You are on page 1of 2

LAPORAN PERJUMPAAN PENGAKAP KLM 20 MINGGU 1 Tarikh : 1 Januari 2014 Masa : 8.00 pagi 10.

.00 pagi Tempat : Hadapan Bangunan GERKO, Dewan Sri Banai Nama Jurulatih : 1. Tuan Haji Ghazali Omar 2. Tuan Hj Abdul Rahim bin Abdullah 3. Tuan Mohd Sidek bin Muhamad 4. Tuan Abdul Satar bin Hamzah Kehadiran : 36/43 Tidak Hadir : 1) Norfarah Liyana binti Mohd Safari 2) Mohammad Hazim bin Amir Nordin 3) Betty James 4) Siti Umirah binti Buseral 5) Fatin Nor Farahin binti Madhi 6) Feffah Kuilin 7) Marilyan Marcellius

Aktiviti : 1. Semua ahli Pengakap dan badan beruniform yang lain diminta untuk berkumpul di

hadapan Bangunan GERKO untuk perjumpaan kali pertama semua unit beruniform. Kemudian diteruskan dengan aktiviti kawad kaki, istiadat menaikkan bendera, nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Kedah dan lagu IPDA serta bacaan doa.

2. Seterusnya, setiap unit beruniform bergerak mengikut unit beruniform masing-masing. Perjumpaan Pengakap KLM-20 dimulakan dengan pelaksanaan Mesyuarat Agung Pengakap KLM-20 sesi 2014 bersama dengan jurulatih-jurulatih Pengakap KLM-20.

3. Taklimat ringkas mengenai Pengakap KLM-20 disampaikan oleh Ketua Jurulatih Pengakap KLM-20, Tuan Haji Ghazali Omar mengenai Unit Beruniform Pengakap KLM20.

4. Beliau menerangkan tugasan yang harus dilaksanakan oleh setiap ahli pengakap iaitu menulis catatan atau jurnal bagi setiap aktiviti dan perjumpaan yang diadakan di dalam buku log.

5. Beliau juga menerangkan mengenai organisasi Pengakap KLM-20 yang terdiri daripada ahli jawatankuasa tertinggi yang diketuai oleh Ketua PEK dan setiap ahli turut akan dibahagikan kepada beberapa sekawan.

6. Perjumpaan diteruskan dengan pelantikan ahli jawatankuasa tertinggi Pengakap KLM20/2014. Ahli-ahli jawatankuasa yang dilantik ialah: Ketua PEK P. Ketua PEK Setiausaha Bendahari : : : : Zaim b. Zulkifli Muhamad Alif Firdaus b. Ismail Amira Shahirah bt. Lokman Suganthi A/P Kasinathan Muhamad Azimin b. Zulkifli

Quarter Master :

7. Kemudian semua ahli pengakap dibahagikan kepada 5 sekawan yang terdiri daripada sekawan biru, sekawan hijau, sekawan kuning, sekawan merah dan sekawan ungu. Setiap sekawan mempunyai Ketua Sekawan masing-masing.

8. Semua ahli Pengakap KLM-20 turut diperkenalkan kepada para jurulatih Pengakap KLM20 sesi 2014.

9. Sebelum aktiviti berakhir, Tuan Haji Ghazali memaklumkan kepada semua ahli pengakap tentang tugasan yang perlu dilaksanakan untuk perjumpaan pada minggu hadapan.

You might also like