You are on page 1of 1

Bahagian C : Soalan Esei ( 20 markah ) Jawab semua soalan.

1. (a) Bagaimanakah sistem pendidikan boleh dianggap faktor penting kebangkitan semangat nasionalisme di Asia Tenggara? (10 markah) Sistem pendidikan juga merupakan antara faktor yang mencetuskan nasionalisme. Hal ini kerana sikap pilih kasih penjajah dalam menyediakan kemudahan pendidikan dengan mengutamakan sekolah yang menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar. Penjajah hanya memberikan pendidikan peringkat rendah dan terhad kepada golongan elit dan penduduk Bandar. Misalnnya, di Indonesia anak golongan priayi diberikan pendidikan tersendiri / Diasingkan daripada anak orang kebanyakan. Sikap pilih kasih Belanda bertujuan memecahkan perpaduan rakyat Indonesia. Di Burma,pengenalan pendidikan secular dan pendidikan mubaligh menjadi ancaman kepada sekolah Buddha. Di Tanah Melayu, lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan berbanding sekolah Inggeris

1 (b) Terangkan siapakah golongan intelektual yang berperanan dalam menaikkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara? (10 markah) Kemunculan golongan intelek merupakan pencetus gerakan nasionalisme. Golongan intelek ini berpeluang melanjutkan pelajaran di Barat dan Asia Barat telah didedahkan dengan idea falsafah Barat dan Islam. Pengalaman mereka di Barat dan di Asia Barat telah menyedarkan golongan ini betapa pihak penjajah tidak mentadbir tanah jajahan seperti mentadbir tanah air . Pada peringkat awal mereka hanya menuntut taraf hidup bangsa mereka dibela tetapi akhirnya mereka meminta penjajah membebaskan negara mereka.

1 (c ) Bagaimanakah anda boleh berperanan untuk mengukuhkan semangat nasionalisme di sekolah? [ 4markah ]

You might also like