You are on page 1of 5

Nama: Tingkatan: SULIT Ekonomi Kertas 1 2 jam STPM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN VICTORIA PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM EKONOMI

Kertas 3 2 jam 30 minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU Arahan kepada calon: Jawab empat soalan sahaja: dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripad a Bahagian B. Tunjukkan semua penghitungan, dan berikan jawapan anda betul sehingga dua tempat perpuluhan. Gunakan lembaran kertas yang berasingan bagi tiap-tiap bahagian. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung ( ). Mulakan setiap jawapan pada helaian kertas yang baru, dan susun jawapan anda men gikut tertib berangka.

BAHAGIAN A (Esei) 1. a. Dengan memberikan contoh berangka terangkan bagaimana pendapatan dihitung den gan kaedah nilai tambah. (10) b. Apakahnya pendapatan persendirian dan pendapatan bolehguna. Bagaimana ia dihi tung? c. Apakah kegunaan data perakaunan pendapatan negara Malaysia? (8) 2. a. Dengan bantuan graf, terangkan kesan pengganda akibat kenaikan pelaburan. (12) b. Apakah faktor-faktor yang menentukan saiz pengganda? (6) c. Dengan bantuan graf, jelaskan bagaimana pengurangan perbelanjaan kerajaan dan pengurangan kadar cukai akan mengubah tingkat pendapatan keseimbangan. (12) 3. a. Apakah faedah-faedah perdagangan antarabangsa yang bebas? (9) b. Apakah had-had prinsip faedah mutlak dan prinsip faedah bandingan? (6) c. Terangkan sekatan-sekatan terhadap perdagangan bebas. Kenapa sekatan-sekatan tersebut dilaksanakan ? (15) 4. a. Apakah tujuan permintaan wang dalam ekonomi? Jelaskan faktor yang mempenga ruhi setiap tujuan permintaan wang tersebut. (9) b. Dengan memberikan gambarajah yang sesuai, terangkan bagaimana jumlah perminta an wang dalam ekonomi ditentukan. (6) c. "Kadar bunga ditentukan oleh permintaan dan penawaran wang". Jelaskan penyataan ini. (5) d. Bagaimanakah keseimbangan kadar bunga akan mengalami perubahan apabila i. berlaku kenaikan dalam pendapatan nominal, dan ii. masyarakat lebih banyak melakukan tabungan dalam bank perdagangan. (10)

Bahagian B Jawab dua soalan sahaja. 5 Jadual di bawah menunjukkan indeks harga pengguna di Malaysia dari tahun 1980 hingga tahun 1994. Tahun Indeks harga pengguna (1980 = 100) 1980 100.0 1981 109.7 1982 116.1 1983 120.4 1984 125.1 1985 125.5 1986 126.4 1987 126.8 1988 130.0 1989 133.7 Tahun Indeks harga pengguna (1990 = 100) 1990 100.0 1991 104.4 1992 109.3 1993 113.2 1994 117.0 (Sumber: Wang dan Urusan Bank di Malaysia 1993/94 dan Laporan Ekonomi 1994/95) (a) (i) Takrifkan indeks harga pengguna. Apakah kegunaan utama indeks harga pengguna? [3] (ii) Apakah yang dimaksudkan dengan tahun asas dan apakah kegunaannya? [2] (b) Hitung kadar inflasi pada tahun 1985 dan tahun 1986. Berikan dua sebab mengapa berlaku keadaan inflasi sedemikian pada kedua-dua tahun tersebut. [4] (c) Hitung kadar inflasi pada tahun-tahun 1991 hingga 1994. Tentukan kadar infla si purata dalam jangka masa tersebut. [4] (d) (i) Hitung perubahan nilai wang pada tahun 1994 jika dibandingican dengan tahun 1990. Berasaskan penghitungan anda, apakah kesimpulan yang boleh dibuat? [3] (ii) Andaikan bahawa pada tahun 1990 seorang pengurus syarikat menerima pendapatan sebanyak RM5000 sebulan dan pendapatannya meningkat menjadi RM5500 sebulan pada tahun 1994. Adakah, pendapatan benar pengurus syarikat tersebut telah meningkat pada tahun 1994 berbanding dengan tahun 1990? Berapakah perbezaan pendapatan benar pengurus syarikat itu antara kedua-dua tahun tersebut?

6 Jadual di bawah menunjukkan data tentang akaun imbangan pembayaran Malaysia pa da tahun 1993. Butiran Nilai (RM juta) Eksport Import Bayaran pindahan bersih Modal rasmi jangka panjang Pelaburan korporat Imbangan akaun perkhidmatan 118 366 110 173 409 1 015 13400 -14951 (Sumber: Laporan Ekonomi 199411995 (diubahsuaikan)) (a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan akaun perdagangan, imbanga akaun semasa, dan imbangan akaun modal jangka panjang? [3] (ii) Hitung imbangan akaun perdagangan, imbangan akaun semasa, dan imbangan akaun modal jangka panjang. (iii) Apakah yang boleh anda rumuskan daripada jawapan yang anda peroleh dalam (a)(ii) di atas? (iv) Daripada data di atas, bolehkah imbangan keseluruhan dihitung? Mengapa? [3] [3] [2] (b) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan akaun perkhidmatan? Apakah makna nilainya yang negatif? [2] (ii) Apakah kesan imbangan akaun perkhidmatan yang negatif terhadap Keluaran Negara Kasar? (iii) Nyatakan aktiviti-aktiviti yang menyebabkan berlakunya aliran keluar dan aliran masuk dalam akaun perkhidmatan. [5] i

You might also like