You are on page 1of 8

ADAT PERKAHWINAN KAUM MELAYU.

Adat perkahwinan melayu merupakan adat resam yang dipegang teguh oleh kebanyakkan orang melayu dibandar atau luar Bandar.Perkahwinan orang melayu memerlukan belanja yang besar sehingga ada yang sanggup menjual harta atau meminjam wang untuk tujuan tersebut.Perkahwinan orang melayu terdiri daripada beberapa peringkat antaranya merisik, bertunang, menghantar belanja, berandam, berinai, bersanding, mandi limau dan sambut-menyambut. MERISIK ATAU MENENGOK. Apabila ibu bapa memutuskan anak lelaki mereka sudah bersedia untuk berkahwin, mereka akan mencari pasangan yang sesuai untuk anak mereka.Calon yang dipilih berdasarkan keturunan, pendidikan agama, kecantikan dan hubungan kekeluargaan.Tugas memilih calon isteri diserah sepenuhnya kepada ibu bapa.Bagaimanapun kini kebanyakkan ibu bapa menyerahkan urusan memilih pasangan kepada anak-anak mereka terutamanyaibu bapa yang berpendidikan barat.Mengikut adat resam melayu calon isteri akan dipilih oleh ibu bapa lelaki.mereka akan mula menyiasat latar belakang anak dara yang disukai melalui kawan-kawan atau saudara-mara gadis tersebut.Antara sifat yang menjadi pilihan ialah mahir memasak dan menjahit.Kebolehan membaca Al-Quran merupakan satu kebolehan yang amat disanjung. Selepas bakal menantu dipilih, ibu bapa pihak lelaki akan menghantar utusan kerumah calon calon menantu untuk berkenalan dengan lebih dekat.Kunjungan dibuat secara mengejut tanpa pengetahuan keluarga perempuan.Ini kerana orang melayu dahulu percaya jika semasa kedatangan utusan calon sedang mandi atau mencuci ia membawa petanda yang baik untuk perkahwinan tersebut.Tetapi jika masa ketibaan mereka calon sedang memasak mereka percaya ia membawa petanda yang tidak baik.Begitu juga jika perjalanan mereka kerumah calon lambat atau terhalang oleh suatu kejadian.

MEMINANG ATAU BERTUNANG. Ibu bapa pengantin lelaki akan menugaskan beberapa orang tua yang rapat untuk bertemu dengan ibu bapa perempuan untuk mendapatka persetujuan. Biasanya ibu bapa perempuan akan meminta tempoh untuk membuat pertimbangan dengan alasan untuk berunding dengan ahli keluarga.Ini akan mengambil masa beberap hari atau pun seminggu.Ibu bapa perempuan akan menghantar wakil yang terdiri dari dua lelaki dan dua perempuan untuk menyampaikan keputusan menerima pinangan ke rumah pengantin lelaki.Semasa kunjungn ini perkara berkaitan hantaran kawin, belanja, hari langsung dan pelbagai perkara yang berkaitan akan dibincangkan dan diselesaikan. Waktu dahulu adat menhantar tanda akan dibuat terlebih dahulu terutamanya jika upacara perkahwinan ditangguh selama beberapa bulan.Tanda yang dihantar biasanya berbentu cincin emas atau berlian.Harga cincin tersebut bergantung kepada kemampuan keluarga pihak lelaki.Tanda yang dihantar juga diirdengan beberapa hadiah lain seperti kain sarung, kasut, buah-buahan, gula-gula dan sebagainya.Penghantaran tanda biasanya disertai dengan kenduri oleh kedua-dua keluarga.Ada juga tanda dihantar dengan cara mengadakan perarakan kerumah pihak perempuan.Penerimaan cincin bermaksud penerimaan syarat-syarat berikut antara dua pihak : Jika lelaki itu gagal untuk mengahwini perempuan yang ditunangkan, cincin pertunangan serta hadiah-hadiah lain tidak boleh dituntut semula. Jika perempuan itu gagal memenuhi tujuan pertunangan, maka semua hadiah termasuk cincin pertunangan hrus dikembalikan pada kadar sekali ganda baik dari segi nilai atau jumlahnya.

MENGHANTAR BELANJA DAN AKAD. Pada zaman dahulu istiadat menhantar belanja perkahwinan dan mas kawin dibuat sehari atau dua hari sebelum upacara akad.Tetapi kini ia dibuat pada hari yang sama pada hari akad.Bersama mas kahwin barang-barang lain seperti cincin,

sepasang kain sutera, kain sarung sutera, kuih, buah-buahan, kotak sireh dan dua cerek air mawar. Pengantin lelaki akan mengenakan pakaian haji atau pakaian melayu untuk upacara akad.Upacara akad ini adalah suatu yang dituntut agama islam dan undang-undang untuk menghalalkan perkahwinan.Imam akan memilih dua orang daripada tetamu untuk menerima dan menyemak hantaran, serta menjadi saksi pernikahan.Imam kemudian mendaftar nama pengantin lelaki dan ditandatangani oleh pengantin lelaki serta kedua-dua saksi.Imam akan membaca upacara nikah sambil memegang tanagan pengantin lelaki : bin, aku nikah akan dikau dengan binti . Yang telah memperwakili ia akan daku dengan mas kahwinnya sebanyak $.. ( tunai / hutang ) dan belanjanya $ Penganti lelaki pula perlu menjawap tanpa teragak-agak : Aku terima nikahnya. Binti .. dengan mas kahwinnya $ . ( tunai / hutang ) dan belanjanya $..... Jika jawapan pengantin lelaki tersebut adalah jelas dan tidak teragak-agak, maka akad tersebut dikira sah.Selepas upacara akad pengantin lelaki perlu menyalmi semua tetamu yang hadir termasuk imam dan bapa mertuanya.

BERANDAM DAN BERASAH GIGI. Upacara berandam dan berasah gigi dibuat tiga hari sebelum hari akad nikah.Rambut pengantin perempuan dibahagian dahi dan bulu keningnya dipepat.Kemudian gigi pengantin diasah dan digilap supaya sama dan berkilat.Tugas ini dilakukan oleh tukang andam.Tetapi upacara ini tidak lagi diamalkan pada zaman kini.Hanya amalan berandam masih diamalkan oleh sebilangan orang melayu luar Bandar.Manakala penduduk melayu kawasan Bandar lebih gemar kekedai solek untuk bedandang. Selepas berandam pengantin akan mandi air sintuk limau yang dianggap dapat menghapuskan nasib malang pengantin.Selepas itu semua hujung jari kaki

dan tangan pengantin akan diinai.Inai dibiarkan kering hingga ke pagi.Upacara ini dipanggil malam berinai. ISTIADAT BERINAI. Semasa pengatin lelaki ke rumah pengantin perempuan dengan berpakaian pengantin,dia akan didudukkan diatas pelamin dihadapan sekumpulan tetamu yang terdiri daripada saudara rapat, jiran dan rakan pengantin perempuan.Beberapa buah pinggan yang berisi nasi kunyit, bertih, air daun setawar dan selonggok pes inai diletak dihadapan pengantin. Tetamu lelaki akan memulakan istiadat berinai besar dengan naik keatas pelamin dan menabur sedikit nasi kunyit, bertih dan air setawar kekiri dan kanan pengantin.Pes inai pula diletakkan diatas tapak tangan pengantin yang telah dialas dengan daun sireh.Tujuannya untuk mengelakkan tangan pengantin daripada comot terkena inai.Tukang andam akan merapatkan kedua-dua tangan pengantin dan mengangkatnya kedada sebagai tanda menyembah tetamu yang melakukan istiadat tersebut.Tetamu yang ingin melakukan istiadat tersebut mertilah dalam jumlah yang ganjil.Selepas itu pengantin perempuan pula akan didudukkan diatas pelamin untuk menjalani upacara berinai besar. Kenduri berinai besar jauh lebih besar berbanding dengan kenduri berinai curi dan berinai kecil.Bagi istiadat berinai curi dan berinai kecil,pengantin lelaki tidak terlibat,sesetengah pengantin dahulu turut menjalankan upacara berinai dirumah mereka.Tetapi ia tidak lagi dilakukan pada masa sekarang.

MANDI LIMAU. Sebelum istiadat mandi limau dijalankan, tukang andam akan menanyakan pengantin perempuan tentang keperawanannya.Hal ini akan dibuktikan melalui sehelai sapu tangan putih yang diberikan oleh pengantin lelaki.Bukti yang didapati akan ditunjukkan kepada ibu bapa kedua-dua pengantin.Bukti keperawanan amat penting bagi umat islam,ketiadaan bukti boleh menyebabkan masalah yang sering mengakibatkan perceraian.

Istiadat mandi limau dijalankan dimana kedua-dua pengantin didudukkan diatas pelamin dengan pakaian yang cantik dihadapan tetamu yang terdiri daripada saudara, jiran, dan kawan rapat kedua-dua pihak.Mandi istiadat dilakukan oleh tukang andam dengan memercikkan air sintuk dan limau purut pada kedua-dua pengantin.Kain sarung yang dipakai semasa mandi limau tidak boleh diperah atau disimpn oleh pengantin.Kaintersebut haruslah diserah kepada tukang andam sebagai hadiah dan sebagai tanda tolak bala serta membuang geruh.Tetapi keseluruhan adat ini tidak lagi diamalkan oleh orang melayu.

SAMBUT MENYAMBUT. Pada haru istiadat mandi dilakukan, kenduri akan diadakan di rumah pengantin perempuan.Ketika ini ibu bapa mertua akan membawa pengantin perempuan berkunjung kerumah kerumah mereka untuk pertama kalinya.Di rumah suami mereka akan bersanding sekali lagi beserta dengan kenduri meraikan keduadua pengantin.Selepas beberapa hari di rumah mertua,pengantin perempuan akan dihantar pulang kerumah ibu bapanya bersama suami dan mereka akan tinggal disitu sekurang-kurangnya sebulan.

ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA. Dikalangan masyarakat cini terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan iaitu Eksplisit dan Implisit.Masyarakat cina percaya sebuah perkahwinan adalah tidak sah jika pasangan berkahwin tidak mengikut urutan adat. Suatu perkahwinan akan dirancang dan diatur dengan sebaik mungkin.Ia penting untuk mengekalkan institusi kekeluargaan kerana melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan ke generasi seterusnya.Bagi masyarakat cina, perkahwinan merupakan satu perubahan besar dalam kehidupan.

MERISIK, MEMINANG DAN BERTUNANG. Acara merisik dilakukan untuk menyelidik latar belakang gadis yang ingin dijadikan isteri.Masyarakat cini amat menitik beret tentang nama, keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku seorang gadis.Cara merisik biasa dilakukan dengan bertanyakan kenalan dan rakan yang mengenali keluarga si gadis.Kebanyakkan masyarakat cina gemar mengadakan perbincangan direstoran dengan disertai saudara mara lain.Ketika ini mereka hanya berbincang tentang perkara-perkara umum sahaja terutama latar belakang keluarga da nasal keturunan. Ketika meminang, seorang wakil akan dihantar kerumah si gadis untuk membincang perkara berkaitan perkahwinan.ibu si gadis akan bernincang berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan dan memilih hari yang sesuai.Pihak lelaki biasanya akan menurut kehendak keluarga si gadis kerana perbuatan tawar menawar akan merendahkan maruah keluarga mereka.Setelah kedua-dua pihak kenak mengenal dan bersetuju untuk berkahwin,barulah adat bertunang dijalankan. Upacara bertunang dilakukan mengikut calendar cina dan ia bersesuaian dengan bintang kelahiran pasangan tersebut.Khidmat tukang tilik digunakan untuk menetapkan tarikh pertunangan berpandukan buku Toong-Su.Upacara bertukar cincin dilakukan bagi membuktikan persetujuan, dan si gadis menyerahkan sekeping

kertas merah atau Nyen-Sang.Tukang tilikakan menghitung hari berdasarkan keduadua Nyen-Sang dan mencatat mencatat pada kertas merah yang dinamakan NyikKor. Pada hari pertunangan keluarga pihak lelaki akan menhadiahkan duit penanda yang dibalut sampul merah, kek, dan sepasang ternakan, manisan dan gula kepada keluarga perempuan.Setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang telah dipersetujui perkahwinan akan dilangsungkan.Jika terdapat kematian keluarga bakal pengantin sebelum hari perkahwinan berlangsung, perkahwinan akan ditangguhkan pada tahun berikutnya atau pun untuk seratus hari. Beberapa hari sebelum hari perkahwinan, keluarga pengantin perempuan akan menghantar barang hantaran kerumah keluarga pengantin lelaki atau kerumah baru mereka.Budak lelaki yang belum berkahwin akan dijemput untuk tidur diatas katil pengantin malam sebelum hari perkahwinan. Penganti lelaki akan bertandang ke rumah Keat Foon Ching Su untuk menandatangansurat perkahwinan dihadapan beberapa orang saksi.Pada sebelah malam pasangan pengantin akan duduk diatas pelamin yang dibuat didewan, rumah atau restoran diiringi jamuan besar-besaran.Pengantin akan dibawa bertemu semua ahli keluarga masing-masing dalam upacara minum teh. Pengantin biasanya dihias oleh seorang wanita yang dianggap mempunyai nasib baik bersama-sama wanita yang masih berkeluarga.Mereka akan mengucapkan perkara-perkara yang baik ketika mengikat sanggul pengantin perempuan.Dirumah pengantin lelaki ,bapa pengantin lelaki akan meletakkan topi yang dihias daun saru di kepala pengantin lelaki.pengantin akan membawa tandu sebagai gambaran pengantin perempuan merupakan wanita yang cantik.Pihak lelaki akan membayar Li Shi kepada pihak perempuan agar keluarga dan kawankawannya melepaskan pengantin pergi. Baju pengantin biasanya berwarna perak bagi menggambarkan nasib baik.Ia akan disulam dengan benang emas dan perak.Kwa atau Cheongsam juga disulam dangan jahitan berbentuk naga dan burung Pheonix.Pakaian berwarna hitam, biru dan kelabu adalah dilarang kerana melambangkan kematian dan

kesedihan.pengantin lelaki pula akan memakai Samfoo yang bermaksud baju longgar dalam dialek kantonis., Banner kain akan disimpan oleh pengantin dan dibentang diatas meja berdekatan pintu masuk,dimana tetamu akan menandatangan,menulis nama bunga dan restu mereka kepada pengantin.Lilin berbentuk naga dan burung Pheonix yang berwarna merah turut dipasang pada malam perkahwinan dengan tujuan menghalau roh-roh jahat.

You might also like