You are on page 1of 1

Tarikh 31/3/2023 JUMAAT

Kelas MATEMATIK 3K

Masa 8.10-9.10

Bidang SUKATAN DAN GEOMETRI

Tajuk 7.0 Ruang

Standard Kandungan 7.1 Prisma


Murid dibimbing untuk
7.1.1 Mengenal prisma segi empat sama, prisma segi empat tepat dan prisma segi tiga
Standard Pembelajaran
7.1.2 Mencirikan prisma dan melabelkan prisma segi empat sama, prisma segi empat tepat dan prisma
segi tiga berdasarkan permukaan, tapak, bucu dan tepi

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:


Objektif Pembelajaran Murid berupaya untuk melabelkan dan mencirikan bahagian- bahagian prisma: permukaan, tapak, bucu
dan sisi.

1. Murid diberi masa 3 minit untuk siapkan soalan congak dan bincang soalan congak
Pemula bersama sama guru.
Set Induksi (3 minit) 
1. Murid mengimbas kembali pembelajaran lalu mengenai bentuk prisma dan ciri-cirinya.
Aktiviti 1 (10 minit) 
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberi beberapa bahan
maujud yang berbentuk ketiga-tiga jenis prisma ke dalam sebuah kotak kepada setiap
kumpulan.
2. Murid diminta untuk mengasingkan objek-objek dalam kotak mengikut jenis prisma.
3. Setiap kumpulan kemudiannya diberi kad perkataan kesemua jenis prisma.
4. Murid meletakkan kad tersebut pada bahan yang telah diasingkan tadi.
5. Murid berbincang dengan guru hasil kerja mereka.

Aktiviti 2 (25 minit) 


6. Dalam kumpulan yang sama, murid diberi 3 kad manila dan pen marker.
Aktiviti
7. Murid dikehendaki melukis peta buih bagi setiap prisma.
8. Dalam peta buih tersebut, murid dikehendaki menulis ciri-ciri yang terdapat pada prisma
berdasarkan bahan maujud yang telah dikategorikan.
9. Murid menampal hasil kerja di dinding kelas dan kumpulan lain akan datang menyemak
jawapan murid dengan melekatkan ‘sticky notes’ pada hasil kerja tersebut. (Gallery Walk)

Pengayaan ( 15 minit ) 
10. Murid-murid diminta untuk menyelesaikan soalan dan dijadikan kerja rumah.

 Penutup/Rumusan/Refleksi ( 4 minit ) 
11. Murid membuat perbincangan rumusan pelajaran hari ini dengan murid menyatakan ciri-
ciri bentuk prisma.
29/35 murid menghadirkan diri ke sekolah.
Refleksi 25/29 murid siapkan tugasan yang diberi.
25/35 murid mencapai standard yang ditetapkan.

10/30 pelajar yang dikenalpasti tidak hadir dan belum mencapai standard diberi latihan
Catatan
pengukuhan yang pelbagai aras supaya mereka boleh menguasai konsep.

You might also like