You are on page 1of 1

Hidung Berdarah 

Apakah yang dimaksudkan dengan hidung berdarah?


Hidung berdarah atau (epistaksis) biasa berlaku apabila salur darah kecil kapilari di rongga
hidung pecah.

Apakah punca hidung berdarah?


• Kecederaan di hidung
• Udara yang terlampau sejuk atau kering
• Menghembus hidung dengan kuat
• Terlalu kerap bersin
• Ketumbuhan dalam rongga hidung

Apakah yang perlu dilakukan?


Jangan panik sekiranya hidung berdarah.

Rawatan segera:

• Duduk dan tunduk ke hadapan


• Bernafas melalui mulut dan picit hidung di bahagian yang keras selama 10 minit
• Terus picit hidung dan letakkan pek ais di bahagian hidung antara mata
• Selepas 10 minit, berhenti picit hidung dan periksa sama ada darah telah berhenti
• Elak dari bersin, menghembus atau mengorek hidung
• Pergi ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor

Semakan akhir: 28 April 2008

You might also like