You are on page 1of 1

Papan Cerita membawa maksud satu siri lakaran bagi menggambarkan turutan isi kandungan bagi skrin multimedia.

Ia juga boleh katakan sebagai susunan grafik dalam bentuk ilustrasi atau imej yang dipersembahkan bagi tujuan pra-tayangan gambar bergerak, animasi, grafik bergerak atau media interaktif. Papan cerita juga merupakan satu susunan visual yang membolehkan pengaturcara perisian menjalankan tugas pengarangan dengan licin dan teratur.

Menurut Wikipedia, Storyboards are graphic organizers in the form of illustration or images displayed in sequence for the purpose of pre-visualizing a motion picture, animation, motion graphic or interactive media sequence.

Setiap papan cerita perlulah mengandungi maklumat seperti berikut :

Suatu lakaran atau lukisan di atas skrin, halaman atau bingkai. Warna, penempatan, dan saiz grafik. Teks sebenar di atas skrin, halaman atau bingkai. Narration Animation video Sound

Terdapat pelbagai jenis papan cerita yang boleh digunakan iaitu : Papan cerita Produksi (Production Storyboard). Papan cerita Lembaran Konsep atau Lukisan (Conceptual Sheet Or Painting Storyboard). Papan cerita TV (TV Storyboard). Papan cerita Animatik (Animatic Storyboard). Papan cerita Digital (Digital Storyboard).

You might also like