You are on page 1of 2

Garisan merupakan unsur seni yang paling asas.

Tajuk ini biasanya diajar kepada murid tingkatan satu dan dua. Murid tingkatan satu biasanya agak asing dengan teori seni dan guru haruslah mengaitkan keadaan di persekitaran dengan asas-asas seni reka bagi memperjelaskan bagaimana hubung kaitan objek-objek di persekitaran dengan seni visual.

Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan.

Garisan terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia.

Contoh garisan pada buatan manusia ialah garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta, corak abrik, jala, penapis dan sebagainya.

Contoh garisan pada alam semulajadi contohnya garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali, urat-urat daun, ombak di lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan tumbuhan, batu marmar, kulit kayu dan sebagainya.

!"#$%-!"#$% G&'$%&#

Garisan halus

Garisan tebal Garisan beralun Garisan berpancar Garisan berlingkar Garisan berserabut Garisan bersudut-sudut Garisan bergerigi Garisan berbiji Garisan berbulu Garisan putus-putus Garisan berduri

!enis-jenis garisan.

()#G%$ G&'$%&#

Garisan menimbulkan rupa, menimbulkan bentuk, menimbulkan ilusi cahaya dan bayang, mewujudkan ruang, menghasilkan jalinan, menghasilkan moti pada reka corak, mewujudkan ton dan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.

You might also like