You are on page 1of 20

SHPE1352 PENGENALAN KEJURUTERAAN AWAM DAN

PEMBINAAN

STRUKTUR
KEJURUTERAAN
AWAM
DEFINISI DAN JENIS
STRUKTUR
Definisi Struktur
• Struktur – satu binaan kejuruteraan yang menanggung beban
mati dan beban kenaan tanpa mengalami perubahan bentuk
yang ketara di samping memenuhi fungsinya
• Struktur membantu manusia untuk menjalani kehidupan yang
selesa contoh rumah untuk berlindung, empangan untuk
memenuhi keperluan manusia, menara dan masjid untuk
tarikan dan ketenangan.
JENIS BEBAN JENIS STRUKTUR
Beban Mati Struktur Jisim
• Beban yang terhasil disebabkan oleh jisim struktur • Bergantung kepada jisimnya untuk berfungsi
atau komponen struktur itu sendiri (rasuk, dinding, menanggung beban (empangan tanah, empangan
lantai) timbus batuan – dapat menanggung beban air yang
• Ciri-ciri: tinggi kerana jisimnya yang besar)

i. Nilai tetap dan mudah ditentukan melalui


ketumpatan dan dimensi (saiz)
ii. Kedudukan tenpat tindakan tetap
Beban Kenaan Struktur Kerangka
• Beban yang bertindak ke atas komponen struktur • Struktur yang dibina mengikut komponen tertentu
(perabot, kenderaan, manusia) • Satu komponen menerima beban akan
• Ciri-ciri: memindahkan beban tersebut kepada komponen
lain sehingga komponen paling bawah mengikut
i. Nilai yang berubah dan berdasarkan anggaran bentuk geometrinya
ii. Kedudukan tempat tindakan berubah-ubah
STRUKTUR KERANGKA
BANGUNAN
Substruktur Superstruktur

Struktur bangunan yang Struktur bangunan yang


berada di bawah berada di atas permukaan
permukaan tanah atau aras tanah atau aras bumi
bumi
Dibina secara berperingkat
Melibatkan kerja bermula dengan struktur
memancang tanda, tiang, rasuk, lantai, dinding,
memancang ukur dan aras, tangga dan bumbung
kerja penggalian tanah
untuk asas, kerja tetulang,
dan kerja konkrit
DEFINISI, FUNGSI, DAN KONSEP
BINAAN STRUKTUR DALAM
BANGUNAN
• Menerima dan mengagihkan beban bangunan kepada tanah di
Asas
bawahnya
• Menerima beban daripada rasuk dan memindahkannya kepada asas
Tiang
bangunan

Rasuk • Menerima beban daripada lantai dan memindahkannya kepada tiang

• Menerima beban kenaan secara langsung dan memindahkannya


Lantai
kepada rasuk

Tangga • Menghubungkan dua aras yang berlainan dalam bangunan

• Melindungi bangunan daripada kesan cuaca seperti hujan dan panas


Bumbung matahari
• Menanggung beban salji bagi bangunan di negara empat musim

• Menanggung beban daripada komponen struktur atas dan


memindahkannya kepada asas (bagi dinding menanggung beban)
Dinding • Melindungi bangunan daripada kesan cuaca
• Membahagi bangunan kepada ruang atau bilik
Asas
a) Asas Pad – digunakan pada bangunan yang mempunyai struktur kerangka bertiang, bangunan tidak
melebihi empat tingkat, dan dibina daripada konkrit bertetulang
b) Asas Jalur – sekiranya bangunan tidak mempunyai tiang dan menggunakan dinding yang bertindak
mengagihkan beban daripada komponen lain kepada asas bangunan yang sama Panjang
c) Asas Rakit – diperlukan bagi tanah yang berkeupayaan galas rendah dan cenderung mendap secara tidak
sekata apabila dikenakan beban
d) Asas Cerucuk – digunakan apabila beban bangunan terlalu besar atau lapisan tanah atas di tapak binaan
berkeupayaan galas rendah dan dipindahkan kepada lapisan tanah kukuh yang terletak jauh dalam tanah

CARI DAN LUKIS REKA BENTUK ASAS YANG DINYATAKAN


Tiang
• Tiang Tunggal – dibina secara berasingan
dengan dinding dan direka bagi menerima beban
yang tinggi. Mempunyai jenis keluli, bata, kayu,
atau konkrit bertetulang
• Tiang Jinjang – dibina daripada batu batadan
bersekali dengan tembok bata. Tidak menerima
beban yang tinggi dan berfungsi untuk
mengukuhkan binaan tembok yang panjang
Rasuk
• Rasuk disokong Mudah – rasuk yang disokong dengan pin pada satu hujung dan disokong oleh roda pada
hujung lain. Bahagian permukaan bawah akan mengalami tegasan tegangan, manakala bahagian atas akan
mengalami tegasan mampatan
• Rasuk Julur – terikat pada satu hujung dan tidak disokong pada hujung yang lainnya. Permukaan atas rasuk
akan mengalami tegasan tegangan, manakala permukaan bawah rasuk akan mengalami tegasan mampatan
• Rasuk Selanjar – disokong sekurang-kurangnya pada tiga tempat. Apabila rasuk ini dikenakan beban,
bahagian tengah rentang akan mengalami lenturan maksimum di mana permukaan bawah rasuk mengalami
tegasan tegangan, manakala permukaan atas rasuk pula mengalami tegasan mampatan
• Rasuk Hujung Terikat – disokong pada kedua-dua hujung. Apabila beban dikenakan, rasuk akan melentur
seperti rasuk disokong mudah. Namun, permukaan atas rasuk hamper dengan sokong akan mengalami
tegasan tegangan
Lantai
Lantai Bawah Padu Lantai Atas

Strukturnya terdiri daripada lapisan konkrit bertetulang dan


Lantai ini disokong oleh tanah kerana dibina di atas tanah
lapisan kemasan

Strukturnya terdiri daripada lapisan asas, lapisan kedap,


Terdapat juga lantai atas yang dibina dengan menggunakan
lapisan konkrit, membrane kalis lembap, lapisan skrid, dan
bahan seperti keluli, kayu, dan lain-lain
lapisan kemasan
Dinding
• Dinding Tanggung Beban – menanggung beban kenaan seperti rasuk, lantai, dan bumbung serta
menanggung beban mati iaitu beratnya sendiri. Lazimnya dibina di atas asas jalur supaya beban dapat
diagihkan terus ke tanah
• Dinding Panel – dibina daripada panel yang dipasang pada kerangka. Dinding ini menanggung bebannya
sendiri dan diperbuat daripada gypsum, kaca, bahan komposit, dan kayu. Kerangka pula diperbuat daripada
kayu, logam, atau bahan komposit
• Dinding Monolit – istilah yang diberikan kepada dinding padu tunggal yang terdiri daripada satu unit
dinding tanpa sambungan. Dibina dalam tuangan konkrit semasa basah dan mengeras menjadi satu dinding
atau secara konkrit pratuang bersekali dengan bukaan pintu atau tingkap dan dibawa ke tapak binaan untuk
dipasang.
Tangga
Prinsip Binaan Tangga

• Larian – anak-anak tangga (jejak dan naik) yang berturutan dari aras bawah ke aras atas yang kurang 16 anak
tangga dan mempunyai sebuah pelantar sekiranya melebihi 16 anak tangga,
• Pelantar – dibina di antara dua aras lantai dan menjadi penyambung di antara dua larian anak tangga yang berfungsi
sebagai ruang rehat sementara
• Kecerunan – sudut yang dibuat oleh satu larian tangga dengan garis ufuk dengan kecerunan tidak melebihi 42°
(bangunan kediaman) dan tidak melebihi 38° (bangunan awam)
• Ruang Kepala – ketinggian pugak atau jarak serenjang yang diukur dari garisan anjur ke sebarang halangan di atas
kepala dengan ukuran minimum 2m (ketinggian pugak) dan 1.5m (jarak serenjang)
• Susur Tangan – dipasang apabila ketinggian tangga melibihi 600mm atau tiga anak tangga yang biasa dibina
daripada kayu atau logam dengan tinggi 840mm -1000mm dari jejak anak tangga
Jenis Tangga

Larian Suku Separuh


Geometri
Lurus Pusingan Pusingan
Dua larian anak tangga Dua larian anak tangga yang
Larian anak tangga lurus Jejak anak tangga yang
kelihatan bersudut tepat selari tetapi berlawanan
pada pandangan atas menirus dari pandangan atas
pada pandangan atas arah pada pandangan atas

Anak tangga mengelilingi


Pelantar dibina jika larian Terdapat satu pelantar yang Terdapat satu pelantar yang ruang terbuka berbentuk
anak tangga melebihi 16 berbentuk segi empat sama berbentuk segi empat tepat elips atau mengelilingi tiang
yang berbentuk bulat

Lokasi – bangunan
Lokasi – rumah kedai Lokasi - rumah kediaman/ Lokasi – rumah kediaman/
awam/belakang bangunan
bertingkat bangunan awam bangunan awam
bertingkat
Bumbung
• Bumbung Rata – mempunyai kecerunan tidak melebihi 10°
dan sesuai bagi bangunan besar seperti kompleks membeli-
belah dan rumah pangsa yang menggunakan konkrit dengan
cara pembinaan hampir sama dengan pembinaan lantai atas.
Membran kalis lembap akan diletakkan pada bahagian atas
bagi mengelakkan air daripada meresap masuk ke bumbung
dan sesuai untuk meletakkan tangka air dan tempat meletak
kenderaan
• Bumbung Curam – mempunyai kecuraman melebihi 10°
bagi memudahkan air hujan mengalir dan sesuai untuk
bangunan kecil seperti rumah kediaman serta memberi nilai
estetika yang tinggi bagi bangunan besar. Bumbung curam
berbentuk simetri yang mempunyai kasau berpasangan dan
dikukuhkan dengan alang pengikat pada kaki kasau
i. Bumbung Limas ii. Bumbung Tibar Layar iii. Bumbung Pisang Sesikat

Mempunyai empat Mengandungi dua penampang Paling mudah dan ringkas


penampang yang mencuram yang mencuram ke arah yang yang mempunyai permukaan
ke empat arah yang berlainan berlawanan dan biasanya yang mencuram ke satu arah
dan menghasilkan lima bermula dari puncak bumbung sahaja bagi bangunan yang
garisan bumbung di tengah bangunan tidak mengutamakan factor
estetika di bangunan yang
kecil
Saiz Bangunan - bumbung curam sesuai dibina Bentuk Bangunan – berbentuk ringkas seperti
pada bangunan kecil, manakala bumbung rata segi empat sesuai menggunakan bumbung
yang memiliki kecuraman bawah 10° sesuai curam dan berbentuk kompleks sesuai
dibina pada bangunan besar menggunakan bumbung rata

Faktor Pemilihan
Bumbung

Ekonomi – merupakan factor penting dalam


Nilai Estetika – pemilihan jenis bumbung pemilihan jenis bumbung dengan mengambil
boleh mempengaruhi daya tarikan bangunan kira kos pembinaan dan penyelenggaraan di
seperti bumbung curam yang mempunyai nilai mana bumbung curam (kos pembinaan tinggi)
estetika tinggi berbanding bumbung rata dan bumbung rata (kos selenggara tinggi)

You might also like