You are on page 1of 29

AHLI KUMPULAN :

RUSIDAH BT AHMAD SITI HAMDAH BT MAT JUSOH NOOR AZIELIA FAUZIANA BT AZLI NUR FAAZILA BT MAT YAZID @ MAT ZIN D20121058428 D20121058422 D20121058416 D20121058419

Terdapat gangguan pada saraf otak (neurologi) yang mengakibatkan berlakunya :Tingkah laku berlaku di luar kawalan, tidak

Perbuatan Kata-kata

sengaja atau berulang-ulang yang dikenali sebagai tics

Terjadi juga disebabkan oleh keadaan yang mempengaruhi sistem saraf utama dan menyebabkan berlakunya tics Tics merupakan sentakan atau kekejangan, pergerakan atau bunyi-bunyian yang tidak disengajakan dilakukan oleh manusia Tics didefinasikan sebagai pergerakan atau pertuturan yang berlaku secara spontan, pantas tanpa sebab, berulangkali dan di luar kawalan seseorang.

SEJARAH
Bermula apabila tulisan pertama tenteng Sindrom Tourette yang telah dihasilkan pada 1825 oleh seorang pakar neuorologi Jean Marc Hard. Beliau telah menjaga seorang seorang wanita bangsawan yang mengalami vocal tics sejak 7 tahun. 60 tahun selepas beliau membuat penulisan ini, seorang neuropsychiatrist bernama Geoge Albert Edouard Brutus Gilles de La tourette tulis dengan lebih terperinci kisah beberapa penyakit yang alami tics. Pada tahun 1885 termasuk yang dijaga oleh Hard.

Kebiasaannya terjadi antara 10 : 10 000 orang. Sindrom ini terjadi dalam semua masyarakat, etnik dan sebagainya. Golongan lelaki lebih banyak menghidapi sindrom ini berbanding dengan wanita dengan nisbah 4 : 1 orang. Sindrom Tourette bermula sebelum berumur 18 tahun dan kebiasaannya terjadi antara umur 5 hingga 7 tahun. Namun berita baik bagi pesakit ini ialah mereka akan bertambah baik apabila semakin dewasa.

Pelbagai kajian dilakukan semenjak tahun 2000 menyaksikan penyakit ini yang terjadi diantara 1 3 daripada 1000 orang sebelum ini meningkat kepada 10 daripada 1000 orang. Manakala kadar kelaziman penyakit ini di Amerika ialah 1 dalam 1000 orang atau 0.10% atau 272,000 orang. Penghidap Sindrom Tourette ini berkemungkinan boleh mendapat penyakit lain seperti attention deficit hyperactive disorder (ADHD), obsessive-compulsive disorder (OCD) atau trouble learning (Ronan OBrien).

PUNCA-PUNCA SINDROM TOURETTE


Penyebab atau punca berlakunya Sindrom Tourette masih tidak lagi diketahui puncanya. Namun terdapat beberapa kajian daripada pakar-pakar perubatan menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor menyumbang kepada punca penyakit ini iaitu :

1) Faktor Genetik 2 )Faktor awal kelahiran / masalah kelahira 3)Faktor Usur Abnormal

1) Faktor genetik
Sejak tahun 1980 lagi menunjukan banyak kes berkaitan Sindrom Tourette disebabkan faktor genetikn atau keturunan. Hasil kajian tentang genetik kekeluargaan pada peringkat awal telah merumuskan bahawa akan berlaku salianan gen yang tidak sempurna dan akan diturunkan dari salah satu orang tua kepada pewarisnya yang amat berisiko untuk menghidap Sindrom Tourette.

2) Faktor Awal Kelahiran / Masalah Kelahiran


Ada beberapa pendapat menyatakan bahawa kanakkanak yang mengalami Sindrom Tourette besar kemungkinan pernah mengalami kesukaran ketika kelahiran atau ibu mereka telah mengalami kehamilan yang bermasalah. Walaubagaimanapun, masih belum terdapat kajian yang mencukupi untuk membuktikan sekiranya ada sebarang asas perubatan yang menyokong hipotesis ini ( Hillary Box,2008).

3) Faktor Usur Abnormal


Pada bahagian otak pesakit Sindrom Tourette iaitu bahagian Ganglia basal, Lobes depan dan Cortex berlakunya unsur abnormal. Selain dari bahagian yang disebutkan, usur abnormal juga dapat dikesan pada saraf yang menyambung otak pengidap serta bahagian neutritransmiter ( Dopamine, Seroyanin dan norepinephre) yang mempunyai fungsi untuk berinteraksi dan berkomunikasi di antara sel saraf.

CIRI-CIRI SINDROM TOURETTE


Pergerakan tic motor yang cepat, berulangulang, secara tidak sengaja, berlaku dengan sendirinya disebabkan ketegangan sekumpulan otot. Pelbagai vokal tics ( merungut, menyalak, mengerang, menjerit di khalayak ramai dengan perkataan atau kata-kata yang tidak sopan). Kebolehan untuk menahan pergerakan dan bunyibunyian yang secara sengaja untuk beberapa minit kepada jam. Perubahan dalam pengamatan simptom-simptom ini lebih dari seminggu atau sebulan. Tempoh berlakunya simptom-simptom melebihi satu tahun dengan berlakunya tic selama lebih dari tiga bulan.

Penyakit ini bermula sebelum usia 18 tahun. Kebiasaannya pada umur antara 6-7 tahun.

SIMPTOM-SIMPTOM SINDROM TOURETTE


Untuk mengenal pasti sindrom ini, gejala-gejalanya adalah tics. Tics terbahagi kepada dua iaitu tics motor dan tics vokal atau phonic. Pesakit TS kebiasaannya akan mula mempunyai simptom tics sederhana dahulu sebelum berubah kepada tics kompleks. Berdasarkan kajian dilakukan oleh American Academy Psychiatric Assosiation (AFPA), beberapa jenis tics telah dikenalpasti berlaku kepada pesakit TS iaitu:

JENIS-JENIS TICS YANG DIHIDAPI OLEH PESAKIT SINDROM TOURETTE


Kerlipan mata Memusingkan biji mata Mengangkat bahu Kepala tersentak-sentak Mulut terbuka Mengepak tangan Memek muka Menggerakkan hidung Menjilat bibir Menjulingkan mata Memusingkan kepala Ketegangan otot Membengkokkan jari Menendang sedikit

TICS MOTOR

Bunyi seperti haiwan Nada & volume suara berubah Gagap Mengulangi perkataan Bercakap sorang diri Meniru bunyi / intonasi Berkata lucah Palilalia: mengulangi perkataan sendiri atau atau mengulangi bunyi sendiri. Coprolalia: menyebut perkataan lucah atau perkataan yang dilarang dalam masyarakat. Echopalia: menyebut perkataan dan bunyi orang lain.

TICS VOKAL / PHONICS

KESAN DAN CABARAN PESAKIT


Kanak-kanak Sindrom Tourette kebiasaannya terbiar dan tidak dipedulikan manusia sekelilingnya sama ada di sekolah, di rumah bahkan di pusat perubatan. Walaupun Sindrom Tourette ini akan menyebabkan sifat rendah diri pesakit dalam kalangan masyarakat, namun tics akan berkurangan dari semasa ke semasa mengikut peningkatan usia seseorang. Tingkah laku tics boleh hilang melalui tindakan pengajaran secara paksaan

Menurut Pakar Psikiatri kanak-kanak dan Remaja di Jabatan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Wan Salwina Wan Ismail menyatakan antara cabaran yang dihadapi pesakit ini adalah dari segi emosi iaitu : =Rasa malu dan rendah diri =Kurang keyakinan dir =Masalah dari segi pergaulan sosial dalam =masyarakat =Sukar mendapat kawan =Dipulaukan oleh kawan-kawan

Pesakit juga boleh mengalami kemurungan dan berisiko mencederakan diri sendiri. Sindrom Tourette ini juga sering diejek oleh kawankawan atau kadang-kadang terus dibenci begitu sahaja. Mereka biasanya dianggap mengganggu kerana bunyibunyi yang dihasilkan, malah juga dibenci oleh ibu bapa sendiri yang tidak boleh menerima keadaan pesakit Sindrom Tourette

TERAPI DAN PERUBATAN


Simptom-simptom Sindrom Tourette atau tics ini jarang membawa kerosakkan dan kebanyakan pesakit ini tidak memerlukan ubatubatan untuk menghalangnya. Tiada ubat khusus yang membantu menghapuskan simptom ini tapi bagi pesakit Sindrom Tourette yang mengalami tics yang kritikal dan sangat mengganggu terutamanya dari segi tingkah laku mereka amat memerlukan ubat yang berkesan Ubat-ubatan yang biasa digunakan terhadap pesakit Sindrome tourette yang kritikal ialah ubat-ubatan daripada dadah : Pimozide (Orap) Fluphenazine (Prolixin) Clonidine (Catapres) Antara ubatan yang jarang digunakan adalah Haloperidol (Haldol)

Namun begitu, ubat-ubatan tersebut tetap mempunyai kesan sampingan iaitu seperti tekanan perasaan, masalah pergerakan, mengantuk, keletihan, dan kenaikan berat badan. Menurut Kids Health Organisation, Kaunselor dan Persatuan Sindrom Tourette seharusnya membantu pesakit untuk mereka bagaimana menerangkan tentang tics kepada orang lain yang melihatnya. Pilihan terakhir yang biasanya dibuat kepada pesakit adalah pembedahan neuro tetapi merupakan pilihan yang paling ekstrem dan biasanya dilakukan keatas pesakit yang mengalami gejala yang serius dan tidak memberi tindak balas terhadap mana-mana ubat atau pemulihan tingkah laku.

Sokongan Terhadap Pesakit Sindrom Tourette

STRATEGI PENDIDIKAN

Sememangnya pada dasarnya penyakit Sindrom Tourette tidak mengganggu IQ pesakit. Namun pesakit tetap mengalami gangguan belajar seperti membaca, menulis dan mengira. Antara kaedah terbaik yang boleh digunakan dalam strategi pendidikan pesakit TS ialah dengan menyediakan kelas khusus pesakit Sindrom Tourette ini kerana sikap toleransi dan belas kasihan dari guru amat diperlukan dalam mendidik pelajar ini dan menggalakkan pesakit aktif dalam aktiviti berfaedah seperti bersukan, bersenam dan mengikut hobi kesukaannya. Ini akan membuatkan mereka leka dan fokus mental serta kekuatan tenaganya, maka tics akan berkurangan dan tidak kerap berlaku.

Fokuskan minda pesakit TS Seperti menulis, melukis & mencipta muzik. Ini akan membina kemahiran mereka selain mengasah bakat dan membuatkan mereka lupa penyakit mereka sendiri. . Selain itu, menggalakkan kelas membincangkan tentang Sindrom Tourette, guru seharusnya menggalakkan perbincangan dengan murid tentang Sindrom tourette. Suruh murid yang mengalami Sindrom Tourette membuat persembahan tentang apakah yang dimaksudkan dengan Sindrom Tourette. Selain membina keyakinan diri pesakit, ia juga mampu membuatkan pelajar lain faham dan kurang mengganggu murid yang mengalami Sindrom Tourette ini lagi.

memberikan mereka tempoh tugasan lebih lama dan dalam proses pembelajaran, mereka diberikan masa yang lebih lama untuk berfikir tentang soalan yang diberikan. Mencuba menggunakan penyelesaian kreatif disebabkan tics yang kerap berlaku, maka seringkali pembelajaran pesakit ini terganggu. Maka penggunaan komputer untuk menyalin nota, atau rakaman suara guru dapat membantu mereka dari ketinggalan dalam sesi pengajaran. menyediakan masa tambahan untuk mereka kerana murid yang mengalami Sindrom tourette seharusnya diberikan masa tambahan dalam pembelajaran berdasarkan kesukaran mereka untuk membaca dan menyalin apa-apa nota atau tugasan.

memberikan mereka tempoh tugasan lebih lama dan dalam proses pembelajaran, mereka diberikan masa yang lebih lama untuk berfikir tentang soalan yang diberikan. Mencuba menggunakan penyelesaian kreatif disebabkan tics yang kerap berlaku, maka seringkali pembelajaran pesakit ini terganggu. penggunaan komputer untuk menyalin nota, atau rakaman suara guru dapat membantu mereka dari ketinggalan dalam sesi pengajaran. Ini salah satu cara memperkenalkan masyarakat dengan gejala TS dan mereka tidak memandang remeh terhadap pesakit ini.

Sokongan Terhadap Ibu Bapa Pesakit


Ibu bapa yang mempunyai anak yang istimewa ini harus bersabar dan menerima seadanya dan terima kekurangan anak mereka dimana ibu bapa seharusnya tidak malu dengan keadaan anak mereka yang mengalami Sindrom Tourette. Ini disebabkan, pesakit ini masih mampu hidup normal seperti orang lain. Kajian membuktikan ramai pesakit TS mampu berjaya dalam kerjaya masing-masing (Handler, 1998; Landau, 1998).

ibu bapa perlu yakin anak-anak Sindrom Tourette mampu berjaya seperti insan lain, dengan keyakinan dan kasih sayang serta perhatian yang baik terhadap anak-anak istimewa ini, mereka akan rasa terbela dan bermotivasi dalam hidup walaupun mempunyai kekurangan. Ibu bapa mestilah mendapatkan maklumat tentang anak-anak yang bermasalah ini, prihatin tentang penyakit anak mereka dan mencari maklumat tentang penyakit mereka. Ini akan membuatkan mereka lebih faham tentang anak mereka dan keperluannya. Bantulah anak-anak ini cara menangani tics dengan baik dengan bantuan dan nasihat dari ibu bapa akan membuatkan pesakit ini ingat dan sentiasa bersemangat dalam menangani masalah kekurangupayaan mereka.

Membantu pesakit Sindrom Tourette ini cara menangani tics dengan baik iaitu dengan bantuan dan nasihat dari ibu bapa akan membuatkan pesakit ini ingat dan sentiasa bersemangat dalam menangani masalah kekurangupayaan mereka. Apabila kerap ditangani dengan baik segala gejala ini, lama-kelamaan ia akan berkurangan dan tidak mustahil boleh hilang. Justeru itu,perlu mengadakan aktiviti yang membuatkan anak-anak fokus terhadap sesuatu perkara, usaha ibu bapa dan guru dalam membantu kanak-kanak TS ini menangani tics mereka dengan melakukan aktiviti berfaedah ini pastinya amat berfaedah dari segi membina jati diri anak-anak dan mengasah bakat mereka.

Bantu dan beri semangat kepada anak-anak Sindrom Tourette dengan bantuan dan semangat dari ibu bapa merupakan faktor penting dalam menangani pesakit Sindrom Tourette. ibu bapa merupakan orang paling rapat dengan mereka dan lebih tahu serta memahami mereka & tidak malu dengan kekurangannya, ini merupakan suatu cara untuk ibu bapa dalam membuatkan masyarakat faham dan menerima anak mereka seadanya selain dapat menguatkan hati mereka dalam menghadapi masyarakat dalam keadaan anak mereka berbeza dari kanak-kanak yang lain.

PENUTUP
Walaupun kebanyakan kanak-kanak Sindrom Tourette mendapat perhatian yang baik di barat seperti di AmeriKa, namun di negara kita agak berbeza. .Masyarakat kita menganggap kanak-kanak yang mengalami penyakit ini kebiasaannya pelik dan disisihkan oleh mereka. Ini adalah disebabkan kurangnya pengetahuan masyarakat tentang penyakit ini.

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like