You are on page 1of 12

SEMESTER 3 SESI 2012/2013 QGU3013

KURIKULUM KONTEMPERARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN


KERTAS KONSEP

Kepentingan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial PEERS) dalam Kurikulum Pendidikan Kesihatan, serta implikasinya ke atas perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif murid.

KUMPULAN EL-UPSI36 (A121PJJ)

DISEDIAKAN OLEH NAMA MOHD ZAID BIN SHARI NO. ID D 20102046242 NO. TELEFON 017-705 9438

NAMA TUTOR E-LEARNING TARIKH SERAH

: :

DR. JEFFREY LOW FOOK LEE 18 NOVEMBER 2012

HALAMAN KANDUNGAN ITEM 1.0 2.0 3.0 4.0 Pengenalan Definisi PEERS Kepentingan PEERS Implikasi PEERS ke atas perkembangan Kognitif, Psikomotor dan Afektif murid. 4.1 Kognitif 4.2 Psikomotor 4.3 Afektif 5.0 6.0 Rumusan / Penutup Rujukan / Bibliografi 10 10 - 11 6 - 10 PERKARA HALAMAN 23 3-4 45 6

1.0

PENGENALAN Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Pendidikan Kesihatan

Reproduktif dan Sosial (PEERS) sejak 1989 di sekolah menengah dan sejak 1994 di sekolah rendah, khususnya melalui mata pelajaran Pendidikan Kesihatan dan secara merentas kurikulum mata pelajaran lain seperti bahasa, Sains, Biologi, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Istilah Pendidikan Seks tidak digunakan sama sekali dalam konteks pendidikan di Malaysia kerana ia memberi konotasi yang negatif dalam kalangan masyarakat kita. Istilah Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial digunakan susulan daripada kelulusan Kabinet pada 20 Disember 2006 untuk menggantikan nama Pendidikan Kesihatan Keluarga (1989 2002) dan Pendidikan Seksualiti (2003 2005) yang digunakan sebelum ini. Kurikulum Pendidikan Kesihatan terdiri daripada elemen PEERS (75%), pemakanan (15%) dan pertolongan cemas (10%). Kandungan PEERS dalam Pendidikan Kesihatan digubal berdasarkan kepada tahap perkembangan kognitif dan kesesuaian peringkat umur kumpulan sasaran. Setiap individu perlu dilengkapi dengan kemahiran membuat keputusan konstruktif, bijak dan bertanggungjawab dalam menangani situasi berisiko.

PEERS merangkumi : i. Kesihatan diri dan reproduktif. Aspek perkembangan dan perubahan fizikal, fisiologikal serta psikologikal semasa akil baligh, dan penjagaan kesihatan reproduktif.

ii.

Penyalahgunaan bahan Kesan buruk pengambilan bahan berbahaya iaitu rokok, dadah, inhalan dan alkohol, serta kemahiran berkata TIDAK.

iii.

Kemahiran pengurusan mental dan emosi Kemahiran pengurusan konflik dan stres dalam diri, keluarga, rakan sebaya dan masyarakat.

iv.

Kekeluargaan 2

Kepentingan institusi perkahwinan, kekeluargaan, peranan dan tanggungjawab ahli dalam keluarga. v. Perhubungan Kepentingan etiket perhubungan dan kemahiran interpersonal yang positif dalam persaudaraan serta persahabatan.

vi.

Pencegahan penyakit Pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan daripada penyakit berjangkit, tidak berjangkit, genetik, keturunan dan mental.

vii.

Keselamatan Langkah-langkah keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam, serta akta perlindungan bagi kanak-kanak, gadis dan wanita, termasuk kemahiran keselamatan diri iaitu mengelak diri daripada ancaman orang yang tidak dikenali dan orang yang perlu dihubungi jika berlaku gangguan, ancaman serta kecemasan.

Kesimpulannya, PEERS memberi kesedaran dan membantu murid membentuk pandangan yang positif tentang kesihatan reproduktif dan sosial, menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya mereka mengambil berat tentang kesihatan seksual, dan membantu mereka memperoleh kemahiran membuat keputusan yang bertanggungjawab pada masa kini serta masa depan. 2.0 DEFINISI PEERS

Green & Kreuter (1991)

mentakrifkan Pendidikan Kesihatan sebagai sebarang

gabungan pengalaman-pengalaman pembelajaran yang dibentuk untuk membolehkan tindakan-tindakan sukarela yang bermanfaat terhadap kesihatan. Anspaugh & Azell (1995) mendefinisikan Pendidikan Kesihatan sebagai satu proses untuk mengembang dan membekalkan pengalaman-pengalaman pembelajaran yang terancang dalam cara untuk memberi maklumat, mengubah sikap dan mempengaruhi tingkah laku.

Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial diajar melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial adalah satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan dan membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadap identiti, perhubungan 3

dan keintiman sesama insan. Pendidikan ini bukan hanya terbatas kepada isu seksual atau hubungan seks semata-mata. Pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial mencakupi pengetahuan dari aspek biologikal sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan.

Peka kepada keperluan terhadap PEERS yang dilaksanakan melalui mata pelajaran Pendidikan Kesihatan, maka kurikulum Pendidikan Kesihatan sentiasa disemak dan ditambah baik dari semasa ke semasa. Bermula tahun 2011, Pendidikan Kesihatan akan diajar secara berasingan sebagai satu mata pelajaran dan tidak bercantum dengan mana-mana mata pelajaran lain. Sebelum ini Pendidikan Kesihatan digabung dengan Pendidikan Jasmani dan diajar sebagai mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK). Pendidikan Kesihatan diberi peruntukkan satu waktu (30 minit) setiap minggu bermula dengan Tahun 1 pada tahun 2011. PEERS adalah satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan dan membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadap identiti, perhubungan dan keintiman sesama insan. PEERS mencakupi pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan dan tidak hanya berfokus kepada isu seksual. Contohnya, skop PEERS dalam kurikulum Pendidikan Kesihatan pada Tahap Satu sekolah rendah merangkumi topik perbezaan aspek fizikal lelaki dan perempuan, tanggungjawab menjaga kebersihan diri, kemahiran berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat, kepentingan memelihara kehormatan diri serta pengurusan perasaan. 3.0 KEPENTINGAN PEERS Berbanding kebanyakan negara terutamanya di Barat, sebahagian besar masyarakat di negara ini masih menganggap ungkapan pendidikan seks semata-mata sebagai hubungan seksual lelaki dan wanita. Lantaran andaian negatif ini, ura-ura memperkenal pendidikan seks di sekolah-sekolah mendapat tentangan hebat terutama daripada ibu bapa. Rata-rata mereka khuatir anak mereka akan terdorong untuk melakukan hubungan seks jika didedahkan dengan pendidikan itu. Kepentingan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial ( PEERS ) dalam Kurikulum Pendidikan Kesihatan dapat dilihat menerusi pelbagai sudut. Ini disebabkan oleh 4

Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial member penekanan menyeluruh dan merangkumi aspek biologi, sosio-budaya, psikologikal (emosi dan mental) dan kerohanian.

Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial ( PEERS ) dilihat dapat untuk melahirkan individu yang berpengetahuan dan mempunyai sikap positif dalam bidang kesihatan reproduktif dan sosial. Rasionalnya adalah supaya mereka bersedia menampung tanggungajawab kehidupan dewasa, perkahwinan, keibubapaan dan hidup bermasayarakat bagi kehidupan yang sihat dan sejahtera. Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Soaial ( PEERS ) juga dilihat mempunyai kepentingan sebagai satu daripada jalan penyelesaian untuk membendung gejala sosial termasuk salah laku seksual yang semakin memporak-perandakan kehidupan anak remaja di negara ini. PEERS dilihat sebagai asas kukuh kepada perkembangan serta pembangunan insan yang sihat, berakhlak mulia dan saling hormat menghormati. Secara tidak langsung dengan adanya pendidikan sebegini dapat menyumbang kepada perkembangan murid bagi meningkatkan kesejahteraan dan tingkah laku bertanggungjawab. PEERS juga dilihat mempunyai kepentingan supaya dapat mengurangkan sensitiviti dan salah tanggapan mengenai pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial. Ini akan dibuat melalui penyediaan program sokongan khusus kepada ibu bapa, ahli keluarga, penjaga, guru, anggota kesihatan, pengasuh dan masyarakat. Kurikulum ini juga dapat membantu murid berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain bagi membuat keputusan yang bijak tentang hal yang berkaitan dengan kehidupan keluarga, perhubungan peribadi dan keahlian dalam komuniti. Di bawah pelan tindakan PEERS, di samping LPPKN, banyak lagi pihak yang terbabit untuk melaksanakan program termasuk Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Kesihatan di samping pertubuhan bukan kerajaan. Kesimpulannya, Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial ( PEERS ) dalam Kurikulum Pendidikan Kesihatan mempunyai kepentingan menyeluruh untuk membantu murid memahami perasaan dan kepercayaan diri supaya boleh menghadapi perubahan fizikal, emosi dan sosial serta dapat mengenal pasti perkara yang penting dan bertindak dalam cara yang bertanggungjawab dan penyayang.

4.0

IMPLIKASI

PEERS

KE

ATAS

PERKEMBANGAN

KOGNITIF,

PSIKOMOTOR DAN AFEKTIF MURID

4.1

Implikasi PEERS ke atas perkembangan Kognitif

Antara standard kandungan Pendidikan Kesihatan dan Reproduktif ialah murid dapat memahami pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat.Ia merangkumi aspek

perkembangan dan perubahan fizikal, fisiologikal serta psikologikal semasa akil baligh, dan penjagaan kesihatan reproduktif. Murid juga akan memahami aktiviti fizikal yang

menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Selain daripada itu murid mengetahui amalan pemakanan yang sihat dan selamat untuk pertumbuhan dan perkembangan diri. Murid juga memahami tentang kepentingan pengambilan makanan dan minuman yang berkhasiat untuk kesihatan dan tumbesaran. Mengenal pasti jenis makanan dan minuman yang boleh menyebabkan berat badan yang berlebihan dan obesiti. Melalui modul Pendidikan Kesihatan dan Reproduktif diharapkan murid-murid akan mampu untuk memikirkan isu-isu kesihatan semasa yang dianggap penting untuk dirinya, keluarga serta masyarakat sekeliling setelah mereka memahami kepentingan menjaga

kesihatan berdasarkan imu pengetahuan yang telah diperoleh dan difahaminya. Murid-murid akan memahami mengapa kita mesti menjaga kebersihan diri, bilik darjah, rumah dan kawasan persekitaran. Selain dari itu juga murid akan faham tentang bahaya AIDS, H1N1, merokok dan minuman keras Sebagai contoh, mungkin selama ini murid sedar tentang bahaya nyamuk aedes, tetapi mereka tidak tahu bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut. Melalui pendedahan yang diberi murid akan faham tentang punca penyakit, bahaya penyakit dan cara-cara untuk mencegahnya Sebagai seorang pendidik ilmu Pendidikan Kesihatan, segala ilmu yang disampaikan seharusnya cukup berkesan, menyentuh perasaan dan memberangsangkan supaya ia menimbulkan sikap kepekaan dan seterusnya menimbulkan kesedaran diri kepada individu.

Tindakan positif yang akan diambil diharapkan dapat meningkatkan tahap kesihatan individu tersebut. Murid juga mengetahui pelbagai jenis emosi dan kepentingannya untuk meningkatkan kesihatan mental dalam kehidupan seharian. Justeru daripada pengetahuan yang ada pada murid pengurusan mental dan emosi seperti perasaan bimbang, cemas dan tidak selamat akan dapat diuruskan dengan lebih baik, Di samping itu juga, melalui PEERS dapat memberikan implikasi positif kepada kognitif murid terutamanya dalam menangani masalah mental kerana penderaan diri dan dan tingkahlaku seksual yang lain boleh menyebabkan ketakutan mental, neourosis, kebimbangan dan melancholia. Justeru itu, melalui PEERS ini dapat memberikan implikasi positif terhadap kognitif murid untuk memberikan kefahaman kepada murid bukan sahaja dari aspek reproduktif malahan juga terhadap komuniti mereka. Apabila ilmu pengetahuan berkaitan Pendidikan Kesihatan telah diberikan, maka kepekaan juga dapat ditingkatkan. Pendidik Pendidikan Kesihatan seharusnya perlu pula berusaha memberikan tunjuk ajar yang terbaik agar tindakan ini akan dapat menguatkan lagi semangat orang yang dididik untuk mengubah sikap demi mencapai matlamat status kesihatan yang optimum. Murid juga akan mengetahui peranan diri sendiri dan ahli keluarga serta kepentingan institusi kekeluargaan dalam aspek kesihatan keluarga. Pengetahuan tentang kepentingan menjaga keselamatan diri serta mengenal pasti peralatan dan bahan yang berbahaya di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam adalah sangat penting. Diharap segala ilmu yang telah diperoleh oleh murid dapat difahami untuk kesejahteraan dan keselamatan diri mereka. Oleh yang demikian, stigma masyarakat yang menganggap pendidikan seks tidak sesuai untuk golongan bawah umur harus dikikis agar pemahaman asas itu dapat diserap oleh kanak-kanak seterusnya mendidik mereka dengan betul. Pendedahan awal seperti yang ada dalam PEERS ini adalah perlu bagi perkembangan mental kanak-kanak agar mereka membesar dengan pengetahuan penting yang diperlukan seterusnya mampu menghindari mereka daripada gejala sosial. 4.2 Implikasi PEERS ke atas perkembangan Psikomotor Secara positif, PEERS boleh memberikan implikasi dari aspek psikomotor dengan mengubah sikap individu daripada sikap bergantung kepada ibu bapa, bertanggungjawab 7

menyayangi dan menjaga keluarga dan masyarakat di sekelilingnya. Dalam hal ini, PEERS merangsang sikap kematangan secara hebat dan kerap. Berdasarkan pengetahuan dan pemahaman yang ada murid akan mengamalkan aktiviti fizikal untuk mencapai pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat. Sikap mengamalkan pemakanan yang seimbang adalah sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat. Seterusnya, untuk pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sempurna amalan postur yang betul adalah sangat penting. Mengamalkan pengambilan makanan dan minuman mengikut keperluan adalah sangat penting untuk tumbesaran tubuh badan agar murid sentiasa cergas dan cerdas sepanjang masa. Memandangkan makanan adalah sangat penting untuk tubuh badan, murid akan mengambil berat tentang tabiat makan dan minum yang sihat. Amalan mengambil makanan segera dan makanan ringan akan dapat dikurangkan seterusnya masalah murid kekurangan zat atau obesiti dapat dihindarkan. Pemahaman yang jelas adalah sangat penting berkaitan penyalahgunaan bahan dalam kalangan rakan untuk murid melaporkan sesuatu kejadian yang tidak diingini kepada orang yang sepatutnya seperti ibu bapa, guru atau pihak berkuasa. Tindakan dan maklumat ini sangat penting untuk mencegah sesuatu kejadian pada peringkat awal. Walau bagaimanapun, sekiranya murid telah memahami bahaya penyalahangunaan bahan murid akan mengamalkan gaya hidup sihat Mengamalkan sikap positif untuk mengurus perasaan diri seperti rasa bersalah, bimbang, takut, marah, cemburu dan tidak selamat adalah sangat penting untuk kesejahteraan hidup. Seterusnya, amalan sikap menghormati antara satu sama lain tanpa menira jantina akan terbentuk. 4.3 Implikasi PEERS ke atas perkembangan Afektif Sementara itu, kebolehan untuk membuat keputusan pula merupakan implikasi dari aspek kognitif dan sosial dan menjadi pengisian kepada tunjang kemahiran kendiri.

Kesihatan dan tingkah laku seksual akan menyentuh amalan seks sepanjang kehidupan, kaedah mengelakkan hubungan seksual, fantasi, kehamilan, penyakit seksual berjangkit, HIV dan AIDS. Manakala masyarakat dan budaya pula menyentuh mengenai isu seks dan masyarakat. Hal berkaitan perundangan turut diberi penekanan. 8

Selain daripada itu, PEERS boleh mematangkan seseorang terutamanya para pelajar dalam meniti usia perkembangan mereka sejak alam kanak kanak ke peringkat remaja dan seterusnya dewasa dan mereka akan mengalami kematangan sendirinya terutamanya dari aspek seksualnya bertahun tahun sebelum mendirikan rumahtangga. Hal ini demikian kerana PEERS harus diberikan pendedahan dan item item kecil dalam PEERS harus dikawal untuk dijadikan daya positif dalam perkembangan sahsiah. Pengetahuan berkaitan Pendidikan Kesihatan seharusnya mampu mengubah tingkah laku individu atau masyarakat. Amalan tentang gaya hidup sihat hendaklah dilaksanakan agar kehidupan menjadi lebih berkualiti pengekalan tahap kesihatan diri. Perubahan ini hendaklah selari dengan kehendak budaya, agama dan bangsa kita serta kemudahan yang sedia ada. Dalam usaha untuk mencapai tujuan individu dan masyarakat yang sihat, beberapa pengorbanan daripada pihak tersebut adalah amat diperlukan. Dalam seluruh rangkaian matlamat yang telah dibincangkan, faktor ini merupakan aspek yang paling sukar

untuk diterima dan dilaksanakan. Ini disebabkan beberapa pengorbanan sosial perlu dilaksanakan dan tindakan ini berkisar kepada perubahan sosial dan cara hidup kita. Sebagi contoh, marilah kita lihat isu berkaitan kempen anti-merokok. Kita semua tahu akan bahaya dan akibatnya sambil menyeru individu dan masyarakat meninggalkan tabiat merokok. Kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk tujuan ini. Penggubalan akta dan undang-undang serta penguatkasaannnya juga telah dilaksanakan, namun apa yang menyedihkan adalah bilangan perokok baru semakin meningkat saban tahun. Kegagalan ini adalah disebabkan kesukaran dan keengganan perokok menghentikan amalan mereka disebabkan kononnya ingin menjaga staus sosial mereka. Sebagai pendidik Pendidikan Kesihatan, adalah amat perlu untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan individu mahupun masyarakat serta menggunakan pengetahuan terkini untuk mengatur dan menyusun strategi yang berkesan agar mereka tidak mudah patah semangat dalam usaha untuk mencapai matlamat masyarakat sihat dan makmur. Seterusnya, PEERS akan membentuk perasaan kasih sayang tanpa membezakan individu atau kumpulan seperti tidak membuli dan menyakiti orang lain. Sikap mengamalkan rasa bersyukur kepada Tuhan dan amalan berterima kasih sesama manusia akan dapat dibentuk. 9

Pada masa yang sama, melalui transformasi kurikulum ini juga penghayatan nilai seperti perpaduan, menyayangi alam sekitar dan semangat patriotisme dapat diperkukuhkan lagi. Justeru, transformasi kurikulum ini menyediakan ruang dan peluang bagi memenuhi keperluan pelajar untuk membangunkan modal insan yang berpengetahuan serta berfikiran kreatif, kritis dan berinovatif 5.0 RUMUSAN / PENUTUP Adalah menjadi hasrat Kementerian Pelajaran untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat dan seterusnya merealisasikan kejayaan PEERS. Kejayaan ini memerlukan penggemblengan usaha dan kerjasama berterusan daripada semua pihak terutamanya ibu bapa dalam mendidik anak dengan maklumat dan pengetahuan PEERS yang sempurna. Justeru, KPM ingin menjelaskan bahawa dalam konteks pendidikan di Malaysia, kita menggunakan istilah Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial yang mana singkatannya ialah PEERS. PEERS dilaksanakan secara komprehensif dan kohesif dari sekolah rendah hingga sekolah menengah untuk meningkatkan kesedaran dan membantu murid memperoleh kemahiran membuat keputusan yang bijak serta bertanggungjawab pada masa kini dan masa depan. ibu bapa memainkan peranan penting dalam perkembangan diri anak mereka. Ibu bapa jangan berpendirian terbuka sehingga tindakan mereka seolah-olah memberi restu untuk anak-anak melakukan hubungan yang terlarang. Pelajar adalah modal insan negara dan perlu dijaga supaya tidak terjebak dengan gejala sosial. Mereka sebenarnya memerlukan bimbingan dan bersedia dibimbing. Kita berharap pelaksanaan PEERS jika pun tidak dapat mencapai sifar gejala sosial, sekurangkurangnya dapat mengurangkan gejala itu. RUJUKAN / BIBLIOGRFAFI 1) Anspaugh, D.J. & Azell, G. (1995). Teaching todays health (4th ed.).

Massachusetts: Allyn & Bacon. 2) Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2010). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun Satu Pendidikan Jasmani. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. 3) Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2010). Kurikulum Standard Sekolah 10

Rendah Tahun Satu Pendidikan Kesihatan. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia 4) Ewles, L. & Simnett, I. (1986). Promoting health: A practical guide to health education. 5) New York: John Wiley & Sons. Green, L.W. & Kreuter, M.W. (1991). Health promoting planning: An educational and environmental approach (2nd ed.). 6) Palo Alto: Mayfield Pub. Co. Green, L.W & Ottosan, J.M. (1999). Community and population health (8th ed.). New York: McGraw-Hill Rujukan Internet 1) http://goaypastpm.wordpress.com/2010/05/12/karangan-pendidikan-kesihatanreproduktif-dan-sosial 2) pkrs/http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1206&pub=Utusan_Ma laysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm#ixzz289IvYCkz

11

You might also like