mendengar)
(kefahaman)

2) Guru membawa kotak yang berisi objek ke dalam kelas dan meminta kanak-
kanak memerhati objek dengan teliti.

3) Kanak-kanak mengecam dan menyatakan pola objek yang ditunjukkan.


(menganalisa)

4) Guru meminta kanak-kanak mengambil objek di persekitaran mereka dan


menyatakan pola objek di hadapan kelas. (menilai)

5) Guru meminta kanak-kanak melakar pola berdasarkan objek yang telah


diambil. (mengaplikasi)

6) Guru memberi lembaran kerja yang berkaitan bentuk dan kanak-kanak


menjawab lembaran kerja tersebut. (menilai)
Objek di dalam kotak
Objek di persekitaran

You might also like