You are on page 1of 8

SUHANA BINTI WANJUNIT

830531086222001
HBEF2803
T1A1

SEJARAH PERKAHWINAN

Secara sejarah, takrif-takrif tepat untuk "perkahwinan" berbeza-beza antara dan di


dalam budaya-budaya: pemahaman moden menekankan kesahan hubungan seks
dalam perkahwinan, walaupun sifat perkahwinan yang sejagat dan unik ialah
penciptaan persemendaan.
Secara tradisi, masyarakat menggalakkan seseorang untuk berkahwin dengan orang
yang jauh untuk mengukuhkan pertalian, tetapi cukup dekat supaya semenda boleh
dianggap sebagai "salah satu daripada kami" atau "jenis kami". Satu kekecualian
untuk peraturan ini didapati dalam perkahwinan raja yang mengukuhkan kedudukan
mereka melalui pengumpulan kekayaan berbanding melalui persemendaan. Walaupun
begitu, ahli-ahli keluarga raja sering digalakkan berkahwin dalam lingkungan
keluarga yang rapat.
Perkahwinan masih penting sebagai perikatan hubungan seks yang disetujui oleh
masyarakat, dan biasa difahami sebagai satu hubungan lelaki-perempuan yang
bertujuan untuk melahirkan anak-anak serta mensosialisasikan mereka dengan
jayanya.
PERKAHWINAN INDIA
Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu
kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di
negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri
kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat
resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan
kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan
perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat India terdiri daripada pelbagai
suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat
India secara umum.
Seperti kaum-kaum lain di Malaysia, kaum India juga mempunyai adat resam
perkahwinannya yang tersendiri. Sebelum sesuatu perkahwinan itu berlaku, terdapat
beberapa adat yang perlu dilakukan, sama ada untuk memenuhi tuntutan agama

SUHANA BINTI WANJUNIT


830531086222001
HBEF2803
T1A1

mahupun budaya kaum India itu sendiri. Di antara adat yang perlu dilakukan adalah
seperti Parisam, proses membuat kad jemputan, mukurtta kaal dan lain-lain.
Peringkat pertama iaitu merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian
seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti
status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan,
jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut
diambil kira.
Seterusnya ialah kunjungan ke rumah pengantin. Bakal pengantin lelaki akan
mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan
perawakan calon isterinya.Seterusnya ialah mengkaji keserasian antara kedua-dua
bakal pengantin. Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thirumanam
Poruttam Paartal dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat
konsep perceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan
kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan.
Justeru, prosedur ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan
kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam
jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih
pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada
wakil perempuan.Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi
menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya
perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan,
kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambulem
marrutal.
Parisam adalah suatu adat seumpama pertunangan di dalam masyarakat
melayu. Ia adalah adat memberi hadiah kepada bakal pengantin perempuan. Terdapat
dua jenis adat parisam iaitu parisam biasa dan udan parisam. Adat ini akan
diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Parisam akan
disediakan dalam jumlah yang ganjil oleh pihak lelaki.
Bakal pengantin lelaki akan mengetuai rombongan ke rumah pengantin

SUHANA BINTI WANJUNIT


830531086222001
HBEF2803
T1A1

perempuan. Ketibaan rombongan akan disambut dengan bunyian alat-alat muzik


tradisional. Selepas upacara sembahyang dijalankan, bapa pengantin perempuan akan
membawa dulang yang mengandungi sari kepada anaknya. Setelah memakai sari
tersebut, bakal pengantin perempuan akan dibawa keluar ke ruang tamu. Saudara
mara akan mengalungkan bunga yang dinamakan orrai-maalai, pada masa yang sama
kad jemputan akan diberikan kepada kedua-dua belah pihak.
Bagi masyarakat India beragama Hindu, kad jemputan kahwin memainkan
peranan yang penting. Ia akan dibuat berpandukan kalender Hindu, yang mana akan
dipasti tidak berlaku sebarang kesilapan. Kad yang telah siap dihasilkan akan
menjalani beberapa upacara keagamaan seperti disapukan dengan cecair kunyit dan
dibawa ke kuil, kemudian barulah dibawa kerumah bakal pengantin untuk diberikan
kepadanya.
Thaali atau Tirumaanggalyam adalah suatu kalungan berupa rantai leher
yang dikalungkan ke leher pengantin perempuan semasa upacara perkahwinan
dijalankan. Ia adalah lambang suci sesuatu perkahwinan itu. Thaali boleh diperbuat
daripada emas ataupun hanya daripada kunyit sahaja yang kemudiannya diikat pada
benang. Proses pembuatan thaali dilakukan tujuh atau sembilan hari, sebelum hari
perkahwinan oleh pembuat thaali. Apabila siap ia akan menjalani upacara
sembahyang dan akan dinamakan sebagai thaalippadaiyal.
Lima hari sebelum hari perkahwinan adat Mukurtta Kaal akan dilakukan
dirumah pengantin lelaki. Untuk menjadikan mukurtta kaal, sebatang pokok muda
akan ditebang, pokok tersebut hendaklah lurus, berukuran dua atau tiga meter dan
berukur lilit diantara 20 hingga 30 sentimeter. Mukurtta Kaal akan didirikan setelah
menjalani upacara keagamaan yang khusus. Adat ini dilakukan bagi menandakan
bahawa perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut.
Thirumanan bermaksud penyatuan melalui ikatan perkahwinan antara suami
dan isteri. Terdapat tiga jenis Thirumanan di dalam masyarakat India, ianya berbeza
mengikut suku kaum masyarakat India itu sendiri iaitu Vaitikat Thirumanam, Tamil
Thairumanam dan Diya Thairumanam.

SUHANA BINTI WANJUNIT


830531086222001
HBEF2803
T1A1

Upacara perkahwinan akan dilakukan oleh Pandarem. Pengantin lelaki akan


mengikut thaali ke leher pengantin perempuan. Kemudian kedua-dua pengantin akan
memberi hormat kepada kedua-dua ibubapa dan mertua. Setelah selesai segala
upacara keagamaan dan jamuan, pengantin perempuan akan ke rumah pengantin
lelaki sebagai menghormati suami selepas disahkan sebagai suami isteri.
Kemudian pengantin lelaki akan dikehendaki ke rumah pengantin perempuan pula
selama tiga hari.
Tiga hari selepas majlis perkahwinan upacara meroboh khemah akan
dilakukan. Sedikit jamuan akan dilakukan yang mana hanya melibatkan mereka yang
terlibat sahaja.

ADAT RESAM PERKAHWINAN KAUM INDIA BERBANGSA TAMIL.


MERISIK
Dalam masyarakat india terbahagi kepada banyak suku bangsa.Contohnya
tamil,malayalam,telugu dan lain-lain .Di Malaysia yang ramai adalah bangsa Tamil.
Sebagai

contoh

bagi

bangsa

tamil.

Pada

mulanya

adat

merisik

akan

dimulakan.Biasanya merisik ini hanya dihadiri ahli keluarga yang terdekat sahaja.
Pihak lelaki akan pergi ke rumah pihak perempuan untuk merisik.
Pihak lelaki akan bawa 1 hingga 5 dulang biasanya 1 atau 3 dulang berisi
sirih,pinang,buah-buahan ke rumah perempuan.Dalam majlis merisik mereka akan
mendapatkan persetujuan kedua-dua pihak dan mereka akan membincangkan tarikh
pertunangan.Apabila semua setuju maka tarikh pertunangan akan dicadangkan dan
memilih tarikh yang sesuai.Biasanya mereka akan merujuk kepada sami di kuil. Di
masa dahulu mereka akan tengok bintang keserasian antara pengantin perempuan dan
lelaki,jika sesuai dan sepadan barulah mereka akan dikahwinkan.Tetapi pada zaman
sekarang amalan ini telah berkurangan dan jarang diamalkan kerana ramai yang
bercinta dan kurang percaya akan keserasian bintang itu.

SUHANA BINTI WANJUNIT


830531086222001
HBEF2803
T1A1

PERTUNANGAN
Pertunangan pula, pihak lelaki akan menanggung perbelanjaan yang besar.Biasanya
pertunangan akan dibuat di rumah pihak pengantin perempuan atau kuil atau tempat
mengikut kehendak pihak pengantin perempuan.Dalam pertunangan,pihak lelaki akan
membawa hantaran dalam dulang biasanya mengikut bilangan ganjil seperti 1,3,5,7
dan seterusnya berdasarkan kemampuan jika berkemampuan akan mencecah sampai
21 dulang.Hantaran utama adalah Emas,sari tunang,bunga kalung,set kosmetik dan
lain lain. Hantaran yang penting ialah kelapa,buah sirih pinang.gula-gula,kek,dan lainlain lagi.Emas pula tengok kemampuan pihak lelaki dan pihak perempuan akan beli 1
cincin sahaja untuk disarungkan kepada pengantin lelaki.Rombongan pengantin lelaki
akan pergi ke rumah pihak perempuan dengan membawa dulang-dulang
hantaran.Selepas itu, mereka akan susun dan upacara akan dimukalan..Upacara
biasanya dijalankan oleh sami. Setelah itu, ibu bapa pengantin lelaki dan perempuan
akan duduk bertentangan. Seterusnya bacaan pertunangan akan dibaca. Selepas
itu,adik lelaki atau abang kepada emak pengantin perempuan akan mengambil
hantaran iaitu sari,emas,kosmetik dan menunjukkan pada orang yang hadir.Ia bagi
memberitahu hantaran pihak lelaki kepada pihak perempuan kepada hadirin.Selepas
itu, pengantin perempuan dibawa keluar dan akan mendapatkan restu kepada para
hadirin iaitu menunduk kebawah.Selepas itu,set dulang sari,emas akan dberi kepada
pengapit untuk dipakaikan kepada pengantin perempuan.Biasanya pengapit
perempuan adalah adik atau kakak pengantin lelaki.
Selepas membuat persalinan dengan memakai sari tunang dan emas,pengantin
perempuan akan dibawa keluar semula iaitu ke tempat pertunangan untuk
mendapatkan persetujuan.Selepas itu pengantin lelaki pun dibawa masuk.Mereka
akan ditanya persetujuan dan mereka akan menyarungkan cincin sebagai tanda
pertunangan.selepas itu,mereka akan mendapatkan restu dari ibu bapa dan saudara
mara.Selesai itu,majlis makan akan diadakan.Biasanya akan disajikan makanan
vegeterian.
MAJLIS INAI (MUGURTAKAL)

SUHANA BINTI WANJUNIT


830531086222001
HBEF2803
T1A1

Sebelum majlis perkahwinan,majlis berinai akan diadakan dikedua-dua pihak.Masa


ini pengantin tidak dibenarkan keluar rumah.Upacaranya adalah sama,kadang-kadang
ada yang menggunakan khidmat sami dan kadang-kadang tidak.Terpulang pada
keluraga masing-masing.Hari pertama berinai,pengantin akan dibawa dengan pakai
sari dan pengantin laki pakai dhoti.Sebuah kayu yang atasnya bentuk Y akan dibuang
kulit.Golongan perempuan yang masih bersuami akan membasuh kayu berkenaan dan
menyapukan kunyit,kum kum,abu suci.Pada kayu bentuk Y tu mereka akan mengikat
daun mangga dan lain-lain dan 1 bungkusan biji -bijian yang dibungkus dengan kain
kuning.Setelah itu kayu itu ditanam dan disekeliling kayu itu meraka akan taburkan
bijirin seperti kacang hijau dan lain-lain lagi.Sebuah pelita akan dinyalakan di sebelah
kayu itu.Kayu itu menandakan adanya majlis perkahwinan di rumah tersebut .Setelah
itu ada upacara terhadap pengantin.Meraka akan memusingkan batu giling,beras dan
sirih,pelita dan beberapa peralatan sebagai adat.Setelah itu barulah khemah akan
dinaikan.Khemah utama adalah akan dibuat dari rumah pengantin ke kayu Y tadi.
Biasanya dalam anggaran panjang 2 atau 3 meter. kayu Y akan menjadi 1 tiang bagi
khemah itu.Khemah tu dipanggil Panthel yang diperbuat daripada buluh dan daun
kelapa maksudnya khemah hijau.Selepas itu khemah-khemah lain akan dinaikan.Hari
kedua upacara inai sama dijalankan,dengan pusing batu giling dan lain-lain lagi cuma
kayu kuning tiada.Malam inai pertama,pengantin akan dipakaikan inai pada kaki dan
tangan.Adat ini adalah adat asal kaum india.

HARI PERKAHWINAN
Pada hari perkahwinan, pengantin lelaki akan diapit adik atau abang pengantin
perempuan dan sebaliknya.Pengantin lelaki akan dibawa keluar dulu dan akan ada
beberapa upacara termasuk inai ke 3.Selepas itu pengantin lelaki akan dibawa ke
dalam untuk membuat salinan pakaian kahwin dan pengantin perempuan akan dibawa
keluar.Pada masa ini pengantin perempuan akan pakai sari tunangnya.Upacara sama
dilakukan dan setelah itu akan dibawa ke dalam untuk membuat salinan sari kahwin.
Seterusnya pengantin lelaki akan dibawa keluar dengan pakaian kahwin.Pengantin
lelaki akan dipakaikan cincin kaki oleh pengapitnya.Kaki akan diletak atas batu

SUHANA BINTI WANJUNIT


830531086222001
HBEF2803
T1A1

giling,selepas kedua-dua jari sebelah ibu jari kaki dipasang cincin, Penganttin lelaki
akan sarungkan cincin pada jari pengapit sebagai tanda terima kasih. kemudian
pengantin lelaki akan naik ke pelamin dan melakukan upacara membasuh kaki ibu
dan ayah dengan air susu tanda meminta ampun dari mereka sebelum memulakan
hidup baru.Selepas itu pengantin perempuan akan dibawa ke pelamin dan akan basuh
kaki ibu dan ayah sebagai meminta ampun pada ibu bapa dan menandakan selepas ini
segala dosa-dosanya akan menjadi tanggungjawab suaminya.
Selepas itu sami akan membacakan ayat-ayat suci dalam bahasa sanskrit.Ibu bapa
kedua-diu pihak akan diminta duduk dan ditanyakan persetujuan sekali lagi.di Selepas
itu THALI,rantai emas akan diletak pada kelapa dan bawah kelapa itu ada beras
kuning.Dulang yang mengandungi THALI dan beras kuning itu akan diminta restu
daripada hadirin.Thali ini mrngikut suku kaum jugak.Lain suku lain berlainan bentuk
dan lambang.Ianya dibeli oleh pihak lelaki.
Selepas itu,sami akan menikahkan pengantin lelaki dan perempuan disaksikan
keluarga,hadirin,dewa dewi dan malaikat.Selepas dinikahkan pengantin lelaki akan
mengikat Thali itu pada leher perempuan dengan 3 simpul.Setiap simpul ada
maksudnya tersendiri.Hadirin akan ambil beras kuning semasa merestui Thali akan
membaling ke arah pengantin ketika thali diikat sebagai tanda merestui
mereka.Selepas itu mereka akan memusing 3 kali pentas kawin.Selepas itu pengantin
lelaki akan memasang cincin kaki kepada pengantin perempuan pada jari kaki.
Selepas tamat majlis perkahwinan pengantin akan dibawa balik ke rumah lelaki untuk
upacara minum susu dan makan pisang sebagai adat.Selepas itu mereka akan dibawa
ke rumah pengantin perempuan untuk tinggal selama 3 atau 5 hari di rumah
perempuan.Selepas itu terpulang kepada pihak perempuan samaada hendak membuat
kenduri kahwin atau tidak.Selepas 3 atau 5 hari,pihak lelaki akan datang untuk jemput
anak mereka dan menantu untuk dibawa balik ke rumah mereka.Sebelum
meninggalkan rumah,kedua-dua pengantin akan cabut kayu Y sebagai tanda tamatnya
majlis.Kayu itu akan disimpan bagi upacara buai anak pertama meraka dimana buai
akan diikat pada kayu itu dengan sari perkawinan mereka. Namun begitu Amalan ini
jarang diamalkan.

SUHANA BINTI WANJUNIT


830531086222001
HBEF2803
T1A1

Upacara perkahwinan masyarakat India di negara ini secara keseluruhannya masih


dikekalkan dengan adat-adat tradisi bagaimanapun dalam hal-hal tertentu ia
dipermudahkan mengikut peredaran zaman.Perkara asas dalam perkahwinan masih
ada tetapi di India ia lebih meluas kerana kelengkapan perkahwinan di sini tidak
sehebat di India, kata Pensyarah Jabatan Pengajian India Universiti Malaya (UM),
Prof. Dr. M. Rajantheran

You might also like