You are on page 1of 1

4.

0 KONSEP REKABENTUK STRUKTUR Sistem struktur yang dipilih melibatkan struktur kerangka konkrit bertetulang (rasuk dan tiang) dengan papak konkrit bertetulang. Pembebanan melibat beban mati dan hidup pelbagai ketumpatan daripada berat sendiri konkrit (papak, rasuk, dan tiang konkrit bertetulang), beban dinding batu bata, beban tangki air, beban bumbung/atap (kekuda, gulung-gulung dan sebagainya), beban kemasan dan lain-lain beban mati serta juga amat penting diambilkira beban hidup yang bergantung kepada fungsi atau kegunaan pelbagai ruang seperti koridor, bilik air dan sebaginya. Beban menegak yang dikenakan samada daripada bumbung, lantai, dinding dipindahkan melalui struktur kekuda (atap) kepada rasuk aras bumbung,atau daripada papak atau lantai tingkat-tingkat lain kepada rasuk-rasuk di tingkat masing-masing. Rasuk-rasuk

kemudiannya memindahkan bebabn kepada tiang-tiang daripada aras bumbung sehinggalah kearas tanah ke stump dan akhirnya ke system tapak. Dalam projek ini, system penapak tunggal dipilih kerana adalah didapati bahawa keadaan tanah amat baik dengan nilai tekanan galas tanah setinggi 200kN/ . Untuk bangunan kami, transfer column tidak digunakan untuk memudahkan

pengiraan beban yang akan dipindahkan. Seperkara lagi yang perlu dinyatakan ialah kawasan yang menyokong tangki air dicadangkan di sokong di atas papak konkrit bertetulang. Kesemua beban dipastikan sudah diambilkira dengan ketumpatan atau nilai beban yang dipastikan betul. Kumpulan kami memastikan semua pembebanan disemak oleh kesemua ahli untuk memastikan tidak berlaku sebarang kesilapan kerana daripada pengalaman lalu, dipercayai kebanyakkan kegagalan yang berlaku di tapak bina atau bangunan sebenar berpunca daripada kesilapan rekabentuk yang bermula dengan konsep struktur (pemindahan beban dan kestabilan sisi (lateral stability)) serta anggapan dan nilai beban serta perletakan nilai beban yang menepati keperluan atau kegunaan ruang dalam sesuatu bangunan. Sebagi contoh, ketumpatan beban hidup bagi bilik setor dalam projek ini diletakkan ketumpatan beban hidup 5.0 kN/ menurut BS6399: Part 1. Beban kawasan tangki air pula ialah. Kestabilan sisi bangunan pula tercapai melalui tindakan continuous frame action.

You might also like